Thursday, October 27, 2011

Aiskrim goreng/ fried ice-cream


Aiskrim goreng
Saya dah lama teringin nak makan aiskrim goreng. Kalau masa dulu-dulu, sy beli kat Kelantan kat depan pasaraya BILLION Kota Bharu..Pastu kat sini sy penah makan mende ni dua kali, mase konferen dan kursus kat Hotel Palm Garden Putrajaya..hu hu tp yg kat hotel Palm Garden tu buatannya tidak begitu sempurna, aiskrim mencair, mungkin sbb pekerja hotel tu buat cepat2 memandangkan ramai org beratur nak aiskrim goreng kan..

Saya penah ckp kat en. Suami sy teringin nk makan aiskrim goreng..sekali mase sy g downtown kat mines hari sabtu mlm minggu lepas tu kan, en. suami tetiba bg tau ade jual aiskrim goreng. Tanpa berlengah terus pegi order dan terus makan...oh sungguh nikmat...sedappppp sgt...

Sedap..sedap..bhgian luar rangup..di dalamnya aiskrim ..heaven...

Menikmati aiskrim goreng perlahan-lahan..^_*

Actually, g sini sebab kebetulan g amik adik dr Ipoh kat stesen star Sg. Besi..dh lama nk g jenguk downtown ni..dgr perkhabaran dari Kak Umie pasal kewujudan downtown ni..

Sekian.

Wednesday, October 26, 2011

Result MGTT, tetanus, Hb darah

MGTT (Modified Glucose Tolerence Test) & Hb darah

Test ni untuk kenal pasti ibu menghidap kencing manis semasa hamil. Test ni sy kene buat bulan lepas..kene puasa stat 10 malam hari sebelum. appointment kat klinik kul8am. Tp...mcm biasa la...klinik kerajaan kan..tunggu nk amik darah & minum air gula pun lama...dalam kul9.30 pg baru dipanggil ..Lapar sgt mase tu..lapar kuasa 10.. lepas minum air gula segelas (75g glukosa larut dlm 250ml air) tu kan kene menunggu lagi...dlm 11.30 baru amik semula darah...mase menunggu tu takde pun aktiviti ceramah ke ape...adeh..nk pengsan i lapar.. pening sememangnya..mual tu satu sbb lapar tetiba kene minum air gula lak kan..sy minum sekali teguk je..ho ho..ms zaman ngndung Ashraf dulu takde lak prosedur camni.. nnt ngndung next xnak dah la g klinik kajaan,, hu hu..kalau appointmnet kul8pg ...kul 12 baru siap segala...burn separuh hari....sbb tu org yg berduit/ade panel kat luar tak kuasa nk check up kat klinik kerajaan kan..hu hu..serabut..

Semalam check up dapatlah result MGTT bulan lepas. Alhamdulillah ok 3.9(sebelum) 4.5(selepas minum air gula)..oklah selagi tak melepasi 7.8 kata misi. Test air kencing ok. Test Hb poblem...sebelum2 ni..ok jer..dlm range 12.0++ tetiba lak bulan ni turun 9.6..terus buku kene tampal plaster ijau..OMG..patut lah asyik sakit kepala & pening seminggu dua ni..terus jd kehamilan berisiko..

Tetanus
Semalam jugak kene suntik dos tambahan tetabus/kancing gigi. Menurut misi..kalau anak pertama, memang dua kali suntik. next anak bg dos tambahan sekali suntik je...sehinggalah anak ke5..baru dia ulang semula dua dos..

Sy ni memang malas minum susu..bukan tak boleh minum tp malas nk bancuh anmum yg dh berkurun kat atas peti tu..asyik lupa je..kalau nk beli yg dutch lady segera dlm kotak tu,,perasaan ni konon kene abiskan dulu yg anmum tu ade dua kotak tak minum2..takut bazir..konon..isyk..kene buat jadual ni..dahla Hb low..susu plak tak minum ape nk jd dgn diriku..

Monday, October 24, 2011

Cabut gigi semasa hamil

Hari ni dah abis makan antibiotik yg diberi..mungkin sbb ubat tu..gigi tak sakit dah..tp pegi je la cabut..kang simpan2..sakit gigi lagi..sebelum cabut tu, dia suntik bius kiri kanan gusi kat tmpat gigi tu...pastu Dr suruh duduk kat luar jap dlm 15 minit kot..beberapa minit lepas tu, cubit pipi kat tempat berbius tu tak terasa dah..mcm kebas2...ha ha...dah lama wei tak cabut gigi..sejak zaman tok kadok dulu je..seingat sy mase cabut dulu kt kelantan..sebatang geraham dlm harga rm30-35 camtu..entah sekarang berapa yer harga kalau cabut kat klinik swasta..sy pegi klinik kerajaan hari ni,..free bg ibu mengandung...kalau org biasa2 maybe ade caj dlm RM2 kot untuk warganegara..mase nk cabut tu terkial2 Dr tu pusing playar kiri kanan...hu hu masih utuh rupenye gigi tu walau dh tinggal separuh..adeh..

gusi masih rase kebas2 baru kuar dr bilik Dr Gigi

ha ha..motif tunjuk gmbar ni??? dun know..ha ha

Lepas cabut gigi..tak makan minum lah hamba...berair je mulut..adeh..malam baru boleh makan isi perut..Tp kan respek ade satu makcik tu kan..sanggup dtg klinik gigi byk kali semata2 nk cabut sumer gigi yg ade..dgn harapan nk pasang gigi palsu senang..apekah...

Sekian.

Sunday, October 23, 2011

Selamat Hari Lahir Kekandaku

Hari ni 23 Oct. 2011 ialah hari ulangtahun kelahiran En. Suami..disebabkan hari lahir beliau jatuh pada hari Ahad, iaitu hujung minggu,,sy tak dptlah senyap2 g beli kek, hu hu..sy pong mintak tolong lagi ngn Ct aminah..he he..tenkiu desu..

Sbb tak sebut apa pun pasal harijadi semalam,,maybe dia pung igt sy lupe..^_* ...sy sembunyikan kek kat suatu tempat..bila dah abes layan cerita kol12 tgh malam, maka en.Suami pun ajak kami-kami masuk tido..Pastu jeng-jeng-jeng..kek perasa coffee pun keluar.. ;>

"Selamat Hari Lahir Abah",,comotnye tulisan org kedai ni..

Budak baju ijau tu pun excited sekali

Saya berdoa semoga En. Suami dirahmati Allah, dipanjangkan umur dalam keimanan, dimurahkan rezeki yang halal, dan semoga perkahwinan sy dgn beliau berpanjangan, bahagia sehingga akhir hayat..Amin.

Maafkan segala kekurangan diri ini..sob..sob..

I love you..

Wednesday, October 19, 2011

Sakit gigi semasa hamil


Kehamilan kedua ni, dah dua kali sy sakit gigi..pertama berlaku mase pregnant 2 bulan..dlm 7,8 minggu camtu. Gigi yg sebelum ni tak penah sakit tetiba lak sakit..berusaha la sy menahannya..mlm2 gigit bunga cengkih.. lama2 lepas 2-3 minggu kot rasenye rasa sakit tu hilang sendiri..Saya dh agak mesti sakit gigi tu berpunca dr pregnant la kan..baby tarik kalsium badan kita...mase ngndung Ashraf dulu tak penah sakit gigi..saya tahu puncanya...

Ini petikan dari majalah Pa& Ma:

Merancang Bayi Kedua, Bila Masa Yang Sesuai?

Tempoh dua tahun adalah tempoh masa paling ideal bagi seseorang wanita untuk mula memikirkan tentang kehamilan sekali lagi. Hal ini berikutan tempoh berkenaan memadai untuk tubuhnya kembali pulih daripada segala kekurangan yang dialami seperti zat besi, kalsium dan sebagainya.

Perlu anda maklum, kehamilan sebelum tempoh dua tahun memungkinkan anda menghadapi pelbagai masalah seperti anemia, sakit belakang, gigi cepat rosak dan lain-lain lagi. Hal ini bakal terjadi kerana tubuh belum bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapi satu lagi kandungan.

Malah, anak pertama mungkin masih kecil dan/atau menyusu susu ibu. Apabila hamil lagi, anda perlu menguruskan dia. Pada masa yang sama perlu membahagikan kudrat yang ada untuk tanggung jawab terhadap suami, rumah tangga, kerjaya dan lain-lain hal. Ini termasuklah menjaga kandungan dengan sebaik-baiknya. Sekiranya, anak itu berusia 2 tahun ke atas, sudah tentu dia sudah bercerai susu dan lebih berdikari. Jadi, bebanan yang anda perlu tanggung tidak begitu berat jika hamil lagi.

Walau bagaimanapun, jika ditakdirkan anda hamil awal daripada tempoh yang disarankan, langkah penting untuk anda lakukan ialah memastikan paras Hb mencukupi. Sama juga halnya dengan kalsium. Antara lain, lakukan pemeriksaan gigi dan sentiasa menjaga postur badan. Hal ini amat mustahak untuk diteliti agar dapat mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin boleh terjadi semasa hamil.

*************************************************

Dua malam lepas sy sakit gigi lg..ok gigi sama..dlm beberapa minggu sebelum tu sy perasan yg gigi geraham sy tu tetiba jd kurang kuat ke camane tah..dia hilang sikit demi sedikit,,tinggal separuh je (ngeri pulak bunyinyer..;p) hilang kat mana tak perasan, mungkin ke sy tertelan masa mkn kekacang (OMG)..dia tercabut sikit2..sekang dh jd mcm berlubang kat bahagian tengah..pastu mlm semalam memang sakit giler..ngilu smpai kat kepala...segala kerja tak bleh buat..

Sepanjang pengetahuan sy, kalau dh masuk trimester kedua dh boleh cabut gigi. yg tak boleh mase masih dlm trimester pertama sbb ubat bius yg diguna boleh menjejaskan baby..jd sy skang dah almost 7 bulan,,terus pg semalam sy g klinik gigi..semalam dh mcm kurang sakitnye..tp ngilu2 ade lagi sikit..bila jumpa dr, Dr bg ubat antibiotik dulu. kene abiskan dlm masa 5 hari..menurut Dr, gigi geraham sy tu tak dpt diselamatkan lg, memang dinasihatkan cabutlah (dh gigi tinggal separuh pastu berlubang kat tgh lak tu..bukan lubang gigi..tp memang kt tgh tu dh boleh jumpa gusi...heran kan...haha..dia mcm jd terowong kat tgh tu..) ni lah ubat antibiotik nye..insyaAllah selamat diambil oleh ibu hamil..so lepas abis makan ubat ni baru leh g cabut.

So kepada bakal-bakal ibu, rancang betul2 kehamilan anda, sila cukupkan mana vitamin yg kurang dlm badan sebelum pregnant ....tambah2 yg nk preggy balik sedangkan masih nyusu badan anakanda yg sebelumnya..

Tesis MSc.menang anugerah


Hari Sabtu lepas, sy dpt jemputan daripada Agensi Angkasa Negara (AAN) untuk menghadiri majlis makan malam sempena Sambutan Ulangtahun ke-4 Program Angkasawan Negara (SUPAN4) kat planeterium negara. Malam ni kiranya 1st time sy tgk Mejar Dr Faiz (angkasawan negara) secara berdepan. ha ha..orgnye nmpk sederhana, lain 180 darjah dgn angkasawan sorang lg tu..(ha ha sempat lagi)..Pada malam itu adela beberapa lekcere dr universiti lain yg menang anugerah kategori jurnal, konferen dll..Dr wayan pun ada..entah die menang kategori apa..tak dgr pulak mase pengumuman tu..

Alhamdulillah, bersyukur sgt..rase mcm berbaloi la jugak penat-penat tulis tesis..dapat penghargaan, ni semua rezeki dari Allah..yang bestnya dapat duit. Yg lain-lain sy tak kisah sgt...huhu..

Tesis sarjana saya memenangi anugerah bagi 'Hadiah Penerbitan Angkasa 2010'. Last sy penah menang anugerah ialah bg terbitan 2008 (lupa..) menang penulisan paper konferen APACE. Masa tu syarat AAN duit kemenangan tak bleh amik, kene guna utk hantar konferen paper kat mana2 tempat. Masa tu hadiah kemenangn dapat RM4000. Sy gunakan sebaiknya pergi present paper kat Pulau Jeju, Korea. Bukan senang2 g sana, UKM takkan taja student g conference oversea. Bukan jugak sbb sy anak emas sesape atau camana...semua rezeki..

Skang ni dia dh buat byk kategori penulisan (samada jurnal/ konferen) kepada Sains angkasa, Teknologi angkasa dll. Jd hadiah kemenangan pun dikurangkan jumlah duit yg diberi. Tp yg bestnya duit kemenangn skang ni dpt kat tgn winner tersebut bukan lg dibuat syarat perlu menulis paper ke persidangan ke hape... Kalau penulisan paper, mcm biasalah, ade byk nama kan..kenela share..Ade satu jurnal sy bersama Dr mardina yg diterbitkan dalam jurnal mana tah lupa..ha ha..terbitan 2010 menang jugak dptlah duit tp atas nama Dr. M. (sebagai 1st Author macam biasa) Tp semalam Dr M janji akan bg sikit kat sy sebaik beliau balik dr Mekah..alhamdulillah rezeki anak lagi...

Pada malam tersebut hadiah & sijil disampaikan oleh YB Tuan Haji Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (Adun Petrajaya kalau tak silap sy), disaksikan oleh ketua pengarah Agensi Angkasa Negara, Dr. Mustafa Din Subari & dll.

wajah gembira

Ditemani encik suami. Pada malam itu, Muhammad Ashraf terpaksa ditinggalkan di bawah jagaan auntie kesayangan beliau, iaitu Auntie Ct aminah & Keti. Terima kasih ya..nnt duit masuk, sy belanja auntie berdua..

Allah memberi rezeki itu melalui cara yang tak terduga..mungkin rezeki org lain lain caranya,,sy tetap bersyukur..Alhamdulillah..

Monday, October 17, 2011

Saya suka pakai bj Melayu


Saya sgt suka pakai bj melayu. Asal lepas mandi je..sy nk amik sendiri bj kat dlm bakul..sy akan cr bj melayu..

Pada suatu hari, lepas abah mandikan sy, abah hanya pakaikan pampers je kat sy,,lepas tu abah sibuk ckp talipon dgn nenek. Mama mase tu tgh semayang. Sy pegi kat bakul bj sy nk cari bj melayu tp tak jumpa..sy jumpa kain sampin je..pastu sy pun lari2 keliling bilik smbil bawak kain smpin kesayangan sy....abah tgh ckp talipon tak siap2 lagi..Sy pun ternmpak sehelai bj melayu sy ade disangkut kat ampaian bj kat dlm bilik. Sy pun berusaha tarik bj biru sy..smpai tersenget2 ampaian tu..susah sgt nk amik,,sy pun siap panjat katil dan tarik smpai berjaya.. seronok sgt sbb mama tak berjaya sembunyi bj melayu sy,,sy pun suruh abah pakaikan utk sy..

Mase abah tgh pakaikan, baru sy perasan apesal lain mcm je bj ni..isyk..isyk..tp sy diam je mase abah pakaikan sbb nk cover malu..rupe-rupenya memang betul sangkaan sy, sy dh tersalah..ni bukan baju sy...adoi..mane nk letak muka sy...hu hu..

Saya malu sgt....

Abah ni memang sengaja nk kenakan sy..abah suruh sy duduk diam2 sbb nk amik gmbar..abah memang overrrr....benci..benci...
abah paksa sy duduk elok2 sbb nk amik gmbar

Sy gerak2 kan muka sy sbb biar bg kabur sikit muka sy..isyk isyk...geramla sy kat abah..lg geram bila mama dok gelak mcm ape je kat sy....mana sy nk letak muka sy ni..Pastu mama kesian kat sy..mama pun kuarkan bj sy yg sebenar..td sy tersalah pakai bj mama rupenye..

Hu hu ni baru bj sy yg sebenar

Lepas ni tobat sy akan lebih hati2 mase pilih bj melayu sy...kene tgk saiz dulu ... nnt kene buli kat abah ngn mama lagi..sedih tau..:(

Wednesday, October 12, 2011

Sedikit persiapan & wishlist sambut baby


Kandungan sy belum masuk 7 bulan lagi..tp sy selalu meng'offer' diri menemani seorang sahabat yang akan menyambut kelahiran bayi sulungnya membuat persediaan. Memandangkan beliau belum pernah ada baby, jd beliau tidak berapa arif tentang kewujudan kedai2 barangan bayi kat Bangi ni.. he he..sy ni tersangatla suka nye kalau nk bwk org g kedai baby kan..ha ha..so ade la temankan beliau & memberi idea apa yg perlu ada utk smbut kelahiran baby baru ni. Persediaan smbut org baru memang byk pakai duit even beli mende remeh2 je mcm lampin, towel, minyak telon/yuyi, kapas basuh berak baby, barut perut baby, besen mandi, bakul baju bagai tu kan...rsnya bagi duit rm1k pun tak pasti cukup ke tak..ha ha..

Ada sesetengah bakal parents ni kan, excited nk smbut baby..suka nk beli mende yg kurang penting contohnya digital monitor utk baby, sterilizer botol la....rasenye mende begini tunggu lah baby kuar dulu baru decide mende mcm tu perlu ke tak.. hu hu siap berdebat bagai pasai keperluan mende tu kat fesbuk bagai..okey tak kisahla kalau byk duit boleh g beli..yg penting selain baju2 baby, ialah peralatan menyusu bayi..pam wajib ada meskipun yg manual pun jadilah..stock botol utk EBM, dll..bengkung ibu..mende2 ni bukan berharga seringgit dua... pam susu harus rm300-400..pesal eh mcm mahal pulak sy tgk kat kedai skang..agaknya dh ditambah aksesori tambahan kot,,,dulu sy beli pam avent manual masih sy igt harganya rm219 je..so kpd bakal ibu, sy rase kene servey sendiri kat kedai dan juga dlm tenet tentang harga pasaran pam sekarang.. supaya boleh beli pam yg sesuai ikut kemampuan, yg penting berkualiti..jgn beli murah2 pastu tak boleh pakai lama..membazir pulak jdnya..

Okey..bila sudah namanya pegi tgk barang baby, sy pun terasa perlu membuat persediaan sikit meskipun mcm awl lagi..sy cuba kuarkan baju2 lama Muhammad Ashraf yg sy simpan dan tgk2 apa yg belum ade..rasenya dari segi baju haruslah menahan diri dr membeli sbb bj baby mahal tau..ha ha...pakai jelah baju buruk pun wahai anakku..:< keadaan kewangan tidak mengizinkan..he he..lagipun sy ade wishlist yg teramat penting perlu ada sebelum baby kuar. iaitu: NO.1 deep freezer . Kata En. suami, beliau janji akan hadiahkan ini buat sy bila dapat bonus akhir tahun ni..^_*


Nk beli yg sederhana besar,,kene ade la duit dlm rm800-900..
ade sape nk bg hadiah tak..hah ha memang melampau

InsyaAllah, sy akan beli deep freezer jenis begini berbanding yg jenis drawer sbb senang nk sepahkan barang2 dlm tu..(okey,,ini melampau..)..kalau nk wat stock EBM kan lg selesa dlm botol drpada isi dlm liner tu& botol memang makan space sikit. jd tak seswai kalau pakai drawer. satu lagi sebab kalau pakai liner tu kan, mesti ade lelemak susu melekat kat plastik tu mase kuarkan dr peti utk transfer ke botol..sayang woo....tp botol memang mahai jugak hu hu...xpe..stock botol masa zaman Muhammad Ashraf ade...nnt kita tmbh slow2.. Nk beli deep freezer lama dh..sejak jaman dahulu kala..cuma mase tu kewangan tak berapa nk ada..pastu mase tu nk tunggu masuk umah baru...pastu mase tu dh bg stock2 EBM pada anak susuan sy iaitu anak Dr.M. Menurut Dr. M, anak dia yg menyusu susu sy tersebut cerdik mcm sy (ha ha..apekah..)

Sy tak mahu lagi kejadian buang2 susu saban minggu seperti ini berulang...Sbb peti sy dr dulu smpai skang jenis 1 pintu jer..pastu muatan susu bila byk sgt,, byk yg tak membeku. susu tak tahan lama..maka memang selalu membazir susu je kejenye mase jaman dulu..sebelum menjumpai jalan penyelesaian dgn menambah anak susuan..


snap gambar dulu sebelum g buang lam jamban

Ni mase kat airport Pulau Jeju, Korea..dah byk buang susu kat hotel, dlm toilet bagai..tp yg ni pun terpkasa buang jugak since berat sgt nk heret ke kaunter bagasi..pastu tak cukup chiller pack. Nk bertahan kt Seoul lagi sehari sebelum balik M'sia...rasa mcm tak dpt menyelamatkannye lagi..
bye..bye EBM

Sy mahu simpan susu cantik2 dlm deep freezer seperti ini. Deep freezer tahan lama..minimum 6 bulan. maksimum setahun pun boleh..bolehla merancang anak seterusnye pulak...(apekah..) sy harap semoga rezeki baby yg baru ni ade susu byk jugak, amin..boleh susun dlm deep freezer mcm ni..oh heavennya..


like..like..like

Keperluan No. 2 ialah almari baju untuk Muhammad Ashraf dan adiknya..Okey,,smpai sekarang baju2 Muhammad Ashraf masih disimpan dalam bakul sejak zaman baby..so memandangkan anak bakal bertambah, haruslah ada almari baju khusus seketul..sy dh lama sgt bekenan ade satu almari kat kedai tut.. tu kan,, tp sbb takdak duit la nk beli mahai sgt. setiap kali g kedai akan naik tingkat atas kot2 dh ade org beli almari pujaan sy tu kan..ha ha..maklumlah income takde, outcome je lelebih kan..kene sabar dan tetapkan iman di hati..ha ha..almari tu mcm ala2 begini la..tak amik pulak gambarnya meskipun berkali2 g kedai tu utk tgk..
Rupe dia lebih kurang yg seketul paling tinggi tu..
tp yg sy nak tu lg tinggi ade 3 lapis drawer dan tempat sangkut2 bahagian atasnya..

Tp semalam sy g servey kat kedai perabot biasa2 dan akhirnya sy decide amik almari jenis mcm ni (rak kasut punya..ha ha) sbb rasenye senang nk manage drpada jenis drawer..bukak almari je trus nmpak bj bersusun..abah dia pun senang nk cari bj anaknya nnt..he he..kosnye pun kurang sikit berbanding yg sy suka bagai nk rak tu..jimat beberapa ratus.. padahal gores kad kredit. Nnt En.suami tolong bayar ..hu hu..

Tp yg sy order tu terbahagi kpd 2 partition. 4 shelf atas, 4 shelf bawah.
dipisahkan oleh 1 lapis drawer (bajet simpan stokin dan sarung tgn bagai dlm tu) price :RM430. kayu elok, tak mudah jd kuning.

Yg ni kat kedai sebelah. Nk kaler pink pun ade. Tp sy berubah fikiran tak mahu jenis drawer.

Keperluan No. 3 bagi saya ialah sy nk pasang water heater kat umah kat greenvilla ni. Ini pun salah satu wishlist sy bila nk beranak utk kemudahan mase pantang nnt. Org berpantang kene mandi air suam-suam... tak elok mandi air sejuk...dulu pantang umah umi takpela ade water heater.. oh..adekah sy akan berpantang di sini?.. maybe....^_*
Mende alah ni perlulah ade dlm rm300-400 gitu..hu hu

Akhir sekali, mengenangkan akan dpt baby baru, sy rase teruja..sama perasaan masa menerima kehadiran Muhammad Ashraf 2 tahun yg lalu...rindunya..Sy berdoa semoga Allah beri sy rezeki utk melihat baby sy lahir ke dunia dgn selamat. Amin..semoga berjalan lancar semua. dan semoga dapat bersalin normal juga kali ini..amin..

Muhammad Ashraf pada hari kedua..mahu mandi..

Baju-baju lama dikeluarkan utk tgk apa2 perlu ditambah.
dan juga seketul selimut pink yg baru dibeli minggu lepas..ha ha

Sekian.

Wordless Wednesday :.



Tuesday, October 04, 2011

Wordless Wednesday


Siapa Zainah Anwar? is she a moslem?

Sunday, October 02, 2011

Doa untuk kejayaan sang suami


Sejak dua menjak ni suami sibuk sikit..dengan EAC dtg fakulti, konvo student la..and Rabu ni dia ade interbiu kenaikan pangkat DS52. Saya doakan encik suami berjaya..supaya sy boleh senyum smpai ke telinga..ha ha..apekah.. Semoga berjaya.. tahun depan in March, beliau akan melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD..ok, beliau memilih menyambung dlm negara saje..dan di UKM tercinta..ok sy pasrah..sy pun nk bertapa kat UKM jugak..mari kita belajar bersama-sama..kemudian sy lah orgnya yg terkedek-kedek menyiapkan tesis..masa en.suami konvo master sy sedang beberapa hari melahirkan Muhammad Ashraf....

Si isteri tersebut bercita-cita nk jd surirumah sepenuh masa...hah hah..Apa pun kami berdua.. eh bertiga (termasuk baby lam perut) mendoakan kejayaanmu..Amin..

Abe nk kiss pipi mama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...