Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Harimau Malaya

Tahniah kerana MALAYSIA menjuarai Kejohanan Bolasepak Asean (Suzuki Cup) dengan agregat 4 - 2 especially Fahmi..(i loike you..) Beliau sgt profesional dan tidak tertekan dgn keadaan. Rasenya beliau lah hero sebenar di sepanjang perlawanan. kalau tak, maunya Garuda dapat 10 gol..ho ho..our coach Raja Gobal juga terbaek! Mcm ni barulah leh layan bola sepak tempatan..hu hu..kalau tak..sy layan kalau Red warrior maen je dlm piala ape pun..ape pun tahniah..sgt proud hokey..

Congrates!

Monday, December 27, 2010

Kecoh kepoh Malaysia- Indonesia

ha ha..blog kesian kamu yerk..tuan kamu dh mula malas2 menulis pada kamu. Tiada mood. Tp blog, sy cuba sebaik mungkin menulis. baik!

Semua org tahu baru-baru ini ade perlawanan piala suzuki sini lawan sana. Sy sebal hokey..smpai hari ni belum habis kecoh kepoh. Sensitip sgt 'kawan kamu yg dr seberang tu'. Kita dh byk sgt bersabar dgn kerenah si kawan yg tak tahu menghargai itu. Buat perkara2 yg menyebalkan sesuka hati mak tijah smsung jerk selalu. Tp kita masih sabar..sabar..

Si kawan tu demonstrasi2 tulis mende2 tak sopan pasal kita..kita masih sabar..si kawan tu sudah pijak2 dan bakar bendera kita, kita masih sabar..baling najis di kedutaan kita di sana kita masih sabar..mengapa begitu?

Bagi sy,, memang rasional tindakan kerajaan kita..tp kerajaan si kawan itu hanya berdiam diri, membiarkan rakyatnya berperangai childish begitu. sebagai negara berdaulat, kita juga ada maruah..sedangkan si kawan itu bersikap keanak- anak dan tidak matured, kita sabar saja..bagi sy mereka masih mundur dan tidak bertamadun,sebab itu bersikap childish begitu..ade je point nk memanaskan berita di kaca tv..ya sume mencari publisiti dan menangguk di air keruh..

Tv kita? radio kita? sy rase kita di luar sana nun tidak tahu menahu apa yg sedang kwn kita diseberang buat..memburukkan kita di twitter bagai..memang menyebalkan..sehingga org2 luar meyangka kita sedang berperang...oh we dont hav time nk layan sikap bodoh dan kurang matang itu.. mereka selalu berlagak sebagai 'Abg Besar' kepada kita..sy masih igt kata2 menteri luar mereka dalam akhbar..katanya 'rakyatnya mungkin tidak seronok melihat kita yg masih hijau ini lebih maju dr mereka'..lepas tu org di sini memandang rendah dan menganggap mereka golongan kelas ketiga..ya..apa perlu buat..sudah bersikap begitu, memang benarlah begitu...

Sy pun masih sabar..sabar je..takkan berckp perkara yg bodoh2..nnt kita sama bodoh dgn mereka..memang di sekeliling sy ramai, ramai teman2 dr seberang,, tp mereka ini bersikap matang,, mungkin sudah sebati dgn sikap org kita yg matang..aha..kadang2 timbul dalam hati rase tak seronok pada mereka ini..apa boleh buat.jgn kita terjebak jugak dgn perbuatan cap ayam mereka di seberang ..walhal mereka2 yg tinggal di sini menanam impian dalam hati..mahu mendapat kerakyatan Malaysia...bekerja di sini,, menamakan anak2 mereka seperti nama2 anak malaysia..berangan ya kamu....sila balik negara asal..

tp smpai bila kita harus sabar? radio2 masih memutarkan lagu2 seronok2..lagu jika kau tak dtg dsb..konon2 lagu duet kita dgn si kawan seberang itu..sabar ya kamu...sabar lagi..

tepek video lah seketul. Jalur gemilang dibakar



Tuesday, December 21, 2010

Pikir lagi..

Sebenarnya tensen pikir nk smbung RA ke tak..ha ha
mcm bosan giler dgn feedback jurnal ni, nk kene kemaskini dan baiki
pastu tak termasuk yg dr suroh baiki yg 1 lg tu
malas ok..dah muak
boleh tak tinggalkan keje mcm ni
entah sape nk tolong setelkan tak tahu
DR M?
boleh tak wat keje admin yg biasa2 je
takyah penat otak pikir byk sgt
cik abg tak kisah nk kerja ke tak
sy pulak entahla
sy bercita2 bila cik abe dpt title pensyarah kanan/prof madya
sy mahu duduk rumah saje..yeahaa..
mcm isteri beberapa rakan cik abe sy itu..
prof wan, PMadya Dr mujahid(Dr ni muda lg baru 30)..
best ke..entah jugak...
tp tak syiok jugak kalau dok rumah saja..
takut tak produktif pulak
ape jela pilihan yg ade..
..adeh..serabut

Berpikir..

Kengkadang rase macm bosan gile tgk blog sy...rase mcm nyampahla..apelah..mcm2..kengkadang terfikir mcm ,,,aisyh stop la menulis ni,, entah ape konklusi drpd penulisan2 ni..(ha ha..) mcm boleh duit sejuta ringgit. Bolehkah jd mcm siti aminah. bersara dari dunia blog..tp ini mungkin perasaan je la kan ade turun naiknya..betul..kengkadang sy rase sgt miserable..sy pun tak tahu sy perlu buat kerja lg atau ambil keputusan bersara jugak..mcm malasla nk pikir byk..tak mahu jugak ditindas menindas jugak..apekah..ha ha..

Sekian.

Monday, December 20, 2010

..Sambungan entry : Wajah-wajah ceria

Rase mcm mkcik nk over sikit..sudah cerita pasal kisah proses menghantar tesis, serasa tidak lengkap kalau tidak tepek gmbar ini kan.maka haruslah ade gambar ini:Ini gmbar bersama saudari ct aminah yg selalu disebut2 dalam cerita ini, bersama tesis masing2. tesis beliau lebih tebal tetapi masih kalah juga dgn ketebalan buku matematik kreyszig itu..kata ct aminah, ini berdasarkan kerja beliau yg memetakan taburan TEC seluruh Malaysia siang malam pagi petang..jadi byk sikit gambar2 menarik dan lebih kalerful daripada tesis sy yg serba bosan bercerita pasal program ray-tracing bertahun2..

Ini pulak tesis beta sebelum diagih-agihkan kepada asnaf yg layak (^_*). Inilah sebuah kepuasan. Sy belajar utk kepuasan diri..smbung pHD pula kah ct aminah? apa pendapat kamu desu..(^_^)

Sekian coretan makcik2 yg sudah tua.

Sunday, December 19, 2010

Panduan pelajar siswazah UKM engineering yg mahu hantar tesis

Saya terdorong buat entry ini sementara sy masih igt. Kerana baru2 ini ade seorang rakan menelefon bertanya prosesnya...hu hu sy cuba membantu seberapa boleh kerana masa itu Muhammad Ashraf sudah tidak betah duduk diam dalam kereta..sehingga suara yg menelefon bertanya sy itu tenggelam timbul jadinya..sudahnya, sy fikir agak2 faham tak ape yg diriku ckp tadi.isyk isyk..jadi sy stat dari mula.

Proses 1: Hantar abstrak tesis.

-isi borang (notis serah abstrak)
-amik tndatangan penyelia2
-amik tandatangan ketua jabatan (ketika ni perlu serahkan abstrak dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris)-perlu masa beberapa hari utk dipulangkan borang tersebut.
-dh dpt borang, pegi hntar pulak kat fakulti kejuruteraan bersama abstrak yg telah dipersetujui semua tadi.
-beberapa lama kemudian boleh dpt surat dr fakulti suruh hntar tesis dalam mase 3 bulan dr tarikh serahan abstrak. Ini memerlukan mase mungkin berbulan jugak sbb kene tunggu meeting jabatan dan fakulti (yg diadakan jarang2 sekali) bg dorang menghentam keromo abstrak tersebut dihadapan penyelia anda.

Proses 2: Hantar tesis utk disemak.

-isi borang (notis serah tesis)
-dalam tu ade beberapa kolum perlu dptkan tndatgn seperti biasa, drpd. penyelia2.
-pastu ketua jabatan lagi (rasenya..ha ha)
-pastu kene setel dgn bendahari. Setelah bayaran bg menyemak tesis dilakukan (iaitu RM1300) kalau ditaja, Bendahari akan check. Yg penting dptkan cop drpd bendahari.
-barulah boleh proceed utk disemak oleh fakulti (peringatan:print seketul je dulu tesis)..kadang2 fakulti suruh check format dgn peg.sains kat jabatan dulu.
-bila dah lepas format ngn fakulti, che wah akan kuarkan arahan utk print tesis sebanyak beberapa ketul kaler..berapa ketul yg biasa. print secara gelung biasa2 je (utk dihntar kepada para examiner dlm dan luar universiti), pada penyelia, pengerusi mjlis mase viva ni dsbnya..(ni fakulti yg edarkan)
-tunggu dan boleh keep asking fakulti bila tarikh viva dan bila boleh dpt surat viva. Sy dulu menunggu viva lama jugak dalam 4-5 bulan.

Proses 3: Menghadapi viva.

-akan diberitahu lulus dgn tahap apa. tahap gaban ke..tahap cipan ke,,tahap cap ayam ke..(he he he..). Sesetengah org tak tahu pasal ni even dh viva. Contohnya encik X yg dah balik bangladesh..(..syhh)..bila tanya dia mcm tak tahu kewududan tahap2 ni..(walaupun bg sy & semua org..asalkan hidup jer/lulus dh cukup lega ..)

A-lulus cemerlang (diberi mase utk lakukan pembetulan sebulan).
B-lulus dgn minor correction (diberi mase lakukan pembetulan 3 bulan)
C-lulus dgn major correction (..6bulan)

*selitan:che wah dari fakulti akan kuarkan surat menyatakan perlu buat pembetulan sekian2 berserta laporan oleh internal dan external examiner. Jadi, pembetulan perlu merujuk pada laporan2 ini. tesis yg diconteng2 oleh mereka juga diserahkan kepada anda.

Proses 4: Hntar tesis yg dijilid (sudah siap pembetulan)

-Isi borang lagi. ade 3 kaler..biru, merah dan putih.
-*selitan:lepas siap pembetulan, perlu dptkan tandatgn bukti dicheck dan telah puas hati oleh internal examiner. (kalau beliau tak puas hati,kene baiki lagi seperti kisah ct aminah ^_*)
-mula2 isi borang biru, checkkan format ngn fakulti lagi sekali (utk dptkan tndatgn kelulusan drpd fakulti) perlu mase beberapa hari bergantung pada situasi dan keadaan penolong pendaftar.
-setelah fakulti dh setuju kene call PPS utk buat appoinment check format ngn dorang. Dorang akan bagi tarikh sekian2 utk dtg jumpe encik sape2 utk duduk berbincang dan membelek tesis helaian demi helaian. Kalau ramai, termasuk dr fakulti lain2, kita kene beratur dalam bilik meeting kat PPS. Ade tesis tebal mcm buku kreisyzeig tu pun ade..ade tesis org yg nipis..(ha ha nk cerita jugek)
-Bila PPS dh puas hati dg format tesis kita, barulah beliau sign sebagai setuju utk dijilidkan. Dan request nk berapa ketul.
-So boleh pegi jilid dgn gembira tahap gaban.
-Dalam pada tu, bolehla isi borang biru dan putih. Ini termasuk mendapatkan tndatgn penyelia2, ketua jabatan dan lastly fakulti (mase hntar ke fakulti bersama2 dgn tesis yg dijilid)
-Sekian. ...tamatlah sudah cerita ini. Panjang rupenye proses ni..patutlah lama proses nk grad ni..

*Berharap dpt membantu rakan2 sy yg comel2 dan xhensem diluar sana yerk..

Thursday, December 16, 2010

Hidup terasa suram bila sidia DEMAM

Benar..bila dia demam, rase sedih..hati rasa sayu je..die nangis je..serba tak kene..sekejap tunjuk suruh bukak peti,,bila bukak peti, tunjuk kurma..bila bg kurma,,makan sikit dah tak nak..pastu nangis lagi..nasik tak mahu makan lansung..itu tak mahu ini tak mahu..kesudahannya badan makin lemah dari sehari ke sehari..makin kurus..bermanja lebih2..nk bertempek je..nangis..Muhammad Ashraf bukan jenis budak yg suka nangis tanpa sebab..jadi bila dia nangis camni,,tahulah mungkin badannya tak selesa, kepala pening dan sebagainya.. kengkadang terfikir mahu hidup di ISS (International Space Station) walaupun jaraknya hanya beberapa ratus kilometer dr Bumi ini, tp di sana bakteria dan virus tidak dapat hidup dgn gembira..hu hu,, ataupun duduk dlm cleanroom yg bebas virus dan bakteria..

Kengkadang org ni tak paham, haruslah ingat jugak bila kita tak sihat, jgnlah pula buat-buat tidak tahu pegi cium2 baby,,baby ni mudah terjangkit..jadi kalau kurang sihat, sila jauhkan diri daripada baby..bukan nak salah menyalahkan tp langkah berjaga2 kene amalkan.kasihanlah kepada baby dan mak baby..bukan senang nk mengharungi saat2 mcm ni tahu..

Muhammad Ashraf asyik batuk2,, batuk kat muka mamanya dah byk kali, tp mama rela terjangkit..mama pun dah gatal tekak asyik batuk2 jugak..harapan semoga antibodi dpt di transfer kepadanya melalui susu..sejak semalam Muhammad Ashraf sudah mahu menyusu,,sebelum ni dia asyik nk termuntah bila nganga mulut utk menyusu sehingga beberapa hari tak mahu menyusu ..terpaksa menggodanya utk minum air glukos supaya ade tenaga..tp termuntah juga air glukos tersebut..

Sedih tahu..sy tak mahu Muhammad Ashraf begini..tp tak dapat melawan takdir..mungkin ade hikmah besar disebalik sakit2 ni..

Amin

Wednesday, December 15, 2010

Contest Si Manjaku Comel

Saya jugak ditag untuk join contest ni, so sgt berbesar hati nk join gaks (kasi budak comel ini menang yerk, tuan & puan juri ^_^) syarat2 dia pun memang mudah saje nk ikut seperti di bawah ni:

1- jadi follower blog Masyimalo Heart nie.. (sudah)

2- anda mempunyai blog sendiri... (tak mau orang lain punya blog taw) (semestinya)

3- buat satu entry berkenaan contest si manjaku comel ni dan sertakan gamba Si comel anda yang paling comelll skalik (yang ni wajib). Baiklah, sy mempertaruhkan gambar ini..

Hai encik juri, sy Muhammad Ashraf bin Mohamad Faizal..mama kata ini gambar sy yg paling comel skalik..harap begitu jugak kata encik juri..he he

4- tampalkan banner kat atas tue kat side bar dan entry korang... (ni pun wajib gak) (sudah)

hai rayyan comel!

5- last sekali tinggalkan link entry korang kat comment entry ni...(sudah)

6. Yang buleh join baby dari baru lahir hingga 6 tahun....(Ashraf 1 tahun 4 bulan)

7. tag rakan2 anda 5 org...

Saya mahu tag mereka ini:
a.Mommy Aleeya Qaisara (Sis Aisyah Izo)
b.Ibu Aqil (Sis Suliana)
c.Ibu Nauwal (Sis Amni)
d.Ibu AlyaFarisha (Sis Yante)
e. Suzen ^_*

8. Juri adalah hubbyku dan ibuku okeh...(baiklah..)

hadiah : Jeng jeng.. serprise..
tapi yang pasti hadiah die best

tarikh tutup:25 December 2010 230pm (tarikh dan masa aku dinikahkan nie) (baiklah..semoga jodoh berpanjangan ye cik Juri)

Sila ke entry beliau untuk keterangan lanjut mengenai contest ini. Semoga berjaya!!

Sunday, December 12, 2010

Tag 1: Mengenali kamu dgn lebih dekat

Saya sudah terkena tag oleh Fizah,..Ho ho..sebenarnya tag ni tak tahu kene jwb secara serius atau camana..(sy seorang yg agak mengarut)..sy penah jwb tag ni mase dulu2 setelah ditag oleh bekas teman serumah kat facebook tp serius bila terkena tag ini sekali lagi sy pegi bukak semula yg dlm note kat fesbuk tu. merapunya saya..tp bila bace balik ade beberapa impian sy yg dh tercapai..

___________________________________________________________
1) Nama saya siti sarah. Umi saya kate ms sy kecik dulu umi&ayah nk letak nama sy karimah sbb sy lahir pada hari sekian2 dan waktu sekian2 dan elok jika diletakkan nama itu..tp wan/nenek sy tak stuju. Kata wan karimah tu mcm nama org dolu2..jd umi&ayah amek keputusan menamakan diriku siti sarah. Thanx to Allah..(Sy rase cam pelik pula kalaulah nama saya sekarang ini karimah..hu hu hu) Jd saya berharap dgn bernama Siti sarah ini, diriku menjadi seperti nama yang diberi…ha ha..

2) mase kecik, saya seorang yang sgt menggemari dan amek tahu pasal politik tanah air dan juga diluar negara..sbb sejak kecik ayah sy tak bg tgk tv..jd rumah sy takde tv,,tp once bile ayah beli tv, ayah tak bg tgk cerita byk2,,mesti kene tgk berita hamper 24 jam sehari..acara wajib adalah tgk berita jam 6 tv1, kemudian buletin utama tv3, kemudian ‘dunia jam 10’ tv 1 dan akhir sekali nightline kol12..meskipun aku tak berada depan tv, tp ayah mmg suka pasang kuat2 sehingga duduk kat mane lam ceruk rumah pon leh dgr dgn clear berita di tv..kalau berita tgh mlm tu dh bleh hafal apa isu2 yg berlaku..mase kecik2 dulu, mkcik sebelah rumah ckp sybudak berjiwa besar sbb sy hafal hmpir sume nama presiden & Perdana mentri negara2 kat dunia nih..ha ha..

3) Sy sayang keluarga saya..

4) Sy seorang yang cepat bosan bile lakukan rutin sama..

5)saya syg kwn2 sy,,saya harap sy seorang sahabat yg baik..(walaupun sy tahu sy tidak buat baik selalu..) ho ho maafkanlah diriku ini..

6) sy kurang suka org yg tibe2 berckp dgn nada tinggi dgn sy..kelemahan sy ialah sy akan merespon dgn kurang baik juga secara tiba2 walaupun sy tidak berniat utk lakukan begitu..dan org itu juga mungkin tdk berniat lakukan begitu desu..sumpah, sy akan menyesal slps itu...

7)Sy kurang seronok dgn org yg skema dan mengikut aturan alam dan terlalu konvensional, dan suka wat mende kurang mencabar minda..sy suka berjalan2 dan buat sesuatu yg seronok..(bosannya kalau duduk dirumah saje di hujung minggu) tolonglah selamatkan sy..

8)Mungkin sy sebenarnya seorang yg garang..sy juga seorang kakak yg garang dirumah

9) Sy sgt suka masakan gulai kawah ala2 kampung,,tp sy jarang berpeluang merasanya..mungkin sbb famili sy bukan pior asal dr kmpung..sy sgt seronok berkahwin dgn suami sy yg berasal dr kg cherang (ha ha)..mmg dpt rase gulai kawah kmpung,,fewit

10) Kadang2 sy ingin kembali ke zaman bujang yg seronok dan bebas,,skang ni seronok juga tp dh takde kwn2 yg ramai yg selalu lepak2 dpn tv smbil bergosip dan makan malam seperti di Jalan 6 dulu..oh seronoknye..

11) Sy dh mula letih nk siapkan assignment yg diberi kakpina ni tp sy akan cuba bertahan..

12) semasa zaman sekolah, sy dan kwn2 amat menggemari anime, kami akan kumpul komik setiap seorang komik yg berlainan setiap bulan,,bestnye..

13)Mase zaman sekolah menengah rendah, sy lebih dikenali dgn nama ’goku’ kerana sy sgt gilakan dragon ball sehinggalah tamat episod 43.Sy kumpul komik dball dan simpan baik2 dlm kotak dan balut semuanya cantek tanak bg kotor..oh sy sgt meminati karya akira toriyama itu..

14) Sy sgt syg pc sy,,namanya sasuke,,hphone sy namanya naruto dan DBA 8130 sy, namanya goku yg sgt comel dan gagah selalu..tp sy berharap dapat beli pc baru suatu hari nnt bile sy dh kaya raya.. sy juga sgt meminati honda city keluaran baru itu...cantek sungguh, kalau sy beli sy nk yg spec E,,cun mcm ala2 kete yg boleh bertukar jd autobot..bile sy kaya sikit nnt sy nak beli satu sbg kawan goku(DBA 8130).tp kalau sy kaya raya dua kali ganda,, sy mungkin tidak akan membeli toyota estima spt. impian ct aminah itu..sbb harganya tak semahal jam tgn Siti Nurhaliza yang dihadiahkan oleh datuk K yg berharga RM250,000 itu (utk jam sekecik itu)..atau downpayment kete BMW X5 diana danielle ex makwe anak yusop aslam itu..

15) Sy sgt gembire mendengar berite perkahwinan kwn2 sy..oh sungguh gembire,,sy harap sume org diberi jodoh dgn segera oleh Allah, bak kata sorang membe mase kursus kt taiwan hari tu..katanya ”kahwinlah segera, kiamat sudah dekat” ..semoga semua org bahagia..

16)Adik sy suka telepon sy dan minta printer dan pc sy itu,, setakat ini, permintaan ini agak sukar ditunaikan..sy dh bagi seketul pc kat rumah tp dh rosak

17) Sy suka keluar makan2 ngn ct aminah,,sbb smbil bersembang makanan sy mesti boleh habis dgn jayanya..

18)Ms kat matrik sy rase sy seorang skema dan kuat blajar sbb byk sgt assigment,,bosannya jd sy ketika itu..

19) sy ade sebuah video cam yg sy tinggalkan kat kedai fotokem di lowyat sbb repair tp mahal sgt kene bayar rm380..dah hmpir dua tahun di sana,, mungkin video cam sy dh bertukar jd autobot yg sgt bergaya..sy tak berminat dgnnya lagi..

17)sy sgt suka makanan ala2 western..tp sy juga sgt suka menghirup kuah sup dan tomyam..adik2 sy pun suka kalau sy masak kuah2 begini,, hanya ayah sorang yg suka masakan yg berasaskan nyior/ kelapa..spt kari, gulai dan sbgnya,,jd keutamaan masakan perlu berpaksi pada ayah..ayah tak suka makan ayam,, tp kalau goreng ayam garing2 ayah suka..feveret lauk ayah adalah sotong dan ikan aya..dan ayah juga sgt suka ns dagang..eh tetiba pulak cerita pasal ayah sy di rumah itu..

18) Sy bukan seorang yang pandai mengarang,,jd sy sgt susah nk tulis tesis dan menghuraikan secara pnjang lebar dan mendalam,,dr mardina kata,,penjelasan ni surface je..sila tolong sy mengarang

19) Sy selalu berharap sy mempunyai suara yang nyaring dan lantang,,mcm encik polis yg order air milo kat kedai unikeb meminta milo ais dan teh o panas sehingga tenggelam sumer suara pelanggan lain di kedai itu,,gayanya mcm beri arahan pada kadet polis yang berbaris..kuat dan lantang

20) Sy belom decide hendak mempunyai berapa org anak.. he he..

21) Sy bercita-cita untuk terbang ke mekah sebelom umor 30 thn,,kalau belum buat haji, skurang2nya dpt wat umrah..insyaAllah

22) Kwn sy pernah bermimpi sy jadi tokey kedai emas..sy berharap mimpinya jd kenyataan tp die dh cerita pd sy,,jd kemungkinan mimpi itu tak menjadi nyata..oh sedihnya..

23) Sy teringin berada di Jepun..dan berjumpa penulis cerita Naruto shipuden..disebabkan kesibukan sy dah miss beberapa episod anime kegemaran sy itu..

24) Sy teringt mase bersenam robik setiap sabtu & ahad bersama ct aminah dan kakpina di dataran pkns,,walaupun belajar tarian poco2 tp sy tak penah igt dgn betul stepnyer...

25) sy nak kuar makan ngn ct aminah sekarang..nmpknya assigment sy dh siap...ho ho ho..hari ni makan2 di UO pula..fewit
___________________________________________________________

no.14: Alhamdulillah, tidak disangka2 Allah beri rezeki utk memilikinya..demi keselesaan bila berulang balik kampung ke Kelantan-Bangi. Dulu naik kancil minyak habis rm50 jugak(kalau adik ipar 2 org tu tumpang minyak lebih sikit la sebab menampung beban kereta..)..sekarang naik Honda city minyak RM40 je balik. sgt jimat...dan lebih selesa..perjalanan 7 jam jadi 5 jam jerk (sejauh 450++km)..(i loikee). meskipun begitu, kancil masih berjasa lagi sehingga sekarang (i lap u goku)..

Sy jugak dah punya laptop baru (meskipun usia sekarang sudah 2 tahun kot..oh lama betul kisah tag kat fesbuk ni..mesti fizah kata xaci sebab copy paste dr sane saje..hu hu hu)


no.18: Sudah beres dong pasal tesis. Memang bercinta jiwa raga dgn mende alah ni bertahun2..akhirnya beban sudah pergi dari bahu ini.

no.23: Sy sudah pernah berada di Jepun. Serius (teramat sgt) sy mahu pergi lagi..saya mahu, saya mahu..pengalaman berada di sana tidak setanding tempat lain yg penah pegi,,meskipun berhari2 penah round pulau jeju dan kota seoul di korea, dan jugek pernah ke hulu ke hilir di tgh bandar teipei, taiwan. I sukaaa Jepun..

psst..Boleh dok jwb tag secara macam ni. copy paste yg lama..maafkanla daku yerk..Terima kasih.

Wednesday, December 01, 2010

Two stories in one entry (urps..)

Kisah pertama ialah mengenai botol susu pigeon Muhammad Ashraf. Kisah sebenar terbongkar apabila ambil Ashraf di sekolahnya. Rupenya bukan botol yg pecah tp gelang penutup tu..entah macam mana jd tak tahu..pelikkan sedangkan botol adalah drpada material kaca.he he..so mase nk mintak botol tu, cikgu yg bertanggungjwb terhadap kerosakan itu tidak menghntar Ashraf ke pagar tp cikgu lain, sy cuma nakkan balik botol tu bukan nk marah dia..sy tak marahlah,,nmpak takut sikit diwajahnya..sedih pulak sy..sy hnya mahu dia jaga Muhammad Ashraf dgn baik, kerosakan botol bukanlah isu besar sgt..Ini rupe kerosakan yg berlaku..Sebenarnya tudung botol ini juga dah hilang mase kat sekolah jd sy gunakan tudung penutup pureen yg tak berapa match sgt, janji berpenutup je..

Mlm itu sy ngn cik abg cuba match2kan dgn gelung yg lain. Bukak balik kotak2 botol yg masih baru (belum digunakan sbb ashraf tak mau) seperti pureen, tommy tippee, avent..dan tgk2 gelung yg botol MAM muat.So dengan konfidennya bekalkan susu esoknya dlm botol sama. Selang beberapa minit hantar Muhammad Ashraf cikgu sms kata susu bocor asyik keluar. ..hu hu mungkin sebab tak betul2 match dan gelung MAM ni.. so sy suruh cikgu masukkan susu dalam cup ijau dia.. (dan sah-sahla muhammad Ashraf tanak minum langsung dlm tu sebab biasanya dia minum air masak dr cup itu). So semalam sy ajak cik abe sy kuar g skodeng botol cap pigeon kat manjaku bangi tu sebab sy agak2 mesti muat kot gelung die sbb dr brand sama meskipun takde botol kaca wideneck cenggini(pigeon) dijual di Msia ni. Kalau nk order online dr Jepun kene kuantiti yg byk, kalau tak, tak berbaloi bayar shipping dia saje cecah ribu riban yen.

Dan pada petang itu bila balik umah terus pakaikan. Oh sgt cantek, match dan tepat sekali. try masukkan air dan tonggengkannya..oh memang tak tumpah langsung. beginilah rupanya. makin cun pulak rupe botol ni mcm baru pulak. so botol baru beli yg plastik tu simpan lagi buat koleksi peribadi..^_*..mahal jugak wei rm28 seketul ni (berbanding botol kaca itu kubeli baru rm22 di sana). Takde jual ring/gelung tu saja semata-mata hokey (ade yg neck standard je dijual).


Pastu kan sy memaksa abg sy hantar sy ke farmasi sbb nk beli urin test itu. Sebab..cik P tidak menjenguk sy bulan lepas..lagipun sy dh stop minum minuman kesihatan sejak sy lewat didatangi cik P dikhuatiri ade baby comel. Minuman kesihatan itu telah dimaklumkan tidak sesuai bg ibu mengandung. Jd sy sudah delay makan itu ubat sejak seminggu lalu,,rugila beli mahal2 kalau stop seketika nnt kesannya susahla kan nk nmpak..so i need to investigate disebalik kelewatan cik P datang ini..Pastu mlm tu mcm takut2 dan agak saspen. So sy tunggu esok pagi utk menggunakannya. Malam tu mcm2 mimpi sy, test tak menjadi la,,bila nk test tu kene masuk toilet yg ade restoren la,,memacam..past sedar2 dh pukul 5.30 pg sbb rase nk buang air..pastu terus test..OMGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!

Cuba lihat betul2 gambarajah ini. Eksidenkah??!!!!!!!!ho ho ha ha hi hi hu hu..Allah itu MAHA BERKUASA..

Sikap manusia yang biasa

Ini merupakan entry pot pet yg biasa saja. Kita ni kan sebagai manusia tidak boleh lari dari perasaan dan sikap seperti: eh rasenya sy betul.. cuma tah tahap sikap tu yg berlainan. Ade yang tahap ego yg sgt tinggi, ade yg biase2 je,,ade yang memang low..tp ia ada. Sejauh mana betulnya, sy tak pasti tp Ustaz Zamri yg cakap..ala ustaz yg comel lg MantOP tu..ya sy suka sgt tgk program bersama ustaz zamri tv 9 kul 6.30 ptg. musim bercerita, musim belajar agama, belajar alquran. Tp sekarang dh takde..minggu ni dh stat program mari bertaranum dgn ustaz yg series tu..sedap dan merdu sgt budak2 tu bertaranum..sy suka tgk pelajar2nya,, paling comel sekali si Huda.

Ok tamat kisah ustaz zamri. Ustaz Zamri pernah bercerita mengenai takdir. Bahawa takdir itu boleh berubah dgn usaha yang kita lakukan serta doa yang tidak putus-putus. Diceritakan bahawa di suatu hari semasa Nabi Adam masih di syurga, nabi Adam berkomunikasi dgn Allah s.wt. ketika itu Allah tayangkan isi dunia serta umat2 manusia yang akan dtg di tangannya (kita tak perlu bayang mcm mana, kerna Allah itu bukan seperti makhluk ciptaannya yg serba lemah ini)..pastu Nabi Adam nmpak sesuatu yang bersinar2 di tangan Allah, lalu baginda bertanya :siapa tu wahai Allah, yang kelihatan bersinar2 itu? Allah menjawab:Itu ialah Nabi Daud. Pastu Allah beritahu bahawa riwayat hidup Nabi Daud pendek sahaja iaitu 40 tahun, sedangkan umur Nabi Adam adalah seribu tahun. Lalu Nabi Adam pun mahu sedekahkan umurnya sebanyak 60tahun kepada Nabi Daud.

Apabila tiba waktu ajal Nabi Adam, Malaikat maut dtg menjengahnya..(nabi sememangnya ade kelebihan mengetahui bila malaikat maut dtg). Nabi Adam diriwayatkan tekejut.. eh kenapa kamu sudah dtg sedangkan umurku masih lg berbaki 60 tahun..pastu malaikat pun jelaskan kamu sudah sedekahkan umur kamu pada Nabi Daud, lalu nabi Adam ckp:eh ye ke..?.. bukan sebab lupa tetapi sikap manusia adalah seperti secara fitrahnya begitu, kata Ustaz, sebab itu kita bersikap begitu...wallahua'lam..

Ok. back to cerita sekarang. Tp jgnla samakan sikap kita yg keji ni dgn nabi pulak. Ade sesetengah org tu kan, memang suka bersikap seolah-olah :"Sy lebih tahu dari kamu. sy lebih terer. Kamu masih muda. Kenapa kamu buat begitu.kenapa begini?" seolah-olah hanya beliau seorang sahaja yg meningkat dewasa dan matang menghadapi kehidupan ini. Org lain jgn lebih dr tahap saya..ohhhhhhhh..Sikap begini kurang seronokla..Kadang2 kita perlu akur yang org lain juga akan dewasa dgn perubahan masa dan usia..Tahulah mereka menguruskan kehidupan mereka, mengatur sendiri hidup, membuat perancangan sekian sekian, beli kereta sekian sekian beli rumah apartment sekian sekian. jgnla kita rase kita je yg bagus dan berasa sangsi dgn keupayaan org lain.

Sekian pot pet utk hari ini.

Pasal Jurnal lagi

Mula-mula nk tulis perkara serius dulu. Sy ni kan,,kalau buat sesuatu, susah nk buat sampai betul2 habis smpai titik. Selalu kalau studi gegile pasal sesuatu tu, memang berusaha keras, tp bila dah jumpa jawapannya, sy akan end up ''oh ,,sy sudah tahu akhirnya pasal ni.." pastu kan sy pun tinggalkan,,mcm seolah2 mende tu akan lekat selamanya dlm kepala ni..bukan nk take note dan simpan elok sbg rujukan hari muka..nnt bila dh lupa kene studi lagi..adeh..

So sy nak wat sedikit nota utk rujukan sy sendiri di hari muka. Sy sudah tulis jurnal ini beberapa bulan yg lalu (sudah lamaaaaaaaa sgt..) jurnal ini berjaya ditulis sepanjang 14 muka surat. Bila dh rase mcm ok..tetiba Dr M kata kene patut huraikan panjang sikit pasal itu, ini..terus rase mls sikit sbb rase tak berbaloi spend masa lama2 pasal ini..hu hu hu (teruk sungguh daku..) lagipun sy perlu setelkan mende lain yg lebih penting...

So jurnal berkenaan adalah diberi tajuk: “Automation of transionospheric propagation using ray-tracing”. Pastu bila nk check ranking jurnal ini samada diiktiraf UKM dan diindeks dlm scopus bagai boleh masuk website library UKM:

1. masuk tun sri lanang
2. klik pada databases/e-journal
3. klik journal citation report
4. Pastu bergantung lah nk search jurnal yg spesifik atau nk taip sendiri nama jurnal available (mcm sy cuba cari group contoh:computer science, information systems) sebab nk hntar jurnal kali ini adalah berkaitan komputer.

Dah penah check beberapa jurnal yang berkaitan utk dihantar tp asyik lupa sebab tak catit. Bila dr tanya details pasal jurnal2 berkaitan barulah gabra. Paling penting dan selalu Dr M tanya berapa ranking journal? berapa impact factor?

1.
Full Journal Title: COMPUTER JOURNAL

ISO Abbrev. Title: Comput. J.
JCR Abbrev. Title: COMPUT J
Impact factor:1.394

Journal ranking:Q2




2. Full Journal Title: COMPUTER COMMUNICATIONS
ISO Abbrev. Title: Comput. Commun.
JCR Abbrev. Title: COMPUT COMMUN
Impact factor:0.933
Journal ranking: Q3

3. Full Journal Title: JOURNAL OF INFORMATION TECHNOLOGY
ISO Abbrev. Title: J. Inf. Technol.
JCR Abbrev. Title: J INF TECHNOL
Impact factor:2.049
journal ranking:Q2

So nk smbung semula cerita jurnal yang dah basi ni..skodeng dan studi pulak cara nk hntarnya. kat website bekenaan seperti: http://www.palgrave-journals.com/jit/index.html. Journal ranking tu penting sebab start tahun lepas, UKM akan bagi saguhati berbentuk wang ringgit kalau penulisan kita diterbitkan kat journal yang ade dlm ranking. Paling tinggi Q1 (rm10k) paling cikai Q4 (Rm1k). Sila la rajinkan diri tulis jurnal (smpai pengsan berguling bagai bak kata ct aminah utk menghasilkan seketul jurnal tambah2 lak yg high indeks nih..) Sy Alhamdulillah sempat merasa sikit walau jurnal berada diranking Q4..tp duit kene share dgn penama lain..hu hu (penama lain sudah tentulah supervisor2 kita otherwise kita letak nama org lain,,)

Sekian. Sila hntar jurnal cepat. Dr M sering bertanya, jurnal itu sudah dpt feedback ke..yg sana sudah hantar ke,,,sini sudah plan tulis ke desu...begitulah kehidupan yang serba kekurangan ini...sy kalau tak terpaksa menulis, sy juga tak mahu tp apakan daya...bila kita bergantung hidup dgn belas ihsan geran mereka..ho ho ha ha hi hi hu hu..

tabahkah sy? bagaimana kehidupan dihari akan dtg..belum pasti lagi..yg sy tahu mungkin ini sudah takdir sy,,inilah kegembiraan dan hidup mati saya..mungkin...sy ade keinginan menyambung pelajaran lagi tp sy sedang mengintai2 supervisor yg best tahap gaban. oh siapakah...(tetiba teringat lirik sebuah lagu,,pasal mak. sy mahu kawen..)

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...