Wednesday, January 04, 2006

Ku Juga Mencintaimu

Sukarnya untuk ku melupakan
Sinar matamu yang menawan
Terbayang-bayang tiap masa
Senyuman mu menggoda

Kehangatan terasa di jiwa
Tika kau lafaz kata cinta
Nafas terhenti seketika
Seakan sukar ku percaya
Ooh.oh.

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu

Sukarnya untukku ucapkan
Ku takut akan kehilangan mu
Akan ku buat segalanya
Untukmu kekasihku

Cuma satu yang belum terluah
Kalimah cinta kau nantikan
Bila masa dan ketika
Tidak dapat ku menjawabnya
Ohhh..

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu

Semalaman ku menunggu panggilanmu
Pabila terdengar suaramu
Ku terlupa segalanya

Adakah Anda ?

Dari hasil soalselidik mengenai tanda-tanda seseorang itu merupakan netter sejati ialah:

1. Mas kawin yang anda minta di hari pernikahan adalah seperangkat komputer dan modem. Tunai !
2. Loceng di rumah anda tercatat “Click Here to continue”
3. Pintu bilik mandi anda tercatat “This site contains Adult Material, please verify your age”
4. Anda menanyakan apakah ada email baru untuk anda kepada Posmen yang datang.
5. Mimpi anda selalu berawal dengan http://www.
6. Anda menggunakan search engine untuk mencari anak anda yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.
7. “Unable to locate your server !,” kata anda ketika menerima salah panggilan.
8. Anak-anak anda diberi nama Salim.gov agar kelak dia jadi Pegawai Daerah; Noraini.org agar kelak jadi wanita aktif; dan Harun.edu agar kelak dia jadi mahasiswa sejati.
9. Suara dengkuran anda mirip dengan bunyi Handshake modem.
10. Anda susah menggerakan jari anda kerana anda sudah online selama 36 jam.
11. Anda menonton filem “The Net” …. 63 kali.
12. Ketika kereta anda menyondol kereta lain di simpang jalan, yang pertama anda cari adalah butang “UNDO”.
13. Isteri anda meletakan rambut palsu di atas monitor anda untuk mengingatkan anda seperti apa ia kelihatan.
14. Anda memberi nama anak anda Eudora, Netscape dan Mirc. Dan kalau anda lebih demokratik anda akan memberi nama anak anda Linux.
15. Anda memperkenalkan diri sebagai : youremail@yourdomain.com
16. Anda membuat tatoo di badan anda yang berbunyi “This body best viewed with Internet Explorer 5.5 or higher.”
17. Anda akan mengakses http://www.xxx.com bila tengah bosan dengan pasangan anda.
18. Anda meninggalkan kaunter tiket kereta api dengan berkata “request time out !!!”
19. Ketika hidup anda mengalami kekecewaan, anda akan berasa sangat menyesal mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan butang Ctrl-Alt-Del.
20. Dan anda yang membaca sampai habis.

seronok kan bace ni.kelakar eh. aku amik dr blog kawan :P

About them

Aku jarang berada kat rumah sewa aku, lebih suka lepak hostel tempat geng2 aku mase aku amik degree dulu, budak2 sabahan, eventhough dorang ni muda setahun dr aku, tp aku tak penah rase ade boundary (cam istilah komputer laks), hepi jer.. mcm xpenah ade masalah,,kalau ade masalah pon kitorang takpenah rase segan2 nk diskas, mmg hepi jer hidup..then bile tiba hujung minggu, mmg jarang lekat kat umah sewa, samada aku balik kampung, turun KL, turun kuantan atau yg seumpamanya, aku jarang dok umah le ringkasnyer. Aku tak faham dengan ragam budak rumah, 3 bulan aku berada kat situ mcm2 berlaku, tahle,,kengkadang aku takut ia jadi kudis dlm hati, ade je yg buat aku kesian,,sebenarnye ia bukanla masalah aku, bahkan aku tak rugi apa pun kalau aku diam jer..diorang ni suka berlapar dan ikat perut, aku tau dorang student lagi tp kan ade pinjaman tu, kalau nk kata yg sem ni ptptipu tu belum masuk, sama juga kesnya dengan sem dulu tu, mase ade duit pun gitu gak, suka berjimat-jimat, padahal masing-masing tahu kehendak anggota yang satu itu, mahu makan bile tiba waktunya. aku tak boleh bayangkan makan sekali je sehari, makan malam jer. pg tghari tak makan, just biskut-biskut kering. aku mmg heran. disebabkan waktu kerja aku sehari suntuk duduk kat ofis, jadi aku tak nmpk sgt apa belaku kat rumah siang hari, sbb aku kuar pagi balik ptg yg mane ready utk masak dan makn mlm jer ( kami masak ikut turn dalam seminggu)..aku ade byk makanan simpanan dalam fridge, get ready utk dimasak, roti canai segera, burger, kopok lekor, buah mempelam, epal, sus dutchlady, funfries, roti mayonis, mcm sume mknan tmbahan aku punyer lam peti tu, aku plak jarang kat rumah, aku xpenah jumpa org2 yg lokek utk makan diri-sendiri. Kalau dulu, aku pesankan sape nk makan amik jer, then skang ni bile aku nmpk situasi yg belaku, aku pon turut jd lokek. Smpai ade satu perasaan aku nmpk sesetgh tu yg suke sgt kalau diajak mkn, seolah-olah bersyukur tak perlu kuar duit, org dah belanje! kalau sekali-sekala aku mgkin xperasan atau xamik kisah sgt, tp ni kan,,selalu gitu, mana aku tahan..yang buat aku tak tahan, bile barang dapur habis, alang2 aku kuar, aku belikan barang2 bwg putih sekilo bwng besar bwg merah, cili boh, telur, ikan bilis, ikan sekilo tu pun aku budjget dah tu, kalau ikutkan maunya aku claim minyak kete sewa sume tu, komplen2 lagi, kononnya aku beli barang tak berpada2..dia rase mahal kot, pastu liat plak nk bayar balik smpai la aku biarkan tolak duit mkn aku bulan seterusnya, xyah bayar dah..
Actually aku bukan jenis yg kedekut taik idung masin, tp bile org sekeliling bersikap mcm tu, aku turut jd gitu, mana aci aku jer yg kuar byk, aku beli utk aku mkn, bukan utk isi perut org ramai2..kopakla aku, aku tgh nk simpan duit nk pakai kete nnt, kengkadang akusedih sendiri..ade sorang tu balik2 tumpang umah aku, sedangkan die bekas ahli rumah tu yg aku tgk utang die masih beratus sewa rumah lom bayar, tp tak malu stay lama2 siap ade bakul kain baju lagi kat umah.pelik aku.aku mmg tak tahan bile ade org cam tak puas ati bile adik2 ni tgk kartun lam pc aku, ade bebrapa org yg tak puas ati, kononnya suruh aku letak password lam pc, tanak budak2 ni tgk kartun lame2, nnt bil letrik naik, yg die tu tak sedar bwk kawan bermastautin kat umah lama2, at least sponsor duit makan pon ok dah, kalau tak tolong ulur utk letrik. smlm kat meja mkn, aku perasan sorang housemet aku yg baikni tak join mkn, kononnya die dh kenyang, dia terus masuk mandi, aku perasan nasik masak tak cukup,. cukup2 utk 8 pinggan je, jd dia tak mkn, die tanak nasi sikit lagi utk die nnt. dah ler die rush nk pegi library dgn keadaan tak makan cam tu, nk je aku ajak kongsi nasik aku, tp memandangkan minah sebelah aku tu org luar (yg suka tumpng tu) tak sedar2 lagi die dh byk abiskan bhgian org lain dlm rumah ni..masih boleh gelak2..isyk,,isyk..tak tau ler aku..apa nk berlaku..sian tul. Tamat la kisah budak umah yg pelik.

Dun miss me

Hi guys out there!He he.., this is not the first time i post luahan kat blog, and i oso have many blogs before, tapi aku tak maintain post smpai ade beberapa blog aku telah dipadamkan akaunnyer. Itu salah satu perkara sadis gak lam idup aku. Dan utk kali ini aku akan cuba maintain post. aku suke menulis, menulis dan menulis utk melampiaskan, meluahkan isi hatiku, mase zaman skolah dulu-dulu aku blom kenal blog lagi..emel pon aku create 1st time mase aku kuar form five,lepas thn 2000 aku amik spm, aku kuar rumah dan merantau. Dulu aku suke menconteng2 helaian belakang buku nota aku sbg luahan rase, then aku akan koyak dan buangkan. Begitu carenyer, then skang ni aku ade maintain blog aku tp kat frenster, he he but thats not really me lor, why..?bukan aku nk ckp yg aku berbohong kat situ, aku iklas. Tp pepaham ler kat frenster tu ramai plak kenal aku, takkan nk buat kutukan org2 tertentu kat situ, kang ade hati terguris, bukan nk hipokrit tp gitu la caranyer kite beradab sopan.. kite menyatakan 'luahan rase' sbb bukan sumer perkara yg kite lalui dalam hidup ini indah belaka, kite bergaul dgn pelbagai ragam manusia. Kadang-kadang luahan kite diwaktu kite marah, kite tak sedar apa yg kiter buat, adalah jalan terbaik, cube duduk muhasabah diri, itula yg cube aku nyatakan melalui tulisan-tulisan, selepas dh reda, then bace balik apa luahan yg kiter tulis, kite sedar sendiri, di mana kesilapan, apa tindakan kiter kemudian, rit?!! tat's my opinion,, this is me and take me as i am..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...