Tuesday, April 06, 2010

Tesis dan kereta

Sy nak hantar tesis. Dr mardina nmpak cam biasa2 je..tak de push ke apa(sumernya bergantung pada saya)..cuma sy kompius. Betulke dr dah bace betul2..kadang rase mcm dr bc cincai plaks..last hari tu dh draf ke 5..mungkin dia pon dh bosan tgk tesis saya..ho ho..lalala..sy suka suami sy. Dia la tukang baca dan komen tesis sy tp die bukan selalu ade masa..dan dia juga bukan bidang sy..dia cuma boleh komen dr segi flow..actually hubby sy sgtla membantu..die pun sibuk gak cek tesis student2 dia..abg sy mmg best..sy respek 10x..sy akan balik kampung esok..kami sgt gembira...Alhamdulillah rezeki dapat bulan ni..Kami tempah sejak awal disember tahun lepas..dan hari isnin 5hb baru2 ni baru dapat.




Friday, April 02, 2010

Cita-cita saya

Dalam sebuah meeting mengenai sesuatu...

saya: tahun lepas wat kat tioman tak tunggu saya pun
si A: ha'ah awk takde mase tu, awk g mane ek..
saya: sy kan beranak mase tu
si B: hmm betul betul
si A: takpe tahun ni je kita wat dekat sini (Selangor) , tahun depan kita wat kat Pulau Redang
saya: oo yeke..
si A: tapi,,tahun depan awk ade lagi kat sini? Awak nk sambung PHD ke
saya: ....speechless..

haha,, tetiba rase mcm tua, dan sedih dan sebagainya.. tp sy tetap nk gelak..ha ha..

nota kaki: sy akan tinggal di Bangi lagi. rumah pun dh beli kat sini. 'Bila sy besar saya bercita-cita nak jadi doktor' tetiba teringat karangan budak-budak sekolah rendah. Tp itu mase zaman saya. rasenya budak-budak sekarang dah makin advance. kalau tulis karangan tajuk 'cita-cita saya', boleh tulis dengan lebih jelas seperti ' cita-cita sy ingin menjadi pensyarah DS45' atau pun guru DG41, ataupun pegawai sistem maklumat F41 dan sebagainya..wah..class gitu..

lalalala

Wednesday, March 31, 2010

Jelousy

Apakah maksud entry ini. Saya pun tak berapa pasti tp sebenarnya terbit rase cemburu. (knapa ye..) he he sebenarnya sy cemburu lihat org sdg hamil/pregnant/berbadan dua dan seumpama dgnnya (apakah..) sy juga mau....adoyai,, ade beberapa rakan saya yang anak2 mereka hampir sebaya dgn Ashraf atau lebih besar beza dua tiga bulan sedang mengandung anak kedua pula. Hu hu..lalu rakan itu mengajak sy mengandung juga. katanya jomla sesama, takla malu nk bgtau org yg die mengandung lagi sbb ade geng..(adekah..) lalu sy hanya mampu diam sahaja..(jeles tau) hakikatnya sy masih belum diberi cuti (atau dgn lebih jelas lg belum period sejak mengandung an Ashraf smpai bersalin bagai, okeyyy) rakan2 yg mengandung lagi semuanya (di kalangan member sy la) bukan exclusive bf anak mereka sbb tu mereka tekejut sbb bila sy ckp sy blom period lagi..adus.. sebenrnya saya rela jika ditakdirkan sy mengandung lagi..ha ha..tp buat mase ni,,,saya biasa2 je..kalau tetiba dh takdir, sy suka la..tp sy belum capai target saya iaitu menghabiskan puasa ganti Ramadhan sy yg sebulan itu..(baru ganti 10 hari ganti dah kecoh nk ngndung lagi)..sy memang tak sedar diri..jd sabar sajelah..lgpun biarlah Ashraf umur setahun. Lepas tu bolehla berusaha gigih. sepupu sy yg umur baru 20 pun anak dh nak masuk 3. masuk bulan ni umur anak kedua die genap setahun, sedangkan dia bakal melahirkan sorang lagi anak lupa plak bulan berapa...sbb mase raya haji hari tu dah start ngndung. cis. hu hu bangga la ibunya bgtau anak dia production hebat bagai ..sebenarnya tangungjwb besau la bila keluarga makin besar ni mcm kate spiderman 'This is my gift, my curse. Who am I? I'm Spider-man' ha ha merepek.. bukan qoute yg ni la, tp yg satu lagi ""With great power comes great responsibility." he he sekian terima kasih.

Video Ashraf bermain

Ni ade video kenakalan Muhammad Ashraf. Mase ni umur 7 months..

Tuesday, March 30, 2010

Kanagawa, Asakusa, Narita-Japan


Mase kat Jepun sy sgt suka mase berjalan kat satu bandar nama Asakusa (perhatian: Asakusa ye, bukan Sawara). Kawasan ni bg sy wajib kot pengunjung mesti pegi kalau g sana, kalau nk lepak di Tokyo sila sediakan duit ribu- riban yen ye..kalau tak, g sight seeing je la..tu pon kalau ade duit nak naik tren yg manjangkau RM50 sekali naik. tak kira balik lagi..dan untuk pengetahuan, pertukaran duit Yen lebih mahal daripada US dollar okes. Sy dah bawa duit poket sebanyak RM500 dalam yen boleh dpt 13 ribu Yen. Tp rase mcm hampeh je..tak cukup siap berhutang lagi duit Dr mardina 1000 yen. sy tak beli barang sgt pun. hanya untuk Muhammad Ashraf jer lebih sikit. Pastu plus tshirt sehelai kat en.suami yang harganya 1380Y. T shirt Ashraf lagi mahai 1580Y (~RM60) sehelai..padahal biasa-biasa je yg ade tulis samurai Japan.


Nampak tak dalam gambar tu ade tgn kecik yg tak sabo2 dah nk terkam sluar tu. Sebnarnya bukan sbb tak sabo nak pakai tp mende putih tu yg mmg amat menarik perhatian Muhammad Ashraf. iaitu tag harga desu..


Ha ha botol ini botol kaca yang sy beli kat Jusco berhampiran hotel Annex di Kanagawa. Bg saya botol ini agak murah berbanding di Msia ni. Dalam 550Y..lebih kurang RM22..kalau sini maunya dekat seratus. tapi kat Msia sy takpenah jumpa lak botol kaca wide neck camni...sy tersangat suka teat die..takda jual tau kat Msia camni..dia seakan-akan teat jenama MAM yang Ashraf pakai pada botol Avent dia..leper camni


Kat rakan kt UKM sy mampu beli biskut2 jer, tu pon harganya 500Yen. okes. biskut beras mmg untuk vegetarian bolehlah dimakan. Untuk diri sy sendiri sy ade kenangan keychain tulis Asakusa, Japan itu pon 350Y. pastu fridge magnet (wajib nih) 350Y gaks. Selebihnya kos naik tren je lah. Dapat jejak kaki ke Jepun secara sponsor pun rs dh sgt bertuah. Dulu sy dan ct aminah mmg simpan impian mahu ke sana, dgn harapan dapat menang 'Hadiah Penerbitan Angkasa' terbitan kertas kerja tahun 2009 mcm yang pernah kami dapat last 2 years (yg pegi korea). Tp mmg menyedihkan bila dpt berita yg hanya jurnal dr Wayan yg menang..yg lain2 dari tempat lain kot kat Msia ni.(pertandingan tu anjuran Agensi Angkasa Negara). Tp mmg satu kejutan bila dpt join Asian Winter School kat Japan tu. Dapat pengalaman belajar teknologi dorang di samping termakbulnya cita-cita. Kursus tu diadakan di kampus Sagimahara, Kanagawa yg sejukbersalji itu (meskipun sudah masuk musim sakura luruh).


This story is about Muhammad Ashraf

Ashraf masih dalam pemulihan dari demam kali kedua .eh sebnarnya da tak demam,cuma batuk. lama jugak dia demam. Baru nak baik, demam balik. Sy tak mahu salahkan nurseri, sy perlu berlapang dada menerima ujian ni. Bila hantar nurseri anak da nak baik pun boleh demam lagi. Nurseri siap tampal notis mengenai wabak ni. Tp mungkin sbb musim jugak. Menurut pakar kanak-kanak di Pusat perubatan Azzahra yang sy jumpa dulu, katanya ramai baby warded, penuh. Smpai ade yg terpaksa g klinik kat Kajang. Bila dah smpai 40 degree kene tahan kot. Ashraf mase tu 39 degree. Tp die still aktif main2. Sy igt mase die demam hari tu sebulan seblom sy fly ke Jepun. Memang panas sangat, so sepanjang minggu tu sy tak dapat tidur sgt sbb terasa mcm bara api je mase menyusu Ashraf. Panass. So sy dan suami ambil 3 ketul Chiller pack(yg biasa guna utk mengangkut stok susu itu) dr peti ais lalu bungkus ngn tuala pastu letak jadikan bantal Ashraf, letak di belakang badan satu, satu lagi hadang kat sebelah tepi kepala. Kepala pun lap2 ngn kain basah. Masa tu kesian sgt sicomel ni, tp kelebihan Muhammad Ashraf ni die takde pulak merengek malam-malam. Demam kali kedua ni tak sepanas mase demam panas hari tu, yg ni demamnya lain iaitu sekali ngn selsema dan batuk. Yang hari tu dia tak selsema dan batuk pun. Mungkin ni dikira sebagai proses nk bina ketahanan tubuh. Kali ni sy pun terjangkit batuk gaks..tp takpe sy rela sbb sy percaya antibodi sy pasti dialirkan pada Ashraf melalui susu.sy sukaa..

Bila dia demam camni, dia dah tak lalu makan. langsung tanak makan nasi. Saya memang akan masak pure nasik blend campur ayam ke, campur ikan ke plus kentang ngn carrot atau sayur ijau. Saya tetap bekalkan walau sy tahu kemungkinan nasi tu dibuang oleh cikgu-cikgu Ashraf kat nurseri sbb dia da tak lalu makan..hu hu..sian anak mama..kadang-kadang kat rumah sy rase geram, kenapala tak mau makan langsung ni, mau je sy paksa masuk mulut die, tp sy takla wat camtu..tp kalau time mama ngn abah makan dia akan sibuk sekali nk 'menjamah' nasi dlm pinggan. So bagila peluang die makan sendiri walaupun rsnya yg masuk perut die sikit jerk..takpelaa janji ade keinginan..Sekarang ni dia asyik bergayut je, isap susu berjam-berjam dan bermacam-macam gaya. balik umah stat kol 6 menyusu smpaila kol7. Pastu sambung lagi kol7.30 -8pm. pastu 8.30-9.30. pastu kol9.45-kol12mlm. So kalau tgk tv pun smbil menyusu budak ni la..byk sungguh minum..Yg lucunya semalam sy nk bangun g solat Isyak lam kol9.30pm pastu kan dia nangis la, merengek. Pastu abah dia pujuk smbil tepuk2..then abah pun sibuk bangun nk g solat sekali. Yela nnt da nk stat ghost whisper, pastu desperate housewives, pastu supernatural (ho ho ho mlm selasa mmg malam layan tv), kitorang semayang lam bilik semayang la..pintunye tutup sikit, pastu kan smbil bising2 mulut macam ala2 nanges, Ashraf merangkak gi tolak pintu bilik smbil mulut cam minta amikkan dia..adoyai..pandai sungguh anak mama ni, dia tahu mama ngn abah ade lam bilik yang tu..hu hu..da besar dah si comel ni

Gambar yang atas yang last tu sila abaikan pandangan latar..ha ha..sekian terima kasih. Tetiba rase rajin plak nk update blog. Skang ade mase terluang sket. Ptg ni ade meeting..nk letak lagi gmbar Muhammad Ashraf tgh tido..



Wednesday, March 24, 2010

Trip to Japan & research

Beberapa hari lepas saya telah ke Jepun. Kenapa saya ke sana dan macam mana saya ke sana, biarlah rahsia (ha ha ha merepek) silalah tanya siti aminah. Saya sebenarnya berperang dengan perasaan sendiri mase dapat tahu dan dapat jemputan menghadiri Asian Winter School 2009 kat sagamihara dan Tsukuba tu. Entry penuh mengenai perjalanan ke Jepun silalah lawat blog siti Aminah. Saya malas nk cerita pulak skang ni. Saya nk cerita pasal perasaan saya. Agak berkecamuk juga mase tu. Kali ni rase lebih hard sbb Ashraf da makin besar dan suka bermanja ngn saya. Mase tu nadia ade ckp insyaAllh should be fine hu hu sbb die pun pernah berkursus induksi selama sebulan di Perlis tinggalkan damiya, anaknya tu. Dia pernah ckp gak dulu mase sy nk g Korea. Tp mase tu Ashraf kecik lagi baru 3 bulan. Mase Nad tinggalkan Damiya umurnya lebih kurang Ashraf iaitu 6 bulan. Mase malam tu dalam perjalanan ke KLIA, Ashraf menyusu dan tertidur di pangkuan saya. Mase tu sy rase sedih tapi sy baca sebanyak mungkin ayat seribu dinar dan usap2 kat kepala dia. Sy bisikkan semoga Ashraf ok. dan suka minum susu dari botol dan boleh tidur tanpa mama. Dan saat itu saya berasa yakin Ashraf pasti ok.

Alhamdulillah segalanya lancar. Abg kata, pada malam sy pergi tu dia mcm mencari mama dia pastu die ngantuk dan tertidur. hari seterusnya dah ok. minum susu mcm biasa dan meneruskan kehidupan (mcm sadis pulak ayat ni) he he..sy sebenarnya mahu mengajar Ashraf juga supaya boleh minum tanpa masalah even pakai botol. Saya mahu die minum banyak susu di nurseri setiap hari. Walaupun sy bukan kerja tetap, tp Dr mardina takkan luluskan bayaran gaji kalau tak dtg UKM. dan buat kerja2 research dia. buat jurnal untuk die segala. Dulu saya balik kampung bersalin saya langsung tak dapat bayaran selama 3 bulan. hu hu..saya percaya rezeki Allah untuk hambanya diberi melalui pelbagai cara...Saya bersyukur. Kita perlu bertanggungjawab dengan setiap amanah yang diberi. Semoga Allah bimbing kita semua.

Tuesday, March 02, 2010

Sila berbaik sangka

Kita hidup ni jumpa macam2 jenis org..ade segelintir tu jenis yang suka (tersgt suke) jg tepi kain org atau suka sibuk hal rumahtangga org. Kadang2 kita tgk org tu baik je..sy pon respek bila tgk,,rs segan pon ade,, tp bila sy tahu hakikat perangai sebenar, mmg rase tak boleh diterima akal (wujudkah manusia sebegini) ohh..Sy jenis yg tak suka nk sibuk2 pikir org tu jenis mcm mana,pandai ke die layan makan minum laki die,,(eh sibuk bagai) kalau org tu tak sibuk pasal sy, sy pon tak amik port sgt kehidupan die, tp once bila org tu mula sibuk hal sy, sy mulalah ..sy akan sibuk juga hal die...yg die sibuk pasal org, sy nk tgk sehebat mana sgt die...(apekah..) tp i've got class la..

Mari sy cerita berita sensasi kehidupan sy seharian (perlu ke cerita A to Z). Saya mempunyai kehidupan bahagia bersama suami yg tersgt penyayang, baik lg mithali (perlu ke cerita) perlu kot. Org yg paling sy percaya boleh menjaga anak sy adalah suami sy (meskipun masih baby). Buktinya sy penah kursus kat Korea selama 5 hari, dan sepanjang tempoh itu suami sy yg jaga anak kami. Sy tidak akan hntar kt org lain. (Ade setengah org hntar balik kampung). Meskipun kehidupan makin sibuk dgn kehadiran si kecil yg bila balik dr keje asyik nk bergayut minum susu direct. Sy mmg jaraaaaaaaaaaaaaaaaaang sgt mkn kat luar sbb malas nk kuar. Sy mmg masak makan malam setiap hari. Masak style cmpak2 dgn hebatnya. Bukan cincai2, tp dalam seminggu tu mesti masak ikan kari ke, gulai ayam ke, masak lemak ke, tomyam ke,ape2 lah..sy mmg pemasak. Bab masak nasi, serah kt sang suami,. Mmg dia tolong masak nasi (Periuk dan beras dh mcm dia punya). Abg sy juga cpt belajar, kalau sy tak sempat, sy mintak die tolong kacau2 kuah ke ape ke..pastu abg sy hidangkan nasi segala sementara sy siapkan si comel kami. Pada hujung minggu biasanya kami akan kuar mkn breakfast kat pasar sekali samada pg sabtu atau ahad (smbil beli barang dapur utk seminggu). eh, nape kamu nk heran kalau tahu sy mkn kt pasar setiap minggu pun.. kamu masih belum melalui alam kawens..pada hujung minggu sy akan masak extra, ade kuih ke sikit2. ni encik suami buah hati pengarang jantung sy:


Sy jugak ade budak comel yg sy amat amek berat. Sy bg yg terbaik buat anakanda sy iaitu minum susu badan secara hebatnya. Perhatian: jgn terpedaya dgn iklan susu tepung yg kononnya ade zat sekian2, ada DHA, AA bagai..sume tu mmg ade lengkap dlm susu ibu. Jgn bangga dgn beli susu yg klas A, B atau C yg mahal tahap cipan. Susu yg plg mahal kat dunia adalah susu badan dari nenen kamu. noktah. Ade org secara bergelak dgn hebatnya ckp anak sy tak cukup zat. Jgn la over bangga lak bg anak minum susu tepung tu anak die besar berganda2. Mungkin dh over supply bak kata pakar laktasi.

Monday, March 01, 2010

Sekolah Permata Bonda

Sebelum pulang bercuti Chinese New Year, sy dan cik abe telah memutuskan untuk memberentikan Muhammad Ashraf dari jagaan kak ana. Ini berikutan byk perkara yang tidak memuaskan hati sy sepnjang Ashraf dalam jagaan beliau. Sebenarnya selama Ashraf dijaga beliau, sy selalu meninjau2 pengasuh lain kalau ade di sekitar rumah kami. Dulu pernah nk hntr pada sorang mkcik yg dipanggil kak iza, tp rumah die mmg pusing 360 darjah dr rumah serta ukm. agak jauh. mcm patah balik, tambah2 lak situ selalu agak jem sket kalau waktu org balik kerja. So sy cuba servey dan call beberapa nurseri yang berhampiran umah. At last, sy call balik 'Permata Bonda' yang nak kata jauh, xla sgt, nk kata dekat tak juga..tp on the way ke UKM la..tmbahan lak nurseri ni berhampiran rumah baru kami nnt. Umah tak siap lagi..(Cik abe beli sebelum nikah lagi taw) insyaAllah raya tahun ni mungkin sempat naik umah baru kami. So bila dah masuk tengok sendiri, kami bgtau pemilik nurseri tu yg sy nk sekolahkan Ashraf kat situ ;p..Alhamdulillah mereka mahu terima. So sebelum pegi skolah, mlm tu kami tanya Ashraf ' adik dh siap ke beg sekolah ni,,asyik main jer..' lalu dia sengih je..he he he..kami siapkan beg, bakul alat mandi, tilam dia. Ni dia gambar sekolah Muhammad Ashraf

Dan ini plak rakan sebaya Ashraf. Jgn ganggu kengkawan lain ye..

Sy sunggu berpuas hati dengan jagaan dia kat sini. Teratur sikit jadual dia. Waktu makan. minum susu, waktu mandi , tidur,sumer teratur. Minum susu pun byk, penah satu hari tu boleh habis 4 botol (sukeer sgt..) sbb seblom ni kat rumah kak ana, sebotol pon xhabis.. tak tau lah apa maknanya..mungkin Ashraf ade ramai kawan2 sebaya yg masing2 ade botol susu sendiri..hik hik..tp sy rase mase die tinggal ngn kak ana mungkin kurang kerap offer die botol susu..sbb tu bila sy g amek die, selalu die nangis terkam sy mcm kelaparan.........siannnnn anakku..pastu lak selalu sy tgk kuku dan tgn dan muka dia agak comot dan hitam (mungkin kuat main) yelah..kat rumah org bukan macam nurseri yang mmg specialist jg baby..ngn kak ana tu sibuk nk masakla,,jemur kainla,, sibuk nk g tolong masak kat tadika depan rumah la..sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sy..tp kalau tak mampu bg kasih syg ckpla, ini sibuk nk minta bayar gaji awl, mintak naik gajila..sebulan RM270. tu pun mintak lebih.,,hati sy pon tak tenang setiap hari..

Skang sy rase gembira. Ashraf anak yg baik. bukan jenis bayi yg tidur berbuai bagai..Ashraf bukan jenis suka nangis..dia baik..anak sy mudah dijaga..InsyaAllah menjadi anak soleh.amin

Thursday, February 25, 2010

Tahniah Ct aminah

Di kesempatan ini sy nk ucap t.a.h.n.i.a.h buat anda. Semoga kehidupan lebih bahagia. Tahniah jua buat makcik semah (iaitu mak ct aminah). Muhammad Ashraf pun nk ucap gak..'auntie, nk angpau'..he he he..


Semoga dipermudahkan segala urusan kita di atas dunia mahupun di akhirat nnt. Ameen. Peliharalah keluargaku, sahabatku, guru ku dan umat Islam seluruhnya~

Sunday, February 21, 2010

Happy Chinese New Year 2010

Ms balik kampong sempena Chinese new year, we decided to cuti seminggu,, so balik hari sabtu dan dtg semula hari sabtu. Mase balik hari tu mmg jammed teruks (biasala time cuti camni) kuar dari umah di Bangi ni lam kol 8.30 pg..smpai umah kat kelantan hmpir kol 7 malam..puh dekat 10 jam. Sakit pinggang daku..beginilah keadaan di skitar lebuhraya karak hari tu..smpat lagi sy kuarkan tgn dan snap sekeping dua gmbar.


Hari ni hari ahad sy dan suami dan si anak dijemput ke mjlis smbutan CNY kat puchong anjuran Hi Tech instrument. Abg sy wakil UPNM (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) sbb UPNM ade beli instrument dari dorang melalui Jabatan mekanikal. Selalu kalau g event yang berkaitan my hubby sy rase segan bagai la jugak, yelah..selalu yg bersama adalah org besau2 pangkat Prof2 dan Dr2..atau kat UPNM dorang ni ade pangkat mcm Leftenan kernel. Pastu plak mereka ini sudah pastila selalu dtg naik kete besau2 mcm estima, wish, Honda civic bagai.. hek hek..sy pon bersembang la sekali..ngeh..ngeh,,sy blom setaraf ngn my hubby dh naik DS45..blehla ckp I dan U ngn dr, prof, kernel..malu i


Kami sedang berkumpul ramai2 utk sesi bergambar..alamak da panas..


Di sebelah dalam tudung adalah muhammad ashraf yg dh takleh dok diam sbb lapar dan dahaga desu..so inilah nama dia bila2 mase di mana jua..pandai2la cover kansss..


Tadi sy dok sebelah Dr Ruby dr UPM,,hmm cantek amat org nye..lalu bersembang dan dia bg business card (ehek, sori sy punyer tak bawak plak) kononla..padehal xde bisnes nisnes card neh..dulu mase keje swsta adela..(apela nk compare yg Dr Ruby yg ade bisnes card cap UPM) sy tanya dia study kat mane dulu..sbb ni sy nk cerita nih. Rupenye Dr ruby ni blajar kat jepun dulu..(I like ! I like!)..so sy mintakla pendapat die pasal sy mungkin akan terbang ke jepun this early March..katanya skang ni kat Jepun sgt sejuk..(hah~) bersalji ke skang Dr, katanya salji dh cair tp still sejuk amat la. Katanya pi la jepun,,, huhu..sy pon terkompius lagi..semalam baru je decide nk bgtau pihak campus sagimahara yg offer tu kalau leh batalkan..takot gak sbb dorang dah sponsor flight ticket, accommodation bagai..bukan senang nk dpt peluang camni..course yg related ngn my bidang...camane ni..sy risau si comel sy yg mahu tidur dengan mama die ni malam2….mahu nenen je,,takmau botol..


Muhammad Ashraf skang suka minum susu ‘dengan gaya anda’ sbb die hisap susu sambil menunggeng, smbil duduk disebelah mama, memanjat & meniarap atas badan mama..suka suki die jer..die sudah besau ,,dan sudah kenal mama yang ade nenen yang die bleh mintak di mana-mana, bila bila masa..



Friday, January 29, 2010

Tambah anak?


Sy seronok.wink*wink* sbb stok EBM sy tidak lg dibazirkan dgn dasatnye. Beberapa minggu yg lepas, sy dan suami mngambil keputusan utk menambah anak. ops silap, mksud sy 'anak susuan'. Hehe..sebelum ini Dr mardina penah tnye sy mngenai derma EBM sy utk anakanda beliau, Muhammad Za'im yg berusia 10 bulan itu. Sbb Dr selalu ckp susu dia pam xcukup utk anak die minum sepnjng ditinggalkan dgn bibiknye..so sy balik dan melakukan sedikit research serta pendapat umi dan ayah sy. Kata ayah, tiada masalah jika anak susuan itu lelaki juga..kalau pempuan nnt takot complicated lak. Hehe..sy juga mahu tahu dr segi pembahagian harta segala bagai. mmg jelas tiada kaitan. hik hik..

Jadi sumer susu telah didermakan pada Muhammad Za'im. Peti sy dh clear dan cantek semula..:P

Monday, January 25, 2010

Januari 2010 hampir berakhir

Semenjak dua menjak ni sy perasan ada beberapa individu yang smpai kat blog sy pada post sy mengenai jadual imunisasi bayi. He he..sy tidak mahu komen pnjang tp org kampung sy yg diceritakan pada post itu bukan sebarang org kampung..he he (bukan bermaksud riak, tp penjelasan jer) mereka termasuk umi dan ayah sy adalah lulusan dr US (united States) mak ayah sy dulu graduan dr Southern Illinois University. Mereka bertemu di sana, dan kemudian balik berkahwin di Msia, kemudian blajar semula. Macam sy, kawen ms blajar ..hik hik..tp mereka lg advance la..umi mase kawen umur baru 19, ayah plak 21..so sy ini anak yg dilahirkan mase mereka blom abes studi,,tp sy lahir kt sini la. Adeq sy si Adam yg lahir kat Carbondale, US. Dulu ayah dan umi dah merantau jauh, dh penah smpai Jepun, Morocco segala..tp sy masih kecil desu. Ayah umi dan kawan2nya yg muslim mengambil keputusan begitu (tidak mengambil imunisasi sbb skang ni belom ade vaksin yg benar2 halal) tp beberapa hari lalu sy dgr berita kat tv kata mukhriz mahathir sedang usahakan untuk kuarkan vaksin halal. Tapi itu semua terserah pada ibu bapa masing-masing. Sbb sy juga pernah baca yang mufti pernah kata tak apa sbb ia adalah mudarat. Parents sy juga adalah terdiri dr mereka2 yang amat menyokong penyusuan ibu (say no to formula milk!). Ya, sy pon dulu sempatla tolong umi pam susu umi (hik hik) mase sy zaman skolah dulu..untuk adik sy yg kecil2..umi sy juga working mother..dan sekarang pon masih belom pencen..he he..iyalah,,sy dilahirkan ketika umur umi 20 tahuns...so bolehla bajet brapa ye umur umi skangs..masih ade plus minus 10 thn lagi sebelum pencen desu.. Ini adalah sy mase zaman kecil ngn ayah ms kat sana....

Di bawah ini pula adalah ibu bapa generasi baru. sy, my hubby dan muhammad ashraf. Ya Allah, generasi sy sudah lahir ke dunia. Alhamdulillah



Thursday, January 14, 2010

EBM Stock clearance

Alkisahnya peti penuh lagi. Hanya tunggu masa untuk putuskan 'ok, skang clearkan peti' adus..memang payah..hati pon berat. tp nak wat camane..peti mmg dh penuh dan sy pun dh cuba sedaya upaya hadkan pengepaman susu. Skang ni sy mmg tiada semangat nk pam pon. tp terpaksa, sekali je sehari sy pam sbb breast terasa bengkak bagai nk gila..ha ha,,bak kata kak alina 'rs cam nk pengsan kalau tak pam seharian'. Sekali pam dpt dua botol susu iaitu dalam 11- 12 Oz. Sedangkan ashraf tak suke minum botol. kalau minum pon sebotol je..tu pon rasenye pengasuh die buang bila ashraf tak abes minum..so kalau pengeluaran melebihi permintaan mmg stok akan memenuhi gudang. Sy harap susu tak kuar byk sgt, sbb membazir mase dan tenaga dan sumber mineral lam badan je..ehek..dulu rajinla nk pam dua kali sehari..hu hu..skang sy pam lam kol 11.30pg atau sehingga kol 1ptg. pastu kol5 sy bergegas balik amek muhammad ashraf. He he lom masuk rumah lg sy dah bg dia susu lam kete..tak tahan..hu hu..

ok.jap lagi masuk meeting kul 3. Slide sgt simple..lala la...

Tuesday, January 12, 2010

Ashraf is growing up

Ashraf dah merangkak pelan2..stat 4 bulan hari tu dia stat dok menonggeng-nonggeng,,sy juga try bagi dia mkan bubur nasi kadang2. semalam sy bg die kemam kismis. lepas sebuti-sebutir die telan..biar betik mama die ni suka suki je..sy pon taktau elok ke tak bg mende alah tu kat dia. skang umur ashraf dah hampir 5 bulan setengah..


Ni ashraf lam Honda city die,,bukan main galak die bile letak dlm ni. siap bertempik2 pastu digapainya mende2 kat atas meja ..hari tu nasib baik laptop mama tak jatuh (skettt je lagik)B.eli walker utk die mase umur die 4 bulan 20 hari camtu,,mase tu saje tinjau2 walker kat manjaku kat seksyen 8 ek kat bangi tu, ade sale barang2 hujung tahun..mase tu try letak die kat salah satu walker..eh terus je suke si ashraf ni..so terus short duit beberapa ratus mase tuh..entah hape lagi mama ngn abah die belikan..

Selalu kalau pagi2 bila masa ashraf bangun tak tau pon, smpaila g jenguk lam bilik..eh dah pegi mana2 dah..bergolek2..
Saya sayang muhammad ashraf saya.....semoga membesar dengan sihat dan jadi anak soleh..

Monday, December 07, 2009

Master, susu dan sebagainya

Sebenarnya semalam sy dh nk hantar abstrak, dh nak print kertas persidangn dan jurnal yang perlu dilampirkan bersama borang. Saya masih ingat, Dr mardina ckp mesyuarat Jabatan dah ditunda sehingga akhir bulan 12 ni, bukan sebelum raya haji hari tu. Sy nak kejar biar sempat abstrak sy masuk mesyuarat Jabatan kali ini, sbb sy tahu dari dulu lagi mesyuarat berlangsung 2 bulan sekali. Sudahla sy terlepas beberapa kali sepanjang tahun ini..

Rupenye semalam bila sy pegi bilik Dr, sbb dr mardina msih suruh sy baiki sekian2 pada abstrak dan tesis, dgn selamba dr cakap, eh mesyuarat jabatan dh lepas minggu lepas. hari jumaat, i tak pegi pun, i ade hal... terus sy rase mcm nk pitam jer, hati sy sedih, okey...sedih bangat..selamba sungguh dr mardina..dalam hati sy ckp..dr ni tak tahu ke..dr tak peduli ke.dr tak kesah ke..dr ingat sy ni sanggup sehidup semati dgn dr ke selamanya di ukm ni..sedih sgt..dan usaha sy sia-sia lagi buat kali ini. Sy masih tidak puas hati, lalu sy pegi tanya Kak jun, org kuat ketua jabatan letrik, bleh ke nk hantar abstrak lagi? bile next meeting? dia ckp blum decide tarikh lagi,,tp yela,, mungkin feb la thn 2010 okeyyyyyyyyyyy. ..Apa akan berlaku pada saya? sy perlu isi surat extend ke. saya malas pikir. sy menyampah. sy malas jumpa che wah. sy tanak amek borang tu. rase sedih lagi..lagi dan lagi..

Pada hari ini.mood sy kembali turun semula. sy dah jadi mcm biasa-biasa. ha ha ha..kan sy dh ckp.sy tak peduli lagi. sekarang sy mahu berseronot. saya nak gelak-gelak bersama rakan sehati sejiwa dgn sy iaitu ct aminah bahari yang sekarang duduk meja sebelah sy. kami menikmati hari ini dgn gembiranya. esok sy akan berangkat ke cehrating membawa sekeping hati bersama anak dan suami. kita bergembira ya di sana...ha ha ha..kita jelajah kuantan lagi sekali...mungkin malam ni sy akan tido smbil sengih. bak kate ct aminah sengih sbb terharu.terharu akan duduk lama lagi di bumi UKM eh ct aminah...?

Beberapa hari yang lalu, saya sudah bosan tgk stok susu. byk dan tak luak. sy ambik keputusan utk turunkan darjat fros peti toshiba sy. dari 6 turun jadi 1. biar mencair sume segala. setelah dua hari dibiar mencair perlahan-lahan. sy minta suami sy melakukan pembersihan.iaitu stock clearance. he he..dan say tak sangka lak suami sy sanggup pegi bukak satu persatu botol2 EBM dan plastik eskrem. kumpul ke dalam baldi untuk lihat susu. ya ampun..gambar ini menceritakan segala. saya sudah letih bercerita...


lepas tu, sy masukkan stok pam sejak dua menjak. Buat pengetahuan mereka yang tak tahu, sy tinggalkan stok susu sy lam peti ais ofis angkasa. bersama chiller segala bagai. ha ha lantak..sy malas pikir..

Majlis kawen rakan sekolah

Kami kuar umah lam kol10.30pagi sabtu 5 dis dan menuju seri kembangan. Ade misi penting..he he,,mulanya cadang dan tgk2 jer..mmg berhajat nk tambah kete but rase mcm patut tunggu jer dulus..tapikan perasan nk kene pakai kete besar ni sgt terasa apabila balik kampung. huhu..kete i kecik je..mcm sendat lak bila ashraf dah ade ni..nk kene bawak kerusi dia lagik. adik ipar pon tumpang sekali balik kampung..mase i ngndung dulu,,duduk lama lam kete lenguh la jugak pinggang..

pastu bila dah kat kedai tu kami ade servey naza forte tu.cunlah. kete 1.6cc. tp tak amekla sbb pakcik yg keje naza tu ckp spare part mahal kene import dari korea. sbb kete tak wat kat msia. kete idaman kami yang kat kedai seblah. dah tempah..kui ..kui..next year smpai..tunggu jerla..(jgn lupe simpan duit utk downpayment banyak2)

Misi seterusnya ke mjlis kawen member sekolah, nik firdaus dan ini kat cheras.dekat jer ngnumah dr mardina rupenye..


Tuesday, December 01, 2009

Down

Beberapa hari ni, semangat terasa menurun..byk perkara berlaku

1. pasal kad kredit
2. pasal kete kemik sebab lori cap ayam tetiba undur kebelakang dan langgar depan kete i
3. letih pikir pasal nk claim insuran segala bagai, saya dh report polis. pemandu lori tu patutnya bayar terus tak yah libatkan sumer ni.sume kecuaian die.Bosan!
4. Nk kene g workshop tanya bape kos baiki dan proses claim insuran
5. sabtu ni kene pegi kenduri kahwin pok nik kat cheras
6. Abg ade kursus kt cherating, kene ikut. 6-8 dis eh..
6.1 sejak dua menjak ni asyik mimpi merepek berpanjangan, letihla..
7. Dr mardina salah isi dalam sistem permohonan pembantu penyelidik online, so permohonan dh jadi batal, pastu call dia tak dpt lak
8. Dr hntar emel kata dh siap check abstrak yang entah kali keberapa tu.tp dh dia xangkat tipon,camane nk jumpe..
9. sabtu nnt gak nk kene g satu tempat
10. semester baru umpama ceti rasenye..asyik nk duit. malas bayar yuran, i takde duit okey. i tak ingin dah duduk lama2..
11. tolonglah dr mardina..

so...entahla.
Saya ingin menjadi seorang manusia yang positif.

Monday, November 23, 2009

Susu lagi

Aiya..tiap kali post kene pasal susu ke..hu hu..sy nk cerita kesedihan sy..skang ni susu lam peti dh melimpah ruah,,xde space lgi,,sy pun bingung gak,,,bahgian chiller(yang tak membeku) pun byk susu tak luak..dh seminggu xbleh tahan lama dah,,kene kasi bekukan.Pagi td mase hntar ashraf ke umah pengasuh sy bwk botol2 susu yg belom beku itu..he he,,dgn tidak malunya mahu tumpang peti dia..sbb sy tgk bhgian beku dia amat kosong.ade botol susu ashraf je yg4 botol kat situ dh sebulan. sebelom balik cuti ni nk susun balik ah..nk buang susu lama dan ganti baru..(sayang la jugak) nk wat camane,,susu yg i perah melebihi yg dia minum kat umah pengasuh. setiap hari paling malas perah pun sy akan dapat dlm 15 Oz...sedangkan ashraf minum sikit sgt je skang ni kat umah pengasuh.dalam 40z je..nape tah..dulu boleh la smpai 100z..tupun stok selalu lebih sbb kadang2 bila bengkak saya perah bleh capai 250z sehari (malam bg directla)..tp malam kuatla dia minum..skang ni kalau subuh bangun tu dah xrase bengkak lagi sbb sepanjang malam dia minum sgt byk berbanding dulu..

Mase sy kat pulau jeju korea hari tu,,sy punggah 1 beg isi ngn air susu(chiller pack ade 5 ketul)..dan bebanan beg tersgtla berat jadinya,,semua tu perah mase kat hotel kat sana..bila dh berat camtu, so mase kat airport jeju tu i decided to buang semuanya. Ni mase proses membuang susu disaksikan ct aminah yang sibuk merakam (thanks).,..setiap eskrem tersebut diisikan 30z setiap satu..entah ade berapa btg..xkira laks

Tuesday, November 17, 2009

Realiti kehidupan


Kehidupan skang berada pada paras mendatar. Nampaknya perlu sedikit suntikan semangat. Nasib baik tak lama lagi dh nk raya. Jadi, boleh balik kampung bersama budak comel. Saya tidak sabar lagi.. Sebenarnya kadang-kadang saya hampir nangis sbb bosan dengan keadaan sekeliling. Kadang-kadang saya mahu berehat sahaja di rumah dan tak nak jumpe sesiapa....hanya saya dan muhammad ashraf(iaitu sicomel saya) saya benci pada ukm (tetiba lak..)

saya telah menghantar seketul tesis saya untuk disemak oleh supervisor saya itu pertama kali adalah pada bulan disember 2008. dan kali kedua setelah beberapa lama disemak, hantar semula, pada april 2009. kemudian.ade beberapa hal penting berlaku..dan setelah kembali dari confinement, saya hantar lagi seketul utk kali ke 3 (setelah ditambah apa supervisor nak) pada oktober 2009. Dan sehingga sekarang masih tidak di cek. supervisor saya kata dia sibuk. sekarang pun dia tiada selama seminggu sbb kursus PTK (naik gaji ke Dr..alahai)..maka sy pergi membawa abstrak saya untuk bertemu mata dengan supervisor kedua, Prof Mahamod (meskipun sy telah hantar kat beliau pada awal julai 2009 sebelum balik bersalin) ..saya sangat tensen tahap gaban..maka bolehkah saya 'quit' master saya..?? saya menyampah dengan semua ini..jd sy berkira-kira mahu pergi ke dunia yang menyenangkan,, di manakah...

Pada ketika ini saya perlu menikmati kehidupan yang sedang dilalui...saya tidak perlu cemas bila semester baru muncul.. Saya buat-buat tidak tahu apa-apa mengenai kaedah menghntar tesis apabila ada byk suara2 mereka yang sibuk ingin menghantar tesis. Saya sedang menikmati kehidupan saya..saya sedang diulit bahagia bersama sicomel kesayangan saya,,,muhammad ashraf..saya tidak peduli lagi...

Friday, November 06, 2009

Now in Jeju Island Nov 3-8 2009

Masuk hari ni ialah hari ketiga saya di sini. Bertolak dari KLIA kol9pm (3hb)-transit KKinabalu 11.30mlm-sampai Incheon, Seoul 6.45pg 4hb-amik subway A-trek ke Airport Gimpo- bertolak ke Jeju island ngan korean Air kol 1.15pm4hb. Smpai Jeju International Airport kol215pm.pastu amek bas ke Hana hotel.smpai hotel dh kol3.40pm lebei kurang.penat amat. dan gamble jerk bersama ct aminah....tempah hotel juga kat intenet...syukurlah. Dtg sini pun dgn duit peruntukan MOSTI atas menang paperwork tahun lepas kategori kertas kerja dan jurnal.

Macam tak sangka juga skang sedang berada di Korea. Dulu ckp gurau2 je ngn ami..plan nk ke vietnam atau ke singapore asalnya. Tp kebanyakan konferen yang berkaitan masa tu ada sekitar bulan mei-september, so sy tak dpt la pegi sbb mase tu sy sedang sarat dan berkemungkinan beranak, dan juga pada bulan puasa plak tu..so kebetulan mase tu konferen GPS/GNSS ni yg thn lepas kitorang hantar paper wat kat Jepun ms tu. Dorang invite utk Konferen ni kat Korea lak thn ni.

Cerita pasal pengembaraan kali ini, sy sgt seronok sbbnya dh lama hampir setahun rsnya sy tidak 'outstation' (he he) bersama2 ct aminah. kebanyaan konferen thn lepas sekitar KL jerk. Dan bila kat KL je, pegi mase hari present jer la jwbnya..Kali ini juga lebih mencabar bila terpaksa meninggalkan anakku si ashraf tu. Sy masih igt hari sy berangkat tu..sy check in kol8.30pm, sebelumtu kalut g makan dan solat. Dan juga muhammad ashraf sy dh mula lapar meskipun sepanjang perjalanan ke KLIA sy dah susukan dia kenyang2. Mase lepas check in, abg sy suruh cpt masuk ke bwh tempat departure sana, tp sy berkeras nk susukan ashraf dulu, kalau tak, rase tak tenang. So sy amik mase 10 minit susukan ashraf kat toilet ade ruangan untuk duduk kat situ. Sedih sgt mase tu..hu hu..

Lepas tu mase dlm flight, breast dh terasa bengkak. So mase transit kat KK, sy pam susu kat surau dgn hebatnya. he he..sy bwk pam manual avent jer, sbb portable. mmg kat rumah bila terasa bengkak sp akan pam pakai manual avent, tp kat ukm sy dh tinggal siap2 beg pam letrik spectra 3 sy utk pam kat sana. Sy bukan rajin sgt sebenarnya mcm (nadia, dr mardina etc..)tp bile bengkak, sy kenela pam,,kalau tak, tak slesa okey..tp mase tu mmg sedih sbb pam dan buang susu 10 oz tu ,,ho ho..sy xbwk chiller kat tgn sbb takut tak lepas imigresen bwk fluid. yang lucunya mase dlm flight tu pon sy ngepam lam lebei kurang kol4.30 pg..org tgh syiok tido..dlm pam secara rileks dan dilindungi kain selimut MAS kaler purple itu..lgpun sebelah sy ct aminah yg mmg tido pengsan..sape kesah


Sepanjang perjalanan nak naik subway lah, mase tunggu flight kat sana sy akan singgah kat toilet utk pam dan buang..hu hu sedih bangat. Tp bila sy bukak luggage dan tgk chiller sy kat airport gimpo, chiller masih sejuk meskipun dah lembik. sy pun apalagi,,pam dan isikan dlm plastik eskrem dan simpan lam chiller dgn harapan susu kali itu dpt diselamatkan. Ha ha..yg bestnya mase tunggu bas gerak ke hotel Hana, sy pam lam bas dilindungi kot abg sy yang sy pakai. padahal mase tu i kat seat paling depan okey..

Mase hari sy kene present, sy pam juga lepas mkn tgh hari kat ICC jeju tu. dan sy dh ready bwk beg chiller siap2..masuk toilet dan pam..dan tak sangka ct aminah yg tgh snap sana sini tu mengambil gmbar tgh buat eskrem..he he..

Dan skang susu dlm peti hotel kat lam bilik ni dh hampir penuh..sy sendiri pon heran camane leh smpai byk ni sbb ade yg sy pam dan buang jer kalau kalau sy kuar dan malas bwk chiller beg tu. yelah..dh kat belakang bwk beg galas kain semayang dan 'cetong' utk urusan masuk toilet.maklomla kat negara camni mane ade paip2 air ni..kat sinki luar adela..pastu bwk sejadah kalis air dan segala bagai,,

Sy sms abg sy tanya camane si ashraf. Abg sy kata dia ok je..tido mlm minum susu abes lam 10oz abg sy ckp, dan ashraf tak meragam pun selagi abg bj bucuk mama..ha ha..sebenarnya sy dh tinggal dalam 4 helai baju tido terakhir yg sy pakai yang tidak dibasuh utk ashraf cium mlm2..sbb mase beberapa mlm sebelum sy berangkat, abg sy dh berlatih jg ashraf dan bg susu kat ashraf bile die sedar kol 3 dan 5 pagi..pada awalnya dia tanak minum dan nangis kuat..pastu lepas letak bj sy sebelah die, trus die pusing kat belah bj sy dan mase tu abg sy bg susu botol kat mulut die terus dia diam dan minum susu smpai abes..hu hu..

ni mms dari malaysia untuk mama ashraf. sy nk tgk byk mana susu abes..ha ha..mmg terlampau2 la susu lam peti umah i tu,,yg beku masih byk gile..sy dh tinggal fresh milk pada hari2 terakhir sebelom berangkat.fresh EBM yg belum beku masih ade antibodi dan tahan seminggu lam peti..so bg ashraf minum yg ni dululah sementara i takde ni..tgk kat area bwh dhpir kosong.(isyk nape abg tak masak ikan 2 ekor tu..) hehe kat peti umah pengasuh pun i dh tinggal siap2 fresh EBM untuk seminggu dia...

dan ini ashraf yang kurindui pada malam ini..hu hu




Melayu-Malaysia-Indonesia


Saya selalu berminat membaca tentang ini sejak ia mula timbul, sejak kes manohara, kes amah, lepas tu yang paling hot pasal tarian pendet yang khabarnya KRU terlibat dalam pembikinan slot iklan melawat malaysia itu. ha ha..sebelum kes itu mula panas, sy ada tgk dalam melodi yang geng terjah ke apa namanya tu g tanya Norman desu..hmm kata norman itu bukan silap Kru tp discovery channel yang masukkan tarian itu.

Selepas itu, selalu kalau baca surat khabar berita harian yang ayah langgan setiap hari itu (mase tu sy dalam pantang kat kelantan) kalau mase keje pon selalu bace online jerk. media kat malaysia ni tak tonjolkan dan kupas sgt pasal 'org seberang yang sedang berang',,cuma sesekali ade diletakkan gambar org indonesia sedang memijak & membakar jalur gemilang, kat ruangan belakang , memegang sepanduk 'malingsia' dsb. aduh, org malaysia ni rileks jer..saya rasa masih ramai diluar sana tak tahu menahu pun pasal mereka yang sedang 'berang' diseberang. Sebelum timbul kes tarian pendet, seorang rakan sy di sana (kami pernah kursus kat taiwan sekali) pernah ym sy berkenaan hal amah (ct aishah yang didera majikan die yang tidak berperikemanusiaan itu) dan kes manohara pillot itu. Dia bertanya saya mengenai apa yang terjadi di malaysia. Katanya jgnla smpai berperang kita ni,,(ahaks) padahal pada waktu itu, kat m'sia tak sentuh langsung pasal ni. tp media kat sana dh api-apikan perkara ni smpai org sana siap kuar membakar2 bendera..apada..

Saya teringat masa sy dan rakan2 dari pelbagai bangsa dan negara ketika berjalan2 di sekitar tempat kursus mase kat NCU, taiwan dulu yang mana kami melalui sebuah taska kanak2 taiwan kat kawasan tu, dorang tgh nyanyi lg tradisonal melayu yang bunyinya begini.."Soleram soleram soleram anak yang manis Anak manis janganlah dicium, Kalau dicium merahlah pipinya.." sy ngn sholehah (satu2nya teman malaysia) seronok tgk budak2 tu hafal nyanyi lagu tu..kemudian org yg bw kami tour tu kata,,,that's a good song, i like the melody..pastu sy ckp "i know that song, its one of the malay tradisional song'..lalu org tu tekejut,,dan ckp 'really?'..pastu sy dgr pak A from indonesia ckp 'that's indonesian song'...ohho...lalu sy ngn solehah berpandangan..lantak hangla..

Pastu satu lagi kejadian mase hari terakhir kami di sana. Pihak penganjur iaitu National Central University (NCU) taiwan tu bg sorang sekeping poskad gambar berlainan setiap org, gambar tempat2 menarik kat sana..lalu kami pun bertukar kad supaya rakan2 dr negara lain tulis sepatah dua ayat best dalam bahasa dan tulisan negara masing2...kad itu akan dikutip oleh pihak penganjur dan mereka akan pos kat alamat yg kita tulis. Kebanyakan kami tulis alamat sendiri (ha ha ha) supaya bila balik tmpt masing2, nnt kononnya dapat poskad dr teipei. seronok gak. pastu kan, mase tu ade 2 org peserta dr nigeria. sorang tu die tulis kat poskad teman indonesian tu (dia satu2nya peserta wanita dr sana) dan bila kira dgn sy dan sholehah ,jd kami bertiga sahaja yang bertudung dan juga melayu. Org nigeria tu (Tundae namanya) tulis ayat english yg ayatnya lebih kurang camni, 'you are one of the trio pretty malay girls here'.. pastu kan teman ni dtg ckp kat sy ' eh tundae ngak tau ka yang aku ini indonesian, bukan org malaysia'...adeh..sy ckp lah 'kamukan melayu juga, kita serumpun, bukan maksud dia kamu org malaysia'...hu hu hu

So kesimpulannya, org indonesia ini sgt sensitif isu bangsa mereka, mungkin sbb mereka terdiri dr terlalu banyak keturunan yang pelbagai,, keturunan batak dan sebagainya.. kalau malaysia ini,,org yng kulit sawo matang dan muka cam aku ni kite sebut sbg 'melayu'. Kita ni serumpun je,,tak kira melayu indon ke, melayu thai ke,,sy makan kari, sy makan rendang, saya main permainan itu, sy nyanyi itu..suka hatilah,,sbb sy bangsa melayu..banyakla yg sama..tak bleh la nk claim itu ini hak negara dia ke ape..ia milik bangsa okey.. kat msia ni pon rasenya berlambak org keturunan jawa lah, segala bagai,, bahkan ade sedara mara sinun sini..eh, yang smbung belajar dan menggunakan duit peruntukan kerajaan malaysia kebanyakan indonesian kat ukm ni..sbb apa? sbb org malaysia takmo smbung blaja. yg keje kilang2 di sini, yg jadi bibik or amah,,ramai oo..hampir sume famili sy pakai bibik dr indonesia okey,,siap berjumpa dan bergelak ketawa bersama geng bibik bile tiba hari raya berkumpul bersama.. uniknya malaysia ni sbb byk adat dan tradisi dah bercmpur dan dah jd identiti baru (ehem,,promot one malaysia ke pulak),,ha ha,,tuk nenek i keturunan cina from hainan jugak..skang i dah jd melayu malaysia.

Wednesday, October 28, 2009

Sudah lama tidak membeli baju


Saya sudah lama rasanya tidak membeli baju baru. Sekali sekala ingin memakai bj cantik. Masa saya kursus kat taiwan tahun lepas entah macam mana sy suka bj jenis kot yang dipakai oleh sri ekawati dr Indonesia itu. Baju jenis yang macam mawar pakai tu pun nmpak elegen gitu tp sy tahu baju jenis begitu mmg mahal la dan biasanya dibeli dibutik khas atau ditempah khas, ahaks..sy kan seorang yg selekeh..sy selalu ckp kt suami sy, ' syg mmg selekeh kan bang, selalu pakai bj ikut suka je' kuar kedai pakai kain labuh hitam yg dipadankan ngn bj mane2.. abg sy selalu akan ckp, ala isteri abg dh cantik pun, pakai bj ape pun cantik (iyelah sgt..)

Kalau nk banding ngn kakak ipar sy yg selalu nmpak bergaya dan cantik. cikgulah katakan..selalu cikgu mesti ade koleksi bj yg byk dan cantek (contohnya umi saya) ha ha..meskipun umi jenis pakai jubah tp jubah die ade mcm2 kaler dan macam2 fesyen..dah lama juga saya tak menghadiri conference due to some circumtances.. Biasanya hujung2 tahun camni sibuklah berconference sana sini. ha ha. sebenarnya pegi present paperwork adalah perkara no.2, yg utama adalah pegi berjalan dan bergalak bersama ct aminah..jadi sempena nk pegi komferen kat korea, sy menggoda suami sy utk belikan sepasang bj yg menghabiskan duit dia sejuta dua...ha ha..bila balik, suami sy ckp, cepatlah pakai bj tu, abg nk tgk..kui kui seronotnya dpt bj baru..tgh sale pulak tu..

Macam mane rupa bj tersebut.tunggu dan lihat ...........~

Friday, October 23, 2009

Jeju island, im coming..

Kalau nak kira..lebih kurang seminggu lg nak berangkat ke sana (korea)..kejap je ms berlalu..sy pun terasa rindu dan sedih nk berpisah sementara ngn ashraf ni..sepatutnyer esok terlibat sekali ngn international conference kat thistle hotel kat PD tu tp tak dptla,,sedih jugak rase hati, tak dpt melibatkan diri secara total bersama ct aminah sejak dua menjak ni..hu hu..husband skang tgh kursus kat Sg petani seminggu..so tinggallah sy bersama muhammad ashraf. beberapa mlm yg lalu, ade auntie aminah teman, skang dia ade tanggungjwb besar ke PD esok desu, geng2 usher nmpaknya sudah buat persiapan menglemerkan diri (heheh..dgr citer pegi salon wat treatment..;p)untuk menyambut tetamu VVIP Datuk Dr maximus ongkili, dr Gopalswamy dari NASA US, prof sato dan segala bagai.

So untuk berangkat ke tempat jauh itu minggu depan. Sy perlu mengira stok yang sepatutnya ade supaya ashraf mendapat bekalan susu yang cukup selama perpisahan sementara ini. Ashraf akan dijaga oleh abahnya pada waktu mlm, waktu siang kerja tinggal ashraf kat umah kak ana, pengasuhnya. InsyaAllah abah boleh jaga ashraf..

Sepanjang berada bersama pengasuh bermula jam 9pagi-5.30 kebiasaannya, maximum ashraf minum susu adalah 10Oz. bila balik umah petang sebelum maghrib, lebih kurang 5Oz. pada waktu mlm sy tak dapat budjet sbb bg direct feeding. tp kalau ikut kiraan fakta, kalau berat ashraf 6kg, maknanya 30Oz (5Oz /kg). 3Oz untuk 24 jam.

Sekiranya saya berangkat pada:
kul 9malam (3hb) maximum 10 Oz
4hb -maximum 30 Oz
5hb-maximum 30 Oz
6hb-maximum 30 Oz
7hb-maximum 30 Oz
8hb-siang maximum 15 Oz
saya pulang dan smpai Bangi insyaAllah pada ptg 8hb yakni sebelum maghrib. Jumlah stok susu yang patut ada adalah~--> 140Oz

Skang lam peti sy yg kecik itu, sudah melimpah ruah, rsnye dah terlebih2..bstnye kalau sy ade peti yang besar camnih
Tapi hakikatnya peti rumah sy begini. Peti ini cik abang saya dah beli siap2 sebelum kitorang kawen lagi..
hu hu,,selamat mengembara..~


Wednesday, October 14, 2009

pum desu

(sudah siap buat yg prof mahamod nak tu) so nk menulis kejap je. ..leh ke ct aminah? kesian ct aminah puasa hari ni nmpak letih..nk tulis pasal puting botol ashraf..he he...Saya telah mencuba pelbagai jenis puting botol yang berlainan sbb nk mencri yg mana suit ngn ashraf. Mula2 sy memberi minum melalui botol avent yang saya beli mase sy pregnant hari tu. Ini bentuk botol dan putingnye


tapi ashraf takmau..so sy cuba yg ini plak..tak kira bpa free ke ,harga mahal cam gajah ke ashraf taksuka..bukan dia takminum langsung tp tahap dia hisap tak memberansangkan..sekali minum 1 oz je..tu pun terpaksa kot..sian anakku itu..



Lalu sy mencari puting jenis MAM,,mahal gak ni rm22.80 kalau tak silap..ini rupa dia ..erm yang ni mmg ashraf suka la byk die minum sekali minum boleh capai 5 Oz..senang hati ku..mungkin sbb puting ni special sikit..die leper dan keras kat muncung,,
mase melatih ashraf hari tu sy telah pam dan buat stok lam peti..


harap ashraf terus membesar dgn sehat dan kuat desu..cayang kat muhammad ashraf..rindunyer

Monday, October 05, 2009

Mungkin saya sedang marah

Ha ha..apalah tajuk begini ct sarah oi..Sebnarnya sekarang sy sedang melatih Ashraf untuk minum susu dalam botol..masa berpantang hari tu mmg ade bg gak kengkadang tp Ashraf tak suka (perhatian: susu tersebut juga dr mama die yg dipam masuk ke botol)..die tuil2 (is that a word?) ngn mulut dia lalu nangis lapar..nk nenen mama dia..mungkin puting botol tu keras..lalu mama die pon g kedai beli yg jenis lain..pon tak mau gak.lalu mama pegi lagi kedai beli jenis leper ,,nk cari yg betul2 mcm puting nenen susahnye..(skang sy sedang negok lam intenet mcm ok yg jenama MAM tu..ade gak jenama NUK disebut2 oleh mommies lam intenet tuh) ..

Saya juga sedang membuat stok susu lam peti. Saya sgt risau utk kembali kerja..dan kerisauan saya makin bertambah bile memikirkan sy akan terbang ke Korea awal Nov ni (3-8hb) ..puh lama tuh..sedih sgt nk berjauhan ngn Ashraf..boleh ke dia tanpa mama die ni..Ashraf sgt kerap menyusu (lam stengah jam atau 1jam sekali) dan lama okey..smpai lenguh bdn i..

Berbalik kepada tajuk sy. Sy tulis begitu bila sy teringat kerenah mereka di sekeliling sy berkenaan breastfeeding ni.. Dulu my sister in law (isteri kpd abg suami sy),,die tak penah susukan babynya..katanya takde susu..so dr baby smpai la skang dah umur 10 bulan dok minum susu lembu yg byk iklan kt tv tu..lalu ms mengandung dulu, sy penah disarankan oleh kakak ipar supaya belilah sikit susu formula mase nk g bersalin nnt, incase katanya takut takde susu...ha ha ha ha ha ha..sy menjadi risau dan hampir terpedaya juga sposen dua..mmg lucu juga igt balik kenaifan sy..sy juga penah bertanya fizah ttg perkara ini,,dan fizah dgn tegas berkata 'jgn beli' bg susu bdn je..mesti ada..katanya..thanks to fizah iaitu mama kpd adni yg menasihati daku..umi dan ayah sy pon marah bila sy ade dok servey2 kat rak susu formula mase kt supermarket hari tu(seblom bersalin),,naifnya saya desu..(ade ke risau takut susu takde) ceh..

Setiap ibu perlu yakin yg susu mmg boleh kuar..sbb itu fitrah..seseorang ibu mesti boleh menyusui anaknya..besarnya anugerah Allah..susu ibu penuh ngn khasiat dan paling penting ada antibodi yg tak mungkin ade pada susu lembu desu..so ashraf setiap hari download antibodi dr mama dia..fewit

Sebenarnya perkara yg membuatkan sy marah adalah adakah patut mentua sy sarankan bg susu formula siap sebut jenama lagi..katanya 'belilah susu S26' dan bg kat ashraf..takut tak cukup zat sbb hanya isap susu badan. ceh. (sy sgt marah okey..) tp sy takla menunjukkan kemarahan sy..ho ho ho..

maksedara suami pun ade sebut nape badan ashraf tak chubby..nmpknya org sudah mula membuat perbandingan anak sy dan anak ipr sy itu..adoi..




Selamat Hari Raya Aidilfitri

Eh sy sudah lama tidak menulis tau..sy skang telah selamat kembali ke Bangi (dah 1 week okey) setelah beraya sakan smpai lenguh badan2 i ni meskipon tak makan secara hebatnya..sy perlu berhati2 dgn apa yg sy makan sbb sy baru saje bersalin.. semalam sy secara tak sengaja beraya di rumah seseorang yg ku panggil kak ana,,,( ini bakal pengasuh ashraf,,sy kenal melalui org tu dan org ini yg akhirnye menemukan sy pada kak ana) sy cume pergi ke rumah die utk bersuai kenal cmana orgnya,,camane rumahnya,,die menjamu sy mee rebus (tp sy tidak makan, nasib baik ade ct aminah yg makan) sbb sy teringat makzah iaitu tukang urut sy kt kampung penah ckp jgn makan mee kuning..sbbnya entah knapa sy sudah tak igt (yg penting jgn makan...) mungkin ade perkara yg memudaratkan bg org baru bersalin mkn mende alah itu..dan lagi,,kak ana juga menjamu sy dgn air oren (ais)..lagilah sy tidak dpt minum tp tetiba kak ana bertanya 'oh tak minum ais ye..' sebnarnya sy tidak berhasrat dtg utk beraya..hu hu..sy kata tak apa lah, kak ana tak yah susah2,,bg air kosong pun tak pe..lalu kak ana itu masuk dapur dan keluar bersama secawan nescafe panas..adus...........nak tak nak sy terpaksala minum...dan hasilnya,,ashraf tak dpt tido malam tu..siannya anak mama yg minum susu badan mama dia yg tak sedar diri menghabiskan secawan nescafe..oh..

Mama bersama ashraf pada hari raya pertama di kampung tempoh hari

Ashraf kat umah nenek die (sebelah abah ashraf) di hari raya pertama jugak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...