Friday, May 31, 2013

Ulangtahun perkahwinan dan Genting Highlands

Mula2 nk tulis tajuk ' We are 5. pastu padam balik, takut ada kawan2 salah paham pulak. bukan 5 ahli keluarga tp 5 tahun kahwin. he hehe.. kami masih berempat. buat masa ni sy belum sedia untuk tambah. 
Rs mcm baru buat entry ulangtahun, tp tanpa sedar setahun berlalu dgn sangat cepat.

Jadi, sempena ulangtahun ni, kami mcm biasa tak pernah sambut dgn rasmi..kira yg pegi jenjalan genting 2 minggu lps tu kira anniversarry lah tu. ..hahaha ..apapun mmg bila tiba hari ulangtahun mulalah en.suami nk berlagak mcm baru kahwin, baru nk bekenalan konon. malu2,, menyampah pulakkan. ha ha tp mmg camtulah dia..dia akan sebut2 peristiwa masa baru kenal2..

Kita tempek gambar ms g GENTING HIGHLAND 2 weeks ago. last pegi masa ashraf berusia 10 bulan..kali ni pegi dgn dua anak. next pegi tunggu anak ketiga muncul dulu baru decide..haha..mmg seronok kalau ada anak2 bawak g sana..sakan main game ulang2..





Sy bawak dua adik saya. yg tepi pakai tudung biru tu Cikgu nurseri Ayra. saja ajak dia..

Amboi mentang2 bawak pengasuh ayra..betul2 jd pengasuh ke..haha.
.(just a joke-. idokle begitu tp dia suka nk pegang ayra)

Ashraf naik elephant

Dah jd acara wajib

Best main pirate ship ni. feeling mcm jantung terluruh jap. lama pulak tu berayunnya.
Sy gelak, bertempik smpai kuar air mata.




Selamat Ulangtahun ke 5 pada  29 Mei 2013. kih kih.
.pantang sy tgk gambar2 ala2 camwhore camni.hahaha

Tuesday, May 28, 2013

Eh. myvi. a review

Sempena anak sudah besar dan sudah pegi sekolah (playschool), kami berpendapat perlu tambah satu lg kereta di rumah. Ini kerana bila ada hari en suami hanya mahu menunggang motor ke ukm (meskipun destinasi 'cinta' kami sama sahaja iaitu ke ukm, tp ada hari yg salah seorang tidak dpt balik pada waktu kebiasaan kerana ada meeting, discussion dgn supervisor dan sebagainya), bila nk ambil ashraf di sekolah, menurut suami kesian kat ashraf sebab cuaca panas, naik motor,..uhu uhu

Dengan ini saya telah membeli sebuah lg kereta, mula mula kata suami beli yg second hand pun takpe...tapi bagi sy a big no no no..sy kurang suka barang2 mahal ni beli second hand, takut tak puas hati.. tambah2 plak kereta second hand interest tinggi tak hengat. so sy pun mengeluarkan sedikit wang pendahuluan dan membeli ini:

Myvi SE 1.3
kereta ini berusia rasanya dlm sebulan kot. kiki ki..saya puasa hati dgn kereta ini kerana kelesaan ada padanya. Nak bwk berjalan jauh pun boleh, takde sakit pinggang ke apa. dah bawak balik kelantan untuk melasakkan enjin beliau. I like! saya dapat kereta ini dgn interest serendah 2.7% dgn RHB. kemudian ada beberapa diskaun lg yg buat ia bertambah best. kata org alah membeli menang memakai. Saya cdgkan pada en suami tunggulah anak 4 org baru kita amik kete besau dr honda city yg ada skang tu..kami agak tertarik pada SUV tp yg seven seater. acik dok...haha berangan kau.. tunggu PRU 14 lah kot. tunggu lagi. hu hu..
rupa paras belah dlm
Myvi yg ni rasanya lg berbaloi dr myviSE kuning yg 1.5 cc tu. beza rm 11ribu harga dia berbanding myviSE1.3 saya ni. second car je kot nk beli memahal pesal. he he..

Hutang PTPTN

Sudahkah anda menjelaskan hutang ptptn anda? ki ki ki..saya agak hairan dgn sesetengah org yg bila mendengar manifesto parti2 sebelum pilihanraya. bila ternyata byk kebaikan serta manfaat yg bakal diperolehi bila memilih parti tersebut menerajui kerajaan tp masih tidak mahu malah mengutuk mengejek (terlalu lama menonton serta membaca media satu hala sahaja).katanya org yg nak semua free pergi duduk hutan atau pergi negara lain. sedangkan menteri boleh naik gaji begitu banyak. backdated ppulak tu sebanyak 17 bulan. bayangkan gaji ketua menteri sarawak dinaikkan 3x ganda. maksudnya backdated sebanyak rm26000 selama 17 bulan bermula 1 januari 2012, jumlahnya menjadi rm442,000. wow. kayanya negeri sarawak. itu baru backdated sorang. ada berapa menteri kat sarawak. so sekarang gaji ketua menteri rm39ribu sebulan. sy rasa dgn keadaan sarawak yg mempunyai ramai menteri yg dinaikkan gaji setiap mereka 3x ganda dari asal (dan dibackdated pula dr tahun lepas), bila negeri ini mampu membayar gaji menteri sebegitu maknanya negeri sarawak memang kaya. Sepatutnya sarawak lg maju dari negeri lain di malaysia ini. Tidakkah org sarawak merasa begitu. Untung menjadi org sarawak tp tidak untung kalau yg menjadi kaya hanya menteri saja. hutang ptptn rm21ribu saja kot bg rata2 pelajar di malaysia yg mengambil pinjaman ptptn. gaji ketua menteri rm39 ribu sebulan okey. wow. impressed.

Apa salahnya saya sebagai rakyat malaysia menanam impian mahu mendapatkan education free, sekurang2nya adik2 saya yg bakal menyambung pelajaran akan kurangkan beban mereka. Tp adik2 saya kebanyakannya ambil biasiswa dan juga dua dr mereka ambil pinjaman MARA. kadar bayaran semula hutang MARA adalah rendah sahaja, tidak berbunga2 seperti ptptn. 

So disebabkan harapan untuk mendapat penghapusan bayaran ptptn tdk tercapai. agak sedih juga. so kawan2 disarankan bayar secara lumpsum sebelum september 2013 rasanya sekiranya ingin menikmati diskaun sebanyak 20% diskaun. 

Saya sudah selesaikan hari ini. anda bagaimana? Saya kurang selesa bila org berckp soal hutang wajib dibayar bila sebut isu ptptn. memang benar hutang wajib dibayar tp apa salahnya kalau kerajaan mampu memberi secara percuma, haruslah sy sebagai rakyat malaysia yg merdeka menaruh harapan kan..hehehe.tp mungkin bukan rezeki nk merasa. kalau nk tunggu PRU14 mungkin bunga2 riba akan bertambah mekar.  setelah sy buat calculation, jumlah yg telah sy byr sebelum ini tambah dgn bayaran dikenakan selepas diberi diskaun 20%.sy hanya membayar jumlah yg sy pinjam +plus rm165 terlebih. sy taknak bg riba tp ia mengancam kehidupan sy bila sy tak bayar bunga tersebut. Semoga Allah ampunkan saya.

Selesai.
Surat perlepasan pembiayaan pendidikan ptptn

Wednesday, May 22, 2013

Misteri pening kepala

Ini boleh dijadikan panduan kepada sahabat di luar sana yang mengalami simptom pening kepala. ki ki ki.. 
Lebih sebulan lalu sy ada rasa pening2 lalat. Alkisah permulaan ada perasaan tu dlm 3 hari mcm tu, sy pelik, sy bukan sakit kepala tp macam ada sensasi kepeningan mcm pandangan sy agak berpinar sedikit kadang2 di suatu masa dlm waktu siang tu. Tidaklah kronik tp yelah sometimes rs kurang selesa tambahan pulak bila kita study ni kita perlu kan fokus yg berganda lebih. otak ni boleh dikatakan 99% peratus penting bila belajar. kalau buat kerja biasa2 tidak berfikir sgt, rsnya dlm 75% pun dh ok kot..boleh plak ye mcm ni..haha

Sy pun mula menyiasat punca pening. pada awlnya sy rasa kemungkinan darah tidak mengalir secara normal di bahagian kepala, so sy buat beberapa exercise yg sy belajar di internet seperti tundukkan kepala ke bahagian bawah sikit dri kepala lutut dalam keadaan duduk, kemudian angkat kepala perlahan2.. tp tak berkesan. lalu sy pergi berjumpa Dr di klinik azzahrah. beliau beritahu tekanan darah sy ok. bp dlm keadaan normal. jd Dr hanya bekalkan sy ubat menghilangkan pening yg mcm biasa2 saja.seperti ubat betaserc dan metilcobal (sejenis vit b12 utk saraf) Baliknya sy tak makan pun ubat tu sbb sy pegi jumpa Dr just nk menyiasat samada tekanan darah sy ok. 

So sy tak puas hati, risau jugak wes kot2 ada kolesterol tinggi dlm darah ke apa menyebabkan ada kristal tersangkut di bahagian tertentu di telinga atau kepala. Sy byk buat bacaan. sbb tu sy kenalla jugak beberapa nama ubat yg dr bekalkan, dr segi side effect pengambilan dan sbgainya, tak boleh senang2 consume ubat..so sy cuba pergi berbekam. kelakar bila first time sy biarkan rambut sy dicukur sedikit utk berbekam di bahagian kepala. tp pening still remain.

Sy pergi farmasi buat test darah utk check bacaan kolesterol, tahap glukos dan bacaan bp. semua normal. bacaan kolesterol di tahap rendah 4.42 sy pergi dlm keadaan tak mkn dan agak lapar. glukos 6.3. bp ok. tiada masalah.ye lah sbb sy consume supplement iron bagai tu,,rsnya insha Allah takde masalah darah rendah dll tu.

sy juga pernah pergi minta air tawar dengan anak buah ust harun din kat pusat rawatan islam kat bangi tu. but pening still remain. sy tak puas hati, sy pegi lg klinik kat Pusat Kesihatan ukm. darah sy diambil dan bacaan adalah normal. bacaan hemoglobin 12. bp ok. Dr bekalkan lg ubat pening bernama stemetil dan juga ubat angin. sy tak makan ubat tu sbb tak puas hati, nk jugak menyiasat punca sebenar.

sy pernah check dgn pengalamal homeopathy, dia ada alat khas utk check kesihatan. menurut Dr yg check tu katanya badan sy alhamdulillah, toksin rendah, buah pinggang ok, tiada sel kanser aktif, usus dlm keadaan baik. cuma katanya sy ada migrain tahap 1.

Tp masalah sy sekarang, sy pening je. Sy pegi pulak jumpa pakar ENT kat kajang. ini kelakar, beliau keluarkan sesuatu dari telinga ...ia adalah earwax yg sudah lama agaknya melekat ke dalam bahagian telinga smpai ia jd keras dan kering mcm sabut kelapa bergumpal padat tp berwarna kelabu dan keras mcm seketul batu kat telinga belah kiri sebesar kuku. kata dr, mende ni normal, sometimes its happen. sy ingat selesailah kan masalah pening sy. sy tunggu perkembangan beberapa hari. tp masih ada pening itu ok. sangat misteri.

siasatan ni berlaku dlm masa sebulan. semasa sy jumpa pakar ENT tu dia ada cadangkan sy pergi cek mata. hmm so at last sy pegi check condition mata. dan keputusannya.................saya ada rabun silau dan rabun jauh pada mata belah kanan. walaupun tak bnyak tp ia adalah RABUN SILAU ok..hu hu..patutlah kepeningan bila ngadap cahaya2 ni. mengadap laptop lama2..pastu sy perasan kalau dlm shopping mall mmg pening tu lebih sikit. ada jugak rs nk rebah sikit..

So ini boleh dikatakan pencapaian PhD saya setakat ini. kene pakai spek..tahniah. srobs
ini ialah sy..;p
Boleh tak rabun silau ni diubati dgn pengambilan supplement seperti beta carrotene ye. sy cuba la ubati mata saya. menurut kajian sy rabun silau ni berbeza dgn rabun jauh. rabun silau ni disebabkan kecacatan pada bebola mata dh jd lonjong mcm bola ragbi. tak bulat mcm kebiasaan. kurang selesa juga ya pakai spek ni. tp kene pakai terutama masa ngadap laptop. sbb mata kanan ni dia sudah ada dua titik fokus yg buat dia jd kompius. Oh my mata!

#perbualan dgn jiran meja sebelah:
aramesh: hey, you look smart.
saya: really?, thank you..hahahah (err...sebelum ni sy nampak tak smart ke..)

ki ki ki
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...