Sunday, July 31, 2011

Ramadhan tahun ini & early pregnancy

Ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna...agar dpt kulalui dgn sempurna..

Sy sudah melepasi minggu ke 16 pregnancy. masuk 4 bulan ni..dalam seminggu tu adala hari yg sy lembik sikit sbb muntah. ada hari yg sy ok saja...bila puasa masa mengandung peringkat mcm ni kan..inilah sy rasa perjuangan sebenar..hu hu..sbb sy akan termuntah kalau terlebih lapar..pada hari2 biasa...

Sy pernah tanya husband sy..'mcm mana ye agaknya sy menghadapi puasa tahun ini..harap2 Allah beri kekuatan pada sy..alhamdulillah juga sy dah melalui 4 bulan mengandung bukan awal2 trimester tu kan..' Husband sy ckp..InsyaAllah Allah beri kekuatan. Mungkin sekarang kita pikir mcm tak mampu..tp mari kita berdoa, Ramadhan ni bulan berkat...mesti Allah bagi kekuatan nnt..InsyaAllah.. baby dlm perut pun behave bulan ni..he he.. Amin..

Sahur pagi tadi,, disebabkan habit sy telan obimin sebelum tidur malam (makan sebelum tidur supaya ia tidak mengganggu mood sy) ...hari biasa bangun sembahyang subuh dah pukul 6 lebih, kesan obimin pun dh hilang..tp sahur pagi tadi bgn kul 4.45..obimin mcm masih duk dlm tekak...so muntah dulu sikit sebelum menjamah roti canai. ya saya sahur dg roti canai...

InsyaAllah. Semoga dapat beroleh pahala lebih pada Ramadhan kali ini.. dpt bykkan amal ibadah. Amin.

Wednesday, July 27, 2011

Harimau Malaya VS Singapore Lions


DEBARAN semakin kencang..aduh..tolonglah menang bergaya..Malaysia perlukan paling koman pun nak 2-0 kan utk samakan agregat dgn Singapore yg menang 5-3 hari tu. Sy harap Malaysia boleh menang lebih gol..okey..please please...Semoga semangat kali ini lebih membara. Tempoh hari dgr2 khabar angin rajagobal nk kekalkan pemain yg sebelum ni ,,cuma masukkan beberapa pemain menggantikan yg tak leh main..tp ura2 terbaru kata Khairul Fahmi yg dipilih jd penjaga gawang menggantikan Sharbinee. buat yg terbaik ya Fahmi desu...kali ni Aidil Zafuan dimasukkan sbg Defender dan Safee Sali sbg Striker. Gud Luck!!!!


PEMAIN TUMPUAN

MOHD SAFEE SALI
POSISI: PENYERANG
Selepas ketinggalan dengan defisit 2 gol, maka harapan tinggi terletak di bahu Safee Sali untuk menggegar gawang lawan. Ketajamannya penyudahnya tidak boleh lagi diragui dengan empat gol dalam dua perlawanan. Semangat juangnya yang tinggi membuka peluang Malaysia memiliki peluang untuk bangkit daripada keputusan perlawanan pertama.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT
POSISI: PENJAGA GOL
Khairul Fahmi dijangka kembali akan membarisi skuad utama bagi perlawanan timbal-balik menentang pasukan Kota Singa. Refleksi dan lonjakannya menyambut bola tinggi adalah satu kelebihan sementara apa yang lebih mustahak ialah komunikasinya dengan pemain pertahanan lebih baik berbanding pesaingnya yang lain.

AIDIL ZAFUAN ABDUL RAZAK
POSISI: PERTAHANAN TENGAH
Ketiadaannya jelas begitu dirasai selepas pertahanan negara mudah diperkotak-katikkan sebelum ini. Cukup kental sebagai pertahanan tengah dengan mengekang pergerakan lawan, corak agresif dan kebolehannya membaca perlawanan dengan baik mampu membantu negara untuk mematahkan serangan lawan. Aidil juga berkemampuan meledakkan rembatan kencang dalam situasi sepakan percuma selepas ketiadaan mastermind Safiq Rahim.

S. KUNANLAN
POSISI: PEMAIN SAYAP
Sama ada diletakkan di sayap kiri atau kanan, tiada masalah buat S. Kunanlan. Kelincahannya menyebabkan Malaysia kembali bernyawa untuk permainan menjadi 10 lawan 10 selepas Ismail Yunos dipersalahkan kerana mengasarinya dalam perlawanan terdahulu. Selepas meraih pujian beberapa jurulatih luar sebelum ini, Kunanlan akan terus dipertaruhkan Datuk K. Rajagobal dan rating persembahannya pasti lebih baik andai sentuhan penyudahnya lebih tajam.

ISMAIL FARUQI
POSISI: PEMAIN TENGAH
Pilihan kelima bagi pemain yang bakal menjadi tumpuan kali ini jatuh kepada perancang Terengganu, Ismail Faruqi. Kehadirannya di tengah kali ini cukup penting dan kerana itu dia telah mengetepikan Amirulhadi Zainal dalam pilihan kali ini. Sama ada bersedia atau tidak, Ismail Faruqi bakal menjadi pilihan utama sebagai arkitek di tengah padang bagi menampung kehilangan kapten pasukan, Safiq Rahim.

Go Harimau Malaya.. please...mana tahukan tetiba Malaysia layak masuk Piala Dunia (hu hu..) tak payahla sy minat pasukan Brazil lagi..ha haha..aigo aigo..

Tuesday, July 26, 2011

Malaysia VS Singapore 28 July

RajaGobal akan turunkan sape nnt? debar..debar...dan goal keeper plak stay ngn Sharbinee atau Khairul Fahmi..OMG..OMG..Semoga berjaya. Dapatkan 3-0 boleh tak? ^_^ terus serabut ..adeh. Skuad Malaysia ni susahla nk jangka,, sekejap ok,,sekejap tak..harap2 berbaloi2 la kerajaan labur byk duit bawak pemain antarabangsa datang, liverpool, chelsea dll tu untuk perlawanan persahabatan tu..okey..sila bersemangat sikit. Chaiyok2x Harimau Malaya!

Adakah begini?Siapa pun yg diturunkan, harapnya tepat..

Wednesday, July 06, 2011

Mengenai Morning Sickness

Saya nk kongsi sikit pasal artikel ni. Sbb sy mengalaminya.. (mase sy balik kg dulu ramai mkcik dan umi sy ckp sy kelihatan sihat dan okey bila pregnant berbanding pengalaman2 mereka lalui..sbb sy boleh bercergas ke sana ke sini) padahal siapa tahu keadaan sy kan..mual tu ada je..cuma tak tunjuk je..sy stat berasa mual2 bila masuk minggu ke-8.. tp bila dh dekat2 nk masuk minggu ke 12 hari tu,,, ade dua hri tu yg rase mualnya kemuncak, smpai sepanjang hari pun berasa loya....kemudian ade hari yang sy agak ok dan tak berapa nak sickness kan..pasti dlm hati sy tertanya2 lak...nape ye tak rase ni.. baby okey ke...terus rasa gabra lak..mcm jauh disudut hati sy, biarlah perasaan loya tu sentiasa ada bersama, dgn itu sy tahu yg baby adalah sihat. Itu definisi baby sihat bg orang seperti sy..hu hu..memang ade jenis ibu2 yg langsung tiada morning sickness kan..memang bertuah betul...sbb memang mase ngndung kali kedua dulu mase miscarriage dulu kan...sebenarnya sepanjang pregnant tu sy memang rase pelik dan risau..sbb sy langsung tak mual apa pon..memang hati tak sedap dah sebnarnya...last2 memang betul tak ada rezeki..sidia pergi dlm minggu ke 11...
Nk share artikel ni:

Morning sickness atau alahan semasa mengandung adalah sesuatu yang biasa terjadi kepada wanita hamil di awal kehamilan. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya masalah ini tidak semestinya berlaku pada waktu pagi sahaja. Ada segelintir wanita mengandung mengalami alahan di waktu malam. Malahan ada juga yang terpaksa melalui morning sickness sepanjang hari.

Wanita Hamil: Morning Sickness sumber

Loya, mual, muntah dan pening kepala merupakan simptom-simptom yang paling biasa berlaku kepada wanita hamil. Biasanya simptom ini akan bertambah teruk sekiranya perut anda kosong. Secara umumnya, wanita hamil akan mengalami morning sickness ini pada awal kehamilan sehingga minggu ke-14 iaitu dalam trimester pertama. Biarpun begitu, ada juga sesetengah wanita yang mengalaminya sehingga penghujung kehamilan.

Walau apapun, terdapat wanita hamil yang bernasib baik kerana tidak mengalami morning sickness sepanjang kehamilannya. Mereka tidak mempunyai apa-apa alahan terhadap makanan mahupun persekitaran. Kepada wanita yang mengalami morning sickness yang teruk, anda tidak perlu risau kerana anda kurang berisiko untuk berhadapan masalah keguguran.

Di sini saya ingin berkongsi tips dan panduan untuk mengelakkan loya atau muntah sepanjang kehamilan.
1. UBAH TABIAT MAKAN
Perkara utama yang perlu dilakukan ialah kerap makan. Apabila anda makan dengan kuantiti yang kecil tetapi kerap, perut akan sentiasa penuh. Oleh itu, masalah loya tidak akan timbul.

2. SNEK
Apabila anda berasa mual, kunyahlah beberapa keping biskut kraker. Kemudian, rehat kira-kira 20 minit. Keadaan ini dapat menghindarkan rasa mual daripada menjadi lebih teruk.

3. KEKAL HIDRAT
Penting untuk anda kekal hidrat sewaktu hamil. Jika minum banyak air di antara waktu makan, anda sebenarnya memenuhkan perut dan ini boleh mengelakkan muntah. Anda digalakkan sentiasa membawa sebotol besar air dan minum secara kerap sepanjang hari.

4. ELAK MAKANAN TERTENTU
Bagi mengelakkan rasa loya, anda perlu tahu dan kenalpasti makanan yang boleh menimbulkan rasa loya. Oleh itu, anda perlu mengelakkan makanan tersebut. Selain itu, anda juga perlu elakkan makanan berlemak, bergoreng, berempah dan berasid kerana ia boleh menganggu sistem penghadaman anda. Makanan yang mengandungi halia adalah terbaik untuk mengatasi masalah loya.

5. MINUM AIR HALIA
Halia adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai banyak khasiat. Salah satunya ialah dapat melegakan rasa loya dan muntah. Jadi, anda boleh minum teh halia buatan sendiri bagi menghilangkan rasa loya yang dialami.

Saya harap dengan tip-tip yang saya share ni boleh mengurangkan rasa loya semasa awal kehamilan. Semoga anda dapat mengharungi detik-detik kehamilan dengan tabah dan gembira. :)

quote:

“Before you were born I carried you under my heart. From the moment you arrived in this world until the moment I leave it, I will always carry you in my heart.” – Mandy Harrison

Tuesday, July 05, 2011

My Pregnancy

Alhamdulillah. Sy nk umumkan berita penting. Setelah berehat lebih kurang 3 bulan atas saranan doktor O&G selepas miscarriage Januari lalu, sy mengandung semula. Dan hari ni baru bersedia nk umum. Semalam sy bukak buku merah kat klinik kesihatan. Due yang dikira oleh nurse itu ialah pada 16 januari 2012. Kini kandungan sudah menghampiri minggu ke-13. Ok sy masih mabuk dan alahan..tp ada harinya sudah berkurang sikit (mungkin 5% jer selepas masuk minggu ke 12) huhu...Rakan-rakan, doakan kehamilan saya ..

gaya seorang bakal abang..sedang makan kekacang
Sekian.

PENANG last episod

Mula-mula tepek gmbar Muhammad Ashraf sedang bermanja-manja dgn abah kesayangan dia:

Mase g Penang, sy ikut je la en suami dgn geng2 dia g layan nasi kandar beraturla..nasi mamak itu ini..tp sy tak sentuh langsung nasi2 berkari itu...sy tgh 'pantang'..sy dok tercongok je kat meja tgk org makan (tgk pun rase mcm nk muntah). Dorang makan jugak kat Restoran Kapitan di Jalan Masjid Kapitan Keling. Pastu pada malamnya dorang g layan makan char kuew tiaw goreng original penang laks. kedai tepi jalan je..tp menurut En.suami sedap..so dia bedal dua pinggan memandangkan isterinya boleh telan semulut jer..ouch

Pagi sebelum balik, pegi pasar Chowrasta untuk membeli jeruk. Ni mcm identiti Penang kot..kene bawak balik jeruk utk kengkawan..tak ambik pulak gmbar jeruknya..

Pastu balik naik Feri..Sekian. Next week g Penang lagi urusan kerja. adoi..harap2 bolehla mkn ns kandar ^_^

Friday, July 01, 2011

Aktiviti Muhammad Ashraf

Muhammad Ashraf kata "mama-mama-mama.."

sayang mama..kiss kiss..

Tapi.....................................gambar sendiri..punyalah taknak uncle tu amik gmbar dia.. smpai bergenang air mata..gmbr ni diambil untuk kemasukan ke sekolah baru..

Ala..ciannya Muhammad Ashraf kene paksa amik gmbar

He he...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...