Wednesday, June 29, 2011

PENANG part III ( Pantai Kerachut & Teluk Duyung)

Kami g jenjalan naik bot ke Pantai Kerachut & Teluk Duyung (atau disebut jugak Monkey Beach). Nk pegi sana kene g ke jeti di Taman Negara Pulau Pinang. Ada byk kawasan menarik kat sini tp kitorang amik pakej pegi dua tempat ni je. Sewa satu bot RM200 tp tawar2 dptla less (konon) RM180. share kitorang naik 6 org.

Mula2 g Pntai kerachut, tgk anak penyu. Bot berentikan kitorang kat tepi pantai. Then kene jalan kaki g tempat penyu. Pasir dua punya la lembut lg tebal,,nk jalan pun kaki rasa berat..Muhammad Ashraf 1st time tgk anak penyu terus ckp "Bird..bird..bird.." ha ha..


Lepas tu, naik bot semula, g monkey beach. Dorang mandi manda. I tak larat, dok bwh pokok je ..dahla masa tu panas terik. terus gelap sikit kulit muhammad Ashraf.

Bila balik hotel, kedua beranak ini bungkam. berjam-jam tido..

Sekian.

PENANG part II (Bukit Bendera)

Kitorang naik bukit bendera. Basically tak ada apa sgt yg menarik, cuma funla naik komuter dia kan.pastu dpt tgk view penang dari atas bukit bendera..komuter dia ni RM8. perjalanan pegi dan balik.






Saturday, June 25, 2011

PENANG Part1


Saya masih di Penang sejak hari Selasa lepas. Setelah berhempas pulas dan mengatur barisan ayat beberapa hari untuk mintak cuti dgn Bos, betapa seronoknya dpt pelepasan.. Sudah lama sgt sy tidak turun Penang. Dulu sy belajar kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) tahun 2001 selama setahun. Pastu mase tahun 2006 pernah turun sekali sebab urusan kerja. Itulah kali terakhir sy menjejakkan kaki ke bumi kelahiran anak2 mami Malaysia ni..he he..kat sini byk betulkan anak mami..meriah sungguh..(tetiba cite pasal anak mami).

Saya datang sini sebab ikut suami ada urusan kerja (memang meloncat rianglah kalau tiap kali en suami ada kerja kat luar ;p). Dia salah sorang lekcere yg bertanggungjwb memantau student2 beliau dtg ke pertandingan kat USM. Projek2 final year students. Saya adalah pergi USM jap tgk hasil kerja pelajar dari pelbagai Universiti...memang advance sumer..

Kat sini saya tinggal kat Hotel Krystal Suites, tak jauh sgt la dr USM yang kat pulau tu. Hotel ni terletak di Bayan Baru. Duk kat sini asyik tgk kapal terbang lalu lalang siang malam. Sebab dekat jer dgn Airport Bayan Lepas. Overall best lah hotel ni (lagi best bila ditaja je duduk lama2 kan..ho ho ). Ni view dalam hotel:


Saya bersiaran pun pakai tenet kat hotel ni. Dah 4 hari kat sini, baru nk berblog. Maklumlah tuan rumah sibuk, tidak berapa nk sihat, sibuk layan anak dan sebagainya..(ha ha alasan..). Dr M pun ade je hantar keje untuk sy wat cari penilai2 untuk jurnalla..list down jurnal bagus beserta impact factor bagai..adeh...suruh arrage meeting untuk student postgradlah dsb. Apa pun sy mahu gembira. titik.

Bila sy ikut en suami berkursus itulah peluang sy jumpa balik rakan2 sekerja en suami. Mereka semua best, sporting & ada class..

Setiap pagi apabila bangun daripada tidur, Muhammad Ashraf akan memanjat kerusi dan memandang keluar tingkap hotel ;

Apalah yang dipandang kat keluar tu..

Tetiba dgr suara Muhammad Ashraf bercakap2.."bas, lori, kete, moto.."


ha..ha..dia tgh tgk jalan sesak di pagi hari..smbil mengenal pasti..paling dia suka bila nmpak lori dan bas..^_^

Wednesday, June 22, 2011

Kejayaan tidak datang tanpa ujian


Serahkan segalanya kepada Allah S.W.T

Kita tidak boleh membalas kembali apa yang orang buat kepada kita, Tuhan mempunyai cara tersendiri bagaimana ingin membalas setiap perbuatan mereka terhadap kita. Mungkin sebagai contoh, rezekinya akan disempitkan, hidupnya akan dalam kesusahan dan usahanya tidak mencapai kejayaan. Kita tidak mampu mengawal jumlah mereka yang berbuat jahat kepada kita, tidak dapat mengelak kejahatan yang ingin orang buat ke atas kita dan akan tetapi mereka yang berbuat jahat kepada kita tidak akan dapat mengelak balasan yang akan Allah S.W.T ke atas mereka. Serahkanlah kepada Tuhan, tugas kita teruskan bersangka baik, teruskan berperangai baik dan berkata-kata baik.

Doakannya

Ramai yang tidak setuju dengan point ini bagi mereka ini adalah mustahil bagaimana boleh mendoakan orang yang berbuat zalim, khianat dan jahat kepada kita sendiri. Maka doakanlah supaya dia berubah. Jika kita sendiri membalas perbuatan jahat orang pada kita sehinggalah berdendam, maka kita telah tertipu dengan hasad hati kita sendiri yang kan meletakkan kita dalam pemikiran negatif. Kesannya, tindakan akan menjadi negatif dan akan dikelilingi dengan suasana yang negatif. Orang yang hidupnya berfikiran negatif tidak akan bahagia, tidak pernah maju disebabkan dendam dan hasad. Tidak itu sahaja akan kerap ditimpa musibah walau sebesar zarah sekalipun, dan mendakwa semua masalah muncul adalah tidak dipinta sedangkan kita sendiri yang membina ke arah masalah tersebut. Sedikit lama-lama kan menjadi bukit begitulah juga dendam dan hati busuk, lebih banyak yang tersimpan hingga bengkak lebih sukar mencapai sesuatu dalam kehidupan.

Teruskan kehadapan

Kejayaan itu tidak pernah terduga tanpa sebarang ujian. Ada orang yang cemburu melihat kita berjaya ataupun paling simple kita mempunyai sesuatu yang lebih darinya. Tak kiralah lebih berpengaruh ke lebih hebat dan seumpamanya jika hati telah busuk maka tetap akan cemburu dan hasad dengki. Ini adalah sesuatu yang tak dapat kita nak halang, biarkan mereka dengan permainan hasad mereka, usah melayan fikiran dan mehnah orang yang sebegini kerana ia bisa menghilangkan fokus kita. Jangan pedulikan buah mulut orang, ia akan hilangkan pedoman, motivasi dan aspirasi. Sibukkanlah diri kita untuk melupakan apa yang negatif dan jangan mudah berprasangka buruk, elakkan segala yang negatif fikirkan sesuatu yang lebih menguntungkan diri.Lupakan saja kejahatan, hasad dan khianat mereka terhadap kita. Kita akan kelihatan bodoh jika melayan mereka yang bodoh berhasad dan khianat ini. Usah ingat akan mereka, bina sesuatu yang baru buktikan mereka bukan bahagian dalam hidup kita dan jangan sesekali melintaskan perkara ini dalam pemikiran kita. Pastikan hati kita bersih agar sentiasa bermotivasi dan terus ke hadapan. Jangan lawan fikiran negatif, namun penuhkanlah minda dengan aspek positif seperti kegembiraan, keseronokan, kebahagian, luangkan masa menenangkan fikiran cari kedamaian yang jauh dari mereka yang berhasad, dengki dan khianat. Semakin anyak kita lawan semakin banyaklah yang akan kita dapat apa yang kita lawan tersebut.

Sunday, June 19, 2011

Cameron Highlands

Citer ni adalah citer mase balik dr Kelantan hari tu. Kami g Cameron. Bawak mentua sekali. kami dh tempah awl2 rumah tumpangan kat Brinchang.murah jer Rm150. sebijik rumah ade dua bilik, ruang tamu, dapur, bilik air, lengkap sumer. Ni kira cuti-cuti smbut anniversary..mase naik ke Cameron tu sy dari Kelantan so naik kat Gua musang. Jalan cantik dan straight saja. Tidak berlaku peristiwa muntah. Kami menginap di sana 1 malam je. dua hari satu malam. Tapi mase turun dr Cameron, sy ikut jalan ke Tapah, OMG..jalan berbelit2 mcm ular berjam-jam mcm naik roller coster, memang muntah la sy dua beranak, iaitu sy dan muhammad Ashraf gilir2 muntah..mula2 sy je yg muntah dalam plastik. Pastu muhammad Ashraf siap ckp "eiii yek.." he he...maka setelah sy muntah boleh 3 kali round, tetiba muhammad ashraf meragam..sy sudah agak, mesti dia pun nk termuntah..sy nmpak dada dia berombak2...elok2 sy letak plastik kat mulut dia,,die pon wek..wek jugak..he he..smpai tg. malim kami dh lembik...ha ha..rasenya tak mahu dah g cameron..moga2 ade flight ke sana di suatu hari yg tenang nnt..hahaha..apekah.. keluarga mentua sy balik kelantan semula ikut jalan kitorang naik dulu..So ini gmbar2 kat sana. Gambar kurang menarik tanpa gmbar memetik strawberi mcm biasa org tunjuk bila g cameron kan,,sebabnyaaaaaaa mase kami pegi tu kan musim cuti sekolah, strawberi tak byk, jd pelancong tak dibenarkan masuk utk memetik strawberi.jd kami beli jela yg kat kaki bukit tu kan...ha ha tak feel langsung..

sy, adik ipar (ct aminah jugak namanya..;p), mentua (ma & abah) dan fikri

masuk tak boleh, petik xboleh
kat ladang teh mase on the way nk turun cameron dah (kat tanah rata)

ni salad
ni salad jugak

muhammad ashraf jenjalan naik bukit

Strawberi kami belisaya buat eskrem strawberi (tp ni gambar tipu) sebab aiskrim sy lagi cantik setelah ditabur choclate rice hehe..

Sekian. Besok sy akan ke Penang seminggu. insyaAllah. ade org kursus.

Thursday, June 16, 2011

Anniversary kami.


Ini post terlambat. Pada 29 Mei 2011 tahun ni, genaplah usia perkahwinan kami yang ke 3. Macam takpercaya dh 3 tahun kawen..cepat mase berlalu..apa pun sy tersangat bahagia menjadi isteri kepada Encik Mohamad Faizal. Okey, tetiba nk mengingati semula mcm mana sy pilih dia. Sebnarnya sy mengenali beliau sejak zaman sekolah. Kami 1 kelas mase sy tukar sekolah masuk Form 4. Tp mase zaman sekolah dulu kami jarang berbual pun. Malah sy tak berapa nk gemar kat dia ni sebab sy rase mcm sy tak perlu lah nak minat2 dia..memandangkan dia diminati beberapa pelajar junior. ha ha..sy pun ade peminat dr senior..ha ha gedik pulak zaman sekolah pun nk kene ade secret admirer ke., mase sekolah dulu, senior kami iaitu penolong pangawas sekolah mase tu asyik ganggu sy..selalu tinggalkan surat cinta dalam meja i..

Sy ni pernah lah jadi wakil sekolah utk kuiz sains kat peringkat sekolah2 seluruh negeri Kelantan. mase tu dia pun wakil jugak. Tp kan sy serabutla tgk En. faizal ni kan sbb sy rase dia ni konon2 perasan hensem. Ade la beberapa rakan sekelas yg minat ngn dia ni termasuk deskmate i. Pastu kan dia dikenen2kan dgn rakan kelas nama N sbb hari2 g belajar Fizik kat library. mase tu dia memang scorer fizik la..sy masih tak minat.

Sehingga sy tamat belajar ijazah dulu (universiti lain2). dia masih belum tamat belajar sbb dia amik engineering mechanical kat UKM kan 4 tahun. Eh tetiba mase sy keje kat Terengganu selepas tamat belajar, tetiba dia mengurat saya. Tipon konon2 ade syiling lebih (mase jaman dulu kan org tipon pakai public je walau ade hp sbb hp mahai). Tetiba sms ckp suka sy. Mase tu sy ckp sy nk kawan mcm biasa je. pastu sy mintakla pendapat member serumah sewa tu kan. Pastu member tu kata, as long as dia semayang bang (bang*=dialek teganu maksudnya Azan) kira okla utk dpertimbangkan..oh apekah..

Kita kan bila nk pilih teman sehidup semati kadang2 terlalu idealistik. Nak calon begitu begini..dan sy macam pempuan2 lain, biasanya kita konon2 nk org alim la sikit supaya boleh bimbing kita yg serba biasa ni kan tp ciri tu mcm tak nmpak sgt kat en. F itu..kwang2x...(tp dia memang boleh pun jd imam semayang) tp bila kita semakin matang dalam hidup ni sebenarnya ciri paling penting yg diperlukan bila pilih teman hidup ialah sila pilih org yg ade wawasan hidup yg tinggi, org yg bercita2 tinggi, org yg bile kita berckp ngn dia kita rase kita boleh luah segalanya kerana komunikasi rasenya amat penting sbb kita akan hidup dgn dia kan..kita akan berckp setiap hari dgn dia kan..jgnlah pilih org yg ego, nnt buat sakit jiwa je. Pastu ciri yg penting dan terpenting ialah si dia itu kita yakin boleh membantu dlm kerja rumah ;P, responsible, boleh jaga budak2 kecik (sbb nnt dia akan jg anak)..Sebnarnya ade je org lelaki jenis taktahu dan tak nak langsung buat kerja rumah. Sy pong pernahla ade mamat tu kan,,,penah lah dia termasuk dlm checklist sy,,die penah cerita contohnya, 'sy tinggal dgn keluarga kakak sy, jd selalu jugak kakak sy kutip bj2 kotor sy dan basuh. bila sy balik dh siap berlipat atas katil' ..isyk..isyk.. Ok sila reject utk jd calon suami:p, dan penah jugak si alim bergaya yg disegani ramai tp sebenrnya tidak tahan tgk pempuan cantik, mula goyah nk mengurat padahal sudah ade calon, dgr mcm2 cerita gosip dgn si cantik ini si cantik itu, ok org begini juga tidak boleh dipercayai. sila reject..sbb tu org yg nmpak alim bagai tu bukan boleh percy sgt..pernah org begini mengendeng2 dgn sy dgn cara bg buku ilmiah dsb. ..

Sy terima en. F akhirnya..tidak lama selepas itu kami bertemu lagi buat master sesama kat UKM. tp dia siap on time la master dia..:p tak lama lepas tu kami bertunang, dan kawen.

Sy rase bertuah dpt jadi pasangan hidup encik F. Sy sayannngg encik F saya...


Semoga perkahwinan kita kekal sehingga ke akhir hayat. Amin..

Tuesday, June 14, 2011

Niat yang ikhlas dan senyuman yang tulus

Segala perbuatan kita perlulah disertai dgn niat yang ikhlas. Seperti sabda Rasulullah,"Sesungguhnya setiap perbuatan itu adalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu(balasan)apa yang telah diniatkan."(Riwayat Muslim). Apabila kita buat sesuatu dgn seikhlas hati, secara naturalnya akan mengeluarkan tenaga dalaman positif yang mana akan terpancar melalui getaran atau gelombang (brain waves) yang hanya dapat dirasai dengan gerak hati atau intuisi. Dan wajah orang yg positif akan dirasakan menarik, bersih, lembut, manis dan sebagainya. Jadi apabila melakukan kerja yang memerlukan kita berurusan dengan orang lain, sentiasa tajdidkan niat (perbaharui niat), berlapang dada, berfikiran positif..dan sentiasa senyum dan cuba menghormati orang lain dan yg paling penting ikhlaskan hati...insyallah,orang tu akan respon dan dengan baik terhadap kita malah org yg berurusan dgn kita itu mungkin berasa seronok, tenang dan mungkin akan mendoakan kita supaya murah rezeki dan memperoleh perkara yg baik-baik saja..bukanlah kita berharap begitu, tp cuba bayangkan kita di tempat org tersebut..

Senyuman yg tulus ikhlas dapat menghangatkan jiwa yang menerimanya..senyuman yg diniatkan kerana Allah akan dikira sebagai ibadah disamping dapat menceriakan dan memaniskan penampilan kita. Sabda Rasulullah,"Janganlah kamu memandang remeh terhadap segala kebaikan, walaupun hanya sekadar kamu berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang ceria."(Riwayat Muslim). Keceriaan merupakan anugerah daripada Allah dan berpunca daripada lubuk hati yg suci dan bersih...kalau kita sendiripun lebih suka melihat wajah orang yng sentiasa senyum dan ceria..daripada wajah yg masam mencuka dan kelat..seperti tidak sudi berurusan dgn kita, apalagi bersikap acuh tidak acuh seolah-olah org yg berurusan dgn kita tersebut sedang meminta sedekah dgn kita. "Dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia"[surah al-Baqarah:38] Kita sebagai manusia biasa senang dengan kata-kata pujian atau penghargaan..amat penting untuk dipratikkan apabila bergelar pemimpin, ketua, suami, bapa dan semua golongan. Mungkin rezeki kita lebih baik daripada org lain, justeru kita perlulah bersyukur dgn apa yang Allah beri, cuba kita bayangkan org-org yg nasibnya tidak sebaik yg kita ada. Sesungguhnya menggembirakan org lain yg kurang bernasib baik sekadar yg mampu, ikhlaskanlah hati..kerana kita tidak tahu selama mana Allah memberi kita kedudukan yang baik. Rezeki yg kita perolehi adalah milik Allah.

Jika kita memberi kebaikan,kita juga akan memperoleh pulangan yang sama iaitu kebaikan.Yg paling penting bersangka baik dan berlapang dada, buat kerja kerana Allah, dengan penuh kecintaan dan dibajai keikhlasan.

Sekian, peringatan untuk diri sendiri. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua dan mempermudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat. Amin.

Friday, June 10, 2011

Wean Off breastfeeding


Baiklah. Sy sedang memberhentikan secara perlahan-lahan. Bermula Selasa minggu ni tiada lagi bekalan ke taska. Boleh minum direct je. Walaupun mcm sedih, tp Muhammad Ashraf sudah besar. Dah almost 1 tahun 11 bulan.. besday beliau ialah pada 30 Julai. Tetiba nk mengingati zaman dulu-dulu mase sy membazir-bazir susu sbb tak muat peti. Saban bulan ade je stock yg terpaksa dilupuskan sbb sudah tidak muat peti.



Tapi sejak Dr M minta susu sy utk diberi pada anakanda beliau Muhammad Zaim, susu sy tidak lagi dibazirkan. Setiap hari stok disalurkan kepada beliau. Mase sy balik dr Jepun dulu pun, Dr M direct ke rumah sy memunggah semua stock. Dan bila balik dr kampung bercuti, akan terus direct hntar susu hasil pam ke rumah Dr M dulu utk disusun dlm peti besar beliau sebelum balik Bangi. Justeru bermula dr saat sy mempunyai anak susuan, anak kandung sy, Muhammad Ashraf hanya minum fresh EBM setiap hari.

Sekarang di sekolah Muhammad Ashraf hanya makan dan minum air biasa2 di sekolah, air suam, air oren...bukan sy tidak pernah bg minum air soya atau air kotak dutch lady ,,tp muhammad Ashraf memang tidak gemar selain susu mama saje. Memandangkan Muhammad Ashraf sudah meningkat dewasa ^_^ jd dia pun rutin makan mcm kami2 jugak...

Sy tak paksa Muhammad Ashraf berenti tp biarlah dia berenti sendiri..kalau dia minum pun bukan byk, saje nk lepas gian je..

Semoga Muhammad Ashraf membesar menjadi anak soleh.

Tuesday, June 07, 2011

49 Days-perjalanan mencari sahabat yg ikhlas

Di kala sy ade sedikit semangt nk menulis ni kan. Sy nk cerita lah pasal drama 49 days ini. Sy dah tgk drama ini dgn jayanya beberapa minggu lalu. Drama ini mengisahkan Shin Ji Hyun yang telah terlibat dlm kemalangn jalan raya. Dia koma..

Dalam pada dia koma, roh die telah bertemu dgn schedullar. Schedullar ni kononnya macam malaikat maut la. Dia akan dtg jemput mana2 org yg telah tiba waktu ajal dgn menghantar roh org tersebut naik lif utk ke dunia akhirat. Tp memandangkan Ji Hyun masih belum meninggal, tp beliau diberi peluang utk hidup dan bangkit semula dgn bersyarat. Ji Hyun perlu mencari 3 titis air mata IKHLAS daripada sahabat dan org2 yg disangka menyayanginya selain daripada ahli keluarga sendiri. Beliau diberi mase selama 49 hari. Tetapi bagi berjumpa dgn sahabat2 dan org2 tersebut, rohnya dibenarkan memasuki badan Song Yi Kyung semasa Yi Kyung sedang tidur.

Ji Hyun sangka mudah saja hendak mendapatkan air mata ikhlas org yg menangis menyayangi beliau. Tp sebenarnya dia silap. Ini kerana sebenarnya kebanyakan rakan-rakannya hanya bermuka-muka dan tidak ikhlas terhadapnya. Mereka hanya berpura-pura berkawan dgn beliau. Setelah beliau sedar 49 hari telah hampir berakhir sedangkan hanya satu sahaja air mata yg beliau dapat iaitu daripada Han Kang, iaitu lelaki yg selama ini rupenya sayangkan dia.

Best la jugak citer ni. nk lihat kesudahan, sila tonton. Citer ni agak sad ending...tp sy suka sbb mcm lain la sikit drpd drama2 sebelum ni..

Wedding Adik sy, Adam

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

mood tetiba nk nyanyi. okey. sy malas tulis blog..

Pada minggu lepas. sy balik kmpung. bercuti seminggu. menolong keluarga siapkan hari bersejarah adik sy. walau kebanyakan diuruskan oleh pihak catering. tp letih tetap letih. oh tetiba nk termuntah bila teringat keserabutan waktu tu..selang beberapa hari pulak, mjlis umah maklong pulak. mjlis bertandang/sambut menantu bg sepupu sy yg sy panggil abe chik.

Diringkaskan cerita. sebab nk muntah bila igt mase letih yg dilalui. sy tepek gmbar byk2..Ini gmbr majlis umah saya.
bersama famili seblah opah. (anak beranak ayah)

sy dan adik2..sy kat sebelah pengntin pempuan.
ade sorang adik yg kat mesir, Ishaq tidak balik.


Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...