Monday, December 03, 2007

kesah sedih

Tetiba rase sedih. Aku ade satu pengalaman yg teramat-amat menyakitkan. Mase tu aku baru register as a master student at ukm, continue study after keje sekajap. Memang impian aku untuk smbung belajar lagi. But that time aku masuk ukm and belajar smbil keje as RA ngan lekcere tu, but gaji lambat dapat after 2 months keje. Hujung februari. Duit kejemase thn lepas yg aku kumpul kononnya nak bayar yuran tp tak cukup. Yuran RM1885 tp duit aku ade RM1600 je. So aku minta belas ihsan dr mak ayah untuk cover yuran. Tambah2 pulak tanpa gaji dua bulan. Sewa rumah lagi. Satu lagi keseksaan aku mase tu ialah takde transport. Teramat seksa, terpakse tuggu bas berjam lamanya, tumpang housemet pun die kerap kursus kat luar. Aku decide utk beli motor but my parents tak bagi. Dorang kata bahaya. At last, bila dapat kumpul sikit duit gaji aku minta ayah amikkan kete, aku masukkkan RM3000 ke akaun ayah as down payment. My parents sgt excited belikan sbijik kancil. So seblom bagi kancil tu kat aku, ayah berulang alik mengajar kat skolah bersama bwk adik2 aku naik kancil tu je. Rasmi la dulu kononnya smpai tak naik unser. Aku pon tak kisah.
Tp kisah yg nak aku nak cerita kat sini bukan pasal gembira dpt sebijik kete, tp beberapa hari seblum ambil kete, alkisahnya satu mkcik aku tu sms pada suatu malam. Sangat menghiris hati ini. Katanya aku seorang anak yang mementingkan diri sendiri, menyusahkan mak ayah, tak fikir tentang adik2 yang masih sekolah (7 org adik masih belajar) tiga adik bawah aku skang tgh belajar di universiti. Aku tak tahu malu, ’ dengar2 nak pakai kete, nk kawen lagi, mana satu nak, belajar lagi’ begitulah lebih kurang ayatnya. Mase tu aku rase sedih tahap dewa lalau aku menangis dalam diam. Siapa die utk berkata camtu kat aku, sedangkan mak ayah aku tak cakap ape pun, aku tahu n kenal mak ayah aku. Hinanya keluarga aku. Seolah memandang aku sebagai org yg tak layak hidup senang pun. Ayah aku keje guru, sama cam mak aku mengajar sekolah menengah. Aku tahu famili aku bukanlah kaya-raya tp sekurang2 nya aku berusaha sendiri juga untuk memiliki apa yg aku mahu. Bukannya aku pakse mak ayah aku belikan sbijik kete kat aku. Itukan duit aku yg pada mulanya aku nk amik moto je. Tp mak ayah prefer aku amik kete n aku juga yg bayar harga kete tu downpayment and monthly payment. Siapa makcik aku tu nak menghina aku. Smpai skang aku masih terasa hati ngn die even die buat cam tak de pape belaku. Sebnarnya dia silap paham ingatkan aku suruh mak ayah aku belikan kete utk aku.

Kemudian pasal kawen, mase tu aku tak sebut sepatah pun pasal kawen, mungkin mak aku yg excited nak aku ni kawen so cerita pasal org2 yg penah merisik aku. Mungkin mak aku excited sgt bercerita smpai si makcik tu ingat aku ni yg beria-ria nk kawen. So kononnya aku ni tak sedar diri nk kawen, belum keje tetap lagi... [to be continue]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...