Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Peringatan sebelum naik Air Asia

Tetiba je kan tajuk camtu. Kalau korang g obersi tu beringatlah luggage korang yek. Jgn lupa amik insuran luggage kalau g obersi dgn air asia.(kalau ngn MAS mmg wajib bayar,no choice) byk kes beg hilang dan jugak beg terdelay sbb pegi detinasi lain. mungkin sbb sistem dia agak cacamerba. Parahla korang kalau beg hilang, tambah2 plak g negara yg tukaran wang dia mahal. Terus boleh lupakan hasrat nk shopping sbb terpaksa beli baju, berus gigi, seluar dlm bagai sbb urgent nk pakai.hahah. Dan jgn letak barang berharga dlm luggage tersebut. Satu lg, jgn dftar masuk beg awal sgt(maknanya sejam sebelum perjalanan tu kira oklah, jgn 5 jam lagi nk fly, tp dh dftar masuk beg), byk jadi kes beg salah destinasi. Kalau perjalanan domestic, boleh tahan lg..kalau international abisla..mungkin beg korang g Cuba ke..lepas korang balik entah 2 minggu baru dpt balik (itu kalau dpt..) so sebenarnya kalau g obersi tu better amik airline yg berkaliber sikit. seperti Malaysia Airlines dan lain2 yg ok instead of air asia.

Ok skang pesanan kedua penting. hujung thn lepas, sy pergi Pulau Langkawi menaiki pesawat AirAsia. haha..walaupun menyampah dgn airasia. asal sy naik je ade je mende jd..sepanjang sy naik selalu delay..delay..tp ms g langkawi hari tu lain pulak kisahnya. Org yg bertanggungjwb menempah tiket Air asia sewaktu nk g bercuti ke langkawi itu ialah en.suami sy, dia yg merancang percutian ni kan,, tempah hotel semua..sy tak sangka plak dia tak byr utk luggage. langsung tak include sewaktu pergi mahupun balik. Bila sy dpt tahu tu,,sy ckplah kat dia,,dia kata 'ala,,takpe..kan boleh bwk naik kabin. Sy ms tu pikir sy mmg tak boleh nk angkut naik kabin. gile jauh berjalan naik tangga bagai nk angkut beg berat (airport asia kan camtu). Teringat ms sy g konferen iconspace kat penang dulu sensorang, dhla tgh ngndung baru dua bulan dok usung beg berat. walau ada roda,tp time naik turun tangga, ms nk letak kat tempat beg kt atas kepala tmpat duduk tu terkedek2 terpksa mintak tolong abang gagah yg availabe tolong angkatkan. 

Tapi....lain halnya masa nk pegi langkawi hujung thn lps (2012) ,,air asia dh kuatkuasakan polisi tak boleh bwk naik kabin beg yg lebih 7kg. sebelum ni dia tulis je tp dia biarje org bwk luggage besar naik kabin. Hah..amik..mase tu tahulah ensuami sy kene membayar. melayang lah rm150 campur berat beg keluarga ipar.share bayaran. kan tak pasal2..drpd rm25 per 15kg kalau byr mase beli tiket tu dh berganda bayarannya bila dh jd camni. Marah betul sy kat ensuami. Masa nk balik dr pulau langkawi tu, sy beli satu lagi beg lain (yg memang boleh bwk naik kabin) so arange lah antara 3 bijik beg tu. air asia bg 7kg perperson utk bwk naik kabin. kalau kalau mende berat tu sumbatlah dlm backpack atau seumpama dgnnya janji tak lebih 7kg satu beg. Ipar sy kene tambah beberapa ratus sbb beg dia tak boleh bwk naik atas kabin, so kene lah bayar entah berapa puluh ringgit per kilo.balik bercuti haruslah beg jd berat. padahal mungkin yg berat tu sbb beli sudu dan garpu langkawi je. tak berbaloi jadinya kan..

Satu lagi ialah check in awl2..sy selalu check in kat mesin kat airport. Check in siap2 pergi dan balik perjalanan. lepas tu br dftar beg.

So..itulah peringatan nya. Kepada kawan2 yang berhasrat nak pergi bercuti naik air asia tu silalah dgr pesanan ini..heheh

sekian.

Friday, October 05, 2012

kursus ISWI-Ciloto, Bogor Indonesia


Sebnarnya kursus di Ciloto Indonesia tu more on Space Science. in between ade jugak la beberapa software yg memudahkan proses data sekian-sekian dipromotekan. seperti Scilab tu..he he..lama betul dua minggu kan..penat I..

Program ni disebut sebagai ISWI (International Space Weather Initiative). Dia ada collaboration dgn saintis dari NASA. Tujuan utama program ni nk menimbulkan kesedaran pasal kajian angkasa. dan jugak bertujuan (tujuan utama) utk menempatkan instrumen-instrumen di seluruh dunia utk penuhkan gap-gap observation di sekitar bumi dan atmosfera dismping menggalakkan saintis dan jurutera dari negara-negara negara membangun ni terlibat dlm buat kajian. Kalau tak silap sy, dah hmpir 1000 kot instrumen telah diinstall di beratus tempat di di dunia ni. setelah buat aktiviti mcm ni (dia buat kat lain2 negara setiap tahun) timbul kesedaran dan byk research paper dh published dan agak established. Kursus ISWI kali ni agak lama hampir dua minggu sebab dia combine dgn MAGDAS. Magdas ni adalah salah satu alat utk kajian perubahan cuaca angkasa yng mana data yg di ambil boleh diguna utk predict mcm macam ... mcm melihat beberapa kelainan pada parameter2 tertentu tu kan...mcm perubahan plasma, elektromagnetik sekian sekian..bolehla predict gempa bumi, etc..ni member2 malaysia sy yg study kat kyushu jepun yg byk guna, mcm Zana, huzaimy dan lain-lain tu...dorang pun dtg mase kursus tu..dorang siap dtg install magdas ni kat beberapa tempat di Indonesia..bila dtg sini dorang Jumpa lah balik bekas supervisor kat malaysia ms wat master kan..

The International Space Weather Initiative (ISWI) logo.


Semasa di Ciloto, setelah semiggu lecture tanpa henti..pada hari jumaat lunch hour dia pnjang sikit 2 jam. so kami berlima pun amik kesempatan g jenjalan sekitar jap. Member indonesian ni bawak kami. Namanya Mira juangsih (Mira) dan Soni Aulia rahayu (Ayu)..mira ni ct aminah kenal dah mase kt taiwan dulu. Sy jugak jumpa la beberapa kawan lama yg penah jumpa mase kursus tahun dulu2..kalau campur2 semua mcm dh satu organisasi LAPAN(agensi special kat Indonesia) tu kami kenal (ha ha agaknye) sbb ade yg sy kenal ms g jepun dulu..ct aminah jumpa ms kat turki la, kat itali la..cmpur2 semua2 kwn2 kami org sama..seronokla attend kursus mcm ni..hati sy selepas balik dr kursus mcm ade la rasa mcm nk terpesong sikit (jgn pikir bukan2..) bidang space science ni mcm dh sejiwa dgn saya..ha ha..sy rasa bidang space science ni masih belum begitu menonjol di Malaysia ni..balik-balik tonjolkan Sheikh Muszhappar g ISS kan..buat adik2 sekolah..sbb utamanya ialah nk menimbulkan minat anak-anak Malaysia tu ke arah kajian Angkasa..yang dh dewasa2 ni susah dah ..ha ha..masa kat sana jumpa balik org dr NASA dulu Mr. Gopalswamy dan beberapa taiko2 bidang angkasa yg dulu sy refer paper reseacrh dorang kan..ha ha...tp bak kata ct aminah. ct sarah berminat dgn 4G je (ayat perli).

kedai2 tepi lereng bukit..gerun sy tgk jln kat sini dh la sempit.kete laju2 
yey..kami sepakat beli buah avocado.
Besar dan murah. beli yg belum masak. nk kene tahan seminggu  balik malaysia

 ct aminah spoke"bapak, aku nak itu..aku nak ini.." ha ha

masuk  kene by10 ribu rupiah (~~rm3.50)

Depan telaga warna.
menurut org tempatan, telaga ni waktu dulu selalu berubah warna..

Di Kebun Teh


Thursday, October 04, 2012

missing baggage- travelled with air asia (Part II)


sampai di Airport Bandung.
Believe me,, dlm flight penuh dgn makcik2 yg nk g shopping di Bandung kekdahnya. 

Sy ada dua beg begini.
Ni adalah kembar kpd beg hilang tersebut
Masa tu dh pukul 5.30 ptg. Peserta lain dah dijemput oleh Pak Ari, pemandu yang ditugaskan menjemput kami. Semua berkumpul di satu tempat. Saya yang berserabut dgn beg hilang ni terus ke ofis Air Asia di airport tersebut. Sebenarnya kat sini lain sikit, kalau kat LCCT di Malaysia, kaunter lost & Found memang ada..dan person incharge available setiap masa. kalau kat sini org yg bertugas dlm kes beg hilang ni tiada ofis, jd dia mcm mobile,,dan mcm sukar utk jumpa setiap masa. Kene org lain call dtg, barulah dia dtg. Saya buat report. Dan beg yg tertinggal seketul tu adalah milik manusia bernama Farouk, sy diberitahu bahawa Farouk ini juga menaiki pesawat yg sama dgn sy, penerbangan dr Kuala Lumpur. Beg beliau tu kalau tgk sekilas mcm lebih kurang la ngn beg sy, tp sebenrnya pada pndapat sy, tidak sama, mcm mana boleh xkenal beg sendiri. beg kami brand polo wrna hitam. dan beg saya ade jalur merah smpai bwh mcm ni: sedangkan beg dia kaler merah secara segitiga di penjuru kanan belah atas. dan beg saya besar sedikit dr beg dia.(beg dia lg buruk dr beg saya)

Sy budget konon dia akan hntar blk lah beg tu bila dia tersedar dia tersalah beg,,, maybe dlm 2-3 jam kemudian....sy hampir ambil keputusan utk tunggu sahaja di airport sehingga mlm. Nasib baik tak buat begitu..sbb menurut Pak Ari, selepas hntar kami ke rumah tumpangan di tempt kursus, dia akan kembali lg ke airport utk ambil peserta lain yg tiba waktu mlm. Rupenya tmpat kami kursus tu punyalah jauh dr Airport dan pekan Bandung. 3 jam perjalanan yg memenatkan, jem dan mcm2 lagi...

Bila sampai, kami mendaftar, diberi kunci bilik dan dihantar oleh pekerja2 ke bilik, sy ditempatkan sebilik dgn seorang rakan Malaysia, Baizura dn seorang lg Indonesian, Mira Juangsih, pastu sy request dgn committee utk sebilik dgn ct aminah, sbb mungkin lebih sennag nk pnjm byk mende, hu hu,,pnjm bj tidur, kain batik, pencuci muka, nasib baik dia beli lebih diposable panties. Esoknya masih belum dpt apa2 berita dr Farouk, sy call Air Asia Bandung tu setiap hari. Naik geram juga. Mereka hanya boleh tunggu sahaja Farouk tu dtg hntar beg. Tiada apa berita. Sy desak air asia tu bg mklumat at least number phone seketul Mereka pun bg satu number yg menurut mereka xdpt dihubungi. dan jugak number tu bukan milik farouk, tp milik org lain yg tukang booking flight utk dia. Ms sy call tu xdpt gak. sy send mesej. dan sy mintak husband sy keep calling number tu. sbb nombor tersebut adalah 016... nombor Malaysia. Sehinggalah husband dpt contact org tu bernama Justin. Menurutnya, dia just tolong booking. Dia pun tak kenal farouk. Complicated. contoh. Justin ni A. Dia berkawan ngn girl,B. B ni ada suami. ..farouk ni kwn kepada suami tersebut.. dan at last dptla number farouk. tp number Malaysia 016 jugak. dan tak aktif. Maybe dia pakai number local. Dan menurut Justin, Farouk ni org Indonesia, dia kerja kat malaysia. Soooooooooooooo, dia balik kampung. TITIK. That's why..what i can say..dia ni sgt tidak bertanggungjwb. selfish...dan ikut suka hati dia je peram beg org dan tidak inform air asia or something.

Saya di sana, di Ciloto di Puncak Bogor itu, mlm esoknya (sy dh pnjm sehelai bj ct aminah utk ke kelas..)committee atau disebut LOC bwk g factory outlet, shopping complex biasa2.. g beli bra beberapa ketul, bj blouse 3 helai. pastu beli span nk basuh botol susu. maklumlah span pun ada dlm beg yg hilang tersebut. stokin pun seminggu pakai yg sama. sebelum g beli sepasang stokin lg ms hujung minggu g lawatan ke balai cerap di Bandung. Nasib baik LOC dan Bu Clara sedekahkan sy sedikit duit. kalau tak ,,memang sy sedih sejuta kali. duit xberapa nk ada. tetiba kene beli mende yg tak sepatutnya kan.. Baizura pun pnjamkan bj dia 2 helai ( oh terima kasih) jd sy ulang2 pakai2 baju pnjm +bj beli 3 helai tersebut. nasib baik hntar dobi dikira percuma (max. 3 helai sehari), maybe dah disupport oleh ISWI. seluar pakai la 2 minggu..haha..ade la 2 hari tu sy pakai seluar trek ct aminah  g kelas. nasib baik kaler hitam gak. seluar tidur. haha..2 hari pakai sementara tunggu seluar sy didobi.

Smpai kesudah xdpt hubungi Farouk. Hari terakhir sy di Indonesia, kami flight mlm jd ade lah kesempatan sikit nk g Pasar Baru kat Bandung (Pasar Baru- tmpat hot famous amos rakyat Malaysia). tp agak tergesa2 sebb dh lewat tunggu Pak Asnawi (geram jugakla masa tu..hu hu..) tp sbb dh janji terpksa tunggu gak utk jumpa dia..Member2 lain yg dr Agensi AngkasaNegara, UM, UiTM sumer terpksa terus balik. sbb tiket dorang awal ade kul12pm, kul 2.55pm.tak sempat nk shopping. Mujurla flight kami mlm 7.45pm. dr Ciloto kami bertolak kul 6 pg. smpai kul 9. makan minum di airport. tunggu pak asnawi lama, kul12.30 baru dpt jejakkan kaki kat Pasar Baru.  Tp kul4 pm dh bergegas ke airport ..walau sepatutnya tak jauh, tp jem memang teruk.

Pagi tu sy ke ofis Air Asia lah kan, nk setelkan pasal beg saya.  Mlm sebelum tu sy dah mintak husband sy hntar gambar beg. (suruh dia amik gmbar beg yg kat rumah tu-kembar beg hilang) pastu sy minta Pak timbul printkan kat bilik secretariat. Pastu sy photostet paspport Prof.Mardina & sy buat surat declaration bahawa sy membenarkan beg sy dibawa pulang ke Malaysia oleh Prof. Mardina. Surat tersebut sy beri pada Prof. Mardina dan jugak LOC. Rancangan saya ialah, sy minta tolong LOC tunggu manusia bernama Farouk tersebut di Airport pada 29 hb. Farouk di jangka ke Kuala Lumpur pada hari tersebut. sebab sy dh nk balik pada 27 hb. Pastu sy mintak kalau betullah Farouk tu amik beg sy, harap dia bw kembalilah pd tarikh tersebut. dan sy nk kirimkan pada Prof. Mardina yg akan blk ke Kuala Lumpur pada 30 hb. (beliau melawat saudara beliau di Medan). Dan jugak nk pastikan Air Asia tdk charge apa2 bayaran baggage ke atas Prof. Mardina. Tp.....bila smpai sana, person incharge takde kat ofis dan kata represetative Air Asia kat situ, katanya akan masuk ofis petang. Frust lg...serabut gile. dahla tiap kali jumpa staff air asia nk kene ulang kes sy dr awl smpai akhir. dorang tak layan sbb bukan kes dia kan,,org lain yg bertanggungjwb. benci.

Ptg tu kul 5.45++pm beratur nk timbang beg bagai. service slow dan kaunter bercmpur. org nk check in nk g Denpasarla, nk pegi mana2 tah lagi..sumer bercmpur..xkira lg dgn manusia yg tetiba mcm potong que..dgn keadaan lapar. dah setel beg, dlm kul6.30 pm, sy, ct aminah dan Dr Alina terpacak kat ofis air asia lg,,tunggu lg person incharge tu takde kat ofis. katanya tgh nk seberang jalan lah ape lah..kebetulan hujan ms tu..kitorang tunggu smpai kul7pm, xsmpai2 org tersebut. Benci. Pastu belasah mkn kat situ je, bukak dinner box yg Ibu Clara bg masa kitorang singgah Ofis LAPAN td. 

Balik Msia. Sampai LCCT, sy pegi ofis Lost & Found. Person in charge kat sini mintak ID report sy utk check dlm sistem. Oh Ya,,kalau korang hilang beg, cpt2 report dan make sure report direkodkan dalam sistem. dan printkan. ini utk mudahkan proses gantirugi kalau in case beg tu tak jumpa selepas 14 hari. Pegawai tersebut mklumkan sy bahawa dorang belum dpt trace beg sy (memanglah kan..) dan untk kepastian dorang bawk sy ke dua buah bilik berlainan yg penuh dgn beg2 org yg tak tunttut..byk giler wei...dan mmg takde pun beg sy kat dlm tu. 

Balik Bangi. Tunggu 29 hb. tetiba dpt maklumat terbaru yg Farouk tidak menjelma pada 29 hb.  Prof Mardina pun balik camtu je pada 30 hb. rupenye farouk tu tukar flight kepada 1 Oct. pulak..departure time 7.45pm. dan........tiba hari 1 Oct. sy dpt panggilan dr Pak Tri kaunter Air Asia Bandung. katanya dah tangkap Farouk. dan memang sah dia yg ambil beg saya. Korang nk tahu..?

Dia dtg Airport dgn selamba pakai beg saya (sbb sy dh bg gambar kan..memang senanglah cam). Tp barang dlm tu barang dia. Terus Air Asia kuarkan barang dia tersebut dan amik beg sy. entah la sy dia bwk  mcm mana brg2 ayam dia tu naik flight. Tp yg pastinya beg dia yg tertinggal kat airport tu still kt situ lah. Doarng pun suruh farouk isi surat pengakuan dan berjanji akan bawa semula brg2 sy ke airport. Adik dia yg kat kampung di bogor tu pulak ditugaskan bwk dtg brg saya.. dan farouk?...dah selamat naik air asia dtg Malaysia. arghhhhhhhhhh...

Dan lagi maklumat tambahan. Patutlah dia xkisah beg dia (yg ditinggal di airport) sbb barang dlm tu actually bukan brg dia, tp barang kawan dia yg kirim barang buat keluarga di kampung. 

Katanya pak tri,  farouk akan call sy utk minta maaf. dan sampai hari ni farouk tak call pun sy. saya call dia adalah. Dpt call number dia, dan dia berckp pong pang pang..fasih bahasa malaysia dan ckp tanpa rasa bersalah.katanya puan sarah jgn risau, nnt akan dihntarkan barang tu..masalahnya bila...bila tnya,, katanya dia belum telefon adik dia.. ... arghh....sy nasihatkan dia tolong CEPAT2 hantar barang saya sbb sy nk pakai byk data penting dlm hdisk sy. tak berani nk marah lebih2 sbb barang sy belum berada di tgn sy. tp hati memang mendidih. sebenrnya byk mende jd pending..nota2 PhD sy yg Dr adee bg..dia suruh siapkan conceptual paper.isnin  depan ni nk jumpa saya ...pastu application myphd sy ,,KPT(kementerian pengajian tinggi) infrom xdpt proses application sbb xlengkap ade satu surat pengesahan senat (master) kene uploadkan surat tu. sy tak tahu surat asal terselit dlm fail mana, tp yg pastinya salinan scan memang sy dh simpan dlm external hdisk sy yg hilang dlm beg tersebut. dlm hdisk sy sy dh scan sumer sijil penting saya....bila nak pakai print je...serabut tak. Dahla charger laptop pun dlm tu. sepanjang sy kursus di Ciloto tu tak boleh nk on laptop sbb xde bateri. nasib baik minggu akhir tu baizura balik awl, so dia pnjmkan sy charger laptop dia (nasib pakai acer jugak).

Doakan brg sy selamat smpai. Saya dh mintak pampasan dgn air asia. katanya akan bg 20 USD per kg. beg sy 9kg je.  nila pentingnya amik insuran penerbangan. ramai org beli tiket air asia tak amik insuran. tp masalahnya...tak tahulah dpt ke tak memandangkan beg kemungkinan akan dpt semula. Dan proses nk dpt duit tu lama jugak..dlm 2 bulan (kalau la dpt) sy dh kontek air asia malaysia dan dh tuntut gantirugi dh bg salinan bank account sumer...hai..kalau ikutkan memang patut dpt gantirugi sbb kesusahan yg kita lalui kan...dahla kita byr insuran. beg pun bayar ikut kilogram. bukan free. pastu barang yg bawak tak dpt digunapakai pun kan. geram je. (walaupun pegi kursus tu di taja , bukan sy yg bayar flight). geram tau tak.

Sekian. punye lama menaip.

Wednesday, October 03, 2012

missing baggage- travelled with air asia

Saya sudah kembali dari tempat kursus selama 10 hari ..campur hari sampai &hari pulang. 12 hari sy kat Indonesia. Schedule kursus adalah sgt tight. tiada rehat. ,mostly lecture je sepanjang hari dr subuh ayam berkokok smpai la azan maghrib still duduk dlm kelas dgr lecture. Oh penat betul. Tambahan pulak rupenya bayangan yg kursus di pekan Bandung adalah tidak benar. Sebenarnya kursus diadakan di Ciloto, kawasan terpencil atas bukit yng semacam Cameron Highland kekdahnya. Jd tiada aktiviti shopping dpt dijalankan. hah hah.  

Hari pertama 16 Sept. Kuala Lumpur-Bandung (Ini kali pertama sy travel naik air asia ke luar negara..seblum ni sy pilih air lines yg lain) even sy pernah ke konferen di Labuan Sabah sy naik MAS selesa dan tiada masalah. dan kenapa pengalaman sy dgn air asia semua tidak best?.. sebelum ni naik air asia dlm negara je, ..dua kali naik dua kali sy kene delay. delay.delay..sehingga terlewat beberapa jam. jd xbest sbb kalau patut smpai rumah kul10..dh jadi kul 1 pagi. benci.

Alkisahnya. setelah dua jam perjalanan di angkasa, smpai lah di Bandara Hussein Sasteranegara Bandung. Airport adalah kecik sahaja. tidak sangka  (memandangkan Bandung adalah destinasi hot). Lepas beratur kt imigresen, sy perasan kat bilik sebelah penuh dgn org..sy pelik igtkan ade kene kuarantin ke hape..rupenya org berpusu2 berebut nk amik beg. tempat kuar beg adalah kecik sahaja dan bukan jenis round mcm kebiasaan sy lihat. kuar je ade sorang pekerja akan punggah bagasi letak ke lantai, kalau tak akan tersumbatlah kat situ. dan bagasi adalah dr pelbagai destinasi..kuar kat 1 tmpt tu je...lepas org ni kuar,,br boleh rebut masuk sikit2..jd kita susah nk tgk keeseluruhan kejadian (means bagasi2 yg keluar) tup2 dh semua org dpt beg masing2 terus kuar airport..tgk2 beg saya takde. dan pekerja tu beritahu yg semua beg dh keluar. Sooo...where's my baggage?!!! and i noticed there was a baggage left dr tadi dok kat tepi dinding tu..but it's not mine. Sy tilik2 ..ada tag .pemilik beg tersebut bernama Farouk. dan I suspected that he took my baggage by mistake. So stupid la this person. Beg sendiri pun tak kenal...sgt sedih dan tak tahu nk ckp apa. Saya dtg tmpt org. bukannya balik kampung. Mcm2 dlm fikiran. my clothes, berus gigi, pencuci muka, panties, bra..everything. but what i concerned most is my external hard drives. Entah mcm mana travel kali ni sy agak careless letak external hardisk dlm baggage tu. selalu bwk sama2 dlm backpack. Astagfirullah. why all this happened to me..uh uh

to be continued.

Tuesday, November 01, 2011

Pengalaman kursus ISAR-NCU, Taiwan


Jalan raya yg lapang

Suasana kampus NCU

Lawatan ke NSPO (National Space Organization)


Lecture class

Baiklah. Keputusan sy adalah menolak tawaran kursus tahun ini. Kursus tu sebenarnya disponsor oleh National Central University, Taiwan dan beberapa organisasi besar Angkasa yg lain. Saya apply utk join kursus ni kat http://isarncu.tw/isar/index.htm (see...sy bukan anak emas, perak gangsa sesape...sy cari sendiri kursus berkaitan bidang..dulu ada satu kursus buat kat Beijing tp bukan yg ni..sy tak mahu g Beijing..jd tak penah apply yg tu..lupe dh website dia..). Ramai yg nk join kursus ISAR ni jd dia akan pilih yg berkaitan dgn bidang saja.

Kursus ni best sbb dia anjuran badan dunia dlm bidang angkasa. Beberapa nama-nama terkenal jd tenaga pengajar sepanjang kursus. Mcm sy org yg paling dekat dgn bidang sy mase tu Prof Lung Chih Tsai..ade lg org dr Argentina, Rusia, Jerman, Jepun, yg sgt popular bila kita tulis jurnal mesti sy review publication mereka. Masa sy g sana, ramaila jugak kenalan researcher yg bertanyakan sy tentang Allahyarham Prof Zainol..org kuat angkasa di Malaysia ni, tp sy belum sempat mengenali Prof Zainol sbb mase sy masuk UKM tu beliau baru sahaja meninggal dunia secara mengejut dipercayai serangan jantung..peserta kursus terdiri daripada org dari pelbagai negara, dr Nigeria pun ada, Korea..tp peserta yg plg ramai adalah daripada India dan Indonesia. dan beberapa org dr Philipines.

Dulu masa smpai je sy kat airport Teipei tu, dah masuk waktu Isyak sedangkan mase sy bertolak dr Msia waktu tu lepas Asar. Sy pun mencari toilet dan cepat2 menunaikan solat jama' maghrib n Isyak kat tepi pokok bunga sebelum kuar dr imigresen. Masa turun g amik bagasi sudah ada Jason wakil dr NCU dtg pick up..suasana mcm dlm citer Korea tu..bila nama kita di tayang2 di sepanduk tu kan...ha ha tetiba rase mcm artis jap masa tu...;p.. Sekarang sy sudah tidak larat dan kurang stamina..ha ha..kalau nk travel ni badan kene la ringan & fit..bukan mak buyung cam ni..sbb kita attend kursus bukan g jenjalan bersama keluarga.. kursus tu berlangsung selama 10 hari..masa sy penah pegi dulu tahun 2008, masih sy igt kene berulang alik ke kelas seharian. pagi hingga petang, dari Guest house ke tempat lecture jauhla jugak jalan..kalau jalan laju2 boleh 10-15minit. Waktu rest ialah waktu lunch& solat zohor..haruslah balik guest house.. waktu Taiwan ni dia awl sikit dr Msia.

Seingat sy, subuh masuk kul4.30 pg, zohor dlm 11.45am, asar 3.30pm, magrib 5.30pm,isyak 6.30pm camtu..jd kalau waktu asar tu kene kuar kelas jap g semayang kat bilik rest kat belakang..tak proper sgt pun bilik tu..kengkadang semayang lapik pakai kalendar je..pastu kelas abis kul 5.00pm..tp selalu terlajak smpai kul5.30 terutama kalau Jurgen Roger bg lecture..ha ha...sbb tu hati dok bedebar2 nk skip kuar kelas awal, kalau tdnya tak skip kelas kejap masa masuk asar tu..


Guest house dalam kampus NCU (National Central University)

Pahtu sepanjang dok sana, sy memang galas beg yg berisi telekung dgn magkuk plastik sekali. Maklumlah kat sana, mereka mana basuh2 ni..hu hu..penah beberapa kali sy masuk toilet yg mana dlm bakul smpahnya penuh dgn pad yg masih merah2 gitu..euwww..jd kalau g negara bukan islam begini badan kene fit dan gagah la kan...kan makbuyung asyik nk g kencing je ape citer..

Baju kene standby bersih selalu. semayang je ngn bj tersebut janji pakai stokin. Ade member tu dia pakai t-shirt lengan pendek je hari tu...(sy ngn dia je dr Msia, beliau dr Agensi Angkasa Negara)hu hu..dia pong pinjam jaket ade mamat indonesian tu..kalau tak, nk semayang camane wes..pahtu mende penting lagi kene ade dlm beg all the time ialah petunjuk kiblat...memang bwk la dlm poket g mana2...Igt hari tu ade lawatan g tmpt pameran satelit kan, dlm jadual ckp kejap je..maksudnya mase lunch hour dh boleh balik..eh rupenye smpai ke petang..ha sudah...ha ha..dhla tak bawak gayung/mangkuk untuk urusan ke toilet..nak nak pulak mase lecture tu tersakit perut lak..ha ha..nasib baik ade botol air..dan toilet tu ade sinki..fuh selamat..boleh ulang2 tadah..ha ha..

Mase hujung minggu ade trip g jenjalan. Owh..ini pun memang memang mencabar minda..dorang bukan kisah semayang kan...ms g Yehliu Geopark hari tu,,sy sensorang lari jap g semayang kat taman, cr tempat terlindung sikit..tp kan bunyi anjing menyalak sana sini memang mendebarkan..sy hmpar je tikar semayang yg kalis air itu di tgh laman..belakang umah org..nk harapkan sape..takde tmpat nk bergantung...hu hu..Walau ade je peserta muslim drpd negara seberang tp sy tak paham jugak dorang ni..biarlah rahsia..yg penting kita jaga solat 5 waktu kita dgn Allah..
Yehliu Geopark. Tmpt ini istimewa dgn bentuk muka bumi dia..
Ahli geology memang nk pegi tmpat mcm ni nk wat kajian

ni mase lawatan ke tmpat bersejarah, tinggalan Dinasti lama dorang
nama Chiang Khai Shek if im not mistaken

Ni dah jumpa masjid kat Teipei, ni gmbar bersama muslim kids,,(kita harus sedar bahawa yg membezakan Islam dgn yg kafir tu boleh dibezakan dgn cara pemakaian, pakai tudung bg perempuan) Kenapa ya masih ada org yg tidak mahu bertudung walau sudah jelas ia salah satu tuntutan agama..renung2kan..


Mase kat sana, sy selalu join semeja ngn Indian, sbb dorang makan vege je..itu yg paling selamat..seafood pun tak berapa berani..melainkan sy tanya chef tu sendiri,,ade letak arak tak..tp kan sy pelik indonesian memang selamba je bedal segala makanan mcm ayam, itik sumer tu...janji tak makan pork saje..oh..siapakah yg menyembelih ayam tersebut tidaklah diketahui..hu hu...ade satu kali tu dlm lunch box dorag tersalah letak ade ayam goreng sekali ngn pork salai ke ape tah..boleh pulak di alihkan saje ke tepi yg pork itu dan dimakan cambiasa..oh....

Itu cerita di Taiwan. ikut course kene ikut jadual mereka... lainlah kalau g konferen.. masa flexible...nk dgr research presentation org tu boleh pilih2...tgk tajuk..kalau dlm sesi tu sumer tajuk tak berkaitan haruslah ct sarah kuar jenjalan..ha ha..

Bagi saya bila negara Taiwan ni, rs mcm kat Msia pun ada sbb org Msia pun ramai chinese kan..he he.. cuma sy suka pasal negara ni ialah:

1. Cuaca nmpak macam kat Malaysia tp hakikatnya sana tidak panas. bahkan tghari buta students ramai je kt stadium main bola keranjang, berjoging bagai..

2. Orgnya sgt polite dan menghormati org lain. Sy penah masa mlm dinner sy mintak sedikit space utk solat magrib kat belakang meja org tu..dia ok je..siap tunggu sy solat...takde dia nk marah ke apa..dia mcm curious pulak nk tahu apa sy buat...bagus dorang ni..

3. Restoran dorang kelihatan lebih bersihlah dr restoran org sebangsa mereka kat Msia ni..hu hu..Ini lunch box yg diberikan setiap hari. Hidangan sy adalah for vegetarian. tp memang sedaplah..sy dh mula rindu..dorang ni kreatif..walau hidangan vege, tp dorang edit2 jd semacam lauk...dorang guna sayur2 kulat tu kan,,mampatkan pastu letak rase2 sikit kan,,dah jd mcm lauk nugget dan sebagainya..nasik/beras dorang lebih comel dan kecik2..tp ade dua jenis beras..kengkadang beras yg ala2 mcm beras pulut merah kat msia tu..yg tu lebih melekit..tak suka sgt..


lunch box for vegetarian yg ditunggu setiap hari -menu pelbagai

4. Negara dorang lebih bersih. jalanraya dorang besar dan di bandar teipei tak jammed pun. Luas mcm kita tgk dlm cerita2 korea..jalan besar..Dorang jugak suka naik beskal..bahkan dlm kampus student tidak dibenarkan bwk kete/motosikal. sumer naik beskal je..siap ade tmpat parking beskal lagi...Negara bersih maybe sebab tak panas mcm mesia ni kan berhabuk bagai..

Di tengah2 bandar Teipei..ni jambatan utk masuk ke menara IOI tower.
Sy amik peluang jenjalan di hujung minggu

Sekian. Saje nk mengingat kisah mengembara yg ni..

Thursday, September 22, 2011

Bolehke naik flight pada 31-33weeks pregnancy

Sy dapat offer lagi untuk pergi kursus ke sana in November 2011. Selama 2 minggu. Ditaja. Dah penah pegi pada tahun 2008 dulu. Seingat saya 4 jam sahaja perjalanan. Hasil research kat tenet, masih dibenarkan fly utk international tapi perlu surat kebenaran doktor. Ok. surat kebenaran tu hal kecil..tp..terberanak tak nnt...haha..kang dpt free penerbangan seumur hidup ke gane..mcm2 pengalaman forumer di luar sana...yg flight jauh pun ada smpai US, Aukland bagai tu yg masa berjam-jam. sy mcm sekejap setuju nk pegi sekejap rase tak nak..any advise? Mari lihat rules antara dua penerbangan ni jer yg sy prefer.. sy penah tgk china airlines, cathay pasific pun ade penerbangan ke sana tp sy prefer dua ni jer since makanan depa provide insyaAllah lebih diyakini kehalalannya..

Malaysia Airlines (MAS)



If you are travelling during pregnancy, you will require a letter from a doctor or midwife confirming good health and expected date of delivery should be made available for verification beyond the 28th week of pregnancy. Medical clearance is required for pregnant women if delivery is expected in less than 5 weeks after the departure date or if any complications in delivery may be expected.

The following are cases not recommended for women to travel:
  • After 32nd week of pregnancy for those with multiple pregnancies (e.g. twins).
  • After 35th week of pregnancy for international flights.
  • After 36th week of pregnancy for domestic sectors.
  • Until 7 days after delivery.


AirAsia



Pregnant Passengers: It is the duty of pregnant passengers to advise of the progress of their pregnancy at the point of booking of seat and at the check-in counter. Carriage of pregnant passengers is subject to the following conditions:

(a)
Pregnancy up to 27 weeks (inclusive): accepted without a doctor's certificate subject to the passenger signing a Limited Liability Statement.
(b)
Pregnancy between 28 weeks to 34 weeks (inclusive): passenger shall produce a doctor's certificate confirming the number of weeks of pregnancy and that she is fit to travel. Certificate shall have been issued not more than seven (7) days before the scheduled flight departure date. The passenger will be required to sign a Limited Liability Statement.
(c)
Pregnancy 35 weeks and above: AirAsia will refuse carriage

Tuesday, March 30, 2010

Kanagawa, Asakusa, Narita-Japan


Mase kat Jepun sy sgt suka mase berjalan kat satu bandar nama Asakusa (perhatian: Asakusa ye, bukan Sawara). Kawasan ni bg sy wajib kot pengunjung mesti pegi kalau g sana, kalau nk lepak di Tokyo sila sediakan duit ribu- riban yen ye..kalau tak, g sight seeing je la..tu pon kalau ade duit nak naik tren yg manjangkau RM50 sekali naik. tak kira balik lagi..dan untuk pengetahuan, pertukaran duit Yen lebih mahal daripada US dollar okes. Sy dah bawa duit poket sebanyak RM500 dalam yen boleh dpt 13 ribu Yen. Tp rase mcm hampeh je..tak cukup siap berhutang lagi duit Dr mardina 1000 yen. sy tak beli barang sgt pun. hanya untuk Muhammad Ashraf jer lebih sikit. Pastu plus tshirt sehelai kat en.suami yang harganya 1380Y. T shirt Ashraf lagi mahai 1580Y (~RM60) sehelai..padahal biasa-biasa je yg ade tulis samurai Japan.


Nampak tak dalam gambar tu ade tgn kecik yg tak sabo2 dah nk terkam sluar tu. Sebnarnya bukan sbb tak sabo nak pakai tp mende putih tu yg mmg amat menarik perhatian Muhammad Ashraf. iaitu tag harga desu..


Ha ha botol ini botol kaca yang sy beli kat Jusco berhampiran hotel Annex di Kanagawa. Bg saya botol ini agak murah berbanding di Msia ni. Dalam 550Y..lebih kurang RM22..kalau sini maunya dekat seratus. tapi kat Msia sy takpenah jumpa lak botol kaca wide neck camni...sy tersangat suka teat die..takda jual tau kat Msia camni..dia seakan-akan teat jenama MAM yang Ashraf pakai pada botol Avent dia..leper camni


Kat rakan kt UKM sy mampu beli biskut2 jer, tu pon harganya 500Yen. okes. biskut beras mmg untuk vegetarian bolehlah dimakan. Untuk diri sy sendiri sy ade kenangan keychain tulis Asakusa, Japan itu pon 350Y. pastu fridge magnet (wajib nih) 350Y gaks. Selebihnya kos naik tren je lah. Dapat jejak kaki ke Jepun secara sponsor pun rs dh sgt bertuah. Dulu sy dan ct aminah mmg simpan impian mahu ke sana, dgn harapan dapat menang 'Hadiah Penerbitan Angkasa' terbitan kertas kerja tahun 2009 mcm yang pernah kami dapat last 2 years (yg pegi korea). Tp mmg menyedihkan bila dpt berita yg hanya jurnal dr Wayan yg menang..yg lain2 dari tempat lain kot kat Msia ni.(pertandingan tu anjuran Agensi Angkasa Negara). Tp mmg satu kejutan bila dpt join Asian Winter School kat Japan tu. Dapat pengalaman belajar teknologi dorang di samping termakbulnya cita-cita. Kursus tu diadakan di kampus Sagimahara, Kanagawa yg sejukbersalji itu (meskipun sudah masuk musim sakura luruh).


Friday, November 06, 2009

Now in Jeju Island Nov 3-8 2009

Masuk hari ni ialah hari ketiga saya di sini. Bertolak dari KLIA kol9pm (3hb)-transit KKinabalu 11.30mlm-sampai Incheon, Seoul 6.45pg 4hb-amik subway A-trek ke Airport Gimpo- bertolak ke Jeju island ngan korean Air kol 1.15pm4hb. Smpai Jeju International Airport kol215pm.pastu amek bas ke Hana hotel.smpai hotel dh kol3.40pm lebei kurang.penat amat. dan gamble jerk bersama ct aminah....tempah hotel juga kat intenet...syukurlah. Dtg sini pun dgn duit peruntukan MOSTI atas menang paperwork tahun lepas kategori kertas kerja dan jurnal.

Macam tak sangka juga skang sedang berada di Korea. Dulu ckp gurau2 je ngn ami..plan nk ke vietnam atau ke singapore asalnya. Tp kebanyakan konferen yang berkaitan masa tu ada sekitar bulan mei-september, so sy tak dpt la pegi sbb mase tu sy sedang sarat dan berkemungkinan beranak, dan juga pada bulan puasa plak tu..so kebetulan mase tu konferen GPS/GNSS ni yg thn lepas kitorang hantar paper wat kat Jepun ms tu. Dorang invite utk Konferen ni kat Korea lak thn ni.

Cerita pasal pengembaraan kali ini, sy sgt seronok sbbnya dh lama hampir setahun rsnya sy tidak 'outstation' (he he) bersama2 ct aminah. kebanyaan konferen thn lepas sekitar KL jerk. Dan bila kat KL je, pegi mase hari present jer la jwbnya..Kali ini juga lebih mencabar bila terpaksa meninggalkan anakku si ashraf tu. Sy masih igt hari sy berangkat tu..sy check in kol8.30pm, sebelumtu kalut g makan dan solat. Dan juga muhammad ashraf sy dh mula lapar meskipun sepanjang perjalanan ke KLIA sy dah susukan dia kenyang2. Mase lepas check in, abg sy suruh cpt masuk ke bwh tempat departure sana, tp sy berkeras nk susukan ashraf dulu, kalau tak, rase tak tenang. So sy amik mase 10 minit susukan ashraf kat toilet ade ruangan untuk duduk kat situ. Sedih sgt mase tu..hu hu..

Lepas tu mase dlm flight, breast dh terasa bengkak. So mase transit kat KK, sy pam susu kat surau dgn hebatnya. he he..sy bwk pam manual avent jer, sbb portable. mmg kat rumah bila terasa bengkak sp akan pam pakai manual avent, tp kat ukm sy dh tinggal siap2 beg pam letrik spectra 3 sy utk pam kat sana. Sy bukan rajin sgt sebenarnya mcm (nadia, dr mardina etc..)tp bile bengkak, sy kenela pam,,kalau tak, tak slesa okey..tp mase tu mmg sedih sbb pam dan buang susu 10 oz tu ,,ho ho..sy xbwk chiller kat tgn sbb takut tak lepas imigresen bwk fluid. yang lucunya mase dlm flight tu pon sy ngepam lam lebei kurang kol4.30 pg..org tgh syiok tido..dlm pam secara rileks dan dilindungi kain selimut MAS kaler purple itu..lgpun sebelah sy ct aminah yg mmg tido pengsan..sape kesah


Sepanjang perjalanan nak naik subway lah, mase tunggu flight kat sana sy akan singgah kat toilet utk pam dan buang..hu hu sedih bangat. Tp bila sy bukak luggage dan tgk chiller sy kat airport gimpo, chiller masih sejuk meskipun dah lembik. sy pun apalagi,,pam dan isikan dlm plastik eskrem dan simpan lam chiller dgn harapan susu kali itu dpt diselamatkan. Ha ha..yg bestnya mase tunggu bas gerak ke hotel Hana, sy pam lam bas dilindungi kot abg sy yang sy pakai. padahal mase tu i kat seat paling depan okey..

Mase hari sy kene present, sy pam juga lepas mkn tgh hari kat ICC jeju tu. dan sy dh ready bwk beg chiller siap2..masuk toilet dan pam..dan tak sangka ct aminah yg tgh snap sana sini tu mengambil gmbar tgh buat eskrem..he he..

Dan skang susu dlm peti hotel kat lam bilik ni dh hampir penuh..sy sendiri pon heran camane leh smpai byk ni sbb ade yg sy pam dan buang jer kalau kalau sy kuar dan malas bwk chiller beg tu. yelah..dh kat belakang bwk beg galas kain semayang dan 'cetong' utk urusan masuk toilet.maklomla kat negara camni mane ade paip2 air ni..kat sinki luar adela..pastu bwk sejadah kalis air dan segala bagai,,

Sy sms abg sy tanya camane si ashraf. Abg sy kata dia ok je..tido mlm minum susu abes lam 10oz abg sy ckp, dan ashraf tak meragam pun selagi abg bj bucuk mama..ha ha..sebenarnya sy dh tinggal dalam 4 helai baju tido terakhir yg sy pakai yang tidak dibasuh utk ashraf cium mlm2..sbb mase beberapa mlm sebelum sy berangkat, abg sy dh berlatih jg ashraf dan bg susu kat ashraf bile die sedar kol 3 dan 5 pagi..pada awalnya dia tanak minum dan nangis kuat..pastu lepas letak bj sy sebelah die, trus die pusing kat belah bj sy dan mase tu abg sy bg susu botol kat mulut die terus dia diam dan minum susu smpai abes..hu hu..

ni mms dari malaysia untuk mama ashraf. sy nk tgk byk mana susu abes..ha ha..mmg terlampau2 la susu lam peti umah i tu,,yg beku masih byk gile..sy dh tinggal fresh milk pada hari2 terakhir sebelom berangkat.fresh EBM yg belum beku masih ade antibodi dan tahan seminggu lam peti..so bg ashraf minum yg ni dululah sementara i takde ni..tgk kat area bwh dhpir kosong.(isyk nape abg tak masak ikan 2 ekor tu..) hehe kat peti umah pengasuh pun i dh tinggal siap2 fresh EBM untuk seminggu dia...

dan ini ashraf yang kurindui pada malam ini..hu hu




Friday, October 23, 2009

Jeju island, im coming..

Kalau nak kira..lebih kurang seminggu lg nak berangkat ke sana (korea)..kejap je ms berlalu..sy pun terasa rindu dan sedih nk berpisah sementara ngn ashraf ni..sepatutnyer esok terlibat sekali ngn international conference kat thistle hotel kat PD tu tp tak dptla,,sedih jugak rase hati, tak dpt melibatkan diri secara total bersama ct aminah sejak dua menjak ni..hu hu..husband skang tgh kursus kat Sg petani seminggu..so tinggallah sy bersama muhammad ashraf. beberapa mlm yg lalu, ade auntie aminah teman, skang dia ade tanggungjwb besar ke PD esok desu, geng2 usher nmpaknya sudah buat persiapan menglemerkan diri (heheh..dgr citer pegi salon wat treatment..;p)untuk menyambut tetamu VVIP Datuk Dr maximus ongkili, dr Gopalswamy dari NASA US, prof sato dan segala bagai.

So untuk berangkat ke tempat jauh itu minggu depan. Sy perlu mengira stok yang sepatutnya ade supaya ashraf mendapat bekalan susu yang cukup selama perpisahan sementara ini. Ashraf akan dijaga oleh abahnya pada waktu mlm, waktu siang kerja tinggal ashraf kat umah kak ana, pengasuhnya. InsyaAllah abah boleh jaga ashraf..

Sepanjang berada bersama pengasuh bermula jam 9pagi-5.30 kebiasaannya, maximum ashraf minum susu adalah 10Oz. bila balik umah petang sebelum maghrib, lebih kurang 5Oz. pada waktu mlm sy tak dapat budjet sbb bg direct feeding. tp kalau ikut kiraan fakta, kalau berat ashraf 6kg, maknanya 30Oz (5Oz /kg). 3Oz untuk 24 jam.

Sekiranya saya berangkat pada:
kul 9malam (3hb) maximum 10 Oz
4hb -maximum 30 Oz
5hb-maximum 30 Oz
6hb-maximum 30 Oz
7hb-maximum 30 Oz
8hb-siang maximum 15 Oz
saya pulang dan smpai Bangi insyaAllah pada ptg 8hb yakni sebelum maghrib. Jumlah stok susu yang patut ada adalah~--> 140Oz

Skang lam peti sy yg kecik itu, sudah melimpah ruah, rsnye dah terlebih2..bstnye kalau sy ade peti yang besar camnih
Tapi hakikatnya peti rumah sy begini. Peti ini cik abang saya dah beli siap2 sebelum kitorang kawen lagi..
hu hu,,selamat mengembara..~


Tuesday, November 04, 2008

Visiting NSPO




Ini padang kat NCU (National Central University)..aku suke scene ni.gambar tudung putih tu mase visit ke NSPO, tempat buat & test2 satelit milik Taiwan.

Monday, November 03, 2008

ISAR-NCU 2008, Jhongly City, TAIWAN




Hari ni aku terasa sedikit bosan. Actually keje banyak. Kalau ikutkan, mmg sepanjang tahun ni memang sgt sibuk. Masa balik cuti raya aidilfitri hujung september hari tu, keje masih byk belum setel, pasal urusan tiket flight ke sabah, urusan bayaran yuran conference, pasal hotel, pasal paper sabah (luckily byk disetelkan oleh temanku Ct aminah, give a kredit to her), pasal paper Jepun mase tu nk kene baiki setelah reviewer komen, and mase tu jugak aku kelam kabut siapkan journal untuk dihantar kat Dr azami. Katanya paper yang aku hantar kat Spain hari tu diterima masuk journal tanpa bayar. Huh! kelam kabut kehidupan aku mase tu..dalam sibuk nak raya..sibuk ke cc pulak sbb intenet poblem kat umah.
Then raya ke-4 aku kembali ke Bangi sebab flight ke Taiwan esoknya (5 Oktober, raya ke-5!) Tahun ni aku tak rase sgt suasana raya & tak sempat puasa 6, he he sebab kat Taiwan (even patutnya dalam sukar nk dpt makanan halal & waktu maghribya yg sgt awal kul 5.30 ptg..patutnya aku blehla pose 6) isyk..isyk..
Dalam post kali ini aku nk cerita sikit pengalaman aku berada di Taouyan County, Jhongly city, Taiwan..ho ho..boleh tahanla g sana,,tambah pengalaman sikit..Aku sangat bertuah sbb terpilih untuk menghadiri kursus atau org sebut school, nama penuhnya International School on Atmospheric-Ionospheric Remote Sounding & Modelling 2008 (ISAR-NCU 2008). Kursus ni mengumpulkan reseacher dalam bidang Radar, Satelit, kajian atmosfera dan Ionosfera. Tak kira org tu dari latar belkang kerja di mana, paling muda adalah pelajar sarjana, pastu Phd, pastu org2 yang keje kat agensi berkaitan kajian ni. Memang teramat bertuah sbb dalam ramai peserta yang memohon daripada 3rd world countries ni, aku terpilih mewakili Malaysia, 2 org sahaja. Aku dari UKM & the other adalah Sholehah daripada agensi Angkasa Negara Msia/ mewakili MOSTI. Gambar kat atas adalah tag yg aku pakai sepanjang mengikuti school. Setelah seminggu kursus, hari minggu(Sabtu) dorang buat tour melawat di beberapa tempat menarik la kat sana, hari Jumaat selepas kelas, dorang agihkan duit claim flight ticket aku . Aku beli return ticket KLIA-Taipei RM2190. So dorang kasi dolar Taiwan 20000 NT ( sebab tak bleh melebihi upper bound dia byk tu je). Mase tu ringgit Malaysia mahal lagi, kalau convert 20000 NT tu hanya bleh dapat RM 2000 je. Sebnarnya kalau aku naik China Airlines lagi murah, bleh dapat full claim RM 1400 jer. Aku tanak. Tp tak sangka duit msia jatuh dalam mase dua minggu aku kat taiwan. Bila balik sini aku jual dolar taiwan sebanyak 18900 NT bleh RM2060..hoh tekejut gak,, sbb aku bajet, mungkin bleh RM 1800 or kurang sbb biasa kan dorang beli ngn harga murah desu.. ho ho..mase kat sana duit makan minum diberi sebanyak lebih kurang 5600 NT (dalam RM 50 sehari untuk makan breakfast & dinner) lunch provided.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...