Monday, November 18, 2013

Baju Ayra home made

Skang ni sekejap sgt kan cuti hujung minggu. Sibuk benar rsnya setiap kali tiba hujung minggu..ada je aktiviti. baru2 ni ada mjlis convocation sekolah muhammad ashraf dan mjlis naik rumah baru pakcik (adik bongsu umi saya) .Beliau beli lg umah kat denai alam, shah alam plak. sebelum ni dia stay damansara. rumah dia beli byk, disewakan. entah berapa buah rumah dah pkcik sy yg ni beli...tp kali ni katanya nak settle down kat denai alam. beso gila rumah beliau..hmm..

hmm..alangkah indahnya kalau boleh dok umah je menjahit..hahaha. mula rasa menyesal ..apasal lah sy tak beli mesin jahit ms sy duduk rumah tunggu bersalinkan ayra dulu. mungkin duit kemenangan anugerah tesis terbaik dr agensi angkasa negara (AAN) tu sy gunakan utk beli mesin jahit..(uhu..padahal ms tu pakai duit tu utk persediaan nk bersalin)..agaknya..kalau sy ada mesin jahit lebih awl, mungkin sy tak smbung belajar pun kah kah. crazy.

Ok.ini projek hari sabtu. bila start potong kain utk jahit satu percaya..mmg tak tenang selagi tak siap. haha..meroyan dah makcik..terus hari ahad pakai g mjlis2 seperti yg disebut di atas.

ms ni belum siap







ashraf pakai kain lilit pinggang kaler oren. persembahan Dikir Barat u olss..

group dikir barat. meneng persembahan hari tersebut. comel sgt
seluar ayra. lebihan jahit bj saya tempoh hari
bahagian belakang

Friday, November 15, 2013

Baju kurung special

Baju kurung ini sangat special, sbb..apa lagi jahit sendiri la..haha.. suka sangat. potong ikut keselesaan, jahit ikut keselesaan dan sebagainya. sekian. ini projek ahad lepas.



kali ni jahit bj kurung tradisional

letak getah sumer. sbb suka begini.

baru nk posing kat tempat org tetiba ada mamat kt depan berdiri dr tempat duduk.
 tekejut makcik.keh keh

Sekian.

Wednesday, October 30, 2013

Projek jahit berupaya hilangkan stress

Saya malas nk ckp banyak pasal studi. Tp sy mcm *** taksuka incik supervisor saya, Dr X. Sy sepatutnya nk belajar sambil relax..graf tekanan tu sepatutnya biasa saja. Saya kengkadang menyumpah2 dgn 'L-r-g-s milestone' kononnya tu. Dr X tu tahu nk mende cepat, tp tak bagi cadangan mcm mana flow gambaran sebenar simulation tu. semuanya dlm imaginasi sy je. nk  buat flow. kengkadang salah. pastu kene u-turn balik. sy boleh buat simulation tu tp sy perlukan masa untuk fikir jalan cerita/scenario yg berlaku dlm network tersebut. learning is a long process. bosan dgn sikap Dr X. ada pro and cons sebenarnya supervisor yg mcm Dr X ni dgn supervisor lama masa master sy, prof Y. Prof Y seorang yg sempoi dan kelihatan tidak peduli progress ko tahap mana, ms tu sy under project sciencefund. yg penting ko dpt jelaskan nape ko buat mcm ni atau mcm tu. so prof Y ni jenis letakkan sepenuh kepercayaan kepada kita. kita nk terjun gaung ke..nk apa ke...its all depend on you. Dr X ni plak, sgt concern pasal result. patutnya sudah siap. patutnya sudah siap. tp tak pulak nk guide mcm mana konon nk jd cepat tu. sy tak kisah tak guide sgt tp sy perlu masa la kan. kalau nk cepat, buatla sendiri..lalalalalala....la la

mlm hujung minggu saya menjahit. dlm kul9.30mlm -12am. bolehla menggemberikan hati. kalau ikutkan hati, nak je tangguh 1 sem. kah kah..pada pendpt sy, Dr X patut tahu, sy hanya membantu beliau buat research tersebut. boleh tak kalau merasakan yg milestone l-r-g-s tu takde kaitan dgn saya. sy pun buat PhD (sy bukan research officer pada project tersebut) dan saya ada scholarship luar. Dan sy start lewat setahun dr tarikh projek tu bermula. jadi sy sepatutnya tidak terikat dgn milestone projk itewww...oh hu hu..

ini kain yg dibeli
setelah pening amik kira ukuran.start jahit
nk mencadarkan ini
Siap! cadar ni dibuat dgn cara loose sedikit sbb mengambil kira regangan bila tilam dilipat 3 begini
ini customer saya. puas hati katanya
ini lak projek mlm sabtu

pakai.kah kah!
Tudung special edition. xde kat kedai.ada pelapik dagu juga.
Sekian

Tuesday, October 22, 2013

Lab dan workstation saya

Kalau sembang ngn geng menjahit. asal sebut je workstation mesti pikir tempat menjahit. ;p ..tinggi cita2 masing2..tapi sebenarnya workstation di sini maksudnya tempat kerja research belajar saya ni. yelah ..mcm taksesuai sebut 'ofis saya' sebab sy bukan kerja bergaji. kah kah..buat masa sekarang..malah dari dulu lagi..Saya dah suka sgt duduk kat sini. seriously ..sy mcm taknak g tempat lain. sy mcm dh jd penunggu kat situ. kah kah. 
Ini ialah lab tempat bertapa. Ini kwn2 sy..ini baru sebahagian,. ada ramai lg kawan. pd pendapat saya, di lab ni lah plg boleh menjumpai student melayu dan pempuan . lab lain kebanyakan foreigner. student pasca siswazah UKM engineering ramai foreigner okey, sangat..!
Nama lab ni ialah Satellite & Mobile Research Group (SMRG). Kawan seperjuangan dtg dr macam2 background. ada yg merupakan tutor dr UTM, tutor KuiTHO, skim UiTM pensyarah muda, skim MyPhD mcm saya dan ada juga betul2 GRA dibayar projek dan ada yg bayar2 sendiri-sendiri..

Sy bukan tak pernah mintak kerja tempat lain. ms berehat lepas dpt master. tp yg dpt panggilan tu mesti private company, pastu jauh jugak dr Bangi, (apply tp tak serious) sy kene consider tmpt kerja memandangkan sy sudah berkeluarga, bukan bujang. pernah mintak keje kontrak dlm bahagian teknologi maklumat/pengaturcaraan/network kat kementerian2 kerajaan yg kat putrajaya dan cyberjaya. tp xdpt..even mintak KONTRAK je pun. dan kawan sy pun pegawai kat sana..(kwn2 ms universiti saya ramai jd pegawai teknologi maklumat) sy suspect sbb sy letak tahap pendidikan adalah master. mungkin. Jd patut mintak dgn diploma barangkali (tp makcik takde diploma). Saya pernah keje private dulu kat Behrang, Perak selepas tamat degree, sebagai pegawai pembangunan perniagaan kat syarikat X. Kerja saya adalah membina website kampeni,maintain beberapa website sedia ada, dan buat sistem utk simpan data pelanggan yg amik kursus dengan syarikat. Sy bergandingan dgn org marketing/PR kampeni. hehe..Boss sy tu, dismping run bisness, beliau juga terbit beberapa siri buku motivasi,, best seller jugaklah kat pasaran. Disebabkan cita2 memang nk memegang ijazah sarjana. dan PhD saya pergilah sambung belajar. Dulu masa sy sekolah, saya ada target, ms umur sekian-sekian sy smbung belajar smpai PhD. ia untuk kepuasan diri semata-mata.

Sebelum ni sy pernah apply Skim pensyarah muda UiTM, dapatlah panggilan interbiu di bawah fakulti sistem komputer dan matematik. pastu saya takpergi interbiu tu. takut plak konon kalau dpt. salah seorang geng research saya dlm LRGS, di bawah skim ni, dia wat master kt UUM, dia bagitahu dia akan dihntar ke UiTM Melaka sebagai pensyarah dlm bidang Network (mcm projek kami skang). Jauh tu melaka (dia org kedah)...nasib baik dia bujang lagi. Justeru, sy mengharapkan MyPhD dari KPT. Buat masa ni gaji dari sini. sebelum ni projek bayar lagi mahal dr MyPhD bagi. tp projek tak support yuran pengajian, terpksa la daku lepaskan. sebenarnya myPhD tu tak kisah kalau saya dpt double payment, sebagai Gra projek dan MyPhD tp CRIM UKM kesah..ok..dasar universiti kedekut malaysia ..hahaha. kwn sy kat universiti lain dpt dua2 tau..UUM dan UIA. Lepas ni sy pun tak pasni nk buat apa. buat research lg kot. Post doctoral ke pulak..kah kah..takpasti. sy mcm nk jd surirumah je sambil menjahit.hahahahaha.. suami mmg support jd surirumah (tambah2 lak bila anak2 start sekolah, g hantar, g amik, g kelas tambahan, g kelas fardhu ain.. kononnya). tp kalau muhammad ashraf dan adik2nya sekolah al-amin je, sejengkal dr rumah, rsnya tak perlu risau sgt pegi balik sekolah. tp mahal jugak kos sekolah private ni. kalau beramai2 anak kat situ... hahah..kalau target keje kat USIM aci tak..hahaha

Sekian. eh gambar workstation konon-konon tu tak letak lagi..

eh malu bersepah. nmpak separuh dhla .janji boleh wat journal konon :p
ni deskmate sy, berkwn ngn die lah hari2...Aramesh, an Iranian gal
(dasat woo meja dia..researcher katakan)
kiki..im a shy person u know..;p

Monday, October 21, 2013

Anak-Anak

Ramai sedara saya iaitu sepupu sepapat dan adik ipar sy yg mana anak mereka sebaya ayra malah lebih muda dari Cik Ayra saya, sudah diberi adik. sudah lahir pun. so buat masa kini kelihatan Ayra yg ternyata berimej lebih kakak dan kelihatan matured ni belum beradik. umur pun sudah 1 tahun 9 bulan ..Maka adalah yg bertanya 'bila nk tambah?' ayra dh besar..kiki..

Memang teringin nk tambah. tp belum bersedia. rasa tak berani pun ada. Sebab...kalau ikutkan projek sy ni, next milestone kene capai adalah pada Disember ni. Pastu ada lg.in february...sampai end of product utk project should be there in July 2014. saya sekarang rasanya tak begitu mencapai sasaran. Paham2lah kalau ada bb kecil, sy takbolehla nk stay up memalam lelama..xleh la nk baham nescafe tarik setiap hari pagi petang siang mlm, pastu nk tinggal2 kalau ada kursus mcm byk benda kene pikir. encik suami pon tgh sambung. Thn dpn kitorang ada plan..tp belum sure bulan berapa akan bermula. Takutlah kalau katakan sedang mengandung sarat tak boleh fly pulak. ataupun kalau ade bb kecil, kene fikir secara hebat sikit...hu hu..hujung minggu ni husband outsation ke johor beberapa hari. hujung bln November dpn beliau akan ke German. hmm tahun depan..entahlah

see...dua beradik ini sudah besar (ni kat rumah nenek moyang mereka)

ops ..ini bj homemade for cik ayra

sy belum masuk kelas jahit bj kurung biasa,. jahit kain pun belum bljr.
so cuba2 dgn jahit bj anak dulu

baby ayra pun nk bj mcm tuan dia

Muhammad Ashraf & Cik Aishah Ayra
Sekian.

Monday, October 07, 2013

Jahit Baju Kurung Pahang

hi u ols. sabtu minggu lepas saya pegi kelas jahitan bj kurung pahang. Kelas 3 jam je. semasa kelas ni xde sorang peserta pun sempat pegang mesin (sesia i ols bersusah payah2 punggah mesin jahit kesayangan tu) sbb masing2 sibuk belajar camana nk amik ukuran dan buat pola..kali ni sy ade group. sbb kawan2 ukm ada sekali...mmg patut pun kene buat berkumpulan ni supaya tidak tersalah pengiraan utk lukis pola..rumit jugak bahhaha (camana konon nk amik tempahan ni,,kah kah..)..compare buat langsir roman blind and tudung lycra lg senang. terutama part lekuk2 kekek tu..poning makcik. apa pun layan gambor jelah. kah kah kah.

Gigih kami, maklumlah amatur..
preparation nk jahit kat leher baju..letak peniti..
setelah bersusah payah.
 jahit tanpa kelim tepi..maklom makcik tak sabo
mcm gigih pulak g kedai utk kelim pastu balik sambung jahit. baik mckcik sambung terus
cantik tak kak ton??
(abaikan tambahan tangan dan kaki anak2 makcik tu.
dorang mmg dengki, ms mkcik menjahit pun dilompat2 atas baju makcik yg belum bercantum tu.. sabo jelah..
Makcik rasa bj mkcik ni mcm terseksi pulak. padahal rasanya dh besar2 kan sikit dr pola. tp u ols tak dibenarkan komen lebih2..ni hasil kerja pertama mkcik hokey.. appreciate sikit. kah kah...Tapikan slack sikit lah sbb utk buat kain kene masuk kelas sambungannya hujung minggu ni. tak berkainlah baju kurung pahang mkcik ni. mkcik balik kampung time tu..raya haji. adios amigos lah cikgu jahit. jumpa next time lak. 

Sekian.

Thursday, October 03, 2013

Jahit Tudung Lycra

Sy pergi kursus jahit ni beberapa minggu lepas. Best sgt..potong kain ikut ukuran kita nak, sy labuhkan sikit dr pola asal, sy tambah pelapik dagu, pastu even dh labuhkan 4inci dari ukuran pola, still rs eh takdelah labuh sgt. pastu sy tambah renda pulak bg labuh lagi satu inci... syukur alhamdulillah, dpt ilmu. tunggu ada masa free skit sy buat tudung yg lain dan amik gmbar setiap step. yg ni tak menyempat nk amik gmbar setiap step. lepas balik tu setiap malam sy baiki tudung2 yg ada ikut selera saya, especially tambah sedikit pelapik dagu. selesa sikitlah rasanya bila pakai tudung begini..  lain kali sy buat tutorial..he he..sy pun takut terlupa ilmu ni. 







Mlm tu terus pakai g KLIA hntar adik nak balik Mesir. kah kah
Ini adik sy nama Muhammad Ishaq. Saya Siti Sarah (tetiba) kalau ikut sejarah Nabi Ibrahim, Muhammad Ishaq ni anak kepada isteri beliau, Siti Sarah, Nabi Ismail pula anak Siti Hajar. 

He he..sekian.

Wednesday, September 18, 2013

Mesin jahit

Saya kan selalu la jugak komplen kt suami, skirt2 saya byk loose getah..seluar anak.kalau ada mesin jahit kan senang sikit nk baiki. dan sy pernah beberapa kali terpikir nk memiliki mesin jahit tp ragu2 sebab tak pernah belajar berguru. minat je lebih. lagipun harga mesin jahit bukan seringgit dua. Tapi  kalau setakat jahit langsir french pleat yg biasa tu sy boleh. sy tgk pun dh tahu camana nk jahit. kah kah(aci tak berlagak seposen dua)

Sebenarnya saya minat sgt menjahit, cuma sy tak pernah memiliki mesin jahit Masa kecik2 masa darjah 2 dulu sy pernah curi2 guna mesin jahit nenek saya sy jahit kotak pensil kain pastu jual kat sekolah dgn harga 60 sen, siap letak span tau, buat petak2 atas span. Sebab berkenan bila belek2 kat kedai, terus try jahit kt rumah. hasil jualan laku okey..hahaha..dhla tak keluar modal pun. guna je zip2 dan kain2 lebihan baju yg ada kt rumah nenek tu.sesuka hati je..haha. nenek sy bukan tukang jahit. cuma dia ada mesin jahit, kadang2 je dia menjahit. pastu sy penah la reka2 sendiri jahit bj kurung utk adik. dan surprisingly, umi sy pakaikan bj kurung tersebut pada adik kecik2 sy tu pegi jenjalan makan gulai rumah org. sy sekolah rendah tau masa tu..sibuk nk menjahit, tak berguru pun. sy selalu lepak rumah kawan umi saya, dia tukang jahit, selalu jugak dia mintak tolong sy jahit mende simple2 mcm buat butang2, jahit kedut2 pada anak telekung, dan klim kan tepi kain. tu je lah. tak pernah pulak dia suruh sy potong kain. rugi tak belajar.

Alkisahnya hujung minggu baru ni Encik suami saya ajak pegi kedai mesin jahit, sebelum ni dia ada offer2 berbasa basi tp sy kata takpelah dulu, sy pun tak pasti jenama apa yg baik skang ni, encik husband siap cari dlm mudah.com pastu baca jugak review2 pasal mesin brand ni. and akhirnya dia belikan saya ini:
mesin jahit brothers GS2700
Husband sy beli harga pakej. RM899, dapat table sekali mcm dlm gmbar tu dan 10 jenis foot. pastu ade la satu plastik besar set menjahit mcm butang bergelen, getah pinggang berketul2, jarum itu ini, tali inci dan mende2 remeh tu, bykla jugak mende2 tu. Kalau tgk review kat internet, org yg biasa menjahit memang akan rekemen beli mesin industri terus, lasak sikit kata mereka, tp sy bukan nk melasak sgt, lgpun mana ada space nk beli mesin industri tu, sesak dh rumah ni. Masa husband balik pasang kt rumah tu, rasa mcm nk melompat sebab terlalu seronok. haha...pastu terus start ganti pinggang2 getah pada skirt yg dh loose. OMG.suka sangat. hahahah
salah satu skirt siap tukar dah. fewwit. i loike.
ni beli kain nk jahit sesuatu.jeng jeng jeng...
hasil keringat saya. 
Saya dua tiga hari tu dok servey dalam internet. tgk patern2 langsir, lepas tu lah sy bljr byk istilah, scalloop, pelmet, box pleat, french pleat. omg omg. Saya sebenrnya dok berfikir pasal thn dpn nk naik rumah baru, kalau upah jahit langsir mmg mahal tahap gaban lah kan. nk penuhkan satu langsir pada setiap tingkap di setiap bilik. ada 6 bilik semuanya. tahu sajalah , langsir rumah sy skang ni pun mahal hari tu, lebih RM1k just utk sliding ngn 3 panel tingkap dlm bilik. 

Ni lah hasil jahitan saya. suka sangat ok. kain murah je ni dlm rm8.80 semeter beli kat warta. testing. Nanti saya nk g kelas bila ada masa free. nk bljr jahit bj melayu, bj kurung, dress baby.kalau ada masa free lah..

Kah. kah. mode excited. tp bila pikir pasal projek PhD. huhu..
Sekian.

My study

Bila sebut study. urghh..
Sebenarnya saya baru balik dari meeting projek 3 hari 2 malam kat Hotel villa di Alor Setar  kedah minggu lepas 6-8 september. memang seminggu sebelum ke sana tu..huhu tak cukup tido saya,,siapkan apa yg patut, bedebar la wess nk kene jumpa project leader sub group lain2.




itu supervisor no1. yg pakai apple tu
itu supervisor no2 saya
saya ,akmal UIA, hidayah UUM
 Ni je kwn pempuan geng student.lain sumer lelaki. yg tgh tu dari akmal dr UIA dan hidayah dr UUM . tp dorang dh takder nnt masa next coordination meeting sbb dorang berdua ni buat master. dan siap pun prjk dorang. master mix mode dorang ni. sedih sedih...
itulah saya second last presenter sbb subgroup-5.lps sy member yg unimap pulak
Sy bawak husband dan anak2 sekali ke sana. Selepas siap meeting dan present progress ni, sy pegi Unimap pulak pada hari ahad sebab kene amik alat (pandaboard) untuk kerja seterusnya. isnin malam baru smpai bangi. walau lama kat sana, tak sempat pun nk jenjalan pekan rabu ke, padang besar ke. terus balik. singgah bermalam rumah makcik kat Gurun. mkcik kat Alor Setar ada juga tp tak sempat jumpa, sbb dia ada hal. mkcik kat perlis pun ada, mungkin dia merajuk kot sy tak singgah..hu hu sy agak rushing, sy ada mesej dia tp tak berbalas ms tu, dgn kalut menelefon Dr latifah untuk ke tempat dia di unimap. pas amik alat terus balik. tak de beli apapun dr kedah. cuma sebelum malam kt hotel tu ada singgah beli stokin utk anak kt kedai bwh.tu je.
pandaboard yg smpai hari ni sy belum operate
Seriously, lepas balik coordination meeting ni terus rasa nak berehat setahun.Malas sangat nk pikir pasal projek. kalau ikutkan kene rushing sbb subgroup sy tak 'inline'.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...