Wednesday, January 04, 2006

Adakah Anda ?

Dari hasil soalselidik mengenai tanda-tanda seseorang itu merupakan netter sejati ialah:

1. Mas kawin yang anda minta di hari pernikahan adalah seperangkat komputer dan modem. Tunai !
2. Loceng di rumah anda tercatat “Click Here to continue”
3. Pintu bilik mandi anda tercatat “This site contains Adult Material, please verify your age”
4. Anda menanyakan apakah ada email baru untuk anda kepada Posmen yang datang.
5. Mimpi anda selalu berawal dengan http://www.
6. Anda menggunakan search engine untuk mencari anak anda yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.
7. “Unable to locate your server !,” kata anda ketika menerima salah panggilan.
8. Anak-anak anda diberi nama Salim.gov agar kelak dia jadi Pegawai Daerah; Noraini.org agar kelak jadi wanita aktif; dan Harun.edu agar kelak dia jadi mahasiswa sejati.
9. Suara dengkuran anda mirip dengan bunyi Handshake modem.
10. Anda susah menggerakan jari anda kerana anda sudah online selama 36 jam.
11. Anda menonton filem “The Net” …. 63 kali.
12. Ketika kereta anda menyondol kereta lain di simpang jalan, yang pertama anda cari adalah butang “UNDO”.
13. Isteri anda meletakan rambut palsu di atas monitor anda untuk mengingatkan anda seperti apa ia kelihatan.
14. Anda memberi nama anak anda Eudora, Netscape dan Mirc. Dan kalau anda lebih demokratik anda akan memberi nama anak anda Linux.
15. Anda memperkenalkan diri sebagai : youremail@yourdomain.com
16. Anda membuat tatoo di badan anda yang berbunyi “This body best viewed with Internet Explorer 5.5 or higher.”
17. Anda akan mengakses http://www.xxx.com bila tengah bosan dengan pasangan anda.
18. Anda meninggalkan kaunter tiket kereta api dengan berkata “request time out !!!”
19. Ketika hidup anda mengalami kekecewaan, anda akan berasa sangat menyesal mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan butang Ctrl-Alt-Del.
20. Dan anda yang membaca sampai habis.

seronok kan bace ni.kelakar eh. aku amik dr blog kawan :P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...