Wednesday, April 15, 2015

Catatan saya pada hari rabu

Petang hari ini adalah hari appointment saya dgn supervisor. appointment yang diatur minggu lepas. perasaan setelah jumpa supervisor adalah mahu berehat seminggu. hahahhaha. balik je dr bilik supervisor kat bangunan FKAB itu terus call soulmate saya (a.k.a inicik suami) turun ke kafe sekejap, pekena air tin sarsi A&W bersama roti seketul. sambil mengadu mengenai perbincangn dgn supervisor. begitulah tugas soulmate, teman utk berbincang segala kegundahan dan kegembiraan hati. haha..incik suami beritahu tdk boleh lama kerana dia sedang buat kerja lab..ada guna alatan lab yg tdk boleh ditinggal lama-lama..mungkin akan hangus rentung atau meletup bangunan barangkali (ok itu andaian saya sahaja..hehe) kami suami isteri berstatus pelajar di fakulti sama. huhu..

Hidup sebagai pelajar ni cabarannya dia,. lain org lain yang ditempuhi.. betul kadang2 kita sgt bermotivasi..dan ada waktu kita sgt down, stress dan seumpamanya...Kadang2 bila waktu buntu,, mula sedih dan berfikir mcm-mcm..rs mcm tak ada supervisor, tak ada kawan.. tdk ada org yg benar2 faham masalah yg kita alami.. feeling isolated atau kata bijak pandai doing phd is like doing a lonely business.. mahu buat simulation begitu begini tp ada tersekat atau stuck di satu perkara,,,yg kadang2 meleret2 hingga seminggu, dua minggu , sebulan...satu semester..hahaha... dan berusaha nk tulis paper tp tetiba terbuntu disitu tak tahu patut evaluate guna metric yg mcm mana..cam harem..(ops..hahaha)..tetiba pikir..apa aku buat ni. omg. tetiba tinggalkan yg itu dan cuba bljr software baru..kot2 boleh jd best mcm ninjago..(eh)

Kengkadang bila mcm nk cari kekuatan tu kan, sy pun baca pengalaman org yg dah dpt phd yg dikongsi dlm blog atau facebook page student masters &phd..terus boleh termenangis berkali kali baca pahit ranjau org nk dpt phd (over sangat)..rasa mcm hati berkata "i heart you .., i feel you.." konon. kah kah. kadang kadang juga masa hati mcm sebak2 sedih, whatsapp umi mintak tolong doa permudahkan (haha) ..terus umi reply "takde bende mudah kat dunia ni, sarah.." haha terus malu dgn diri sendiri. terus bukak topik sembang pasal lain. ;p  Phd je kot.. patut malu bila tak hafal penuh surah al Kahfi. atau tak khatam quran berkali kali. atau tak tahajud setiap hari...huhuhu 

Ok lepas jumpa supervisor, kesimpulannya, mahu berehat dulu..sekurang2nya hari ni..hahahahah..dah beberapa mlm tidur lewat..kul3-kul4 pagi kot.tu pun sbb Muhammad Aish bangun nangis nak menyusu..mama masuk menyusu,, tup tup terlena smpai ke subuh. dgn kertas jurnal berselerak kat luar..dgn laptop tidk simpan dgn proper. omg

Saya berharap impian saya tercapai. mahu mendalami ilmu ini. Semoga Allah mudahkan. Hasil dari jumpa supervisor,, beliau cadangkan sy beralih sedikit tajuk,, yg lain sedikit dr asal..aaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Semoga saya dapat momentum yg berdentum dentum yang kekal yg dapat accelerate studying process saya. Sebenarnya cita cita sy nak jadi surirumah yg hantar dan amik anak dari sekolah sendiri. tp surirumah yg dot dot dot. haha. ok tahun ni adalah tahun ke10 ulangtahun sy grad degree saya. harap jgn ada sesapa ajak buat reunion. hahahha

Sekian.
Begini cara supervisor melihat diri anda.
mungkin dia berkata "awk adalah student paling ayam pernah sy kenal". (omg)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...