Sunday, August 18, 2013

Kos sara hidup dan harga rumah

Rata-rata isu yang selalu muncul dalam dada akhbar ialah kos rumah yang semakin meningkat. Anak-anak muda yang baru mendirikan rumahtangga terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi disebabkan sewa rumah yang mahal terutama dibandar2 besar. Kos sara hidup merupakan kos yang terpaksa ditanggung oleh seseorang/keluarga untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan2 untuk keselesaan hidup. Korang pernah tengok tak contoh pengiraan kos sara hidup rakyat malaysia di Lemabh Klang yang pernah org post kat fesbuk suatu ketika dahulu:


Ini berdasarkan suami sahaja bekerja. isteri adalah surirumah. Yang kelakarnya ada individu tertentu yang balas balik post ni dgn berkata " sebab itulah isteri kenela ada kerjaya, jgn nak harapkan duit suami je (merujuk pada viii-nafkah untuk isteri)"..begitu lebih kurang ayatnya, semacam memerli org yg post ni, . Org yg berkata begini selalunya org yg masih belum kahwin dan bekeluarga. sebab dari jadual ni secara realitinya ini adalah hakikat atau average gaji rata2 keluarga di Malaysia ni pada pendapat saya lah. Sbb dgn gaji rm4500 tu kira mahal dah tu. sy percaya kebanyakan rakyat malaysia ni rm4500 tu mungkin jumlah gaji suami isteri. dan nafkah utk isteri rm500 dari jadual tu kira timbal balik kalau isteri kerja pun..sudah tentu ada pula bahagian bayaran nurseri untuk jaga anak-anak ketika ibu bekerja. Belanja nurseri anak saya 2 org tu pun rm660 sebulan (baru dua setakat entry ditulis). Ini belum kira kalau anak minum susu formula dan beli pampers bagai kan. harus tambah lg kos. susu formula mahal tau, sy dgr kawan2 ckp harus habis dlm rm300-400 sebulan. bg sy setakat ni jimat bahagian tu, sbb anak menyusu badan. bagi keluarga saya belanja bulanan adalah lebih drpada jadual ni. termasuk bil telefon saya dan suami dan bil streamyx. sy tak pakai astro kat rumah... bayangkan org bayar unifi, astro sekian2..macam dah jd perkara wajib kat rumah2 sekarang internet bagai ni. org kata makin besar periuk makin besar pulak keraknya. pastu kereta dalm jadual tu rm650 sebulan.kereta apa tu..mungkin kereta sedanlah kot memandang anak ramai. Saya percaya, biasanya kalau suami isteri keluar bekerje, biasanya satu keluarga tu akan pakai dua buah kenderaan(mungkin dua kereta atau satu kereta dan satu motor).. kos kereta belum masuk minyak dan maintenance lain...anda bagaimana?. Ini terpulang pada masing2..kalau org jenis travel keje jauh yg mmg byk pakai kereta mungkin perlukan kereta yg selesa, dan pastinya lebihla fulusnya..kerete pun merupakan keperluan.

Isu beli rumah pulak. bayangkan rumah yg kami mampu beli pada thn 2010. kalau based on harga semasa tahun 2013 ni, kami dh tak mampu beli rumah kami tu..rumah apartment plak ms kami beli (2008) harga starting price developer letak tak smpai rm100k (tp ms kami beli dah tinggal beberapa unit, harga pun naik sikit RM107k), nilai dia sekarang dah cecah rm250k untuk sebuah apartment kos sederhana berkeluasan 895sqft!

Untuk pengetahuan bagi yg belum tahu, kalau nk beli rumah, harga bulanan utk bayar rumah yang nak dibeli itu mesti 1/3 dari jumlah gaji kita baru dapat kelulusan dr bank. contoh kita perlu bayar bulanan rumah dgn harga rm2200 sebulan, gaji kita mesti adalah 3x ganda dr itu. maknanya dlm rm6600. bayangkan rumah teres di kat sungai tangkas bangi ni, harganya sudah mencecah rm800k sekarang, yg bayaran bulan maybe dlm rm4k Ini utk loan 40 tahun. itu kalau usia masih muda. kalau dah berumur dah tak dibenarkan buat loan lama-lama. itu baru rumah teres, takde tanah sgt pun.. gaji kene rm12k barulah anda mampu beli rumah dgn harga itu. Jgn lupa harga rumah sentiasa meningkat dr semasa ke semasa, jd cepat2lah beli rumah bg yg belum memiliki rumah dan sudah menetap di kawasan tertentu. kalau anda masih muda, boleh lah buat loan smpai 40 tahun, kalau dh 35tahun++ , mungkin tak layak buat loan lama. mungkin lepas 25-30 tahun saja. tambahan pula, baru2 ini kerajaan ada sebut nk kurangkan tahun pinjaman belian rumah utk elakkan rakyat malaysia lama berhutang. kalau semakin pendek boleh buat loan makin mahal jugalah amaun bulanan perlu keluarkan..makin kurang mampulah agaknya nk memiliki rumah sendiri.. secala logiknya lah
Rumah Semi-D di Sungai Tangkas Bangi. saya rasa kosnya sudah cecah RM1 juta atau mungkin lebih.

Sekian.

Aidilfitri 2013

Cliche. asal raya, semua post pasal raya kan. Paling ketara. di fesbuk. ha ha..nak pengsan tgk org pakat changed profile picture. Tp makcik belek2 la jugak gmbar kengkawan bersama keluarga memasing..ki ki..adik sy yg kat mesir tu dok tanya,, mana gmbar raya? tak letak dlm fesbuk pun..yelah org jarang balik malaysia ni suka sgt nk tgk gambr terkini keluarga. thn lepas sy create album private utk dia tgk..haha..rs segan nk tayang kepada umum...gmbar anak2 harus update selalu kot...gmbar mak dia takdelah berubah sgt..sama je lah sejak 10 thn lalu kot ..kah kah kah

Ni baju mak dia beli yg dh siap untuk anak2 beraya.

baju Ashraf dan abah dia ulang pakai yg thn lepas. baju ayra tu sy tempah masa balik mengundi hari tu suruh tukang jahit jahitkan bj kurung, sekali salah paham mcm mana entah dia pegi jahit gaun.. musnah harapan makdia yg 1st time nk beraya sedondon bj kurung dgn anak dara dia kan. sabo jelah. mungkin dh takdir ayra beraya dgn bj gaun. truthfully sy kurang berkenan sikit design gaun ni..(kah kah byk songeh pulak..memang nak kene sekeh mak dia ni)

gitulah keje mak2 ni beli bj anak2 je..entah kalau kira semua mungkin dh habis 2 juta beli baju anak2. sekejap pakai eh dh senteng pulak. cpt sungguh anak membesar. pastu design bj2 kat shopping mall tu mmg sentiasa up to date yg buat hati mak cair -cair utk pujuk bapak dia bg duit utk beli bj anak. terutama anak pempuan. haha..mmg kalau lalu kedai tu..yg dok belek bj gegel la...tak terpikir nk pilih2 bj utk muhammad ashraf. smpaikan kalau beli tu,,abah dia kata beli lah sepasang utk muhammad ashraf..sian dia..asyik beli utk ayra je...hahhaha

Sekian selamat hari raya Aidilfitri.
Pray 4 Egypt!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...