Friday, May 18, 2007

Goku sayang

Goku tau tak, makin hari Goku makin cantekla..cantek sgt, istimewanya Goku dihati ini. Best tau setiap hari dpt bersama goku. Mase awl perkenalan ngn Goku, mase tu aku berminat nk kenal dgn member Goku, tp mungkin dh takdir, aku tak berpeluang mengenali member goku tu, last2 aku pasrahla bile goku hulurkan perkenalan ngn aku. Mase pertemuan di atur, aku diberitahu, warna baju goku 'gemilang blue' aku ingtkan kaler biru muda sket tu, rupenye biru gelap, metallic(comelnye goku) goku sgt excited jumpe aku, senyum je selalu..pantang aku panggil nama dia, jauh lagi dh menyahut panggilanku(pintarnya goku;p). Goku sentiasa buat aku bangga, mata goku besar. Goku xminta byk, asal bagi dia makan dh ok. Tp sebab sygnya aku kt goku, aku bagila vitamin tmbahan Goku memang seronok terima apa mende yg aku kasi. Dia kata ambipur tu rsnye cam cuka madu asli biofeld..he ..he,,goku memang pndai amik hati aku..hampir tiap hujung minggu aku akan mandikan goku yg comel, setia dimandikan, aku mandikan dia ngn syampu istimewa. Baru2 ni awk seorang sahabat yg nk berbaik ngn goku, dia bagi goku aku pengilat dalaman goku, dan juga pengilat kuku kaki goku (comelnye goku). Goku masih muda, walaupun aku sygkan Goku, aku latih goku untuk menjadi lelaki sebenar, sbb goku kan lelaki, goku tak bleh manja2, So aksesori yang dimiliki goku semestinya melambangkan lelaki, aku tak benarkan goku pakai riben rambut, atau apa2 yg ade bunga sbb goku akan jadi pelindung aku, Goku kene kuat.

Jatuh sakit.
Beberapa minggu lalu, adikku minta pertolongan Goku untuk pindhkan barang dia. Walaupun berat hatiku untuk lepaskan die, aku bg jugak sbb dia adik aku. Itu pun beberapa kali mulut aku pesan igtkan dia supaya jaga goku elok2. Malam tu pun aku sms igtkan adikku, igtkan dia jgn tiggalkan goku jauh-jauh.Maklumlah, goku masih muda dan mentah lagi. Ptg esoknya mase adik aku tu nk bertolak ke umah aku kat sini, dia call aku, katanya GOKU S.A.K.I.T,, mcm nk nangis aku mase tu, sedih sgt, Goku dh cedera, adik aku yg buat, sian goku aku, mesti goku sedih kan mase tu,, mata goku luka sampai dalam, tulang pipi goku pun cedera, dada goku tersiat2 dan berlubang-lubang, telinga goku pun berdarah. Ya Allah,..selamatkanlah goku...

Kembali.
Pada ptg esoknya, mase tu aku tgh keje, adik aku dtg antar goku, katanya goku boleh jalan lagi, dalaman goku tak cedera sgt, cuma kaki goku cam tersangkut kat sumthin'.wa..mase tu goku lompat2 gembira tgk aku.Aku pura2 gembira juga tp hati aku menangis..Sampai hati cederakan goku smpai camni.. tp mungkin dh takdir, mende dh jadi, aku xbolehla nk marah2 pun mende dh berlaku, cuma harapan aku biar adik aku tu lebih hati2 lepas ni, begitu jugak aku..Goku tak tahu yang dia cedera. Aku pon estimate bape kene caj nnt untuk perubatan luka pd badan goku .. hu hu ptg tu jugak aku g anta goku ke klinik swasta. Aku mahu rawatan terbaik untuk goku. Banyak sketla belanja untuk goku bulan ni, hu hu,,,takpela, janji goku sihat, goku tak tahu betapa aku sygkan die..

Ptg esoknya aku telipon klinik tu, Dr tu kate, goku belum sembuh lagi, esok goku boleh balik. Tp aku pegi jugak tgk goku tersayang hari tu, goku diletakkan dalam unit jagaan rapi kat belakang, so mase aku masuk, goku tersedar dan nmpk aku, goku gembira sgt, dia kata 'nak balik!nk balik!bawakla goku balik..' aku pujuk goku, aku janji akan bawa dia balik esok sbb goku belum sihat. Aku tgk mata goku dh sembuh, sumer dh sembuh, cume tmpt luka kat badan goku bercat oren..siannya goku, mesti sakit..esok nnt barulah sembuh betul2..sabarla goku..

Esok.
Aku dtg lagi ngn rumet aku tu nadia, dua kali dh dia anta aku g tmpat goku, tp aku yg dh kali ketiga dtg spital goku ni, tak berapa igt lagi jalan ke sini...(,,hu hu) takpela,,janji goku dh sihat. Mase aku smpai, aku dh nmpak Goku tuggu aku kat luar pagar spital. Wah, goku dh kembalik sihat dan comel mcm dulu..i luv u goku..~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...