Wednesday, November 26, 2014

Kelahiran anak ke 3 yang dinanti

Assalamualaikum readers yang dikasihi (kalaulah ada kan..? :p)
Dalam beberapa hari ini ada 3 org menyapa /comment di entry lepas. menyapa saya mengenai bb dan berpantang. beliau ialah Fizah, skinny yash dan latest ialah Su menguatkan perasaan memaksa diri bukak belog saya.kikiki
Sungguh. saya rindu pada belog saya.
tp apakan daya sejak pindah ke rumah yang ini, sy telah terminate kan streamyx sy yg murah itew. rm60 sebulan yg dari rumah lama disebabkan faktor belum ada pemasangan wayar di kawasan ini sbb belum diduduki 70% penduduk utk request TM pada ketika itu(sekarang sudah ada pemasangan wayar fiber bla..bla..) tambahan pula sy tiada masa untuk menghadap komputer. apatah lg pelajaran saya..entah berapa bulan sudah melupakan sakit perit belajar.kah kah..(selamat tinggal PhD ku...hehe)

Dirumah, saya pakai YES yang prepaid untuk kerja di laptop. top up bila mahu guna sahaja.dan buat masa sekarang memang tak top up smpai ke sudah broadband YES itu. memadai menjenguk internet dalam hp sahaja.

dengan berpantang saya tiada masa untuk membuka laptop :(
ya saya sudah bersalin.
Anakanda yang dinanti itu lahir pada 25 September 2014 secara paksaan (induce) kerana sudah overdue 8 hari..hehehe..

Beliau diberi nama Muhammad Aish bin Mohamad Faizal. Sudah genap 2 bulan usia beliau.

wah.itu mama beliau ker yg mcm muda remaja itew..ki ki ki..
Jumpa lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...