Monday, November 29, 2010

Pigeon glass bottle pecah..Arghh

Beberapa minit selepas sy hantar Muhammad Ashraf kat taska td, cikgu hantar sms yg sy baca bila sy dh smpai unikeb. Ade janji ngn ct aminah & kakfina jumpe kat situ makan2 setelah 2 tahun kakfina meninggalkan msia, belajar kat birmingham. Tp mesej itu agak menyentap sanubariku..hu hu..nk balas tak nak balas,,entah ape respon patut sy bagi kat cikgu siti..nk suruh ganti mcm kesian tgk cikgu siti tu, keje kat nurseri tu berapa sgtlah gajinya..sedih pulak rasa..dah la baru kerja,,pastu sgt baik orgnya..rase better than cikgu farah & cikgu Era yg dah tinggalkan taska tu..

mesejnya begini:
'Salam. maaf kak.botol susu ashraf pecah.td tergelincir jatuh..'

Bunyi mcm selamba tp sy faham perasaan cikgu tu tak sengaja. Mcm mana tah, nk suruh ganti pun..entahlah..Muhammad Ashraf memang suka botol itu sahaja satu-satunya,,sebelum bermcm botol sy bg mase die kecik dulu,,tommy tippe la ape la,,sume dia tidak mahu (sudahla tak suka minum dr botol). Dan botol itu sy beli mase sy kursus kat Jepun dulu ok..harganya 550Yen. Murah dan tidak didapati di Msia..botol kaca kat sini mahal wei..tambah plak,,susah nk cr yg glass bottle wideneck cenggitu...sedih.

Saya tipon kak umie mintak pendapat. Pastu kak umie ckp sekarang yg tgh berada di Jepun ialah Dr wayan. Kene mintak tolong beli ke...^_*.. adeh..

Sunday, November 28, 2010

Percutian keluarga kat PDickson

Hujung minggu baru-baru ini (27-28Nov) kami g P Dickson. Saje nk bercuti. Saya guna pakej percutian yang sy dpt setahun yg lalu tu..kalau tak guna nnt burn cenggitu je.. So sy dah tempah hotel yg kat PD (availabe ade dua jer..Casa Rachado ngn Palm Spring)..sy amik palm spring 2 hari 1 malam. So pegila pagi sabtu lalu mencari hotel tersebut. Oh sgt jauh dr bandar PD..Pastu bila pegi mase tu pukul1 kata mereka tak bleh check in lg sbb fullhouse. So katanya boleh check in kul 3ptg..so kami pun pegi la melepak umah member kamceng cik hasben kat PD jugak, dorang ajak makan tghari..Amir sendiri yg masak smbil bersembang2 smbil masak. Actually dia ajak dtg kol 3, tp sebab tak bleh check in lagi sebb tu dia ajak dtg awal sket...mase tu die baru balik dr servis kete dan beli lauk pauk utk dimasak.. Oh sgt sedap masakan amir a.k.a pokmat sbb cik abg gelarkan dia nama ni..isterinya si Pa'e tak masak sebab tgh pregnant 4 bulan. Excuse me,, umur anak sulung dia sebaya Muhammad Ashraf cuma awal beberapa bulan okey..ho ho ha ha hi hi..hari tu, amir masak ikan masak merah, ikan masak asam pedas, sayur goreng dan macam2 lagi..so bersembangla member kamceng smpai tak igt dunia smpai pegi check in hotel dah hmpir kol 5 ptg.

Pastu kan bila masuk hotel nama bloknya Duta Hacienda, agak mendukacitakan,, sebab tak mencapai expectation sebagai bilik hotel yg kita selalu pegi tu kan.. hu hu..sbb apa...kami dpt tingkat empat (paling atas) pastu tiada lif. pastu lagi tiada karpet pada lantainya, tiada telefon utk panggil room servis, laundry bag takde dan jugak tiada tab mandi. walaupun rase mcm mende tu remeh temeh tp sy tetap nk ckp kurang best ^_*. Kalau org tanya nk bg bape bintang. sy tanak bg bintang lansung,..paling worst takde peti. Diulangi: takde peti, penat sy mengendong beg chiller bersama pam avent ISIS itu..kalau zaman muhammad ashraf kecik2 dulu, mase susu tgh meriah kuasa sepuluh, dh jadi kebiasaaan sy terpaksa pam dan buang kat toilet bila travel, mase transit kat airport memana, (tetiba teringat zaman2 itu, betul..tak tipu...buang je kejenye)..so mase dua hari tu tak pam lansung, rase penuh pun tahan jer..skang zaman biasa2 je,,kalau penuh pun dah tak bocor dah..(panjang pulak citer pasal ni.serabut pulak rase jd diri sy..) sambung cerita hotel...aircond dia takde remote, so takleh control tahap kesejukan atau kepanasannya. tv pon takde remote gaks..pastu kan hotel dia kalau tgk dr pintu gerbang kat receptionist tu rase mcm wah canteknye,,mesti besar lagi kawasan2 dalam sana..sekali..tak menarik pun, blok2 macam haunted pun ade..hu hu..lenkali tak mahu hotel ini lagi. sekian cerita hotel. tp nk tempek jugak gambar bilik. Gambar budak bj belang tu ialah muhammad ashraf bukan sebab bilik haunted ye...

petang tu kitorang g kat taman tema palm spring kat dalam tu..ade famili ke ofis gathering ke ape tah tgh main sukaneka. Muhammad Ashraf pulak seronok bukan main main air kat pantai buatan tu smpai entah berapa gelen air tertelan masuk mulut.


video

Esoknya smbung sikit citer hotel lagi. Tempat dewan makan die jauh,,nk pegi kene naik kete..pastu bila pegi sana eh takde org pun dalam tu (kecuali 1 keluarga) pastu takde makan berhidang buffet tu. kene duduk dan di ambil order, tak byk choice mee goreng /kuew tiaw/meehun. pastu baru tukang masak g masak..ha ha cap ayam giler.. cik abg sy kata,,ni semua salah mama sbb tempah hotel mcm ni..mana i tahu,,tgk dlm website mcm hebat jer.. tak terjah pulak forum2 di tenet. So ckp cik abe, jgnla pikir mende kurang best, mari kita berseronok mcm muhammad ashraf..yg penting berseronok mandi pantai..oh yeaaaaaaah..

Lepas breakfast lam kul9.kitorang g pantai yg real yang betul2 kat bandar PD. Air tgh pasang..so mandi dgn gembiranya..smpai kul 11 baru naik..best sgt sebab lama tak mandi pantai..Abah siap beli bot pelampung yg hensem lagi utk budak hensem main tanpa tertelan2 air sebab terlampau excited dalam laut..


Sekian.

Update Muhammad AShraf

1. Dalam minggu ni (22hb-26 Nov) Muhammad Ashraf boleh habiskan susu sebanyak 5Oz di sekolah..wah..rase gembira dan tekejut. Bila pegi ambil kat sekolah,,cikgu ckp susu Ashraf tak cukup..cikgu terpaksa ulangckp sebab sy yg takut sy salah dengar cikgu ckp..hu hu.. Yelah,muhammad Ashraf ni mmg sejak kecik lagi tak suka minum dr botol..sanggup berlapar tunggu mama..Sebab tu Muhammad Ashraf ade abg susuan nama Muhammad Zaim. (Dr M 's son).. Ni lah abgnya lahir 30 April..Muhammad Ashraf 30 Julai. Ini anak sy jugak okey..sudah 2 org rupenya anak beta..isyk isyk..

*Muhammad Za'im (pic from fb kakaknya madihah)
2. Sy sgt seronok mase famili dtg ramai hari tu bila Ashraf pandai bersalaman dengan semua org dgn meletakkan tgn org kat pipi dia belah kiri sambil senyum dgn menunjukkan baris giginya. Kelakar setiap kali salam akan gelak2 smbil buat muka comel. Kalau mama ngn abah yg nak salam selalunya dia tak layan smbil tepis tgn mama ngn abah.pandai pulak pilih org nk salam2 nih.
3. Sejak balik dr mjlis tawfiq hari ahad baru2 ni..dia sgt rajin bejalan..nmpak lebih komfiden dan ade kesungguhan nk berjalan. Penah sy tgh basuh pinggan dia berdiri sebelah tepi pastu dia buat suara smbil buat isyarat tgn, sy pun hulur tgn sy,,dia tarik smbil bejalan laju dgn pegang jari sy, suruh sy ikut keliling umah dan ….lastly dia suruh sy duduk dekat bantal oshin sy (tmpat sy selalu baring menyusu dia)..mulutnya bising..nak menyusu,,nk dahaga agaknya. Ini video muhammad ashraf tgh bejalan smbil makan ubi goreng (sila abaikan keadaan rumah itu).
video
4. Kelakar bila sy ngn suami tgh layan tv,,tetiba dia pegi buka cabinet tv kuarkan joystick PS2 dan bg kat abah, pastu siap duduk atas riba abah smbil mulut bising pastu tgn dok tunjuk2 kat tv..suruh abah dia main PS2..(aduh,,budak ini sudah pandai pulak pasal main PS2 ni) selagi tak tukar kepada game PS2 selagi tu mulut dia bising..bila dah buka game, muka die excited nk tgk abah main (mama sgt marah okey..i dun like). Kadang2 dia pulak lebih2 nk main sekali, dua2 org pegang joystick…
5. Muhammad Ashraf sgt byk makan nasik.nonstop. pastu suka minum air glukos yg dicampur sunQuick. Pastu suka suka sgt minum teh ais ..marah kalau bg dia minum air suam je (ape kelass)
6. Suka bawak bekas biskut tiger perisa coklat suruh mama atau abah bukak sbb nak makan.
7. Boleh sebut ‘mama’ & ‘abah’ dgn clear…Cuma masih tertukar kengkadang panggil mama dgn panggilan abah atau sebaliknya. Kengkadang malas sebut, tp sengih nmpak gigi jer bila tanya mana abah? Hanya mata je berpaling tgk abah
Next. Cerita percutian di PD ^_^

Thursday, November 25, 2010

Video Uyaa & Tawfiq - Solemnization

First sekali sy nk ckp,,sy sgt sukaaa ini video okey..sgt seswai..video ni ditayangkan mase mjlis resepsi di sebelah pengantin lelaki iaitu mase mjlis kat putrajaya tu..i loike..boleh bg 5 bintang..cuma kureng syok part yg sedara dan rakan2 bg wish tu..tp overall okeylah.. sebelum tayang itu video, nak kene bg lirik lagu dulu..sekarang ni kan sumer org tgh syiok dgn lagu2 maher zain..tp series video ini best..1st time mase sesi tayang montaj ni, sume hadirin mcm terberenti makan dan masing2 tgk kat skrin2 dlm dewan tu..berdiri jugakla sikit bulu roma mase sesi akad nikah tu.. sgt syahdu..yelah,,ikatan pernikahan ni sesuatu yg sgt suci murni, jodoh kita telah ditentukan Allah..terimalah..Uyaa & Tawfiq - Solemnization :

For the Rest of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

video

Tuesday, November 23, 2010

Wedding Paksepupu saya, Tawfiq Part 2

Sebelum mjlis bermula tok syam dah bahagikan tugas. Abah sy kene jd penyambut tetamu di pintu masuk dewan. mama pulak kene bg hadiah buah tangan kat tetamu yg nak balik..sy ni asyik berlatih bejalan je sbb dewan tu luas berkarpet, pastu sumer org2 berjalan. Kalau kat rumah sy malas bejalan sebab umah sy sempit pastu mama ngn abah pun tgk tv kadang2 baring je kat umah, sebab tu sy rase mcm takde maknenya sy nk bangun bejalan. Umah sempit nnt langgar dinding pulak,,dahla sy suka sepahkan umah..Ni gambar mama ngn abah dan jugak sy mase tu..sy pun pakai jugak tag 'family of the groom'..tugas sy ialah bertempik gembira meraikan tetamu yg datang..

Ni plak gambar paksepupu sy tu, Tawfiq & Uyaa. Mama nk glemer sensorang tak ambik sy masuk gmbar.mase ni sy tgh main ngn abah kat belakang..


Ni pulak saya, tgh sibuk kat belakang..Abah terpaksa control sy, kalau tak memang sy buat bising..mjlis siap pukul 6.30ptg.. letih sgt,,malam tu sy tidur lena..habis lenguh badan2 sy,, nasib baik mama & abah pakaikan ubat angin,, rs lega sikit otot2 kaki sy ni..

Sebelum abis cerita, sy nak letak jugak gambar atok moyang sy belah mama bersama cucunya Tawfiq dan cucu barunya Uyaa.

Nnt sy nak letak video sy di next entry.

Sekian.

Wedding Paksepupu saya, Tawfiq Part 1

Sebnarnya mama & abah amik keputusan tidak balik kampung sempena raya haji sebabnya paksepupu saya (Pkcik tawfiq) nikah kat Bangi ni pada raya ketiga. Jd seluruh keluarga sy di Kelantan dtg ke sini, Bangi. Ini sy dan mama di malam akad nikah pada malam jumaat lepas. Attire mase tu ditetapkan kaler kelabu. Mama sy belikan bj ni utk sy walaupun besar sikit sy dipakaikan jugak. Kata mama, inilah bj raya sy tahun depan sebab tu besar sikit boleh save bajet. Mama agak kedekut taik idung masin (sy dgr2 je org sebut peribahasa ni, sy tak tak tahu nape kalau kedekut, org mesti sebut ni..). Sy ngn mama je pakai grey, abah pakai bj melayu kaler ijau siap bersampin. Hensem rupanya abah sy bila pakai mcm tu. Tp mama tak ambik gmbar abah sebab kata mama abah memang mcm tu, kurang seronok nk bergambar bagai..tak mcm sy, selalu ade dlm gmbar ngn mama..sejak kecik lg mama ajar pelajaran asas ni..kene senyum cantik2 dlm gmbar..

Majlis perkahwinan diadakan dirumah mak sepupu baru saya iaitu Cik Uyaa. Rombongan keluarga sy, pengantin lelaki pakai kaler dark purple. Tp mama pakaikan sy bj kaler biru. Kata mama, bj utk boy mcm sy susah nk cari kaler purple ni mcm pink jugak,,byk utk girl je..entah betul ke tak mama ckp ni..sy pasrah je la pakai bj yg tak ikut tema ni. Rase mcm tak best pun ada sebab tak sama ngn org lain. Kata mama yg penting jd gudboy dan hensem. Pasal abah pulak, mama kata seronok sgt sebab tak payah beli baju, pakai je bj nikah dulu tu.

Sebelum berangkat g rombongan sy buat perangai ala2 mcm org mogok. Tanak dgn org pulak, padahal mama kata sy ni kalau jumpa org ramai selalu galak semacam, excitedla, mcm2..tp kadang2 buat perangai mengada. Sian sy mama ckp macam tu,,tp mungkin benar kata mama bila sy tgk semula aksi sy dengan nenek wan, iaitu moyang sy..

Sebelum tu jugak sy main lego kat umah tok syam tu..sy main sorang je,,sy dh mula pndai nk kedekut2 dgn org..kalau ade baby lain nak main lego ni, sy bertempik kuat2 pastu bawak bekas lego jauh sikit, padahal lego tu bukan lego saya pun, tp tok syam punye. Kalau dgn sepupu sy Adham, dia selalu buli sy,,mungkin sy kecik lagi,,dia tak best main ngn sy,,sume lori2 mainan Adham rampas dr tangan sy. Sy pun tak tahu kenapa Adham kedekut dgn sy..jd sy pun nk belajar kedekut jugak walau mama tegur perangai ni tak elok, sy buat jugak kat mkcik iman, dan makcik alya..mereka ni mak sepupu sy, tp sama umur je ngn saya..

Ni pulak gambar ayah tok dan nenek umi. Dua-dua ni tok nenek belah mama saya.

Rombongn ke umah pengntin pempuan ni adalah pada hari sabtu..esoknya mjlis toksyam pulak..ohya, pakcik tawfiq anak kepada tok syam. Hari Ahad tu hari yg paling sibuk dan letih sebab semua keluarga sy bertugak menguruskan mjlis. Mjlis berlansung kat dewan di masjid putrajaya. Sy pun sibuk jugak..sy tgk ramai sgt org dtg, jd sy rase excited, sy menjerit bertempik pastu sy jd rajin pulak nk bangun bejalan. Kalau tak, mama kata sy ni sejak umur setahun dah bolah bangun berdiri tepuk tgn pastu jalan dua tiga langkah., pastu duduk dah.. kali terakhir mama kata mama tgk sy cuba bejalan masa balik raya puasa hari tu,pastu sy memang dah malas nk berjalan. Kalau abah bangunkan sy pun sy akan lentokkan badan sy. Ramai org kata badan sy ni elastik mcm getah...tp hari tu sy berlatih bersungguh2 berjalan,,letih mama dan abah kene gilir2 jaga saya,,,mkcik sy pun tak larat nk jaga sy..'mama kata sy gudboy,,' seronok sgt sy..


Sebenarnya tema mjlis menghantar menantu tu kene pakai bj kaler pink purple. Mama dh pakaikan sy baju kaler merah kat saya pastu tetiba sy muntah dalam kete mase nk ke putrajaya tu. Mama kata sy tak duduk diam dalm kete sbb tu muntah, habis masam baju ngn seluar sy. Nasib baik ade baju spare,,tapi dah tak sama dgn org lain sbb bj sy kaler ijau..isyk..isyk..

Bersambung..

Monday, November 22, 2010

Raya Haji saya tahun ini

Hari raya haritu kan..mama ngn abah ckp nk balik tg malim tak jd lak sbb nenek sedara sy balik kelantan. So pada mlm raya rase mcm sedih sgt sbb rase mcm biasa2 saje kata abah & mama, mcm tak feeling nak raya (sbb tak balik kampung)..Tak penah bila hari raya rase mcm ni..abah kata raye kt kampung, kelantan sgt meriah tak kalah pada raya puasa..lg best kata abah raya aidil adha ni mewah dgn daging..pegi tgk sembelih lembu sana sini, pastu masak mcm2 jenis..ade wat kari, ade wat singgang, paling best kata mama, time raya haji ni dpt mkn perut lembu yg masak dgn air asam tu mkn byk2,,memang feveret mama tu..Raya haji tahun lepas sy kecik lagi..baru beberapa bulan, mase raya haji tahun lepas tu lah abah & mama wat korban lembu dua bahagian untk mjlis aqiqah sy..sy tak pegi pulak tempt sembelih lembu tu sbb sy kecik lagi..mama kata ni gmbr sy mase tu ngn ayah tok :

mase ni kata mama umur sy hmpir 4 bulan

Pada hari raya AidilAdha tahun ni sy, abah & mama g raya umah tok sedara sy yg kat sungai tangkas bangi ni, tok Syam. Menurut nenek belah abah, muka sy byk iras anak beranak belah mama sy. Tak macam sepupu sy muka dia byk iras belah nenek belah abah:

ni sepupu sy belah abah. nama Adham..gmbar ngn pakcik sy

Gmbar tok ayah &nenek belah abah. Nenek sy adalah seorang berbangsa cina manakala tok ayah org melayu tulen
Ni sy tgh main teddy bear kat umah jiran nenek mase raya puasa,
sebelah sy ialah abah & nenek


Mungkin sebab sy tak sepet mcm sepupu sy tu..sy byk ikut muka mama. Ni mama saya..cun kan mama saya..(haha..) mama suruh ckp mcm ni..mama memang camni..selalu perasan lebih sikit

Ooh ckp pasal raya haji lagi..lepas sy g raya umah toksyam,,sy pun g seharian pulak kt umah sepupu sy Adham tu, kat shah Alam. Lepas Asar, sy g Pantai Remis.


Ayah Long yg bawak..katanya kat situ gelemer kerang bakar tp mase kitorang g,,kata encik kedai tu ,,kerang da abes..so mama pun buat muka sedih. Mengada la mama tu padahal kat rumah setiap hari dh makan kerang rebus..kerang bakar pun bukannya takde kat bangi tu..Hanya sy ngn abah je yg tahu perangai mama ni..

Nilah gmbar sy ngn keluarga sepupu belah abah sy kat pantai remis raya haji hari tu. Org g raya, tp sy ni g pntai..takde feel raya pun. Belah mama takde sepupu lagi sebab mama sy je yg dah kawen. mkcik2 pakcik lain lom kawen lagi. Mase ni sy tekejut sebab dpt tahu Adham dah nak dpt adik baru..wah..sy je masih solo nmpaknya..Mama Adham dah pregnant 3 bulan. Mama sy tu entahla..katanya nk tunggu sy bertambah hensem sikit, baru boleh bg adik..ha haha..entah ape2 mama tu..

Sekian.

Monday, November 15, 2010

Salam Aidil Adha

Selamat Hari Raya AidilAdha ye rakan-rakan dan aunties sumer. Mama Ashraf kata kami tak balik kampung tahun ni sebab ramai famili Ashraf akan datang Bangi pada hari raya ke3 nnt sempena mjlis kahwin pak sepupu sy, pakcik Tawfiq (sepupu mama saya). Mjlis kahwinnya lambat lagi, so abah ajak balik umah tok sedara sy kat tg malim perak..ta ta..!!- Muhammad Ashraf.Nnt sy suruh mama rajin sikit update pasal sy. Mama tu asyik potpet pasal dia je kan..isyk..isyk..
bye~

Friday, November 12, 2010

Ikan keli percik

Percik mercik ni memang feveret cik abe sy. Dia tak pernah bagitahu ape feveret fud dia sejak kami kawen, tp setelah dua tahun kawen ni sy tahulah ape dia suka bila die makan secara terlebih excited bila masak lauk ini, percik, atau udang masak pedas. memang suka habis, boleh tolong kacau2 atas dapur smpai hidang nasik segala nk tolong buatkan..

Semalam masak ni. Korang boleh pilih nk percik kaler merah atau putih. kalau nk merah masukkan cili kering dlm beberapa batang(4 btg camtu).

Utk kuah:
Ni bahan2 (bajetlah berapa2 kuantiti yg disukai):
1. bawang putih, merah, halia, lengkuas (sikit jer), cili kering -blend
2.santan
3.1 asam keping
4. 2 batang serai diketuk

cara buat:
1. masukkan sume bahan kuah tadi serentak dalam periuk. masakla hingga mendidih. tarukkan garam & gula secukup rasa.

Bahan utk ikan keli (atau ayam dsb nya):
1.bawang putih, merah, halia, kunyit hidup/debu -tumbuk atau blend kering
2.tambahla garam sikit
3.gaulkan ngn lauk tersebut (ikan keli)
4.goreng secara biasa2 (takyah garing sgt) atau bakar ikut selera masing2
5. masukkan dalam kuah yg dah siap tadi.
6.boleh hidang

hasilnya, tara!!!!!!!!

(xde cili kering dah abis, so masukkan cili sos sikit, haha..)

Cubalah. best punye..ade org tanya..percik2 ni kan masakan kelantan selalunya.mcm mane masak percik..camnilah..senangkan..selamat mencuba~

Sekian.

Thursday, November 11, 2010

Dah kuar dah white colour

Tahun lepas kami tempah warna ini sebab dah dikhabarkan akan dikeluarkan di Malaysia warna ni. Berbulan2 tunggu.. sbb dorang belum decide dan tunggu keadaan ekonomi ok kot..Pastu dah lama sgt, mase tu org Honda ckp warna yg availabe (setelah 2 bulan tunggu) ade warna hitam kalau nk cepat..oh sy tidak mahu..kereta ini paling sy kurang minat adalah kaler hitam dan silver metalic. So kami pun tukar amik kaler kelabu itu..selepas 4 bulan baru boleh dapat kereta dr tarikh tempah. sy tertanya2 bilakah sebenarnya keluar versi white itu. Oh rupanya bulan ini. November 2010..betapa setahun baru dapt naik kete ni kalau kami stick dgn kaler ni suatu ketika duli..tp bila dh umum kuar ni tetiba rase jeles seposen dua..:

(gambar dari encik google)

*tgh tunggu kemunculannya di jalan raya

Wednesday, November 10, 2010

Ikan Siakap Masak Lemon

Eh tetiba lak wat entry pasal masak. Semalam masak ni., memang senang je.. Hujung minggu lepas beli ikan siakap 2ekor rm30. entah bape kilo tp besar gile la saiz ikannya. okey..ni bahan2 & cara masaknya (kuantiti bahan adalah ikut selera sy-sy kurang gemar bwg putih). ni untuk makan dua org, separuh ikan siakap.

Bahan:
1. 1 ulas bwg putih dimayang
2. 4 ulas bwg merah (ade saiz besar ade kecik) dimayang
3. sebatang serai dipotong halus2
4. sebiji setengah lemon
5. seinci halia dimayang juga
6. daun ketumbar

cara masak:
1. masukkan air (ikut suka nk byk mana air) dalam kuali
2. pasangkan api
3. perahkan lemon (sila tapis utk elak biji masuk dlm kuali)
4. masukkan garam dan gula secukup rasa pastu kacau2
5. masukkan segala bahan2 yg dimayang td
6.bila air dah menggelegak masukkan ikan siakap
7. bila sebelah ikan dh masak, balikkan sebelah lain pulak
8. bila dh hmpir masak, boleh masukkan daun ketumbar yg dipotong2
9. siap dan boleh hidang

Ni gambarnya. Oh gambar kurang menarik sbb daun ketumbar dah kecut dan jd kaler kuning (nmpak mcm ikan singgang pulak). xpe..janji sedap..smpai encik tu menjilat jari ^_^. hirisan lemon tu hiasan je..he he


Sekian.

Tuesday, November 09, 2010

This life is ..

Kengkadang org nmpak hidup org lain begitu indah
Tp kita tidak tahu seberapa mana tahap indah mereka (miserable kah?)
kadang2 org pikir ade org lain yg memiliki segalanya
Tp mungkin dalam hati mereka ade banjir air mata
kadang2 kita lihat ada org yg kelihatan bersusah payah
menghadapi hidupnya
padahal tiada duka air mata dlm hatinya
melainkan bahagia semata
Pada masa ini
Sy perlu serius dgn kehidupan sy..
Tahun depan sy mahu jd surirumah sepenuh masa
(sengih jap)
Sila la hantar anak sorang dua ke rumah saya
jd baby sitter (layakke?)
Mengisi hari dengan gembira
(dgn secubit perasaan sedih bin pilu..)

Monday, November 08, 2010

Kisah parti, aksi lompat-lompat dan piala malaysia

Cuba lihat senario politik kini. Ade satu parti tu mcm jd tempat persinggahan. Org lompat kuar dari sana ke sini, berenti jap pastu lompat kuar pulak. Memang benar jadi politikus ni kenelah berkorban jiwa raga, kene kuat, kene jd org besi yg tahan panas hujan, karat dan segalanya. Kalau jenis ikhlas berjuang, lg byk cabarannya..Yang baik nmpak jahat dikacamata sesetengah org..yg jahat nmpak baik di kacamata sesetengah org yg lain pulak..Silalah buka mata kita dan rasional dalam menilai mereka. Jgn kita obses dgn sesetengah org atau parti smpai kita buta menilai, dan membutakan mata, memekakkan telinga untuk mendengar pihak lain. Saya tunggu berita pengundian di Dun Galas dan Batu Sapi pada malam tu..terseksa jiwa raga tau tunggu keputusan pilihanraya, nk pegi mana2 nk kene tunggu dulu sbb nk tahu sgt. Sy ni memang begini..ha ha..lagi pemberita lambat2kan, naik geram dibuatnya..ceh..

Kerusi Dun Galas N45 adalah salah satu dewan undangan negeri (DUN) dalam parlimen Gua musang. Kalau korang nak tahu kat kelantan ni tempat kuat Barisan Nasional ialah kawasan Jeli di bawah kuasa Tok Pa (Dato' Mustafa Mohd) dan Gua Musang di bawah kuasa Ku Li (tengku razaleigh hamzah). Mereka ini memang disenangi dan disayangi oleh org2 di sana, jd sukar sikitlah bg PAS nk tembus kawasan2 ini. Sebenarnya org Kelantan ni pilih pemimpin kawasan mereka, bukan kerana parti PAS semata2. Sebabnya sejerah kawasan parlimen tempat tinggal sy sendiri pun boleh pulak semua kerusi2 DUN PAS yg menang tp kerusi parlimen, BN yg menang. Cantek tak...? ho ho...strategi pengundi sendiri. Undi adalah hak anda. dan undi adalah rahsia..


Sebelum terlambat. sy still nk ucapkan tahniah kat skuad red warrior atas kemenangan piala malaysia 2010 baru2 ini. Boleh x,,sy menjerit dalam rumah mase gol kedua. mesti makcik depan rumah tu pelik..nmpak comel je pempuan tu tp menjerit tak hingat (perasan diri comel ha ha).Sekian.

Sickness

Dua minggu lepas balik umah hari jumaat, Ashraf demam muntah2 dgn teruknya. melepekla hujung minggu tu. Asal makan/minum muntah, isap susu muntah. Dah bagi ubat cucuk ikut bontot. makan ubat tanak..Sy tak citer pun kat encik blog ini lepas3 hari dah okey..tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..yg sedihnya..minggu ni stat malam kamis tu (jumaat cuti deepavali) muntah2 lagi..pastu demam..adoiiiiii..demam,pastu seminggu dah okey, pastu demam lagi??, ..isyk..isyk.. sedih dan susah hati mamanya..

Ini gambar pada mlm yg stat muntah dua minggu lepas..setiap mlm tak tidur sebab kene urut2 belakang badan dia bile die tgh muntah..dan sapukan minyak angin yuyee cap limau..pastu abisla cadar tilam..baju tidur die pun 3 kali tukar..baju dan kain sy sekali kene muntah muhammad Ashraf.kesian sgt..dehidration..bg minum air ors..,sgt behave (sedih mama tgk)..

Bila dah sihat. main. tgk ni. buat muka hensem yg meruntun jiwa. seronoknya tgk dia sihat..

pastu demam lagi..kitorang balik tg malim hujung minggu baru2 ni..dia bila dah demam ni ..tanakla ngn sumer org.,.nak ngn org die kenal jerk..tak amik gambar mase demam baru ni..tp memang sedih bila tgh malam badan panas pastu ayik muntah jerk..kenela mama ngn abah bangun, lap muntah, suap ubat dan macam2 lagi..pastu kan boleh terbabas jap subuh..tersedar kol 7.05pg..sbb gara2 tido tak menentu jage Muhammad Ashraf..ni gambar bila dah sihat sikit. terus naik motor. tapi bila dah melalui fasa demam ni..mesti dah tak mahu makan. nk nenen jer..mana nk besar badan tu..susah nk cari balik selera makan dia..

Muhammad Ashraf. tolongla makan byk2..mama dah pesan suruh naik 2kg menjelang aidil Adha nnt. Harap Muhammad Ashraf dpt tunaikan hasrat ni..hu hu..

Sekian.

Wednesday, November 03, 2010

Encik M


Encik M selalu datang akhir2 ni..
serius saya tak tipu
Nama penuh Encik M ini ialah Encik M.J.
atau kalau ikut gaya UKM,
kene tulis camni: Jemu, E.M. 2010.
Hah hah..
Sedar tak sedar dah lebih sebulan
sy melalui hari Viva
tapi correction tak siap lagi
nmpak mcm sikit
.................tapi......................
leceh.
asal ade teguran sikit,
kene google situ sini
sebab nk cari bukti
atau prove bahawa ade org penah tulis
begitu begini dalam jurnal terkemuka
atau kene tambah beberapa bukti baru
semuanya mengenai bukti
takes time
ditambah pulak
Encik M suka datang bertandang
.
.
.
asal lihat ini je..Encik M pasti datang

boring.
tp tensen bila Dr M bertanya
dah siap?
dah siap?
ho ho ho..
anybody?
tulon setelkan ini..

Hari jadi salah seorang atokku, Sue Zaq

Selasa lalu iaitu 2 Nov ialah hari lahir Tok Sue Zaq iaitu adik bongsu nenek saya. Nenek sy iaitu sy panggil 'wan' ialah ibu kepada umi saya sebenarnya memang dah bongsu, tp kan org zaman dulu2 kawin ramai isteri jadi toksue zaq ni kira betul2 bongsu dari berapa belas adik beradik ek..lupa pulak..sy kenal hampir semua adik-beradik wan tp nama sy kurang igt (mcm org tua pulak sy ni tp kalau jumpa memang sy tegurlah) dan adik beradik wan pulak majoritinya masih hidup. Famili kami ade persatuan iaitu diberi nama PERWI (pertubuhan haji wan ishak)-boleh google dlm intenet. malah gambar keluarga penah gak masuk paper, selalu buat function bagai dan siap ade yahoo groups dan macam2 lagi aktiviti tahunan bg mengeratkan generasi lama dan baru. sy ni seorang yg agak kurang baik sbb kurang menonjolkan diri dgn aktiviti keluarga..hu hu..tp walau mcm mana pun sy tetap sygkan keluarga sy. Toksue zaq ni bg sy seorang yg vogue dan disukai ramai sbb keletahnya yg menghiburkan hati. dia memang seorang yg kelakar dan sygkan semua cucu cicitnya. bg mengekalkan kemudaannya, kami semua memang suka panggil dia ngn SUE ZAQ je atau lagi glemer SZ. umurnya sy agak2 je..rasenya dlm 52 kot..tp kami selalu rase dia lg mudeeeee beliaa.. beliau ada seorang isteri dan 3 org anak dan seorang cucu yg sebaya muhammad Ashraf (Muhammad Ashraf ialah salah seorang cicitnya). Inilah orgnya, sue zaq:

(*grab from his facebook -WarPictures Odissi (Hj Wan Abdul Razak) )

Sue Zaq selalu menjadi penghibur suasana terutama mase proses pergi merisik, proses mase akad nikah,,mase sume org bedebar tu kan, ..hu hu tp mase akad nikah sy dulu kebetulan die terlibat dgn kemalangan (beliau menetap di kuantan, pahang)...so dia tak dtg mase tu..tp tak semestinya mase mjlis begitu je..ape2 mjlis ajelah,,sue zaq memang best. kami doakan Sue Zaq dipanjangkan umur dan murahlah rezekinya selalu..

Sue Zaq seorang yg moden dan canggih. Dialah yg buat cd video siap dgn lagu sumer mase majlis pertunangan saya. xlama lg tawfiq (my cousin) pulak akan kahwin dgn Uya. walaupun uya belum menjadi ahli keluarga kami tp entah mcm mana sy sendiri pun dan kenal mcm adik beradik perasaannya..Sue Zaq pun sgt mengalu-alukan uya sebagai ahli baru..siap bergurau senda di fesbuk..

Ramai org sygkan sueZAq,,ramai mengucapkan selamat hari lahir di fesbuk beliau dan yg paling sy suka words ini dtg dr salah seorang peminat beliau:

How do u expect me to remember your birthday, when u never look any older?

(i loike this qoute.don't you?)
Sekian..Selamat Hari Lahir Sue Zaq.

(pesanan penaja: Selamat mengundi penduduk Dun Galas dan Batu sapi. tunaikan kewajipan anda)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...