Thursday, August 02, 2012

Kehadiran Umar dalam hidup kami

Lately, sy jarang buat post terbaru. Sbb entahla kat rumah jarang bukak laptop skang ni..

Saya ada berita terbaru sebenarnya. Mengenai pertambahan ahli keluarga. Walaupun berita ni tidaklah baru sgt. rsnya secara rasmi pertambahan ahli keluarga ini maybe dua bulan lepas kot. Sebelum tu saya nk cerita sesuatu..Sebenarnya dr mlm td, sy berasa sesuatu..saya rasa ralat semacam je..sy terima berita sedih dua kali dlm minggu ni...beberapa hari lepas mengenai pemergian baby berusia 7 bulan nama Nur Liyana. Dan mlm td sy terima berita sedih sekali lagi diberitakan pemergian baby Imran berusia 6 bulan. Hati rasa sayu..kerana saya mcm rasa sy sepatutnya pernah menyumbang sesuatu buat dua bayi ini tp tidak kesampaian,

Beberapa bulan lepas...
Saya mengalami keadaan susah hati di mana deep freezer saya yg 200 L telah hampir penuh dgn EBM (expressed Breast Milk).. stok botol habis digunakan, dan ditambah dgn liner pula berkotak2..yg merisaukan sy ketika itu ialah stok bulan Februari pun berjalan mcm siput lantaran si Ayra yg hanya minum dlm 15 Oz sahaja sepanjang ditinggalkan ditaska sedangkan hasil pam sehari adalah 30 Oz (dua kali pam). Lepas subuh 10 Oz. di tmpat kerja sekali 20 oz. sedangkan usia EBM minimum dalam deep feezer adalah 6 bln.. can be a year..tp kalau stok tak gerak..susahla kan..supply over demand..tu pun sy dh usaha bg dia 12 Oz (1 liner) tu yg defrost. plus yg fresh sikit je ..tu pun kalau dia minum lebih 12 Oz kan..sian cik ayra minum susu lama..

Lalu sy ada menanya kengkawan termasuk jugak anak susuan saya yg dulu tu Muhammad Za'im (now 3 years old) kot2 nk minum susu lagi..tp kelakarnya dia ckp dgn nada tekejut kat ibu dia " Ibu, susu apa ni? xsedaplah.." ha ha..mentang2 dah terbiasa minum air kotak manis2 duthlady tu..ibu dia pun jawab "nila susu mama Sarah yg Za'im minum dulu"...besoknya Za'im tanya ibu dia kembali "ibu, mana susu mama Sarah..?,, ibu tak bwk balik ke.." :) ha ha..

Seorang teman sy, si Hana mencadangkan sy bg pada bb yg bernama Nur Liyana tersebut kerana bb tersebut sedang sakit dan menghadapai masalah jantung dan memerlukan susu ibu. ibunya tak cukup susu nk supply buat anakanda beliau..maybe sbb penat , stress sebagainya wallahua'lam..tambahan pula Dr tidak benarkan beliau direct feeding kerana Nurliayan akan terbeban menggunakan tenaga ketika BF jd disarankan hanya menyusukan secara botol atau mcm mana (tidak pasti). Dan ketika itu bayi itu berada di Johor. Sy masa tu dlm dua juga sbb satu bb tu jauh..satu lg takut pulak terputus hubungan,, sbb tak kenal kan..tp bila tiba satu hari tu ditakdirkan Nur liyana perlu menjalani beberapa siri pembedahan dan dipindahkan ke Hospital di Ampang, sy berbincang dgn encik suami utk mendermakan susu sy pada Nur liyana. Dan bila mahu menderma susu, ibunya pada mulanya mahu..dan ingin melihat kelengkapan peti yg ada di hospital tersebut. Tetapi tidak lama kemudian beliau menolak pula..mungkin kerana beliau sudah mula memberi susu formula pd nurliyana..dan berita pemergian Nur Liyana beberapa hari lepas begitu memberi kesan pada saya..rasa sedih dan sayu,,mengenangkan rupanya Nur Liyana sudah ditakdirkan menjd bidadari syurga..terasa mcm bagusnya kalau sy pernah mnjd ibu susuan beliau..

Kemudian satu hari tu sy poskan gambar hasil pam EBM di facebook KIM (Kumpulan Ibu Menyusu) EBM sy..tidak semena2 seorang junior sekolah lama sy pm sy di fesbuk dan mengajak sy menjd ibu susuan kepada Imran, Imran juga sakit dan berada ni HUSM kubang kerian Kelantan. Sy tak tahu secara detail ttg penyakit Imran tetapi dikhabarkan beliau memang sgt memerlukan susu ibu. Bdn Imran tidak dpt menerima susu formula.. Lalu dgn cepat sy menghubungi ibu Imran di fesbuk bertanya khabar mengenai kesihatan anak beliau dan menayatakan hasrat ingin memberi susu badan. menurut junior sy yg tinggal di Shah Alam itu, keluarga Imran sanggup dtg mengambil EBM dr Kelantan semata2 utk Imran..

Tetapi mungkin bukan ditakdirkan Imran jd anak sy bilamana ibu beliau mungkin tgh kusut kerana menjaga anak yg sakit , masa tu menolak pemberian sy dgn baik. katanya dia susah hendak tinggalkan Imran sekarang memandangkan sy ni tinggal di Bangi..dan memang sedih bila Imran telah pergi mengadap Ilahi mlm td mase org tgh menunggu masa utk berbuka puasa..

Berbalik pada td. bila ibu Imran menolak, terus sy join page facebook HUMAN MILK 4 HUMAN BABIES (malaysia punya) sbb ada juga page yg negara lain..bila masuk tu kan..masyaAllah, sy kagum rupenya kesedaran menyusu badan ni agak tinggi juga di kalangan masyarakat malaysia ni. yg mengagumkan ramai dr bangsa cina jugak dlm tu..di sana mencari anak susuan...di sini memerlukan ibu susuan ..di sinun mahu menderma susu sahaja..macam2..(ada jugala tersentuh hati mengenai bayi yg kematian ibu semasa melahirkannya,,tp by tersebut tinggal di Alor Setar memerlukan susu ibu...sedihkan..) sy pun mendaftar sbg ahli dan menyatakan tujuan 'mencari anak susuan' beberapa kriteria perlu dimasukkan seperti mahu bayi muslim dan sebagainya...dan tidak lama pun selepas itu... Di hari yang sama Saudari Nor menghubungi saya..Nor ni tinggal di Putrajaya, berhasrat utk memberi susu bdn pada bayinya yg berusia 19 hari ketika itu..kata Nor susu beliau tidak keluar byk disebabkn beliau mengambil ubat sekian2 ..mungkin ada sbb sakit tertentu barangkali. sy tidak pula bertanya lanjut..sy gembira..terus esoknya Nor meminta izin utk dtg mengambil EBM di rumah sy..Nor bersalin C-zer, jd dia wakilkan suaminya dtg cari rumah saya setelah diberi alamat....

Suami sy tolong susunkan EBM bersama suami Nor. Pd kali pertama beliau dtg, beliau telah bersiap siaga membawa tong polisterin dan siap isi ais bagai..ms tu hari bekerja..si suami nor ni baru balik dr ofis..oh terharu kan..ayah bb pun menyokong usaha menyusukan anak dgn susu ibu..terharu terharu..tp kali pertama dtg tu kan sambil sesi berkenalan..tak sempat nk snap gambar ke apa..

Selang xsmpai 2 minggu, ayah bb dtg lagi ambil stok EBM..ha yg ni sempt snap gmbar..

Yg plg atas tu bg susu fresh baru pam pd hari tersebut
  Org di atas ini adalah ayah kepada baby ini:
Little Umar. Anak ke-4 saya dan suami. Adik kepada Kakak Ayra. Alhamdulillah..
Cik Aishah Ayra yg telah bertukar status menjadi kakak yg comel ;p
Cik Ayra comel sedang meneroka sekeliling rumah..
Oh ya di hari pertama kali ayah umar dtg amik EBM, ibu Imran kembali menghubungi sy menyatakan hasrat untuk mendapatkn EBM. Mungkin sudah rezeki bb Umar. dan ditakdirkan Umar lah yg jd anak sy...sy memberitahu bahawa sy hanya mahu satu anak susuan sahaja dlm satu masa..sbb takut juga xdpt jaga hubungan bila ramai sgt..Tp pemergian Imran ptg semalam memberi kesan juga pada hati dan perasaan saya..huk huk..

Sekian. Selamat berpuasa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...