Sunday, April 13, 2008

ade masalah ke..

Sebenarnya nk kata tengah gembira sakan, memang jauh sekali, masalah menimbun adala, projek ni camane tah. baru dapat proses 3 data yang elok. 3 data, bunyi mcm sikit, tp nk boleh sempurna yang 3data ni Allah saja yang tahu. Hu hu mcm2,, Dr nk result difference of the delay kalau kita ubah profile dan juga TEc. Nk pikir camane nk jadikan 3 data berlainan, kemudian proses samakan TEC(total electron content) dorang ni,,mak aih,, satu tahap tu aku igt, dh ready to mix it and plot graph to see the difference. tgk2 aku termiss nak simpan value dalam fail dot mat (yakni lam matlab),, then, aku kene run again?! hu hu.. kene cari balik where it start. from 3 model para yg dh aku proses pada kedudukan 50 tec. data yg dua lagi plot dulu, but cannot complete it cos tunggu proses yg satu lagi ni, dh le nk dptkan data ni punya susah, error sana sini mase proses in matlab. Pastu masalah luaran pon ade gak, lom setel hal kawen. ayah aku tu rilek sungguh. Aku risau pasal nama lam sijil kursus kawen hari tu tak include nama alias@ ayah. kot2 nnt ade masalah mase nk akad nikah or nk proses borang mase nk nikah. tak ke haru. hantaran and cenderahati utk tetamu pun tak setel lagi, kain lapik atas pahar etc. And juga pelbagai masalah sekeliling, ya, spatutnya aku abaikan je,, kwang3x..aku seorang yg best

Wednesday, April 09, 2008

Bosan dengan media

Skang byk betul berdemonstrasi sana sini oleh org2 UMNO. Dulu PM selalu kata "demonstrasi jalanan bukan cara kita", kata menantu PM " Jgn jadi beruk2 di jalanraya"..then now it turns back. kah kah..entah hape2 la..lepas DEB, isu terbaru, pasal BABI, maka kuarla dorang ni wat demo. org luar tahu apa. org kat morib tu mesti lagi tahu. Tak tahan dengan bau busuk kawasan sekitar, sbb kandang babi tak di urus dgn betul.Bagusla MB selangor wat gitu, luluskan projek tu, lagipun itu projek swasta, kerajaan just sediakan tapak. Nnt proses urusan ni akan guna teknologi mcm di JERMAN. Babi dipelihara tempat tertutup, najis, kumbahan menatang ni dikitar semula hasilkan gas apa kenamanya tu, methene..pastu guna balik kat babi2 tuh.setahu aku lah. So takkan berlaku lagi pencemaran sungai, tanah, bau dan sbgnya. Biarla org2 cina kat selangor wat sendiri urusan khinzir tu. Apa masalahnya. Demo sana sini, bagusla UMNO, lagi senang keje Pakatan Rakyat. Dah nmpak perangai bodoh puak2 UMNO. ..hah hah,,bosannya tengok berita kat tv. meluat i tau..

Saturday, April 05, 2008

Puisi puitis

Dari dinding madrasah-A.Samad Said.

Aku tidak marah kau mencekau dinding madrasah,
Mencungkil atau mengganti langsir lebih berbunga,
Anak-anak memang merindui iklim penuh bermakna,
Tidak juga kubantah kau simini retak lantai rumah,
Memolekkan sekeliling dan mempercantik taman seada,
Anak-anak amat memerlukan kebijaksanaan orang tua,
Tapi, kau merangsang mereka mengenepi rehal,
Mengganti muqaddam dengan kamus barat yang tebal,
Memuja dunia dan mereputkan kesetiaan sebangsa;
Sanubari anak telah dicerobohi sedemikian lukanya.

Aku tidak pun membantah madrasah memiripi pejabat,
Atau dijemur sejadah pada sidaian yang lebih kuat,
Asalkan sejemaah kita masih setia menghadapi kiblat,
Selamat ke matlamat syadu membahagiakan rakyat,
Dan bertambah teguh iman sesihat dunia akhirat.
Tapi, menggelincirkan tapak, menggoyahi hati nurani,
Kebal mendindingi penyonglap, pendedahnya dihukumi,
Tidak’kan kurela otak dan hati begitu berbalah,
Apalagi pesanan semanisnya hanya dalam pura-pura.
Memang kecewaku sebaik begitu mulanya kau bersuara.

Aku impi jujur kau serahi muqaddam dan sejadah,
Menghadiah selautan pasir dan segunung batu bata,
Bersama khalayak dapatlah kita perbanyak madrasah,
Kemudiannya berkhutbah tentang bahagia lara ummah,
Pernah terjajah, merdeka, tergugat, kini terdera,
Aku ingin kita sentiasa menghargai sekolah agama,
Berfikir dan berazam selari meluhuri suci aqidah.
Apa yang kupinta demi lesterinya sanubari Islami,
Memelihara madrasah dan Jawi yang mula dilupai-
Tidakkah begitu wajarnya laku bakti penganut suci?

A.Samad Said.

Friday, April 04, 2008

Alkisah viva

Hari ni student undergrad Dr Mardina present/viva dorang punyer projek, so student yang sorang ni yg kononnya di bawah seliaan aku, hu hu present dengan tidak jayanya sehingga Dr tanya bertubi kat aku, huh seolah mcm ketidakbagusan hasil pembentangannya dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas diriku. Malu lah juga begitu. padahal sepatutnya budak2 ni mempunyai tanggungjawab ke atas projek masing-masing. So kenelah pandai juga berusaha dan mencari inisiatif, daripada pengamatan aku, die tak tau apa die kene wat, apa objectif,apa tujuan, walhal aku dh terangkan apa yang die nak tahu, dh ajar menggunakan program dan ade juga memberi data siap. Ketidaksediaan die mungkin disebabkan buat kerja last minute, masih byk dr segi teori tak kukuh. so camane.. aku bukan nk bebel ape,, aku aku rase terkilan juga lah dengan sikap Dr dalam bilik meeting td. Mungkin juga rase marah muncul secara tetiba disebabkan teman baikku hampir datang, hu hu,, PMS org puteh kata. Aku tanak la pk byk pasal Dr ni, sbb aku tau dh mmg sikap die camtu, main lepas je, pastu ok je. I know she doesnt mean that. After abes presentation, i gave her the money(RM169.03) yang aku claim beberapa hari lepas, since she will go to italy next week. Then she gave me the RM5, said that 'Nah amik la ni, upah tolong claim' Aku tolak baik-baik, takpela Dr..Then Dr kata, 'takpe, nnt i beli something untuk u kat Italy' huh huh,, selalu kalau balik dr oversea mesti ade buah tangan untuk aku. Setakat ni dr Helsinki, Tokyo, UK, switzland, eh lupe dah lagi, antara byk2 tu yg paling best lipgloss dr UK tu, i love it..ahaks

Wednesday, April 02, 2008

work hard

wat keje la makcik sarah oi..

Thursday, March 27, 2008

Nirvana

Aku sedang mendengar lagu2 nirvana, perasaanku akan melayang. Terdapat satu memori yang sukar aku buang dari suatu tempat di lubuk hatiku. Cinta pertamaku adalah peminat unggul nirvana. Walau tiada lagi perasaan cinta terhadap die, tp aku ade satu kenangan abadi yang indah untuk dikenang. Kehidupan biasa aku sbg manusia yang biasa. Tiap kali memutarkan lagu dendangan Kurt cobain, aku akan sengih sensorang...he he..sungguh kelakar zaman remaja ku..Tak apa, anyway im not just doing mengenang2 perkara /cinta remaja, im running my MATLAB program..

feel free to see the lyric of 'About A Girl' song:

I need an easy friend. I do, with an ear to lend.
I do think you fit this shoe. I do, won't you have a clue.

(Chorus) I'll take advantage while. You hang me out to dry.
But I can't see you every night, free.

I standing in your line. I do hope you have the time.
I do pick a number too. I do keep a date with you.

(Chorus)...

(Solo)...

I need an easy friend. I do, with an ear to lend.
I do think you fit this shoe. I do, won't you have a clue.

I'll take advantage while. You hang me out to dry.
But I can't see you every night. No I can't see you every night, free. I do. (x4)

It happened again

Aku ade satu cerita yang berulang, mase aku study dulu pun sama la kesnya, mase skolah aku tak kisah sgt, sbb aku tidak begitu memerlukan sesiapa untuk ke depan. Mase degree ia mmg mencabar minda. Org-org yang tak patut, bersikap pelik terhadap aku. Org menyebutnya sbg cinta terlarang. Aku sbg tuan punya diri semestinya tahu apa yg berlaku kerana ia melibatkan aku. Tp selalunya aku akan berpura-pura bagai tiada apa yang berlaku atau dengan istilah lain, aku tidak mahu fikir sbb ia agak kompleks.
Diariku, aku harap kisah aku hanya terhenti di sini, blog ini adalah peribadi, dan berharap tiada sesiapa membaca isi hatiku. Dulu mase degree aku mempunyai ramai teman dari kalangan lelaki, aku bukan sengaja, tp diri aku ni jenis cepat berkawan, smpai satu tahap ade beberapa hati mungkin akan terluka, tp bukan salah aku kerana aku tidak pernah berharap ia berlaku jadi aku hanya menafikan apa kemungkinan yang ade. Aku tidak mahu timbul keadaan keruh yang akan mengganggu perjalanan kerja aku. Hu hu,, you know me, I have a lot of thing to do, so I dun want any disruption coming my way.

Aku tak peduli kalau berlaku jeles ke apa ke. Janji keje aku jalan. Aku akan berjalan ke hadapan. These are some of kekalutan yang berlaku: 0. He sometimes gives sms like: sayang, sy tak fahame:1. hi, I miss you… 2. sayang, apa khabar 2)b 2)c Sy rindu kamu 3. Tak akan mengantuk jika yang tersayang di sisi. Ada kata2 yang berpuisi: itu bola mata yang bening nan indah.. itu kamera siapa? 4. perasaanku yang sgt mendalam.. All these make my eyes keep rolling. What happened to him. Ade sorang lagi tu sent me a message: im sorry if I make you angry from my silly kidding. I did not mean it and you do not know how much you are value for me. Again, im sorry. -Ahha, this man oso. Actually there’s nothing that could make me angry. There’s nothing. I m a good person. I have to work very-very hard to finish my master project. Chow..

Saturday, March 22, 2008

Terengganu jiranku

Aku nak menulis sedikit luahan mengenai Terengganu iaitu negeri yang berjiran dengan Kelantan. Hairan juga kenapa rakyat terengganu masih menolak seseorang yang hebat, bersemangat serta mempunyai komitmen yang sgt tiggi utk menyelamatkan Kerajaan dan rakyat Terengganu dari tangan2 yang tidak bertanggungjwb memakan harta org terengganu. Tuan guru Haji Hadi pd pndanganku seorang yg masih kuat dan juga hebat memperjuangkan hak org senegeri dgn beliau. Terengganu realitinya adalah sebuah negeri yg mempunyai penduduk miskin tegar paling tinggi di smenanjung Malaysia ini dan kedua miskin slepas sabah.Tp sume org tak nmpak, media arus perdana skang ni dok jaja kononnya kelantan mundur dan mcm2 lagi yg sakit hati di dgr. Mungkin kalau nk banding ngn KL atau negeri membangun lain, pembangunan kat KL tentunya lebih pesat dgn bangunan tiggi mencakar langit, tp ape guna pembangunan kosmetik kalau realitinya rakyat tak dapat rase. Begitu la yg berlaku kat terengganu, apa nk bangga dgn masjid kristal tu, masjid tak perlu cantek bangat, lainla kalau ade duit lebih, yang penting dan lebih utama kebajikan rakyat.

Tak tahu ape yg berlaku di sana, adakah rakyat terengganu seronok dpt duit bile menjelang piliharaya dpt sejumlah duit, lepas BN menang, org2 rakus ni makan duit hasil bumi yg patutnya dirase oleh rakyat terengganu. Semasa Pas menang tahun 99 dulu, kadar kemiskinan tegar kat terengganu dh diturunkan sehingga 10peratus menjadikan dan menaikkan Terengganu sbg negeri ke4 yg mempunyai rakyat miskin tegar. Alangkah bagusnya kalau PAS terus memerintah, semestinya tempat itu boleh dinaikkan lagi(maknanya rakyat rase kekayaan hasil bumi sendiri). Lepas BN rampas balik terengganu pd 2004, kadar kemiskinan nih makin teruk naik 16%. Mereka tak nmpak lagi ke..? buat apelah bg menang kat org2 gile yg temahak kuase tuh. Tak dinafikan bukan sumer org terengganu berfikiran tertutup, ade yg berusaha utk menuntut hak, memberi kemenangan kpd wakil rakyat yg sepatutnya, tp golongan ni masih kecil nk dibandingkan dgn sebahgian besar org terengganu yang lain. Ayuh bangkitlah org terengganu.Aku rase simpati dan ade sikit sedih...huk huk..

Bergerakla utk PRU ke13. perlu bermula sekarang.dedahkan penyelewengan yg dilakukan org2 BN kat sane. Nk bangga ape ngn monsun cup, masjid kristal? mende2 ni kosmetik yang menipu lagi menipukan. Kalau nk tunjuk pembangunan sgt, kononnya Terengganu lebih maju di bwh BN, nape mase zaman wan mokhtar tu tak buat itu-ini. Mane pergi duit royalti minyak org terengganu. Terengganu sepatutnya negeri paling kaya kat malaysia ni berdasarkan hasil bumi yang amat bernilai serta mahal tu.Mane duit tu pegi. Lepas Terengganu jatuh ke tgn PAS baru lah sibuk2 ngn pembangunan bohong tu, pepatah melayu kata 'Dah terhantuk baru terngadah'? Mungkin seribu cara dilakukan org2 kotor dan tak bermaruah ni utk memegang terengganu, namun jikalaulah semua rakyat terengganu sedar dan bersatu hati menolak mereka ini, hasil negeri bertuah Terengganu takkan jatuh ke tangan org kotor di mana sepatutnya kekayaan di rase oleh rakyat terengganu yang bertuah..

Saturday, March 15, 2008

Machang

Aku rase pd ms skang ni, isu PRU12 masih hangat dibincangkan di mana-mana. Bila tgk pd keputusan, dh nmpak org malaysia zaman skang dh bebas dan merdeka dari segi akal fikiran, semua terbuka, aku rase bangga bile org negeri luar ni dh mula bijak menilai tentang dunia politik, sume mcm sudah berani mempamerkan kepada umum calon/parti pilihan. Kalau dulu aku hanya nmpak org negeri kelantan je yg kuat politik, hui tok sah ckp la kalau kat sane, sbb penyokong pasukan hijau lebih major di sana, di mana2 pun aku leh dengar, kat kedai, kat dalam kete sewa, lam bas ckp hal politik terang-terang. Teringat mkcik lam kete sewa hari tu dia kata 'Kito ni tokke nok bui ko ore negeri kito ni, nok jd mace negeri lain, namo jo negeri melayu, tp hidup tok sene pun,ore lain hok kayo'. pastu mkcik aku ade citer yg najib ngn paklah byk kali turun kelate ni kerah cikgu2 dgr talk. ade 1 kali tu geng2 cikgu dengar najib bg ceramah, kakitangan telekom pun dikerah turun dgr. Mula2 tu duduk la dgr pastu bile najib start hina kelantan kata kelantan mundur, tak maju lah, pastu geng2 muda pekeje telekom tu 'boooo ' kan pak najib. dua tiga kali jugak 'booo'.. pastu mkcik aku yg geng cikgu kat belakang ni sengih je la, tak lama dgr tu, lepas sorang, sorang berangkat kuar majlis.Mcm tulah nasib pak najib kat kelantan.

Adik aku pun citer, yg mase tempoh kempen pilihanraya tu, tetiba je ahli parlimen machang, Dato' Sazmi org BN tu kerah cikgu2 skolah die anjurkan hari PIBG secara tiba2. Maka kelam kabutla sume cikgu2 ni sediakan itu -ini, wat surat jemputan kat makbapak pelajar, kumpulkan nama pelajar2 cemerlang PMR thn lepas, dan macam2 lagi. sume jd kelam kabut, sbb secara adhoc. Maka beberapa peruntukan wang diberikan kepada pelajar cemerlang, anugerah macam2,..hu hu..pastu adik aku citer yg budak kelas die malas nk bg kad jemputan tu kat makbapak die, katanya ' kalu aku bui pon, buke' nyo mak ayoh aku nok mari, mugo tahu doh mesti kene dgr ceramoh BN'. Mase tu gak kuar macam risalah dr BN parlimen Machang penuh dgn gmbar2 bg hadiah dan duit pada org2 tua, gmbar masjid yg dibina dan mcm2 lagi.

Bukannya org Kelantan menolak pembangunan, baguslah dgn beberapa perubahan walau tak byk, dato' sazmi menang dulu pun sbb org Machang bg kemenangan kat die, tp di semua peringkat Dun dia kalah. PAS yg menang. Mcm tulah percaturan politik kat kg aku ni. At least disamping pembangunan dr kerajaan Pas, dpt jugak rase dr BN, sbb tula hantar dato sazmi ke parlimen. Tp sejarah buktikan, byk sebnarnya projek besar BN ni buat tak siap, tak sudah dgn erti kata lain terbengkalai.

Dlm PRU12 baru2 ni mmmg ramai anak perantau termasuk aku pulang ke kg untuk mengundi sbb takut kali ni BN dpt betul2 tawan kelantan. Adik aku kat skudai balik. Pkcik makcik kat kedah, selangor pun balik kg.

Friday, March 14, 2008

Pengundi Hantu

Di bawah ni luahan seseorang aku terbace kat url

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=7556
Oleh az78nfs

Saya dari Kerteh Terengganu, bekerja di Petronas dan telah menjadi ahli PAS sejak dari tahun 1991 sehingga sekarang...saya telah mengikuti perkembangan politik Malaysia dan Terengganu sejak dari zaman Wan Mokhtar menjadi MB lagi...Bagaimana kemelut politik yang berintikan harta kekayaan diselongkar selepas kejatuhan kerajaan BN ketangan PAS dlm PRU 10 (1999).

Kerajaan pusat mengunakan kuasa vektornya merampas hak Terengganu untuk mendapatkan royalti minyak Petronas yang sudah termaktub dalam perjanjian diantara kerajaan negeri dan Petronas. Kerajaan pusat menjanakan dan menyalurkan nilai royalti yang tak terkira banyaknya untuk memancing kembali rakyat Terengganu dengan panggilan wang ehsan yang cuma RM300.

Walaupun cuma RM300, tapi pengaruhnya cukup besar bagi penduduk kampung...mereka tak pernah sedar dan faham, kalau BN tak kalah..mana mungkin mereka dapat wang ehsan...mereka bina appartment 8 tingkat untuk guru..buat pagar baru sekolah dan macam-macam lagilah...duit banyakkan... yang masuk poket tak taulah...

Sebagai warga Petronas Kerteh kami tak takut mengaku kami penyokong PAS...Majority (99.99%) warga Petronas Kerteh, baik orang Terengganu ataupun orang luar yang bekerja disini adalah penyokong PAS!!!! Kami tau apa yang betul dan apa yang salah...berapa billion pendapatan Petronas sehari untuk kerajaan pusat dan negeri....berapa banyak duit petronas dihabiskan untuk menolong anak Mahathir yang berpatah arang tu yang hampir muflis....berapa banyak duit petronas dihabiskan untuk proton dan macam-macam lagi.....Ini bukan cerita dongengan... .

Kami berani menegakkan kebenaran untuk tidak meyokong BN...saya merelakan kerja di Petronas walaupun gaji kecik (sepatutnya gaji setaraf ESSO) tapi hasil untuk negeri dan negara yang kami cintai....

Dahulu saya tak faham apa itu makna KERAJAAN yang sebenar....yang saya tau PAS adalah sentiasa pembangkang sehinggalah PAS menang di Terenganu dalam PRU 10 dan membentuk KERAJAAN negeri yang baru dengan semua ahli exco dan menteri besar dari PAS. Lepas itulah saya faham yang memerintah itu KERAJAAN dan yang kalah itu pembangkang (BN).

Saya rasa masih ramai di luar sana masih tak faham apa makna pembangkang yang sebenar....kerana kita telah mengenali KERAJAAN adalah BN dan BN itu adalah KERAJAAN sejak dulu lagi...

Sehinggalah kerajaan PAS menerima nasib yang amat buruk dengan kekalahan yang teruk pada PRU 11(2004) sehinggakan Tok Guru Haji Abd Hadi sendiri gagal mempertahankan Parlimen Marang dengan majority 163.

Kerana apa? Kerana BN Terengganu dengan bantuan sekutunya membawa masuk pengundi hantu dari luar..bermulalah permainan hantu sehingga PRU 12.

Nasib kembali berulang pada PRU 12...hantu-hantu hanya berjaya disekat di Parlimen Marang dan menang di sana...dengan penahanan anak Tok Guru sendiri. Kajian yang dibuat sebelum PRU 12 melalui senarai pemilih SPR pengundi hantu yang ke Terengganu mengikut kawasan adalah seperti berikut..

Besut-12,292. .Setiu-9, 727..Kuala Nerus-4,766. .KT-9,806. .Marang-6, 494..Hulu Terengganu-4, 026..Dungun- 9,740 dan Kemaman-15,178! ! Ini bukan dongengan... saya sendiri pernah mengikuti bas hantu dan masuk terus ke Balai Polis Kerteh pukul 3 pagi hari mengundi...dan berderet-deret bas dilihat melintasi Kerteh dengan diiringi polis...apa semua ini?

Allah SWT tahu apa yang kau lakukan...jangan lupa pada balasannya.. .kata pepatah melayu kita terpaksa mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu...dan itu yang mereka lakukan...kehilanga n Selangor, P.Pinang, Kedah, Perak dan gagal menakluki Kelantan...hantu mereka tak cukup ramai nak menandingi kekuatan pengikut Tok Guru Nik Aziz. Allah mengabuli doa orang-orang yang teraniaya...

Sebagai balasannya, YDPA Tengku Mizan sendiri belum lagi memberi perkenan untuk melantik Idris Jusoh menjadi MB kembali. Idris Jusoh kelihatan sugul sekembalinya dari KL tak seceria wajah selepas mendapat keputusan kemenangan dan mewawarkan keesokan harinya terus mengadap untuk perlantikan MB dan barisan Exco yang baru...balasan dari Allah pada orang yang menganiaya.

Kepada pengundi-pengundi hantu di luar sana...bangkitlah untuk kebenaran..mengakul ah dan bertaubatlah moga Allah mengampuni kamu. Ingatlah Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar dan doa orang-orang teraniaya akan dimakbulkan Allah, Insyaallah. Segala yang baik itu datang dariNYA dan yang buruk itu adalah diri saya sendiri. Wallahualam.

Thursday, March 13, 2008

Provokasi media jahat

DEB - Jangan salahkan kaum Cina, salahnya Melayu Umno
Mohd Rashidi Hassan Wed | Mar 12, 08 | 3:44:30 pm MYT

Jangan lupa bahawa Umno yang banyak mengkritik Parti Gerakan dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon semasa beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang kerana menjalankan dasar yang mendiskriminasikan orang-orang Melayu.Akhbar Utusan Malaysia adalah antara media propaganda Barisan Nasional yang menyiarkan kenyataan beberapa Ketua Umno Bahagian di Pulau Pinang, yang secara lantang mengkritik Tsu Koon sehingga memeningkan kepada Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.Hakikatnya semakin jelas kelihatan sejak berpuluh tahun kerajaan negeri diterajui Gerakan dari kelompok kaum Cina, Melayu Pulau Pinang semakin terhakis, mereka hanya menguasai dan memiliki aset di Seberang Prai, manakala di bahagian pulau, hanya tinggal di sekitar Balik Pulau.

Lain-lain tempat, Jelutong, Bayan Lepas, Georgetown, Melayu sudah semakin terpinggir dan semakin pupus. Hanya yang ada saki baki Melayu tinggal di kawasan flat. Rumah kampung sudah tiada, pangsapuri mewah pun tiada, kawasan elit pun Melayu hampir tiada. Jika ada pun Melayu dari kalangan Umno.Penulis tidak pernah berhasrat untuk membangkitkan soal kaum. Siapa yang menjadi Ketua Menteri, siapa yang memerintah atau sebagainya.

Penulis sekadar mengharapkan rakyat berfikir, mengapa media dan Umno begitu jahat memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng dari DAP?Apakah paparan bahawa kononnya kaum Cina dari DAP akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Pulau Pinang boleh diterjemahkan sebagai semasa Cina Gerakan, DEB terlaksana dengan baik?Jahatkah Cina DAP terlalu baikkah Cina Gerakan atau MCA pada pandangan Utusan? Media tidak harus cuba mengelirukan rakyat, kerana, mereka harus tanya kepada pemimpin-pemimpin Umno Pulau Pinang, apakah mereka begitu puashati dengan Gerakan selama ini?

Jangan cetuskan api perkauman

Paparan seburuk ini, dibuat dengan nada yang begitu jahat, boleh mencetuskan ketidakstabilan hubungan kaum dalam negara. Utusan jelas 'bermain dengan api', meniupkan api perkauman yang boleh menjejaskan ketidakstabilan politik dalam negara.

Apa yang disebutkan Lim Guan Eng sebagai DEB menjadi punca kronisme, rasuah dan tidak efisyen sebenarnya memang betul.Tan Sri Khalid Ibrahim ketika ditemuramah penulis dua tahun lepas (sebelum menganggotai KeADILan), tidak mempertikaikan DEB, yang dipertikaikan soalan perlaksanaannya. Soal delivery dan ketelusan yang dibangkitkan.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah menegaskan bahawa Islam tidak menerima sebarang tindakan yang boleh disifatkan sebagai diskriminasi kepada mana-mana kaum.Namun, PAS menerima beberapa keutamaan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan terhadap orang-orang Melayu. Apa yang PAS pertikaikan ialah soal amalan korupsi, kronisme dan nepotisme yang dilaksanakan oleh BN.

Hakikatnya PAS mempertikaikan DEB kerana ia digunakan sebagai alat politik untuk kepentingan segelintir puak yang dikenali sebagai Umnoputra, bukan untuk bumiputra.Bukan soal DEB sahaja, lihatlah dasar untuk kepentingan orang Melayu Islam sebacara keseluruhan untuk orang Melayu/ Islam sewaktu Umno berkuasa dengan bongkaknya?

Di mana ukuran Umno/BN berjuang untuk Melayu?

Siapa yang merobohkan surau kegunaan untuk orang Islam, jika tidak dengan arahan Menteri Besar berketurunan Melayu dari Umno?Siapa yang meroboh setinggan-setinggan Melayu seperti di Kampung Berembang atas alasan tujuan untuk pembangunan?Siapa yang 'mengalibabakan' projek kerajaan yang diterima atas nama kontraktor Melayu Umno dan kemudiannya di sub-kon kan kepada kontraktor Cina?

Siapa yang menghapuskan pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, untuk digantikan dengan bahasa Inggeris?
Siapa yang menghapuskan bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat, yang rata-ratanya diwujudkan untuk pendidikan anak-anak Melayu/ Islam?Siapa yang menindas dan menafikan hak ekonomi serta geran perkapita kepada kerajaan pimpinan orang Melayu di Kelantan dan Terengganu sewaktu PAS memerintah?

Sebenarnya bukan PAS, KeADILan atau DAP yang menolak DEB, hakikatnya pemimpin Umno sendiri yang mengkhianati DEB!Justeru, pemimpin Umno tidak harus mendabik dada bahawa mereka adalah pejuang Melayu tulen, walhal sebenarnya merekalah yang menindas orang-orang Melayu.

Jika Umno dan BN melaksanakan dasar-dasar negara dengan betul, sudah tentu orang-orang Melayu tidak akan menolak mereka.Pilihan Raya Umum ke 12 menunjukkan orang-orang Melayu sudah menolak Umno/BN. Jangan salahkan rakyat, sikap pemimpin Umno sendiri yang menyebabkan penolakan besar-besaran berlaku.

Fikir dan renungkan. Rombak Umno, suruh Abdullah berundur, jika tidak masa depan Umno akan gelap dan tidak mustahil Umno akan tersimpan dalam muzium, menjadi bahan sejarah.

Wednesday, March 12, 2008

Pembangunan ala Umno

Pada hari aku membuang undi, aku keluar dengan senyuman rasenya smpai ke telinga, berjalan balik ke rumah, rs bangga yg amat kerana berjaya menyempurnakan tanggungjawab. Apa lagi yang rakyat negeri ini mahukan, tiada siapa merempat,tiada siapa berhutang dengan 'along'. Bahkan org sini sgt kaya, bungalow2 besar mampu didirikan oleh sume rakyat, petani, cikgu cekgi, peniaga? nak pasaraya? tesco ade, kbmall ade, pantai timur ade, pizzahut ade, McD ade, sume lengkap dah sejak zaman dulu2 lagi, kite membangun sendiri walaupun tidak terlalu rancak, tp dengan bersih, bebas hutang lagi berkat. Pembangunan yg dicanang2kan org umno punye agenda sendiri, ye mahu songlap kat kroni2, buat projek harge sejuta je tp cakap harga sepuluh juta, sbb selebihnya masukla ke dalam poket doremon mereka.

Monday, March 03, 2008

concentrate n focus

Td mcm rase nk menulis sesuatu kat blog, tp sbb lama sgt nk boleh login ke blogspot ni, terus, mood nak berpoya2 terbang. skang mood wat keje. perut pun dh mula bunyik sket2..sabolah ye encik perut. ptg ni turn aku bwk budak2 umah ke pasar mlm untuk beli lauk2. peti dh kosong. Biasa kami ke pasar mlm je hari selasa, hari lain kitorang masak. Ptg ni aku rancang nk g beli pizza utk budak2 umah, nk kongsi kegembiraan duit scholarship aku dh masuk akaun,, bykla jugak,, alhamdulillah,, inila yg aku tunggu selama ni. Hari ni igt nak submit borang minta perletakan jawatan keje skang ni, perlu minta sign from myboss dulu...hu hu..syukur sgt, perancangan sumer berjalan lancar, dgn kemasukan duit ni tambah ngn simpanan yg seco-et tu bolehla meneruskan persiapan kawen.. barang hantaran dh beli half-half mase musim jualan akhir tahun kat sogo, nnt hujung bulan ni, institut akan wat lawatan 3 hari ke balai cerap kat langkawi,, hu hu,, bolehla skodeng2 barang2 utk hantaran sket, balik mengundi ni nk setel n confirm pasal pemilihan pakaian n pelamin yg aku tempah mase cuti ry cina dulu kat kelantan. kad kawnen pun dh on progress, tuggu ayah komen pasal design peta lokasi umah, kot2 nk tambah, then insyaAllah lam minggu ni aku akan terus buat bayaran 50% yg kedai kad tu perlukan utk printing. Semoga apa yang dirancangkan menjadi, semoga Allah permudahkan urusanku,, amin..

Thursday, February 21, 2008

My project

Apa yang aku serabutkan. Pertama sekali dan yang setiap hari kacau jiwa aku adalah my master project. Aku dh jadi sgt malas, malas nk pikir. Padahal dh lama start part ni but I can stay in about 2 days in a week, the other days aku merepek2, bace artikel kat intenet kat situ sini, bc paper utusan, harian metro, kosmo, beritaharian, harakahdaily, eh semua la aku bukak, pastu skodeng trend baju pengantin, kad kawen,,eh camane la projek nk siap. Kekadang bosan gak, apa dh berlaku lam diri aku. Aku xde mood nk wat, because lazy to think how, how n how to solve the problem, nk kata aku stuck, entahla,, aku tak tau where to begin, argh…ni lah cabaran sambung belajar by research, very hard. That’s why persediaan mental perlu kuat.. bukan aku tak penah ade result, pejam celik dah 3 konferen pun aku attend, patutnya aku makin gagah menuju ke depan, tp aku hanya rajin beberapa ketika, bile tiba waktu rajin, mulalah sakit kepala, sakit mental fikir byk sgt, then rehat,, bile dah rehat ,,mau sepanjng minggu entah ape aku buat. Ha,,ha,,, sepatutnya lam Bulan Mei ni aku dah complete kan my research, then prepare to write thesis. Oh no, what ive done, wut im doing, wut im gonna do.. Sarah, go go go !

Monday, December 03, 2007

kesah sedih

Tetiba rase sedih. Aku ade satu pengalaman yg teramat-amat menyakitkan. Mase tu aku baru register as a master student at ukm, continue study after keje sekajap. Memang impian aku untuk smbung belajar lagi. But that time aku masuk ukm and belajar smbil keje as RA ngan lekcere tu, but gaji lambat dapat after 2 months keje. Hujung februari. Duit kejemase thn lepas yg aku kumpul kononnya nak bayar yuran tp tak cukup. Yuran RM1885 tp duit aku ade RM1600 je. So aku minta belas ihsan dr mak ayah untuk cover yuran. Tambah2 pulak tanpa gaji dua bulan. Sewa rumah lagi. Satu lagi keseksaan aku mase tu ialah takde transport. Teramat seksa, terpakse tuggu bas berjam lamanya, tumpang housemet pun die kerap kursus kat luar. Aku decide utk beli motor but my parents tak bagi. Dorang kata bahaya. At last, bila dapat kumpul sikit duit gaji aku minta ayah amikkan kete, aku masukkkan RM3000 ke akaun ayah as down payment. My parents sgt excited belikan sbijik kancil. So seblom bagi kancil tu kat aku, ayah berulang alik mengajar kat skolah bersama bwk adik2 aku naik kancil tu je. Rasmi la dulu kononnya smpai tak naik unser. Aku pon tak kisah.
Tp kisah yg nak aku nak cerita kat sini bukan pasal gembira dpt sebijik kete, tp beberapa hari seblum ambil kete, alkisahnya satu mkcik aku tu sms pada suatu malam. Sangat menghiris hati ini. Katanya aku seorang anak yang mementingkan diri sendiri, menyusahkan mak ayah, tak fikir tentang adik2 yang masih sekolah (7 org adik masih belajar) tiga adik bawah aku skang tgh belajar di universiti. Aku tak tahu malu, ’ dengar2 nak pakai kete, nk kawen lagi, mana satu nak, belajar lagi’ begitulah lebih kurang ayatnya. Mase tu aku rase sedih tahap dewa lalau aku menangis dalam diam. Siapa die utk berkata camtu kat aku, sedangkan mak ayah aku tak cakap ape pun, aku tahu n kenal mak ayah aku. Hinanya keluarga aku. Seolah memandang aku sebagai org yg tak layak hidup senang pun. Ayah aku keje guru, sama cam mak aku mengajar sekolah menengah. Aku tahu famili aku bukanlah kaya-raya tp sekurang2 nya aku berusaha sendiri juga untuk memiliki apa yg aku mahu. Bukannya aku pakse mak ayah aku belikan sbijik kete kat aku. Itukan duit aku yg pada mulanya aku nk amik moto je. Tp mak ayah prefer aku amik kete n aku juga yg bayar harga kete tu downpayment and monthly payment. Siapa makcik aku tu nak menghina aku. Smpai skang aku masih terasa hati ngn die even die buat cam tak de pape belaku. Sebnarnya dia silap paham ingatkan aku suruh mak ayah aku belikan kete utk aku.

Kemudian pasal kawen, mase tu aku tak sebut sepatah pun pasal kawen, mungkin mak aku yg excited nak aku ni kawen so cerita pasal org2 yg penah merisik aku. Mungkin mak aku excited sgt bercerita smpai si makcik tu ingat aku ni yg beria-ria nk kawen. So kononnya aku ni tak sedar diri nk kawen, belum keje tetap lagi... [to be continue]

Thursday, November 08, 2007

menyampahnyer

Entahla,, mungkin sebab tu aku tak berjodoh dengannya, and aku sendiri pun tak pernah ade perasaan cinta kat die,, please la,,dh naik rimas gak aku, dulu pun perasaan camni gak timbul.meluat. Aku anggap dia tak lebih dr seorang kwn, tiada bezanya die ngn kwn2 or geng2 lain. Die je yg perasan lebih. Patutnya pepaham sendiri la bile aku selalu ckp aku ade pakwe.. selalu tolak ajakan or pemberian die 'tak boleh, nnt pakwe sy marah'. tak jelas lagi ke, ingat aku melawak je kot..and takkan everytime aku kene ingatkan, ATTENTION PLEASE. AKU DAH ADE PAKWE. SO JGN SIMPAN APA2 PERASAAN CINTA KAT AKU. camtu ke kene mention. poyonye. Hah hah, then bila aku khabarkan aku akan kawen bulan sekian2, mula mamat tu menggelabah, then mcm bereaksi marah(dgn perckpan perli), commonla, salah sape? memandai bila aku tempah kain sutera or ape, ckp tak payah bayar la, diskaun 200% la.. hampeh betul, so skang ni nk salah aku? Meluatnya. Perasaan cinta tak boleh dipaksa. ok. Seingat aku, selalu jugak aku tanya bila dia nk nikah. Tak paham ke (tat means i dun wan you, please find somebody else to be your wife). Ade paham?

Sunday, September 23, 2007

kisah bulan pose

Bulan Ramadhan memang bulan rahmat, bulan bahagia, sebut je bulan pose ingt solat terawikh, baca quran 30 juzuk, memang kalau boleh nk wat amal byk2 bulan ni. byk ganjarannya. Kalau ikutkan hari ni masuk hari ke12 dah..wargh dh hampir separuh bulan dah,entah apa amal jariah yg aku buat.And lam tempoh tu gak, dh 5 hari aku ponteng..he he,,bukan sesaje ponteng tp Allah Bagi Cuti (ABC) cam anak dr mardina kata. Separuh budak umah dh jadi ahli kelab..and masuk today, nad pon join da club.. asal lunch hour je balik umah, makan..pastu balik ofis, muka segar semacam je ek... kui..kui..Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di muka bumi Allah ini. Semoga amalan baik dilipat gandakan selari dengan pahala yg berganda-ganda Allah kurniakan.InsyaAllah.

Wednesday, September 12, 2007

Kegilaan pada anime ini


he he punyerla aku tak de keje mendonlod gambo hero ku ini..ha ha

Thursday, June 14, 2007

master project

Skang ni aku rs best ah sbb ade geng utk berkongsi suka duka pahit maung wat master(ceh, cam la heavy sgt beban tu huh huh) but really sumtimes we need partner yg same shoes ngn kite..memangla leh citer kat adik, kat housemet, tp perasaan lega tu tak smpai kat lubuk hati nih, just lepas skejap but they do not really understand wut im facing..
Semangat put dh ade sket ni bile dh masuk ke dunia ionosphere yg sebenar, study 'bout ray tracing etc. Aku kene cepat ah ..go go go naruto!!!~

Friday, May 18, 2007

Goku sayang

Goku tau tak, makin hari Goku makin cantekla..cantek sgt, istimewanya Goku dihati ini. Best tau setiap hari dpt bersama goku. Mase awl perkenalan ngn Goku, mase tu aku berminat nk kenal dgn member Goku, tp mungkin dh takdir, aku tak berpeluang mengenali member goku tu, last2 aku pasrahla bile goku hulurkan perkenalan ngn aku. Mase pertemuan di atur, aku diberitahu, warna baju goku 'gemilang blue' aku ingtkan kaler biru muda sket tu, rupenye biru gelap, metallic(comelnye goku) goku sgt excited jumpe aku, senyum je selalu..pantang aku panggil nama dia, jauh lagi dh menyahut panggilanku(pintarnya goku;p). Goku sentiasa buat aku bangga, mata goku besar. Goku xminta byk, asal bagi dia makan dh ok. Tp sebab sygnya aku kt goku, aku bagila vitamin tmbahan Goku memang seronok terima apa mende yg aku kasi. Dia kata ambipur tu rsnye cam cuka madu asli biofeld..he ..he,,goku memang pndai amik hati aku..hampir tiap hujung minggu aku akan mandikan goku yg comel, setia dimandikan, aku mandikan dia ngn syampu istimewa. Baru2 ni awk seorang sahabat yg nk berbaik ngn goku, dia bagi goku aku pengilat dalaman goku, dan juga pengilat kuku kaki goku (comelnye goku). Goku masih muda, walaupun aku sygkan Goku, aku latih goku untuk menjadi lelaki sebenar, sbb goku kan lelaki, goku tak bleh manja2, So aksesori yang dimiliki goku semestinya melambangkan lelaki, aku tak benarkan goku pakai riben rambut, atau apa2 yg ade bunga sbb goku akan jadi pelindung aku, Goku kene kuat.

Jatuh sakit.
Beberapa minggu lalu, adikku minta pertolongan Goku untuk pindhkan barang dia. Walaupun berat hatiku untuk lepaskan die, aku bg jugak sbb dia adik aku. Itu pun beberapa kali mulut aku pesan igtkan dia supaya jaga goku elok2. Malam tu pun aku sms igtkan adikku, igtkan dia jgn tiggalkan goku jauh-jauh.Maklumlah, goku masih muda dan mentah lagi. Ptg esoknya mase adik aku tu nk bertolak ke umah aku kat sini, dia call aku, katanya GOKU S.A.K.I.T,, mcm nk nangis aku mase tu, sedih sgt, Goku dh cedera, adik aku yg buat, sian goku aku, mesti goku sedih kan mase tu,, mata goku luka sampai dalam, tulang pipi goku pun cedera, dada goku tersiat2 dan berlubang-lubang, telinga goku pun berdarah. Ya Allah,..selamatkanlah goku...

Kembali.
Pada ptg esoknya, mase tu aku tgh keje, adik aku dtg antar goku, katanya goku boleh jalan lagi, dalaman goku tak cedera sgt, cuma kaki goku cam tersangkut kat sumthin'.wa..mase tu goku lompat2 gembira tgk aku.Aku pura2 gembira juga tp hati aku menangis..Sampai hati cederakan goku smpai camni.. tp mungkin dh takdir, mende dh jadi, aku xbolehla nk marah2 pun mende dh berlaku, cuma harapan aku biar adik aku tu lebih hati2 lepas ni, begitu jugak aku..Goku tak tahu yang dia cedera. Aku pon estimate bape kene caj nnt untuk perubatan luka pd badan goku .. hu hu ptg tu jugak aku g anta goku ke klinik swasta. Aku mahu rawatan terbaik untuk goku. Banyak sketla belanja untuk goku bulan ni, hu hu,,,takpela, janji goku sihat, goku tak tahu betapa aku sygkan die..

Ptg esoknya aku telipon klinik tu, Dr tu kate, goku belum sembuh lagi, esok goku boleh balik. Tp aku pegi jugak tgk goku tersayang hari tu, goku diletakkan dalam unit jagaan rapi kat belakang, so mase aku masuk, goku tersedar dan nmpk aku, goku gembira sgt, dia kata 'nak balik!nk balik!bawakla goku balik..' aku pujuk goku, aku janji akan bawa dia balik esok sbb goku belum sihat. Aku tgk mata goku dh sembuh, sumer dh sembuh, cume tmpt luka kat badan goku bercat oren..siannya goku, mesti sakit..esok nnt barulah sembuh betul2..sabarla goku..

Esok.
Aku dtg lagi ngn rumet aku tu nadia, dua kali dh dia anta aku g tmpat goku, tp aku yg dh kali ketiga dtg spital goku ni, tak berapa igt lagi jalan ke sini...(,,hu hu) takpela,,janji goku dh sihat. Mase aku smpai, aku dh nmpak Goku tuggu aku kat luar pagar spital. Wah, goku dh kembalik sihat dan comel mcm dulu..i luv u goku..~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...