Monday, November 23, 2009

Susu lagi

Aiya..tiap kali post kene pasal susu ke..hu hu..sy nk cerita kesedihan sy..skang ni susu lam peti dh melimpah ruah,,xde space lgi,,sy pun bingung gak,,,bahgian chiller(yang tak membeku) pun byk susu tak luak..dh seminggu xbleh tahan lama dah,,kene kasi bekukan.Pagi td mase hntar ashraf ke umah pengasuh sy bwk botol2 susu yg belom beku itu..he he,,dgn tidak malunya mahu tumpang peti dia..sbb sy tgk bhgian beku dia amat kosong.ade botol susu ashraf je yg4 botol kat situ dh sebulan. sebelom balik cuti ni nk susun balik ah..nk buang susu lama dan ganti baru..(sayang la jugak) nk wat camane,,susu yg i perah melebihi yg dia minum kat umah pengasuh. setiap hari paling malas perah pun sy akan dapat dlm 15 Oz...sedangkan ashraf minum sikit sgt je skang ni kat umah pengasuh.dalam 40z je..nape tah..dulu boleh la smpai 100z..tupun stok selalu lebih sbb kadang2 bila bengkak saya perah bleh capai 250z sehari (malam bg directla)..tp malam kuatla dia minum..skang ni kalau subuh bangun tu dah xrase bengkak lagi sbb sepanjang malam dia minum sgt byk berbanding dulu..

Mase sy kat pulau jeju korea hari tu,,sy punggah 1 beg isi ngn air susu(chiller pack ade 5 ketul)..dan bebanan beg tersgtla berat jadinya,,semua tu perah mase kat hotel kat sana..bila dh berat camtu, so mase kat airport jeju tu i decided to buang semuanya. Ni mase proses membuang susu disaksikan ct aminah yang sibuk merakam (thanks).,..setiap eskrem tersebut diisikan 30z setiap satu..entah ade berapa btg..xkira laks

Tuesday, November 17, 2009

Realiti kehidupan


Kehidupan skang berada pada paras mendatar. Nampaknya perlu sedikit suntikan semangat. Nasib baik tak lama lagi dh nk raya. Jadi, boleh balik kampung bersama budak comel. Saya tidak sabar lagi.. Sebenarnya kadang-kadang saya hampir nangis sbb bosan dengan keadaan sekeliling. Kadang-kadang saya mahu berehat sahaja di rumah dan tak nak jumpe sesiapa....hanya saya dan muhammad ashraf(iaitu sicomel saya) saya benci pada ukm (tetiba lak..)

saya telah menghantar seketul tesis saya untuk disemak oleh supervisor saya itu pertama kali adalah pada bulan disember 2008. dan kali kedua setelah beberapa lama disemak, hantar semula, pada april 2009. kemudian.ade beberapa hal penting berlaku..dan setelah kembali dari confinement, saya hantar lagi seketul utk kali ke 3 (setelah ditambah apa supervisor nak) pada oktober 2009. Dan sehingga sekarang masih tidak di cek. supervisor saya kata dia sibuk. sekarang pun dia tiada selama seminggu sbb kursus PTK (naik gaji ke Dr..alahai)..maka sy pergi membawa abstrak saya untuk bertemu mata dengan supervisor kedua, Prof Mahamod (meskipun sy telah hantar kat beliau pada awal julai 2009 sebelum balik bersalin) ..saya sangat tensen tahap gaban..maka bolehkah saya 'quit' master saya..?? saya menyampah dengan semua ini..jd sy berkira-kira mahu pergi ke dunia yang menyenangkan,, di manakah...

Pada ketika ini saya perlu menikmati kehidupan yang sedang dilalui...saya tidak perlu cemas bila semester baru muncul.. Saya buat-buat tidak tahu apa-apa mengenai kaedah menghntar tesis apabila ada byk suara2 mereka yang sibuk ingin menghantar tesis. Saya sedang menikmati kehidupan saya..saya sedang diulit bahagia bersama sicomel kesayangan saya,,,muhammad ashraf..saya tidak peduli lagi...

Friday, November 06, 2009

Now in Jeju Island Nov 3-8 2009

Masuk hari ni ialah hari ketiga saya di sini. Bertolak dari KLIA kol9pm (3hb)-transit KKinabalu 11.30mlm-sampai Incheon, Seoul 6.45pg 4hb-amik subway A-trek ke Airport Gimpo- bertolak ke Jeju island ngan korean Air kol 1.15pm4hb. Smpai Jeju International Airport kol215pm.pastu amek bas ke Hana hotel.smpai hotel dh kol3.40pm lebei kurang.penat amat. dan gamble jerk bersama ct aminah....tempah hotel juga kat intenet...syukurlah. Dtg sini pun dgn duit peruntukan MOSTI atas menang paperwork tahun lepas kategori kertas kerja dan jurnal.

Macam tak sangka juga skang sedang berada di Korea. Dulu ckp gurau2 je ngn ami..plan nk ke vietnam atau ke singapore asalnya. Tp kebanyakan konferen yang berkaitan masa tu ada sekitar bulan mei-september, so sy tak dpt la pegi sbb mase tu sy sedang sarat dan berkemungkinan beranak, dan juga pada bulan puasa plak tu..so kebetulan mase tu konferen GPS/GNSS ni yg thn lepas kitorang hantar paper wat kat Jepun ms tu. Dorang invite utk Konferen ni kat Korea lak thn ni.

Cerita pasal pengembaraan kali ini, sy sgt seronok sbbnya dh lama hampir setahun rsnya sy tidak 'outstation' (he he) bersama2 ct aminah. kebanyaan konferen thn lepas sekitar KL jerk. Dan bila kat KL je, pegi mase hari present jer la jwbnya..Kali ini juga lebih mencabar bila terpaksa meninggalkan anakku si ashraf tu. Sy masih igt hari sy berangkat tu..sy check in kol8.30pm, sebelumtu kalut g makan dan solat. Dan juga muhammad ashraf sy dh mula lapar meskipun sepanjang perjalanan ke KLIA sy dah susukan dia kenyang2. Mase lepas check in, abg sy suruh cpt masuk ke bwh tempat departure sana, tp sy berkeras nk susukan ashraf dulu, kalau tak, rase tak tenang. So sy amik mase 10 minit susukan ashraf kat toilet ade ruangan untuk duduk kat situ. Sedih sgt mase tu..hu hu..

Lepas tu mase dlm flight, breast dh terasa bengkak. So mase transit kat KK, sy pam susu kat surau dgn hebatnya. he he..sy bwk pam manual avent jer, sbb portable. mmg kat rumah bila terasa bengkak sp akan pam pakai manual avent, tp kat ukm sy dh tinggal siap2 beg pam letrik spectra 3 sy utk pam kat sana. Sy bukan rajin sgt sebenarnya mcm (nadia, dr mardina etc..)tp bile bengkak, sy kenela pam,,kalau tak, tak slesa okey..tp mase tu mmg sedih sbb pam dan buang susu 10 oz tu ,,ho ho..sy xbwk chiller kat tgn sbb takut tak lepas imigresen bwk fluid. yang lucunya mase dlm flight tu pon sy ngepam lam lebei kurang kol4.30 pg..org tgh syiok tido..dlm pam secara rileks dan dilindungi kain selimut MAS kaler purple itu..lgpun sebelah sy ct aminah yg mmg tido pengsan..sape kesah


Sepanjang perjalanan nak naik subway lah, mase tunggu flight kat sana sy akan singgah kat toilet utk pam dan buang..hu hu sedih bangat. Tp bila sy bukak luggage dan tgk chiller sy kat airport gimpo, chiller masih sejuk meskipun dah lembik. sy pun apalagi,,pam dan isikan dlm plastik eskrem dan simpan lam chiller dgn harapan susu kali itu dpt diselamatkan. Ha ha..yg bestnya mase tunggu bas gerak ke hotel Hana, sy pam lam bas dilindungi kot abg sy yang sy pakai. padahal mase tu i kat seat paling depan okey..

Mase hari sy kene present, sy pam juga lepas mkn tgh hari kat ICC jeju tu. dan sy dh ready bwk beg chiller siap2..masuk toilet dan pam..dan tak sangka ct aminah yg tgh snap sana sini tu mengambil gmbar tgh buat eskrem..he he..

Dan skang susu dlm peti hotel kat lam bilik ni dh hampir penuh..sy sendiri pon heran camane leh smpai byk ni sbb ade yg sy pam dan buang jer kalau kalau sy kuar dan malas bwk chiller beg tu. yelah..dh kat belakang bwk beg galas kain semayang dan 'cetong' utk urusan masuk toilet.maklomla kat negara camni mane ade paip2 air ni..kat sinki luar adela..pastu bwk sejadah kalis air dan segala bagai,,

Sy sms abg sy tanya camane si ashraf. Abg sy kata dia ok je..tido mlm minum susu abes lam 10oz abg sy ckp, dan ashraf tak meragam pun selagi abg bj bucuk mama..ha ha..sebenarnya sy dh tinggal dalam 4 helai baju tido terakhir yg sy pakai yang tidak dibasuh utk ashraf cium mlm2..sbb mase beberapa mlm sebelum sy berangkat, abg sy dh berlatih jg ashraf dan bg susu kat ashraf bile die sedar kol 3 dan 5 pagi..pada awalnya dia tanak minum dan nangis kuat..pastu lepas letak bj sy sebelah die, trus die pusing kat belah bj sy dan mase tu abg sy bg susu botol kat mulut die terus dia diam dan minum susu smpai abes..hu hu..

ni mms dari malaysia untuk mama ashraf. sy nk tgk byk mana susu abes..ha ha..mmg terlampau2 la susu lam peti umah i tu,,yg beku masih byk gile..sy dh tinggal fresh milk pada hari2 terakhir sebelom berangkat.fresh EBM yg belum beku masih ade antibodi dan tahan seminggu lam peti..so bg ashraf minum yg ni dululah sementara i takde ni..tgk kat area bwh dhpir kosong.(isyk nape abg tak masak ikan 2 ekor tu..) hehe kat peti umah pengasuh pun i dh tinggal siap2 fresh EBM untuk seminggu dia...

dan ini ashraf yang kurindui pada malam ini..hu hu




Melayu-Malaysia-Indonesia


Saya selalu berminat membaca tentang ini sejak ia mula timbul, sejak kes manohara, kes amah, lepas tu yang paling hot pasal tarian pendet yang khabarnya KRU terlibat dalam pembikinan slot iklan melawat malaysia itu. ha ha..sebelum kes itu mula panas, sy ada tgk dalam melodi yang geng terjah ke apa namanya tu g tanya Norman desu..hmm kata norman itu bukan silap Kru tp discovery channel yang masukkan tarian itu.

Selepas itu, selalu kalau baca surat khabar berita harian yang ayah langgan setiap hari itu (mase tu sy dalam pantang kat kelantan) kalau mase keje pon selalu bace online jerk. media kat malaysia ni tak tonjolkan dan kupas sgt pasal 'org seberang yang sedang berang',,cuma sesekali ade diletakkan gambar org indonesia sedang memijak & membakar jalur gemilang, kat ruangan belakang , memegang sepanduk 'malingsia' dsb. aduh, org malaysia ni rileks jer..saya rasa masih ramai diluar sana tak tahu menahu pun pasal mereka yang sedang 'berang' diseberang. Sebelum timbul kes tarian pendet, seorang rakan sy di sana (kami pernah kursus kat taiwan sekali) pernah ym sy berkenaan hal amah (ct aishah yang didera majikan die yang tidak berperikemanusiaan itu) dan kes manohara pillot itu. Dia bertanya saya mengenai apa yang terjadi di malaysia. Katanya jgnla smpai berperang kita ni,,(ahaks) padahal pada waktu itu, kat m'sia tak sentuh langsung pasal ni. tp media kat sana dh api-apikan perkara ni smpai org sana siap kuar membakar2 bendera..apada..

Saya teringat masa sy dan rakan2 dari pelbagai bangsa dan negara ketika berjalan2 di sekitar tempat kursus mase kat NCU, taiwan dulu yang mana kami melalui sebuah taska kanak2 taiwan kat kawasan tu, dorang tgh nyanyi lg tradisonal melayu yang bunyinya begini.."Soleram soleram soleram anak yang manis Anak manis janganlah dicium, Kalau dicium merahlah pipinya.." sy ngn sholehah (satu2nya teman malaysia) seronok tgk budak2 tu hafal nyanyi lagu tu..kemudian org yg bw kami tour tu kata,,,that's a good song, i like the melody..pastu sy ckp "i know that song, its one of the malay tradisional song'..lalu org tu tekejut,,dan ckp 'really?'..pastu sy dgr pak A from indonesia ckp 'that's indonesian song'...ohho...lalu sy ngn solehah berpandangan..lantak hangla..

Pastu satu lagi kejadian mase hari terakhir kami di sana. Pihak penganjur iaitu National Central University (NCU) taiwan tu bg sorang sekeping poskad gambar berlainan setiap org, gambar tempat2 menarik kat sana..lalu kami pun bertukar kad supaya rakan2 dr negara lain tulis sepatah dua ayat best dalam bahasa dan tulisan negara masing2...kad itu akan dikutip oleh pihak penganjur dan mereka akan pos kat alamat yg kita tulis. Kebanyakan kami tulis alamat sendiri (ha ha ha) supaya bila balik tmpt masing2, nnt kononnya dapat poskad dr teipei. seronok gak. pastu kan, mase tu ade 2 org peserta dr nigeria. sorang tu die tulis kat poskad teman indonesian tu (dia satu2nya peserta wanita dr sana) dan bila kira dgn sy dan sholehah ,jd kami bertiga sahaja yang bertudung dan juga melayu. Org nigeria tu (Tundae namanya) tulis ayat english yg ayatnya lebih kurang camni, 'you are one of the trio pretty malay girls here'.. pastu kan teman ni dtg ckp kat sy ' eh tundae ngak tau ka yang aku ini indonesian, bukan org malaysia'...adeh..sy ckp lah 'kamukan melayu juga, kita serumpun, bukan maksud dia kamu org malaysia'...hu hu hu

So kesimpulannya, org indonesia ini sgt sensitif isu bangsa mereka, mungkin sbb mereka terdiri dr terlalu banyak keturunan yang pelbagai,, keturunan batak dan sebagainya.. kalau malaysia ini,,org yng kulit sawo matang dan muka cam aku ni kite sebut sbg 'melayu'. Kita ni serumpun je,,tak kira melayu indon ke, melayu thai ke,,sy makan kari, sy makan rendang, saya main permainan itu, sy nyanyi itu..suka hatilah,,sbb sy bangsa melayu..banyakla yg sama..tak bleh la nk claim itu ini hak negara dia ke ape..ia milik bangsa okey.. kat msia ni pon rasenya berlambak org keturunan jawa lah, segala bagai,, bahkan ade sedara mara sinun sini..eh, yang smbung belajar dan menggunakan duit peruntukan kerajaan malaysia kebanyakan indonesian kat ukm ni..sbb apa? sbb org malaysia takmo smbung blaja. yg keje kilang2 di sini, yg jadi bibik or amah,,ramai oo..hampir sume famili sy pakai bibik dr indonesia okey,,siap berjumpa dan bergelak ketawa bersama geng bibik bile tiba hari raya berkumpul bersama.. uniknya malaysia ni sbb byk adat dan tradisi dah bercmpur dan dah jd identiti baru (ehem,,promot one malaysia ke pulak),,ha ha,,tuk nenek i keturunan cina from hainan jugak..skang i dah jd melayu malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...