Friday, October 19, 2012

11 hari

Dulu semasa sy pergi indonesia..menurut husband..Ayra susah tido pd mlm hr pertama ditinggalkan. Byk kali bgn mlm..agaknya dia masih berharap mamanya dtg utk peluk dia tido mlm sambil menyusu..esoknya pegi nurseri mcm biasa. mlm kedua dia mcm mencari jugaklah mamanya..tp dh ok sikit..hr ke3 dan seterusnya sudah ok dan melalui.kehidupan spt biasa..mkn ns pun byk..3 atau 4 kali sehari sampsi sekarang. EBM yg ditinggalkan byk pulak lebihnya ..ada 1 kotak besar belum diusik..sy igtkan dh tinggal sikit. sbb setiap kali tanya abahnya kata 'jgn risau..bdk2 ok..susu pun cukup..




posted from Bloggeroid

Friday, October 05, 2012

kursus ISWI-Ciloto, Bogor Indonesia


Sebnarnya kursus di Ciloto Indonesia tu more on Space Science. in between ade jugak la beberapa software yg memudahkan proses data sekian-sekian dipromotekan. seperti Scilab tu..he he..lama betul dua minggu kan..penat I..

Program ni disebut sebagai ISWI (International Space Weather Initiative). Dia ada collaboration dgn saintis dari NASA. Tujuan utama program ni nk menimbulkan kesedaran pasal kajian angkasa. dan jugak bertujuan (tujuan utama) utk menempatkan instrumen-instrumen di seluruh dunia utk penuhkan gap-gap observation di sekitar bumi dan atmosfera dismping menggalakkan saintis dan jurutera dari negara-negara negara membangun ni terlibat dlm buat kajian. Kalau tak silap sy, dah hmpir 1000 kot instrumen telah diinstall di beratus tempat di di dunia ni. setelah buat aktiviti mcm ni (dia buat kat lain2 negara setiap tahun) timbul kesedaran dan byk research paper dh published dan agak established. Kursus ISWI kali ni agak lama hampir dua minggu sebab dia combine dgn MAGDAS. Magdas ni adalah salah satu alat utk kajian perubahan cuaca angkasa yng mana data yg di ambil boleh diguna utk predict mcm macam ... mcm melihat beberapa kelainan pada parameter2 tertentu tu kan...mcm perubahan plasma, elektromagnetik sekian sekian..bolehla predict gempa bumi, etc..ni member2 malaysia sy yg study kat kyushu jepun yg byk guna, mcm Zana, huzaimy dan lain-lain tu...dorang pun dtg mase kursus tu..dorang siap dtg install magdas ni kat beberapa tempat di Indonesia..bila dtg sini dorang Jumpa lah balik bekas supervisor kat malaysia ms wat master kan..

The International Space Weather Initiative (ISWI) logo.


Semasa di Ciloto, setelah semiggu lecture tanpa henti..pada hari jumaat lunch hour dia pnjang sikit 2 jam. so kami berlima pun amik kesempatan g jenjalan sekitar jap. Member indonesian ni bawak kami. Namanya Mira juangsih (Mira) dan Soni Aulia rahayu (Ayu)..mira ni ct aminah kenal dah mase kt taiwan dulu. Sy jugak jumpa la beberapa kawan lama yg penah jumpa mase kursus tahun dulu2..kalau campur2 semua mcm dh satu organisasi LAPAN(agensi special kat Indonesia) tu kami kenal (ha ha agaknye) sbb ade yg sy kenal ms g jepun dulu..ct aminah jumpa ms kat turki la, kat itali la..cmpur2 semua2 kwn2 kami org sama..seronokla attend kursus mcm ni..hati sy selepas balik dr kursus mcm ade la rasa mcm nk terpesong sikit (jgn pikir bukan2..) bidang space science ni mcm dh sejiwa dgn saya..ha ha..sy rasa bidang space science ni masih belum begitu menonjol di Malaysia ni..balik-balik tonjolkan Sheikh Muszhappar g ISS kan..buat adik2 sekolah..sbb utamanya ialah nk menimbulkan minat anak-anak Malaysia tu ke arah kajian Angkasa..yang dh dewasa2 ni susah dah ..ha ha..masa kat sana jumpa balik org dr NASA dulu Mr. Gopalswamy dan beberapa taiko2 bidang angkasa yg dulu sy refer paper reseacrh dorang kan..ha ha...tp bak kata ct aminah. ct sarah berminat dgn 4G je (ayat perli).

kedai2 tepi lereng bukit..gerun sy tgk jln kat sini dh la sempit.kete laju2 
yey..kami sepakat beli buah avocado.
Besar dan murah. beli yg belum masak. nk kene tahan seminggu  balik malaysia

 ct aminah spoke"bapak, aku nak itu..aku nak ini.." ha ha

masuk  kene by10 ribu rupiah (~~rm3.50)

Depan telaga warna.
menurut org tempatan, telaga ni waktu dulu selalu berubah warna..

Di Kebun Teh


Thursday, October 04, 2012

missing baggage- travelled with air asia (Part II)


sampai di Airport Bandung.
Believe me,, dlm flight penuh dgn makcik2 yg nk g shopping di Bandung kekdahnya. 

Sy ada dua beg begini.
Ni adalah kembar kpd beg hilang tersebut
Masa tu dh pukul 5.30 ptg. Peserta lain dah dijemput oleh Pak Ari, pemandu yang ditugaskan menjemput kami. Semua berkumpul di satu tempat. Saya yang berserabut dgn beg hilang ni terus ke ofis Air Asia di airport tersebut. Sebenarnya kat sini lain sikit, kalau kat LCCT di Malaysia, kaunter lost & Found memang ada..dan person incharge available setiap masa. kalau kat sini org yg bertugas dlm kes beg hilang ni tiada ofis, jd dia mcm mobile,,dan mcm sukar utk jumpa setiap masa. Kene org lain call dtg, barulah dia dtg. Saya buat report. Dan beg yg tertinggal seketul tu adalah milik manusia bernama Farouk, sy diberitahu bahawa Farouk ini juga menaiki pesawat yg sama dgn sy, penerbangan dr Kuala Lumpur. Beg beliau tu kalau tgk sekilas mcm lebih kurang la ngn beg sy, tp sebenrnya pada pndapat sy, tidak sama, mcm mana boleh xkenal beg sendiri. beg kami brand polo wrna hitam. dan beg saya ade jalur merah smpai bwh mcm ni: sedangkan beg dia kaler merah secara segitiga di penjuru kanan belah atas. dan beg saya besar sedikit dr beg dia.(beg dia lg buruk dr beg saya)

Sy budget konon dia akan hntar blk lah beg tu bila dia tersedar dia tersalah beg,,, maybe dlm 2-3 jam kemudian....sy hampir ambil keputusan utk tunggu sahaja di airport sehingga mlm. Nasib baik tak buat begitu..sbb menurut Pak Ari, selepas hntar kami ke rumah tumpangan di tempt kursus, dia akan kembali lg ke airport utk ambil peserta lain yg tiba waktu mlm. Rupenya tmpat kami kursus tu punyalah jauh dr Airport dan pekan Bandung. 3 jam perjalanan yg memenatkan, jem dan mcm2 lagi...

Bila sampai, kami mendaftar, diberi kunci bilik dan dihantar oleh pekerja2 ke bilik, sy ditempatkan sebilik dgn seorang rakan Malaysia, Baizura dn seorang lg Indonesian, Mira Juangsih, pastu sy request dgn committee utk sebilik dgn ct aminah, sbb mungkin lebih sennag nk pnjm byk mende, hu hu,,pnjm bj tidur, kain batik, pencuci muka, nasib baik dia beli lebih diposable panties. Esoknya masih belum dpt apa2 berita dr Farouk, sy call Air Asia Bandung tu setiap hari. Naik geram juga. Mereka hanya boleh tunggu sahaja Farouk tu dtg hntar beg. Tiada apa berita. Sy desak air asia tu bg mklumat at least number phone seketul Mereka pun bg satu number yg menurut mereka xdpt dihubungi. dan jugak number tu bukan milik farouk, tp milik org lain yg tukang booking flight utk dia. Ms sy call tu xdpt gak. sy send mesej. dan sy mintak husband sy keep calling number tu. sbb nombor tersebut adalah 016... nombor Malaysia. Sehinggalah husband dpt contact org tu bernama Justin. Menurutnya, dia just tolong booking. Dia pun tak kenal farouk. Complicated. contoh. Justin ni A. Dia berkawan ngn girl,B. B ni ada suami. ..farouk ni kwn kepada suami tersebut.. dan at last dptla number farouk. tp number Malaysia 016 jugak. dan tak aktif. Maybe dia pakai number local. Dan menurut Justin, Farouk ni org Indonesia, dia kerja kat malaysia. Soooooooooooooo, dia balik kampung. TITIK. That's why..what i can say..dia ni sgt tidak bertanggungjwb. selfish...dan ikut suka hati dia je peram beg org dan tidak inform air asia or something.

Saya di sana, di Ciloto di Puncak Bogor itu, mlm esoknya (sy dh pnjm sehelai bj ct aminah utk ke kelas..)committee atau disebut LOC bwk g factory outlet, shopping complex biasa2.. g beli bra beberapa ketul, bj blouse 3 helai. pastu beli span nk basuh botol susu. maklumlah span pun ada dlm beg yg hilang tersebut. stokin pun seminggu pakai yg sama. sebelum g beli sepasang stokin lg ms hujung minggu g lawatan ke balai cerap di Bandung. Nasib baik LOC dan Bu Clara sedekahkan sy sedikit duit. kalau tak ,,memang sy sedih sejuta kali. duit xberapa nk ada. tetiba kene beli mende yg tak sepatutnya kan.. Baizura pun pnjamkan bj dia 2 helai ( oh terima kasih) jd sy ulang2 pakai2 baju pnjm +bj beli 3 helai tersebut. nasib baik hntar dobi dikira percuma (max. 3 helai sehari), maybe dah disupport oleh ISWI. seluar pakai la 2 minggu..haha..ade la 2 hari tu sy pakai seluar trek ct aminah  g kelas. nasib baik kaler hitam gak. seluar tidur. haha..2 hari pakai sementara tunggu seluar sy didobi.

Smpai kesudah xdpt hubungi Farouk. Hari terakhir sy di Indonesia, kami flight mlm jd ade lah kesempatan sikit nk g Pasar Baru kat Bandung (Pasar Baru- tmpat hot famous amos rakyat Malaysia). tp agak tergesa2 sebb dh lewat tunggu Pak Asnawi (geram jugakla masa tu..hu hu..) tp sbb dh janji terpksa tunggu gak utk jumpa dia..Member2 lain yg dr Agensi AngkasaNegara, UM, UiTM sumer terpksa terus balik. sbb tiket dorang awal ade kul12pm, kul 2.55pm.tak sempat nk shopping. Mujurla flight kami mlm 7.45pm. dr Ciloto kami bertolak kul 6 pg. smpai kul 9. makan minum di airport. tunggu pak asnawi lama, kul12.30 baru dpt jejakkan kaki kat Pasar Baru.  Tp kul4 pm dh bergegas ke airport ..walau sepatutnya tak jauh, tp jem memang teruk.

Pagi tu sy ke ofis Air Asia lah kan, nk setelkan pasal beg saya.  Mlm sebelum tu sy dah mintak husband sy hntar gambar beg. (suruh dia amik gmbar beg yg kat rumah tu-kembar beg hilang) pastu sy minta Pak timbul printkan kat bilik secretariat. Pastu sy photostet paspport Prof.Mardina & sy buat surat declaration bahawa sy membenarkan beg sy dibawa pulang ke Malaysia oleh Prof. Mardina. Surat tersebut sy beri pada Prof. Mardina dan jugak LOC. Rancangan saya ialah, sy minta tolong LOC tunggu manusia bernama Farouk tersebut di Airport pada 29 hb. Farouk di jangka ke Kuala Lumpur pada hari tersebut. sebab sy dh nk balik pada 27 hb. Pastu sy mintak kalau betullah Farouk tu amik beg sy, harap dia bw kembalilah pd tarikh tersebut. dan sy nk kirimkan pada Prof. Mardina yg akan blk ke Kuala Lumpur pada 30 hb. (beliau melawat saudara beliau di Medan). Dan jugak nk pastikan Air Asia tdk charge apa2 bayaran baggage ke atas Prof. Mardina. Tp.....bila smpai sana, person incharge takde kat ofis dan kata represetative Air Asia kat situ, katanya akan masuk ofis petang. Frust lg...serabut gile. dahla tiap kali jumpa staff air asia nk kene ulang kes sy dr awl smpai akhir. dorang tak layan sbb bukan kes dia kan,,org lain yg bertanggungjwb. benci.

Ptg tu kul 5.45++pm beratur nk timbang beg bagai. service slow dan kaunter bercmpur. org nk check in nk g Denpasarla, nk pegi mana2 tah lagi..sumer bercmpur..xkira lg dgn manusia yg tetiba mcm potong que..dgn keadaan lapar. dah setel beg, dlm kul6.30 pm, sy, ct aminah dan Dr Alina terpacak kat ofis air asia lg,,tunggu lg person incharge tu takde kat ofis. katanya tgh nk seberang jalan lah ape lah..kebetulan hujan ms tu..kitorang tunggu smpai kul7pm, xsmpai2 org tersebut. Benci. Pastu belasah mkn kat situ je, bukak dinner box yg Ibu Clara bg masa kitorang singgah Ofis LAPAN td. 

Balik Msia. Sampai LCCT, sy pegi ofis Lost & Found. Person in charge kat sini mintak ID report sy utk check dlm sistem. Oh Ya,,kalau korang hilang beg, cpt2 report dan make sure report direkodkan dalam sistem. dan printkan. ini utk mudahkan proses gantirugi kalau in case beg tu tak jumpa selepas 14 hari. Pegawai tersebut mklumkan sy bahawa dorang belum dpt trace beg sy (memanglah kan..) dan untk kepastian dorang bawk sy ke dua buah bilik berlainan yg penuh dgn beg2 org yg tak tunttut..byk giler wei...dan mmg takde pun beg sy kat dlm tu. 

Balik Bangi. Tunggu 29 hb. tetiba dpt maklumat terbaru yg Farouk tidak menjelma pada 29 hb.  Prof Mardina pun balik camtu je pada 30 hb. rupenye farouk tu tukar flight kepada 1 Oct. pulak..departure time 7.45pm. dan........tiba hari 1 Oct. sy dpt panggilan dr Pak Tri kaunter Air Asia Bandung. katanya dah tangkap Farouk. dan memang sah dia yg ambil beg saya. Korang nk tahu..?

Dia dtg Airport dgn selamba pakai beg saya (sbb sy dh bg gambar kan..memang senanglah cam). Tp barang dlm tu barang dia. Terus Air Asia kuarkan barang dia tersebut dan amik beg sy. entah la sy dia bwk  mcm mana brg2 ayam dia tu naik flight. Tp yg pastinya beg dia yg tertinggal kat airport tu still kt situ lah. Doarng pun suruh farouk isi surat pengakuan dan berjanji akan bawa semula brg2 sy ke airport. Adik dia yg kat kampung di bogor tu pulak ditugaskan bwk dtg brg saya.. dan farouk?...dah selamat naik air asia dtg Malaysia. arghhhhhhhhhh...

Dan lagi maklumat tambahan. Patutlah dia xkisah beg dia (yg ditinggal di airport) sbb barang dlm tu actually bukan brg dia, tp barang kawan dia yg kirim barang buat keluarga di kampung. 

Katanya pak tri,  farouk akan call sy utk minta maaf. dan sampai hari ni farouk tak call pun sy. saya call dia adalah. Dpt call number dia, dan dia berckp pong pang pang..fasih bahasa malaysia dan ckp tanpa rasa bersalah.katanya puan sarah jgn risau, nnt akan dihntarkan barang tu..masalahnya bila...bila tnya,, katanya dia belum telefon adik dia.. ... arghh....sy nasihatkan dia tolong CEPAT2 hantar barang saya sbb sy nk pakai byk data penting dlm hdisk sy. tak berani nk marah lebih2 sbb barang sy belum berada di tgn sy. tp hati memang mendidih. sebenrnya byk mende jd pending..nota2 PhD sy yg Dr adee bg..dia suruh siapkan conceptual paper.isnin  depan ni nk jumpa saya ...pastu application myphd sy ,,KPT(kementerian pengajian tinggi) infrom xdpt proses application sbb xlengkap ade satu surat pengesahan senat (master) kene uploadkan surat tu. sy tak tahu surat asal terselit dlm fail mana, tp yg pastinya salinan scan memang sy dh simpan dlm external hdisk sy yg hilang dlm beg tersebut. dlm hdisk sy sy dh scan sumer sijil penting saya....bila nak pakai print je...serabut tak. Dahla charger laptop pun dlm tu. sepanjang sy kursus di Ciloto tu tak boleh nk on laptop sbb xde bateri. nasib baik minggu akhir tu baizura balik awl, so dia pnjmkan sy charger laptop dia (nasib pakai acer jugak).

Doakan brg sy selamat smpai. Saya dh mintak pampasan dgn air asia. katanya akan bg 20 USD per kg. beg sy 9kg je.  nila pentingnya amik insuran penerbangan. ramai org beli tiket air asia tak amik insuran. tp masalahnya...tak tahulah dpt ke tak memandangkan beg kemungkinan akan dpt semula. Dan proses nk dpt duit tu lama jugak..dlm 2 bulan (kalau la dpt) sy dh kontek air asia malaysia dan dh tuntut gantirugi dh bg salinan bank account sumer...hai..kalau ikutkan memang patut dpt gantirugi sbb kesusahan yg kita lalui kan...dahla kita byr insuran. beg pun bayar ikut kilogram. bukan free. pastu barang yg bawak tak dpt digunapakai pun kan. geram je. (walaupun pegi kursus tu di taja , bukan sy yg bayar flight). geram tau tak.

Sekian. punye lama menaip.

Wednesday, October 03, 2012

missing baggage- travelled with air asia

Saya sudah kembali dari tempat kursus selama 10 hari ..campur hari sampai &hari pulang. 12 hari sy kat Indonesia. Schedule kursus adalah sgt tight. tiada rehat. ,mostly lecture je sepanjang hari dr subuh ayam berkokok smpai la azan maghrib still duduk dlm kelas dgr lecture. Oh penat betul. Tambahan pulak rupenya bayangan yg kursus di pekan Bandung adalah tidak benar. Sebenarnya kursus diadakan di Ciloto, kawasan terpencil atas bukit yng semacam Cameron Highland kekdahnya. Jd tiada aktiviti shopping dpt dijalankan. hah hah.  

Hari pertama 16 Sept. Kuala Lumpur-Bandung (Ini kali pertama sy travel naik air asia ke luar negara..seblum ni sy pilih air lines yg lain) even sy pernah ke konferen di Labuan Sabah sy naik MAS selesa dan tiada masalah. dan kenapa pengalaman sy dgn air asia semua tidak best?.. sebelum ni naik air asia dlm negara je, ..dua kali naik dua kali sy kene delay. delay.delay..sehingga terlewat beberapa jam. jd xbest sbb kalau patut smpai rumah kul10..dh jadi kul 1 pagi. benci.

Alkisahnya. setelah dua jam perjalanan di angkasa, smpai lah di Bandara Hussein Sasteranegara Bandung. Airport adalah kecik sahaja. tidak sangka  (memandangkan Bandung adalah destinasi hot). Lepas beratur kt imigresen, sy perasan kat bilik sebelah penuh dgn org..sy pelik igtkan ade kene kuarantin ke hape..rupenya org berpusu2 berebut nk amik beg. tempat kuar beg adalah kecik sahaja dan bukan jenis round mcm kebiasaan sy lihat. kuar je ade sorang pekerja akan punggah bagasi letak ke lantai, kalau tak akan tersumbatlah kat situ. dan bagasi adalah dr pelbagai destinasi..kuar kat 1 tmpt tu je...lepas org ni kuar,,br boleh rebut masuk sikit2..jd kita susah nk tgk keeseluruhan kejadian (means bagasi2 yg keluar) tup2 dh semua org dpt beg masing2 terus kuar airport..tgk2 beg saya takde. dan pekerja tu beritahu yg semua beg dh keluar. Sooo...where's my baggage?!!! and i noticed there was a baggage left dr tadi dok kat tepi dinding tu..but it's not mine. Sy tilik2 ..ada tag .pemilik beg tersebut bernama Farouk. dan I suspected that he took my baggage by mistake. So stupid la this person. Beg sendiri pun tak kenal...sgt sedih dan tak tahu nk ckp apa. Saya dtg tmpt org. bukannya balik kampung. Mcm2 dlm fikiran. my clothes, berus gigi, pencuci muka, panties, bra..everything. but what i concerned most is my external hard drives. Entah mcm mana travel kali ni sy agak careless letak external hardisk dlm baggage tu. selalu bwk sama2 dlm backpack. Astagfirullah. why all this happened to me..uh uh

to be continued.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...