Wednesday, January 23, 2013

Cabaran kerjaya anda, update Ashraf & Ayra

Bila belajar. bila tiba-tiba ada cuti kebangsaan. Cuti thaipusam atau apa-apa cuti sahajalah. Saya rasa kalau orang yang bekerja akan rs suka bila cuti, sapa tak mahu cuti kan..Tapi bagi pelajar pascasiswazah mcm saya rs mcm oh minggu ini akan habis dgn cepatnya. Bila cuti, nurseri akan cuti, means kita pun kene cuti..oh keje tak siap lg. keje yang buat tido malam tak lena, mandi tak basah. Draf paper sepatah haram tak karang lagi. OMG sudah hampir penghujung januari. Tidak lama lagi akan ada coordination meeting. Meeting bersama researcher semua group, dari universiti lain. terus jd stress..Supervisor akan request progress...wuhu...tamat cerita pelajar.

Saya rasa org-org kerja memang lah dia sibuk. sbb dia kerja. Tp sibuk dgn tugasan harian kot. Tp buat research ni stress dia lain macam sikit. Saya pernah terbaca satu status di wall fesbuk seorang rakan. beliau seorang guru. lepas tu di status nya meremehkan tugasan pensyarah pada pendapat dia tugasan pensyarah ni rileks dan tidak sebeban cikgu..hellloooo...meskipun saya bukan pensyarah tp sy tahu tugas sebagai pensyarah tidak seremeh yang disangkakan..sebab saya tahu lah suami sy pun pensyarah...hidup sy setiap hari pun dikelilingi pensyarah..sy pun buat research juga walaupun tidak mengajar. Nmpak tak,,tugas hakiki pensyarah memanglah mengajar tp pensyarah ada bebanan yg sangat besar sesuai dengan kesarjanaan yang pensyarah tersebut ada. Sebenarnya bagi saya ialah setiap kerjaya itu lain cabarannya. Jadi janganlah nak meremehkan org. Hmm kalau nk ikutkan pensyarah ni tertindas haha kalau ikut sistem gaji nk berbanding cikgu. setiap tahun gaji cikgu naik. gaji pensyarah tak pernah naik-naik sejak 2007 kot. Kerajaan sayang benar kat cikgu ni..sebab apa ya? mungkin sbb Muhyiddin rajin membela cikgu....dan khalid nordin tidak laksanakan tugas dia dgn baik sebagai menteri KPT...hahahhahahahaha.......sekian.

 Anak saya Aishah Ayra Binti Mohamad Faizal sudah berusia setahun pada 16 Januari 2013. Saya bekalkan goodies buat kwn sekolah beliau. 10 org je termasuk beliau. Tahun ini sudah ramai rakan nurseri sudah pergi sekolah lain nampaknya. Ini termasuk Muhammad Ashraf, anak sulung beta. Ashraf pada tahun 2013 ini telah saya sekolahkan di SMART CALIPH (islamic montessori) dekat je jugak dgn rumah, kat sungai tangkas juga. Saya tgk sistem dia lebih teratur. Daripada taska dia dulu, cikgu selalu tak cukup pastu selalu missed Ashraf tak belajar, padahal dulu sy bayar yuran belajar, yuran buku, stationery bagai. tula sbb selalu berganti cikgu. Cikgu tak perasaan sy bayar muhammad ashraf utk masuk kelas belajar. Pengurus tak remind.

So sekolah baru ni dia fokus belajar, belajar solat, mengaji, belajar alif ba ta semua tu. byk aktiviti lah sebab cikgu pun fokus kat student je. sbb Smart caliph ni just amik anak berumur 2tahun setengah -6tahun. Takde baby kat sekolah. Makanan pun teratur sebab dia ade tukang masak luar, bukan cikgu sekolah sendiri yg masak bagai. oklah kan, semoga dia belajar sesuatu. Saya takdelah nak expect belajar tekun2 sampai xde ms nak main. dgn assigment bagai..no no no.. Biar dia enjoy childhood dia sambil belajar islamic value.

Sebelum hantar sekolah baru sebulan sebelum tu saya dh bagitahu Ashraf yang dia takkan g sekolah lama tu lagi, no cikgu siti, no cikgu azi, no more along, angah, nuha, hanis semua kwn lama tu (hmm tengok sekarang majoriti rupenye dh keluar dr sekolah tu, tinggal baby2 jer..hehhe),dan dia sgt suka dgn sekolah baru, kata dia 'mama abe dh xg skolah lama kan, abe gi skolah warna biru pulak' hmm sekolah dia skang warna biru dan pink sebnarnya;p he really likes his new school..tapi,,ade hari tu dia balik rumah nyanyi lagu 'I am 4 You..' Oh My.......................

Cik Aishah Ayra pulak dalam seminggu menghampiri usia setahun beliau sudah boleh berjalan. Saya sebagai ibu tersangatlah seronok tgk dia berjalan. dengan keinginan sendiri okey,, skang dh berjalan ke hulu ke hilir,, tp masih terkangkang kangkang. that's sweet. I luv you baby.

Love you kids
Sekian.


Friday, January 11, 2013

Sayangi suami anda

Sebagai ingatan kita bersama

Friday, January 04, 2013

Kisah makcik serta anak beliau

Alkisahnya makcik dah hampir ke penghujung semester pengajian untuk sem 1. Sekejap kan. Dan minggu depan adalah mendebarkan seposen dua sebab nak kene present proposal PhD makcik. Mcam proposal defense la ade evaluator bagai. Kalau dikira secara terperinci. mkcik register september. skang masuk awal januari 2013.baru 4 bulan makcik belajar sambil bermain2. eh sekejap dh dikira satu sem.

Lama la jugak dok pikir nk letak apa dlm slide presentation utk 20 minit tu. Bukan apa..nak buat slide dan nak present ,,kenela ada ilmu. Kene paham dulu baru boleh pahamkan org..ye dak..ha ha. sekian kisah student terlampau. ;p

Makcik sedang pening sebab tak mengepam susu hari ni... bengkak. hu hu..tak bawak pam sebab malas. Dahla setiap hari pikul beg laptop. kalau boleh nk meminimumkan bawa beg. So akan ada  hari yg malas bawak beg pam. Ampun...

 Mari kita skodeng cik adik comel lagi manis, buah hati makcik ni okeh.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...