Tuesday, September 09, 2014

Deco bilik, cat dan pasang wallpaper

Hai. ya saya belum bersalin. lagi seminggu adalah due (17 Sept 2014) iaitu rabu depan. Masih bertenang..beg untuk ke hospital pun belum kemas lagi. hahah (OMG) . Entahla..mungkin sbb anak sy dua2 pun bersalin lewat.. anak sulung lelaki adalah overdue 6 hari.. yg kedua si Ayra, betul2 on due. So kesimpulannya sy berkemungkinan takkan bersalin awal sangat. Ok mlm ni sy kemas beg. promise :P

Saya kan bila dah sarat sebulan nk bersalin tu akan datang perasaan terlebih rajin.. terutama nak mendeko rumah. Dulu masa mengandung Ayra, sy ke kedai2 beli bunga la,,beli itu ini..rs mcm nk mencantikkan rumah (tp dengan kos yg terkawal la,,mkcik ni bukan Datin..;p) .. dua minggu lepas saya teringin nk pasang wallpaper bilik baju budak2 ni..sy dh survey dlm tenet juga..maka saya mengajakla encik suami pegi ke kedai sekian2..ni sbb kedai jauh,,bukan sekitar bangi kajang kekdahnya menyebabkan mkcik kene ajak bodygurd hensem mkcik itew...

Saya juga jahit cadar baru, sarung bantal baru,, bahkan ada try jahit kusyen (susah juga jahit sarung kusyen makcik yang bentuk dia bulat2 gentel tu) ,, dan juga sarung kerusi makan... dan juga sarung blender..ah mcm2 nk buat dlm kepala ni...oh sudah..tp dengan tahap sarat mkcik ni,,pergerakan agak terbatas,, kalau nk ukur dan tanda kain, kene mintak tolong incik suami a.k.a bodygurad mkcik tolong tandakan.haha. 

Bilik ni mmg sy nakkan tema biru. Mmg bilik ni sy jahit langsir biru dulu ms masuk rumah. dan bilik ni sy letak almari bj anak2. 
Keadaan asal
Ok sambung citer cat dan wallpaper. Saya ada baca dlm internet ada la org penah buat, boleh cat dinding bewarna tanpa beli cat warna. letak pewarna makanan. dah lama sy beli pewarna biru itu.. mmg niat nak campur dlm cat putih..dh siap buat aiskrim paddle pop homemade ritu. Kat rumah mmg ada cat konkrit kaler putih lebihan kontraktor wat keje renovate rumah ritu..so jimat disitu, tak perlu beli cat. Sy pun suruh incik suami buatkan. mula2 dia tak percaya boleh pakai pewarna makanan, tp sy cuba yakinkan dia..haha sy pun tak pasti kebolehtahanan cat ini..tp nmpak okey je...
ini adalah pewarna makanan star brand ;p guna kaler biru dan juga hijau
Saya beli masking tape rm1.90 each (guna 5 ketul) 
buat stripes sbb nk buat 3 kaler berlainan
Buat sikit2..rs macam ada la seminggu baru siap cat jalur ni..sbb buat keje mlm dlm kul9.30 gitu.. time malas, biar je dulu..selang dua mlm pulak smbung..haha..mkcik kene la ikut mood pekerja mkcik tu..(merangkap incik suami)
mula2 campur warna biru dlm sukatan dua penutup botol je ke dlm cat putih.
Kaler ijau sambung mlm esoknya


Ha yang ni curah semua sebotol pewarna tu.
Dah buang masking tape
Tara!! suka. suka.

Makcik ajak suami pegi Kaison kat paradigm mall, PJ beli ini. Ala wallpaper murah je uolls. rm19.90 je satu roll
mkcik rembat 3 roll 


ini Aishah Ayra interprem. Katil dah pindah naik bilik atas
Tara. buat sikit2 kan.. ni last buat Ahad lepas. sbb ada tetamu hujung minggu,,so tak leh nk fokus sgt 
Nanti mlm ni kot sambung. mlm tadi semua org dh penat, hari isnin kan..Ashraf pun mmg tido awl kalau hari isnin (lps maghrib dah zzz). hari pertama sekolah, penat sikit.

Inilah namanya deco secara bajet. Walau mungkin tak sesempurna 100% tp still it looks great. I loike. Bayangkan kalau amik kedai punya dtg pasang mahunya rm600 satu dinding (dah penah tanya) huhu..





Bila ada sedikit masa beserta sedikit rajin, pegi jahit pula cadar,
Ni satu cadar siap. untuk anak lelaki 6 tahun.
Actually ada jahit juga cadar dan selimut untuk Ayra, cadar gambar cupcake pink  ^_^..lupa pula nk amik gambar.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...