Tuesday, November 20, 2012

Sambung Belajar

Saya sedang sambung belajar. Ya register sebelum ke Bandung hari tu (september). Dalam 2 bulan lepas. PhD. Saya sambung dlm bidang yang saya minat. Tapi sebenarnya minat sahaja belum cukup. Perlu azam tekad yang kuat dan usaha yang gigih. Letih study sendiri. dan takde kwn nk gosip pasal projek(ha ha boleh..) Projek sy ni sebenarnya ada group. tp bayangkan semua ahli group adalah pak arab. hu hu..saya je yang paling comel lagi gigih;)

Projek yang saya buat ni kiranya saya bermula dari kosong. macam lagu najwa latif. Saya takde idea. sy perlu baca dan study perkara yang basic-basic. sbb once org bidang. sebut term tertentu sy bingung jap perlu catat dan kemudian pegi study. sampai begitu. Tapi saya akan berusaha gigih. Semoga saya berjaya. amin..

Saya suka belajar. Saya rs sy ni akan perlahan di awal trek.bila dh boleh catch up. sy akan jd laju. In Shaa Allah. Doa kan saya kawan2. sy selitkan gmbar konvokesyen ini sebagai pembakar semangat. termasuk semangat kwn2 yg masih belum sambung tu..he he.

The feeling is great~
Baru kuar dewan. Konvo MSc 2010 : Me, Fizah, Ct Aminah, Mawar
Alhamdulillah. Rs terharu dan lega.
Chaiyok!chaiyok!

Anak susuan




Dah lama kan tak menulis. saya sebenarnya bukan malas menulis atau bizi. Tp sy tahan diri dr menulis blog. eh..ha ha..sbb sy ni kalau menulis takut jd panjang.. (sbb once menulis, ade je mende smpingan g godek2 tgk mende shopping online,,blog walking..) ade-ada je kan..pastu burn masa saya yang tak berapa banyak tu (konon)  Itu sayalah..org lain mungkin tidak mcm saya. Baiklah sempena sudah sebulan tidak menulis mari update kisah seposen dua.

Minggu lepas Umar dtg lagi (anak susuan sy yg kedua). Umar sudah 5 bulan. dalam 5 bulan ni sy tak igt berapa kali dah sy bg susu utk dia. mungkin 6x kot. Umar tinggal di Putrajaya. Umar minum susu banyak. kalau xsilap saya dlm 28oz sehari. Ibu kandung Umar saya panggil Nor. Nor juga menyusu Umar. cuma kata Nor dia tdk dpt supply byk susu utk umar. katanya plg byk dlm15Oz sehari. Jadi susu saya akan top up keperluan Umar. Alhamdulillah. Last Umar datang seigt saya 3 minggu sebelumnya.

"Wah..timer kasih mama Sarah"- kata Umar comel (Umar duduk ditengah bersama Abg Ashraf dan Kakak Ayra)

Selalu asyik lupa snap gambar buat kenangan. kali ni nasib baik igt. 3 minggu sebelumnya dua kotak dpt bg kat umar. Rezeki Umar comel.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...