Tuesday, May 24, 2011

master, PhD, supervisor, publications


Rasa tergerak hati nak berbicara mengenai perkara ini yang tersangat berkait antara satu sama lain iaitu master, PhD, supervisor, publications . Ini berikutan ade kisah yang agak menyentuh hati . okey word ni tak sesuai..mungkin menyentap hati kot..

Saya selama berada di Universiti ini telah menyaksikan agak byk ragam student jugakla kan..sebagai org yg bertapa kat sini, sedikit sebanyak secara tidak langsung melihat banyak babak drama la kan. Seperti kita sedia maklum kat malaysia ni, kebanyakan org yang datang sambung belajar ni byk org dari luar negara termasuk Indonesia, Bangladesh, dari Jordan, Iran, Libya, Sudan, dll negara arab..memang agak ramai la komuniti mereka ni kans..dan memang dlm byk2 ni yg selalu menimbulkan masalah ialah byknye dr negara Arab ni la kan..ini diakui beberapa org pensyarah.

Suka berdrama. terlalu serius. dan..poyo sikit sebanyak. hu hu..Ini kerana mereka (walau tak semua) tp byk yg berlagak mcm bagus. Baru tulis paper seketul dua, pastu rase diri best teramat. Once supervisor memberi cadangan supaya diletakkan nama si pensyarah2 yg ternyata lebih senior, dibangkangnya dan berkata 'no pain ,no gain..why should i put his/her name since i'm dying writing this paper. I came home late everyday,..i put much effort ..then the she/he just get it easyly...bla..bla..' bukan setakat tak puas hati pasal itu. siap memperkecilkan org tersebut, insult dgn kata2 yg bg sy sgt tidak patut. Meskipun pensyarah tersebut bukan dr bidang dia but dia pun one of the person who are almost dying jugak terlibat membawa peralatan research bagai kan..dan membina networking sedikit sebanyak..hello..please respect sikit. biarpun org tu masih muda, tp tak patut insult dia dgn begitu rupa..sudahla kerajaan malaysia bayar utk buat research ni..setakat letak nama tmbah2 utk conference paper je,,,adeh...lainla kan kalau tetiba disuruh letak nama org yg memang sedia mkluma pemalas buat research, pastu selevel je dgn kita..memang bolehla tak puas hati seketul dua...

Saya pun dah biasa letak nama pensyarah dr fakulti sana sinun, bahkan universiti lain sekian2 ...atas dasar pensyarah tersebut adalah rakan seperjuangan supervisor kita kan. (okey supervisor yg suggest) No hal lah..just put it.. Takde apa pun. Tak kesal pun. tak marah pun. langsung.

Moral of the story. Seburuk mana pun supervisor kamu (ifyou think so) we have to respect them. Tanpa supervisor siapalah pelajar kan. If u think you are better than supervisor, or anybody, tak payahla bersupervisor, buat PhD sorang2,, supervise diri sendiri ..sape nk layan kan..mcm mana nk dpt master, phd dan sebagainya kan...kita perlukan mereka since mereka sudah establish. Nama sudah terkenal bidang mereka. google saja.. .org sudah kenal..kita nak naik perlu melalui mereka ini dahulu sebelum menjadi somebody di suatu hari yg tenang..di masa akan dtg..

Sikit2,,,asyik sebut nk lari,,tukar Universiti dan sebagainya. Siap tulis macam2 dlm email, tak bersetuju dgn supervisor dan sbgnya..Dah berapa org dari kalangan mereka yg begini..
Sekian berita.

Pasal harga minyak naik, susu tepung anak naik

Hari ni adela terlihat satu post kat wall member ni. Tajuk dia "susu anak bulan depan naik ke?" Pastu adela beberapa rakan comment kan. Mcm2..ada yang kata dh beli sedozen buat stok..jadi member2 risau memandangkan isu minyak tgh hot sekarang. Dalam tv setiap hari cerita pasal subsidi minyak begitu begini. Diceritakan tentang betapa kerajaan menanggung subsidi minyak selama ini. Semacam ingin menyatakan bahawa telah tiba rakyat berdikari di suatu hari yang tenang..he he..

berbalik pada isu susu anak naik pulak. Saya tertarik komen salah sorang rakan beliau yang meberi komen " semua susu dah naik..., susu dada je belum lagi.." padahal yg tukang komen ni adalah seorang lelaki. Kelakar pulak rasa. Memang ada kebenarannya. Yelah, bg anak susu badan kan free.. at least kalau menyusu badan selama dua tahun dah cukup menjimatkan mungkin ribu riban ringgit,, xde naik2 harga...kita claim je dgn ayah2 baby ye.. :P tp kalau nk smbung dgn susu tepung selepas dua tahun pun..kita sudah jimat selama kita menyusu baby dgn susu badan sebelumnya kan...kita patut bersyukur..


Sekian cerita hari Selasa.

Thursday, May 19, 2011

Mahu bercuti.

Saya kan dlm mode mahu balik kg sgt2..last sy balik kg ialah pada cuti raya cina dulu (Januari eh..) lamanya..

Sebenarnya kami merancang pegi honeymoon/ jalan2 (dlm mesia je cam biasa) sempena anniversary pada hujung Mei ini..tp perlu ditunda since majlis adik dan jugak sepupu nikah..

Sy nk buat something yg best pada bulan Julai (jalan2?) sempena kelahiran anakanda kami yg disayangi tu..mcm dlm dilema nk bwk dorang mase conference kat penang nnt (but kene bayar extrala kan) rase cam maybe tak perlu membuang duit since encik suami nnt bakal bwk kami g penang gak nnt sempena melawat student dia yg tgh LI..he he..yg ni of course la without extra charge kalau g ngn en.suami itu..

Oh. sy mahu menikmati kehidupan yg best. bersama anakanda yang disayangi dan suami yang dicintai. Muhammad Ashraf dh besau..perlu menikmati zaman ini sementara masih belum mengendong bayi kecil lagi..

Sekian.

Monday, May 16, 2011

Update anakku sayang

Hello, Saya Muhammad Ashraf

Okey. setelah merepek-repek tentang JGS tu kan, yg kalau minat pun bukan boleh pahala pon kan..;p baiklah.. sy mahu update sikit tentang anakku buah hati pengarang jantung pemberian Allah, Muhammad Ashraf..saya mahu pinjam kata-kata ini: Aduhai anak-anak, sesungguhnya engkau tidak lahir ke dunia ini, melainkan engkau pernah dipeluk kasih dan sayang seorang ‘ibu yang rahim’ di ALAM RAHIM.. kan kan..

Muhammad Ashraf sgt suka kereta. Dia ade beberapa koleksi kereta kesayangan, pemberian Auntie Fina dari UK, yg bile tekan2 boleh bercakap pulak kereta tu..sgtla cermat kan asal lepas main je terus pegi simpan dlm kotak asal kereta tersebut. Kadang2 mama ngn abah yg lebih2 main kereta mainan beliau,, tp lepas main, mama ngn abah tak simpan balik kereta beliau, maka Muhammad Ashraf akan cepat2 amik pegi simpan..ha ha..

Kereta ini bercakap: I'm a number one star.,
when i grow up i wanna be a car racer..dan lain2 lagi..


Selain itu Muhammad Ashraf jugak ade koleksi kereta kecik2 ni yg ade 8 buah semuanya. Okey kereta ni mama beli kat downtown hari tu murah je..tal smpai sepuluh hinggit pun.. tp sbb Muhammad Ashraf agak cermat orgnye..jd mainannya tak rosak..Beliau sgtlah suka set kereta ini, di mana beliau akan bw kereta2 ini ke mana-mana,,mase lepak kat depan tv, mase nk tido kan, muhammad ashraf akan susun kereta ni atas kepala katil..mase nk makan, muhammad Ashraf akan letak kat sebelah di meja makan..lepas main, kemas semula..
Oh, barang kesayangan Muhammad Ashraf yang kedua adalah kucing mainan ni,,oh sgtlah suka,,smpai suruh mama kiss meow dia ni..paling tak tahan suruh mama nenenkan jugak meow ni,,bila pasang suis kucing ni akan mengiau...tp sejak dua menjak ni kucing ni dh mcm exausted,,ha ha,,kata abah, muhammad ashraf asyik main je meow ni tp tak pernah gaulkan nasik,,meow dah sakit..ha ha Bersama meow..

Selain tu, muhammad ashraf jugak sukakan Ball..Ade beberapa ball, nnt mama tepek gmbar ball.. sgt besar okey..asal nk duduk kat sofa je..muhammad ashraf semakkan sofa dgn ball2 beliau..tak muat mama ngn abah nk duduk okey..

Muhammad Ashraf juga suka dgn dua buah buku kulit keras yg abah beli. setiap hari bawak buku mintak abah ajar baca.. Buku itu tajuknya,,'saya belajar tentang haiwan'..ade byk gmbar binatang dlm tu kan..yg lawaknya,,, bila nmpak gambar gorilla je muhammad ashraf cakap "Hantu".. ^_^

Sunday, May 15, 2011

Without words

Baiklah, sempena JGS nk datang Malaysia dan sy tak bleh jumpe dia (T_T).. mari kita mengingat semula cerita yg best lakonan beliau itu..ha ha really love this drama (You're beautiful)...i've watched a thousands times terutama part yg go minam nangis dlm hati mase wat recording lagu ini..ha ha melampau makcik kan...

video

JGS ialah yg berbaju hijau.

I shouldnt have done that,
I should have pretended not to know
like I didnt see it, like I couldnt see it
I shouldnt have looked at you in the first place

I should have run away,
I should have pretended I wasnt listening
like I didnt hear it, like I couldnt hear it
I shouldnt have heard your love in the first place

Without a word you made me know love
Without a word you gave me love
Because you took just a breath and ran away like this
Without a word love leaves me
Without a word love abandons me
Wondering what to say next, my lips were surprised
Because it came without a word.

Why does it hurt so much?
Why does it hurt continuously?
Except for the fact that I can’t see you anymore
And that you’re not here anymore
Otherwise it’s the same as before

Without a word you made me know love
Without a word you gave me love
Because you took just a breath and ran away like this
Without a word love leaves me
Without a word love abandons me
Wondering what to say next, my lips were surprised

My heart just melted

OMG OMG..사랑해 (saranghae)



He's coming!! Jang Geun Suk kenapa 4 June? why why.. (ha ha ha)

Tuesday, May 10, 2011

Adni Turns 2 Giveaway

Auntie Sara ucapkan semoga Adni berjaya dalam hidup dan jadi anak yg solehah. Adni jadi kakak yang best kat adik2 Adni ye... Selamat Hari Lahir ke-2 Adni Zahirah!

Love,
Auntie Sara

Sunday, May 08, 2011

Sambutan Hari Ibu dan Penyusuan susu Ibu


Pertama sekali nak ucap selamat hari ibu pada semua ibu. Bergelar seorang ibu memang anugerah dari Allah yg tidak ternilai dgn harta. Lahirnya seorang bayi terasa hidup ini begitu bahagia. Tidak tahulah mcm mana ade ibu yg snggup buang anak tu kan..memang pelik dan ajaibla kan, ia seperti melawan fitrah, Namun sy percaya jika ade ibu yg sanggup buat begitu, pasti ade sesal yg tidak tertanggung dalam jiwanya selama hayatnya.

Anak ini juga merupakan satu amanah. Selain daripada tanggungjwb membesarkan anak dgn ilmu agama, perkara pertama adalah memberi asas yg baik iaitu memberi minum susu ibu sejak dari hari pertama anak kita lahir. Peranan ibu untuk menyusukan anak-anak dengan baik telah pun disentuh oleh al-Qur’an melalui ayat yang bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun penuh, ..".

Justeru, menyusukan anak-anak adalah salah satu bentuk kewajiban yang diperintahkan agama. Penyusuan yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut adalah merujuk air susu ibu dan bukan dengan selainnya seperti dengan susu haiwan (atau susu formula). Dalam lanjutan ayat Al-Quran yang sama turut menyatakan kalau kita tak mampu susukan anak dgn susu ibu, kita boleh minta org lain susukan anak kita dgn memberi upah tertentu. Sekarang kesedaran sudah semakin tinggi di kalangan ibu-ibu tentang kepentingan penyusuan ibu. Bagi bakal2 ibu atau yg sudah bergelar ibu kepada beberapa org anak tetapi masih belum mempunyai kesedaran tetang kepentingan penyusuan ibu, boleh tanyakan pada yg berpengalaman atau boleh layari beberapa laman web popular seperti susuibu.com yang berbincang tentang pelbagai perkara berkaitan penyusuan ibu, tentang penyimpanan stok susu perahan bagi ibu bekerja dan sebagainya. Hanya perlu google dan jgn begitu kolot mengkondem pejuang2 susu ibu, okeh. Banyak kelebihan susu ibu ni dr segi perkembangan intelek bayi, sistem antibodi dan sebagainya. Ini juga fitrah. Penyusuan susu ibu juga merupakan sebuah bukti dan lambang kasih-sayang yang agung bagi permulaan sebuah kehidupan manusia.

Gambar hiasan: saya dan anakanda ;p

Okey, sy sgt bahagia menikmati saat menyusukan anak sy. .Bg ibu-ibu yg memilih utk tidak menyusukan, sy rase sedih bg pihak si bayi comel itu..Semasa menyusu, percaya atau tidak, mase tu terasa yg takde sape yang boleh pisahkan ikatan kasih syg yg Allah beri antara dua insan ni... Tak percaya? Sila lihat gaya budak ini semasa menyusu:

Bermain2 dgn mama
Sekian,renungan dan ingatan. Saya juga igin ucapkan selamat hari Ibu buat insan paling istimewa di hati saya iaitu Umi saya yg telah melahirkan, menyusukan, memberi makan pakai, memberi ilmu, dan didikan. Tiada yg setanding jasanya. Begitu juga kepada ibu mentua saya yg panggil Ma, kerana melahirkan dan membesarkan suami sy:p

Selamat Hari Ibu!!

Friday, May 06, 2011

Farewell party.


Farewell party pernah diadakan. lokasi kejadian:cempaka food court PKNS bangi. tarikh: 20 April (okey,,cerita basi lagi). Orang yang diraikan adalah Pak Asnawi. Beliau telah berangkat pulang ke kampung halaman beliau di Bandung, Indonesia. Beliau adalah salah seorang rakan seperjuangan dari indonesia yang paling kami sukai (kami dalam cerita ini ialah ct sarah dan ct aminah). Ini kerana beliau adalah seorang yg baik serta byk ilmu dan lain-lain lagi. Nk cerita pnjang2 kesusahan hidup bersama sbg rakan seperjuangn nnt jd mcm sinetron bawang putih bwg merah pulak,, panjang smpai beratus episod. Okey. Secara ringkasnya begitu lah dimana Encik supervisor kan sgt bizi orgnya dan selalu kami dikerah buat kerja admin kan, update kewangan, buat report grant bagai,,buat claim,..buat slide pengajaran, syarahan beliau dan sebagainya dan paling ganaz sekali ialah buat sendiri proposal utk apply grant pada pihak mosti. Okey,, sy salute dgn pak asnawi kerana beliau juga menerima nasib sama seperti kami desu..oh tetiba terasa benar kehilangn pak asnawi..Lain hal dgn rakan seperjuangan dr senegara beliau yg sorang lagi tu..siap baling2 kertas kat muka ct aminah kerana berasa tidak puas hati apabila perlu membuat surat claim walaupun utk mendapatkan duitnya sendiri kerana merasakan ianya tugas seorang kerani cabuk dan cap ayam. Ini berlainan dgn sikap Pak Asnawi yang sgt baik, memahami dan setia. Beliaulah kesayangan ct sarah & ct aminah dan semua org. Kami sgt berharap beliau kembali lagi menyambung pelajaran ke peringkat PhD di sini. Jika diizinkan Allah, beliau akan dtg semula menymbung perjuangan. Sy berdoa semoga Pak Asnawi dimurahkan rezeki dan tidak lg mengalami kesempitan wang lantaran perlu menanggung anak2 dan isteri beliau dgn hanya bergantung pd gaji RA itu..kasihan sgt. Kami kagum dgn ketabahannya. Adios Amigos Pak Asnawi!!

sesetengan drpd kami di hari terakhir beliau di Malaysia. Pak Asnawi adalah jejaka berbaju putih merah

Sekian.

Thursday, May 05, 2011

My girlfriend is a gumiho

Ok. haha ye sy tahu. cerita ini sudah basi. Sebab dulu sy kurang mase. Sibuk buat master suatu ketika dahulu kala...(walaupun mase itu masih ade mase mendownload anime naruto kesukaan sy itu). Tapi ini takla basi sgt, stok cerita zaman 2010. Ia akhirnya sudah berjaya dihabiskan meskipun ade miss beberapa episod awal. (Sekarang sudah lebih selesa menonton..ha ha sebab tgk kat tv plasma, bukan mcm dulu kala, tgk dlm laptop, naik lenguh buah pinggang usus sumer..) Baiklah, sy mahu buat penilaian sekarang.

Tajuk cerita ini : my girlfriend is a gumiho ialah sebuah cerita berunsur agak fantasi, komedi dan romantik.pelakonnya adalah lee sung ki (Cha Dae Woong) dan Shin Min Ah (Gumiho) ya betul cerita berunsur komedi romantik adalah kesukaan ramai org..tapi tak tahulah juga, sebab ramai je peminat drama winter sonata (yg ini sy bg 1 bintang*) pada zaman dahulu kala tu, yg agak slow, sedih dari A smpai Z..sy tak tahan..

Bagi sy cerita my girlfriend is a gumiho, sy nak bagi 3.8 bintang* ha ha..sebab cerita dia kan agak sempoi dan kurang mencabar..cerita dia best, tp sy tak dpt bg 5 bintang sebab ia cerita yg smooth sahaja..penjahat dia tak begitu jahat..tp oklah..mula2 sy tgk cerita ni,, sy pun tak jd tgk bila tgk hero dia kurang hensem..he he..tp bila lama2 tgk, memang tepat lah pemilihan hero tu dgn karakternye...ok. sudah bertukar pendapat. hensemlah jugak. sy suka cara dia berckp dan cara pemakaiannya.

Cerita ini mengisahkan gumiho ni yg terkurung sejak 500 tahun dulu. Gumiho ialah seumpama musang tetapi berekor sembilan. Ok, bila 1st tgk cerita ni ia mengingatkan sy kepada naruto..Dalam cerita naruto, dalam badan naruto terkurung musang berekor 9 yg bernama kyubi yg pada zaman dahulu kala adalah sgt ganaz menyerang kampung konoha (geng ninja daun)..lastly ia dikurung dalan bdn naruto oleh hokage (ninja paling hebat yg wujud 1 sahaja dlm satu zaman) pada waktu naruto masih bayi. Sebab itu naruto mempunyai kuasa yg luar biasa, tp boleh hilang kawalan jika tidak dpt mengawal kuasa kyubi si 'nine tailed fox' tersebut. Eh tetiba cerita pasal naruto lak..sy rase kan kisah musang berekor sembilan ni sebnarnya kisah lagenda agaknya..
Nine tailed fox in Naruto

Berbalik pada cerita Gumiho, dia ni secara tidak sengaja dilepaskan oleh hero cerita ni (dae wong) setelah dae wong melukis ekor sembilan pada sebuah lukisan kat sebuah kg di pergunungan. Sejak hari tu dia sentiasa mengikut dae wong ke mana je,,ke kolej bagai..okey gumiho ni sgt cantik dalam rupa manusianya..dlm cerita tak pernah tunjuk pulak rupa musang, cuma tunjuk ekor dia yg cantek tu ade sembilan. Gumiho penah selamatkan dae wong yg cedera parah dgn meminjamkan bead/manik/mutiara yg seumpama nyawa dia utk dae wong. Bead tu perlu berada dlm dae wong selama 100 hari, supaya gumiho dpt bertukar jd manusia sepenuhnya. Dlm 100 hari tu, terdapat malam2 tertentu bila bulan purnama, ekor dia akan hilang satu persatu.. Tp ade kisahla yg berlaku dlm 100 hari tu..haha sekian terima kasih.

Saya suka part yg 'nomu nomu nomu chuae'=really really really like you ..agak kiut lagi comel mcm sy ..hahahha
Drama korea sekarang sudah masuk ala2 dunia fantasi kebelakangn ni. Tgk la drama secret garden hari tu..pastu skang citer 49 days..sy rase best jugak citer 49days tu (mcm cerita goku anime dragon ball pulak siap ade schedullar bagai) hahaha..tak sabar nk tahu gane ending dia dpt dok cari air mata ikhlas tu..

Sekian.

Wednesday, May 04, 2011

UKM 40 tahun. Pameran warisan.

Okey. Sepanjang minggu ni sibuk di Dectar. So kalau balik lab pun nk setelkan apa yg patut. Rindu nk berblog walaupun tak pasti ade ke org layan belog i ni..(kalau kak ummie mcm konfiden sikit akan layan belog i) hahah..

Kat dectar, urusetia adalah Crim/PPPI mengadakan aktiviti sempenan smbutan hari jadi UKM yg ke 40 tahun. Ade pertandingan poster, booth2 dan ade pelbagai slot forum perbincangan, pengalaman Angkasawan.., Dato' Sheikh, felo institut angkasa juga dijemput lagi utk cerita pengalamn beliau (lagi)..Institut sains angkasa kita mempertandingkan 8 poster. termasuk poster kami, geng Dr M dua ketul. yg lain2 tu dr wayan seketul ,,dan selebihnya dr Tariq & Dr bahiah.

Dr M didampingi taiko2 beliau

Dato' sheikh melayan soalan dari peminat cilik beliau (from sekolah men. teknik kajang)

Ptg semalam pulak ade sesi bicara tentang cabaran belia masa kini..panelnye termasuk kakak cumel ini: ya benar. beliau ialah cik puan Wardina Safiyyah. selesai mengacara MHI terus menuju ke UKM. Adus, I nmpak sgtlah tidak cantek bila berdampingan dgn org cantek

I yang malu2..bersama Yatie desu yg malu2 jugek..
Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...