Wednesday, March 06, 2013

We are a happy family

Ayra ketika usia setahun
Cik Aishah Ayra telah genap umur setahun pada 16 Januari 2013. Skang sudah 13 bulan ++
Sedikit catatan.
Beliau sudah start berjalan ketika usia 11++ dan tidak didorong pun . tekejut bila kali pertama dia melangkah dgn rela hati. mase tu kat umah ipar,,dorang ajak makan2..tetiba dia melangkah dlm 3 langkah. Skang dh laju dh ikut suka dia je..dia jugak suka nk tiru aksi melompat mcm abe ashraf tp xberjaya. kaki masih berpijak di lantai..heheh

Actually sy xdelah nk push dia buat apa2 dgn cepat..sy ikut flow je. sbb abg dia ashraf dulu lmbat tau berjalan. elok2 masuk setahun 4 bulan. so perkembangan anak2 adalah berlainan.

Satu yg sy perasan antara anak lelaki ngn pempuan.
Anak pempuan lebih bermain perasaan kot. pandai sgt..pndai berlakon menangis..hahah..

Ayra ni: manja dan pndai tackle emosi mama dan abah.agak firm.dan fokus.
Abg Ashraf lebih santai, penyayang dan bertoleransi .
Adik mek Ayra serius sikit. Tp once dia senyum, cair rasa hati..

Seriously, kami kadang2 terasa Ayra dah sgt besar. Sy pun rasa sihat je sgt2.. (apekah..) Maksudnya.. kami teringin sangat nk punya baby lagi... ooo.. emmm jiiiii...tp sabau ye dulu tuan puan..sy perlu fokus dulu..(bila dtg ukm, terus rs sy belum bersedia) bila duduk di rumah..oh sy nk baby..............jeles tgk adik, sepupu,ipar duai bagai semua expecting ni,, pastu ramai pulak expecting bb girl (opss) seriously berangan nk bb girl lg..sbb rs comel dan pndai main emosi (apekah)..

Tp, tak kisah pun boy ke girl ( kalau girl lg, xde kwn pulak abe ashraf. tp bukan ke kalau girl mcm ayra nk kene ade kwn segosip yg sebaya..ouchh)

Jgn percaya. saya masih perlukan masa fokus pelajaran (ohoi ct sarah kamu semakin tua..bukan makin muda..cpt produce anak skang)
HAHHAHA...sekian berangan.



Wednesday, February 20, 2013

Peringatan sebelum naik Air Asia

Tetiba je kan tajuk camtu. Kalau korang g obersi tu beringatlah luggage korang yek. Jgn lupa amik insuran luggage kalau g obersi dgn air asia.(kalau ngn MAS mmg wajib bayar,no choice) byk kes beg hilang dan jugak beg terdelay sbb pegi detinasi lain. mungkin sbb sistem dia agak cacamerba. Parahla korang kalau beg hilang, tambah2 plak g negara yg tukaran wang dia mahal. Terus boleh lupakan hasrat nk shopping sbb terpaksa beli baju, berus gigi, seluar dlm bagai sbb urgent nk pakai.hahah. Dan jgn letak barang berharga dlm luggage tersebut. Satu lg, jgn dftar masuk beg awal sgt(maknanya sejam sebelum perjalanan tu kira oklah, jgn 5 jam lagi nk fly, tp dh dftar masuk beg), byk jadi kes beg salah destinasi. Kalau perjalanan domestic, boleh tahan lg..kalau international abisla..mungkin beg korang g Cuba ke..lepas korang balik entah 2 minggu baru dpt balik (itu kalau dpt..) so sebenarnya kalau g obersi tu better amik airline yg berkaliber sikit. seperti Malaysia Airlines dan lain2 yg ok instead of air asia.

Ok skang pesanan kedua penting. hujung thn lepas, sy pergi Pulau Langkawi menaiki pesawat AirAsia. haha..walaupun menyampah dgn airasia. asal sy naik je ade je mende jd..sepanjang sy naik selalu delay..delay..tp ms g langkawi hari tu lain pulak kisahnya. Org yg bertanggungjwb menempah tiket Air asia sewaktu nk g bercuti ke langkawi itu ialah en.suami sy, dia yg merancang percutian ni kan,, tempah hotel semua..sy tak sangka plak dia tak byr utk luggage. langsung tak include sewaktu pergi mahupun balik. Bila sy dpt tahu tu,,sy ckplah kat dia,,dia kata 'ala,,takpe..kan boleh bwk naik kabin. Sy ms tu pikir sy mmg tak boleh nk angkut naik kabin. gile jauh berjalan naik tangga bagai nk angkut beg berat (airport asia kan camtu). Teringat ms sy g konferen iconspace kat penang dulu sensorang, dhla tgh ngndung baru dua bulan dok usung beg berat. walau ada roda,tp time naik turun tangga, ms nk letak kat tempat beg kt atas kepala tmpat duduk tu terkedek2 terpksa mintak tolong abang gagah yg availabe tolong angkatkan. 

Tapi....lain halnya masa nk pegi langkawi hujung thn lps (2012) ,,air asia dh kuatkuasakan polisi tak boleh bwk naik kabin beg yg lebih 7kg. sebelum ni dia tulis je tp dia biarje org bwk luggage besar naik kabin. Hah..amik..mase tu tahulah ensuami sy kene membayar. melayang lah rm150 campur berat beg keluarga ipar.share bayaran. kan tak pasal2..drpd rm25 per 15kg kalau byr mase beli tiket tu dh berganda bayarannya bila dh jd camni. Marah betul sy kat ensuami. Masa nk balik dr pulau langkawi tu, sy beli satu lagi beg lain (yg memang boleh bwk naik kabin) so arange lah antara 3 bijik beg tu. air asia bg 7kg perperson utk bwk naik kabin. kalau kalau mende berat tu sumbatlah dlm backpack atau seumpama dgnnya janji tak lebih 7kg satu beg. Ipar sy kene tambah beberapa ratus sbb beg dia tak boleh bwk naik atas kabin, so kene lah bayar entah berapa puluh ringgit per kilo.balik bercuti haruslah beg jd berat. padahal mungkin yg berat tu sbb beli sudu dan garpu langkawi je. tak berbaloi jadinya kan..

Satu lagi ialah check in awl2..sy selalu check in kat mesin kat airport. Check in siap2 pergi dan balik perjalanan. lepas tu br dftar beg.

So..itulah peringatan nya. Kepada kawan2 yang berhasrat nak pergi bercuti naik air asia tu silalah dgr pesanan ini..heheh

sekian.

Tuesday, February 05, 2013

Kamu buat Research apa?

Apakhabar belajar? Camane study? haha ini ayat standard org tanya.pastu jwpn: 'Ok je. camnilah..'. Kah kah..padahal dlm hati (Rs nk tangguh lah satu sem. Rs nak Quit lah. kah kah..)
Ada org yang sedang bekerja menanam azam dan cita-cita untuk sambung master atau PhD tp belum dapat mencapai azam mereka. Mungkin kekangan masa.
Tp makhluk-makhluk yg sedang diberi peluang sambung tu..?..(kengkadang rs benci pun ada..nak tido bleh tak)

OK. Sy pegi library. nk fokus. tp bukan semua hari yg sy pegi tu boleh fokus. kecuali bila nk dekat hari presentation. (kah kah) sure maghrib pun rs tak nak balik lagi..siapkan slide

Kamu buat research apa? Take note siti sarah.(kadang-kadang bila kita menulis, idea boleh keluar tau..ha ha). Ok start.
Sy skang smbung bidang Networking.
Saya fokus bahagian pengurusan sumber radio(Radio resource management-RRM)
Mula-mula sy list down dah mcm flow chart. bermula dari Network management ->peer to peer (instead of wireless heterogeneous network)....RRM type->resource spec..bla..bla
dh hmpir smpai ke bwh,, byk jugakla kemusykilan muncul. supervisor kat obersi. so berfikir..berfikir..
tanya En. arab dua org tu,, xdpt pertolongan spt dlm bayangan (kah kah)
dah smpai bwh,,list down parameter yg agak2 terlibat..
pastu g tanya lg en arab tu (maklumlah wat projek sama,even dia buat sub yg lain. mestilah kene sehati sejiwa seiring sejalan, seindah bunga di taman)
Wrong.wrong.
Homai. terus pangkah besau2 atas nota itu.
Encik arab pun kalut. sy lg kalut.
Sebnarnya jauh di dlm hati sy, sy lebih percaya rakan seprojek berbanding supervisor2 saya. Sbb org yg working on the projek lebih tahu ttg projek tu. Supervisor tahu juga tp tak mendalam sebagaimana kita yg mengalaminya. (tetiba mcm berfalsafah) sbb tu menurut kata pujangga, bila kita habis projek PhD, kita dh lebih terer dlm bab tersebut berbanding supervisor kita. perhaps..
ok. Peer-to-peer (P2P) dlm cerita ini tidak sama dgn kebanyakn paper dan semua endless document kat intenet tu. Bukan wired, bukan structured. bukan wireless jugak. Tapi in ad-hoc. multihop...*#@
Esok pegi library.
Nak surf2..cari source code/algoritma matlab utk RRM. xkira untuk digunakan dalam symbian ke, android ke , windows ke. kot2 boleh godek2sesuatu..
semangat sekejap. pastu malas balik.
Anda ada tips tak. Bagaimana untuk menjadi insan hebat. Hebat. Hebat. Bajet otak macam elbert einstein. Pastu ada kuasa super power..brilliant brain.
Argh..

Diharap post ini boleh mnjadi bahan lawak di hari graduation besok. amin..hahahah
Syukurlah kalau anda yg at least dh ada framework yg hebat semasa sambung bljr. atau sekurang2 smbung projek master dulu. Rasanya en husband sy dh jelas dia perlu buat apa.dia sedang run analisis di makmal menggunakan bahan sekian2... Saya harap boleh menjadi seorang yg hebat. di dalam agama juga. amin.
Betullah. kadang-kadang menulis blog boleh menjadi satu terapi.;)
terapi untuk jiwa kacau. Sekian.

Monday, February 04, 2013

Futsal

Pada hari Sabtu lepas, kami berfutsal. Dah lama gila xmain futsal ok. last main sebelum kawen kot..haha..apa pun mmg best lah. cumanya lain kali, harapnya nk tukar2 team la plak..hahaha..bukan apa..xde apa..(apekah) Apapun team saya menang. Tahniah :) Team sy memang hebat. Sy? pegang peranan sebagai striker. Sebenarnya bila bermain perlu ada semangat berpasukan. Tak boleh passing bola pd kwn baik je. Nasib baik sy gigih dan berusaha keras. Rebut bola perlu gigih ok. Ha ha apekah.. Baik, yg penting happy..hahahahahahha

Majulah sukan untuk negara :)

Sunday, February 03, 2013

Kebaikan Supplement Shaklee (include Collagen Powder)

Pernah kan saya bagitahu dekat sini bahawa pilihan supplement saya ketika berpantang selepas melahirkan adalah set shaklee..ya betul sejak melahirkan anak pertama. Saya takde ambil jamu. Umi saya adalah org lama berkecimpung dalam shaklee. Masa dulu2 bagi saya supplement shaklee ni mahal, jd saya hanya betul2 bershaklee ialah semasa berpantang. Ini demi mengembalikan kesihatan tubuh badan. Dan biasanya setelah badan sudah sihat, dalam 4-5 bulan usia baby,sy mula meninggalkan supplement shaklee.. huh huh..

Begitu juga sewaktu mengandung sarat kepada Ayra dulu, sewaktu usia kandungn 9 bulan, sy mula order set supplement shaklee, utk dimakan selepas melahirkan kononnya. seperti vitalea (iron, tambah darah), b-complex(anti stress, kulit sihat), zink(cepat sembuh luka), ostematrix (sumber kalsium)..ESP (energyzing soy protein utk tenaga) dan alfafa sebagai booster susu. Saya memang yakin dgn keberkesanan produk shaklee cumanya kenapalah sy hanya mkn utk sihat lepas bersalin je..hu hu..sy masih igt sewaktu sarat mengandung ayra kan, sy pun teringin nk bukak dan try pil ostematrix (kalsium), sebelum tu memang sepnjg mengandung selalu sgt sakit pinggang, tambah2 bila tgh sarat, kalau bangun bagi tu,,mak aih nk bangun dr katil tu memang kene suami tolong tarikkan tangan utk sy boleh bangun berdiri, pastu badan lenguh letih, Tp ditakdirkan sy bukak awal botol ostematrix tu, sy mkn 4 tablet sebelum tido,, dan magiknya bila bangun pagi badan rs segar dan siap boleh bangun berdiri sendiri, ..pastu bila sy tak makan 2-3 hari,, lenguh2 dtg kembali.. mulai hari itu, sy tidak lalai lg mengambil pil kalsium ostematrix. Sebenarnya memang kat farmasi ada byk pil kalsium dijual kan, murah pulak tu,, tp percayalah ostematrix lg bagus mungkin 10x ganda. sbb supplement shaklee ni memang dia buat betul2 baik contohnya dalam pil ostematrix ni dia bukan terkandung kalsium sahaja, tp bersama vitamin D, vitamin D sgt diperlukan oleh tubuh utk membantu penyerapan kalsium dgn lebih efektif termasuk dari makanan yg kita makan seharian.

Dan lagi apa yang saya perasaan, after giving birth sy kan consume supplement shaklee sehingga betul2 badan terasa sihat sehingga 4- 5 bulan sy wajib consume ESP (Energizing soy Protien) shaklee. termasuk semasa lahirkan Ashraf. pastu sy stop perlahan2 sbb sy rs boleh jimatkan duit bila tak beli lagi supplement shaklee tu..hah hah..tp saya sgt perasan jerawat sy mmg hilang dari diri saya sepanjang sy consume shaklee tu..selepas itu perlahan-lahan..(sy igt sbb sy melahirkan) ,,jerawat hadir semula menyerikan muka sy dgn teruknya,,hahahahha

ops sape ni..hahah
Kalau kwn2 yang mengenali sy dgn lama pasti tahu betapa sy ni seorang yng bejerawat yg sgt teruk..(sy start naik jerawat bermula sikit2 masa semester akhir kt kustem dulu ) dan sy mcm tidk kisah sgt pasal jerawat ni lps kawen, mungkin sbb sy pikir,,'pedulikan lah jerawat, yg penting sy dah kawin, ade  anak, ade suami yg sayangkan saya..

Sebenarnya kalau tgk gmbar-gmbar sy mmg lah nmpak elok je, hahahah..sbb photoshop kan ade,,sy akan blur2 kan kat spot jerawat teruk tu dlm gmbar2 sy. guna photoshop sbb benci tgk muka sendiri penuh dgn jerawat batu (tp skang tak yah nk sibuk blurkan jerawat pakai photoshop sbb smartphone skang boleh pakai mcm2 software bg nmpk gmbar gorjes kan.). ok bukan jerawat pasir, tp batu, sgt teruk yg mana setiap bulan akan tumbuh sekurang2 tiga tmpt gunung berapi,  ada nanah dlm tu ok..kalau dh masak tu, bila picit depan cermin, nanah tu boleh terpercik kat cermin. ok ,,mmg tak senonoh, tp inilah hakikat. Sy pernah juga wat facial kadang2 sbb nk bg cepat sikit gunung berapi meletup, biar pecah sumer,,kata makcik facial yg sy suka tu ,,kalau jerawat masak tu ,kene picit kuar smpai habis nanah dlm tu, smpai keluar air bisa yang jernih tu, jgn biar dlm tu tanpa picit..huhu..kalau g ukm, sy xde lah nk berbedak sgt pun, sy bukan jenis bermekap bagai.. dan sy biar je jerawat tu, tp kalau jumpa kwn lama mmg sy cuba sedaya upaya pakai bedak supaya tak nmpk teruk sgt muka sy.hahahha..malu ok..sila lihat wajah sebenar sy selama ini
sgt terukkan..
 Even ,kalau org tak kenal nak mendescribe saya, org tu akan akan ckp 'ada satu kakak tu, yg ade jerawat tu..' ha ha..ni habis sy korek gambar2 yg ada..actually byk gmbar dh hilang since external hardisk sy kan hilang ms kat bandung dulu..
ha tengok tengok..(tgh dukung permata hati pertama mase tu)

ni tgh ngndung Ayra dua bulan lebih..kat penang ni

tgk,,time konvo master pun berjerawat gile sebenarnya,,gmbar nmpak elok dlm album sbb photographer dh touch up siap..kui kui

tgk pipi sy yg meriah itu, sebnarnya beginilah keadaan pipi sy dikebanyakan masa waktu tak consume supplement shaklee

Masa ni sy masih beranak satu. Ni pun ade gunung berapi kiri kanan tungu masa nk meletup

Sy igt seblum sy kahwin dulu sy ada pegi jumpa pakar kulit kat KL tu, nama Mohd Noh ke apa tak silap,,melayanglah duit beberapa ratus, tp hasilnya hampeh..mase tu nk dkt hari perkahwinan, sgt berharap muka tdk terlalu teruk masa kahwin, takut gmbar tak cantik hahahaha...pastu ms lepas kahwin pulak,,sy pernah pergi klinik Dr pakar kulit nik Azam kat kelantan, dia cucuk2 pipi sy kat spot tertentu (jerawat), dia cucuk mcm antibiotik atau something yg matikan kuman kat muka ni...horror sgt keadaan muka sy..meleleh kuar darah..:p

Tp..sejak melahirkan ayra,,sy consume ESP, zink, vitalea, Vit E, ostematrix, bcomplex,,hari tu ms sy sakit leher bln september sy amik plak joint health tablet (utk sendi). ditakdirkan beberapa bulan lepas, shaklee kuarkan produk baru nama Collagen powder. Sy pun nk try lah,,seblum ni tak pernah trpikir pun nk try memandgkan harga dia memang boleh tahan kan..Disebabkan sy dh jd ahli dlm lebih kurang setahun ni sy jd teruja nk beli sendiri supplement shaklee atas nama ID sendiri.
Shaklee produk yg sgt best

Memang best sgt Shaklee Collagen Powder (SCP) ni..muka sy dh sgt ok., jerawat dh xnaik, dan parut jerawat pun mcm memutih dah..hu hu..walaupun pipi sy taklah segebu gebas pipi ct nurhaliza yg tak pernah naik jerawat tu tp sy tersgt lah suka dgn keadaan skang. mula2 sy just nk try sesaje collagen ni nk segarkan badan yg dh nk menginjak 3series kan jerawat pun dh tak keluar sejak bersalin sbb sy consume ESP (Energizing Soy Protien) dan beberapa supplement shaklee lain. pada awal2 minum SCP tu mmg badan segarlah tersgt, dan kira mcm extra benefit bila jerawat dah takde dan parut pun menghilang..fuh.. lepas cuci muka asyik dok sengih dpn cermin. Alhamdulillah sangat.Sekarang saya add pakai pencuci muka shaklee nama Nutriwhite. Ok ni gmbr mmg pure takde letak bedak secalit pun dan gambar tak edit pun, pakai kamera biasa. Tgk gmbar dekat giler ni, nmpak kulit kusam dan ade bintik2 hitam..
kulit sgt lain walau belum jadi secantik ct nurhaliza..hah hah.ni tak pakai bedak apa pun (ni hampir 7 minggu consume SCP)

Memang serius parut jerawat memang memutih dan makin baik. Tekstur kulit lebih rata dan bila pakai bedak jadi gorjes la kan. Nasib sy bukan jenis bermekap sgt. pakai bedak simplysity je, pastu pakai la lipgloss sikit. Jdla mcm ni:
Ini ialah saya sekarang. Ha ha smooth ok... xde berkerikil mcm dulu..alhamdulillah (ni amik pakai kamera biasa bukan pakai software 360)
So kepada sesiapa yang berminat nak consume produk shaklee boleh hubungi saya ya. emel sarra_master@yahoo.com hot seller adalah ESP. utk sihatkan dalaman. siapapun boleh consume. hp: 013 sembilan.6.lima.37enam7.sekian ;)

Wednesday, January 23, 2013

Cabaran kerjaya anda, update Ashraf & Ayra

Bila belajar. bila tiba-tiba ada cuti kebangsaan. Cuti thaipusam atau apa-apa cuti sahajalah. Saya rasa kalau orang yang bekerja akan rs suka bila cuti, sapa tak mahu cuti kan..Tapi bagi pelajar pascasiswazah mcm saya rs mcm oh minggu ini akan habis dgn cepatnya. Bila cuti, nurseri akan cuti, means kita pun kene cuti..oh keje tak siap lg. keje yang buat tido malam tak lena, mandi tak basah. Draf paper sepatah haram tak karang lagi. OMG sudah hampir penghujung januari. Tidak lama lagi akan ada coordination meeting. Meeting bersama researcher semua group, dari universiti lain. terus jd stress..Supervisor akan request progress...wuhu...tamat cerita pelajar.

Saya rasa org-org kerja memang lah dia sibuk. sbb dia kerja. Tp sibuk dgn tugasan harian kot. Tp buat research ni stress dia lain macam sikit. Saya pernah terbaca satu status di wall fesbuk seorang rakan. beliau seorang guru. lepas tu di status nya meremehkan tugasan pensyarah pada pendapat dia tugasan pensyarah ni rileks dan tidak sebeban cikgu..hellloooo...meskipun saya bukan pensyarah tp sy tahu tugas sebagai pensyarah tidak seremeh yang disangkakan..sebab saya tahu lah suami sy pun pensyarah...hidup sy setiap hari pun dikelilingi pensyarah..sy pun buat research juga walaupun tidak mengajar. Nmpak tak,,tugas hakiki pensyarah memanglah mengajar tp pensyarah ada bebanan yg sangat besar sesuai dengan kesarjanaan yang pensyarah tersebut ada. Sebenarnya bagi saya ialah setiap kerjaya itu lain cabarannya. Jadi janganlah nak meremehkan org. Hmm kalau nk ikutkan pensyarah ni tertindas haha kalau ikut sistem gaji nk berbanding cikgu. setiap tahun gaji cikgu naik. gaji pensyarah tak pernah naik-naik sejak 2007 kot. Kerajaan sayang benar kat cikgu ni..sebab apa ya? mungkin sbb Muhyiddin rajin membela cikgu....dan khalid nordin tidak laksanakan tugas dia dgn baik sebagai menteri KPT...hahahhahahahaha.......sekian.

 Anak saya Aishah Ayra Binti Mohamad Faizal sudah berusia setahun pada 16 Januari 2013. Saya bekalkan goodies buat kwn sekolah beliau. 10 org je termasuk beliau. Tahun ini sudah ramai rakan nurseri sudah pergi sekolah lain nampaknya. Ini termasuk Muhammad Ashraf, anak sulung beta. Ashraf pada tahun 2013 ini telah saya sekolahkan di SMART CALIPH (islamic montessori) dekat je jugak dgn rumah, kat sungai tangkas juga. Saya tgk sistem dia lebih teratur. Daripada taska dia dulu, cikgu selalu tak cukup pastu selalu missed Ashraf tak belajar, padahal dulu sy bayar yuran belajar, yuran buku, stationery bagai. tula sbb selalu berganti cikgu. Cikgu tak perasaan sy bayar muhammad ashraf utk masuk kelas belajar. Pengurus tak remind.

So sekolah baru ni dia fokus belajar, belajar solat, mengaji, belajar alif ba ta semua tu. byk aktiviti lah sebab cikgu pun fokus kat student je. sbb Smart caliph ni just amik anak berumur 2tahun setengah -6tahun. Takde baby kat sekolah. Makanan pun teratur sebab dia ade tukang masak luar, bukan cikgu sekolah sendiri yg masak bagai. oklah kan, semoga dia belajar sesuatu. Saya takdelah nak expect belajar tekun2 sampai xde ms nak main. dgn assigment bagai..no no no.. Biar dia enjoy childhood dia sambil belajar islamic value.

Sebelum hantar sekolah baru sebulan sebelum tu saya dh bagitahu Ashraf yang dia takkan g sekolah lama tu lagi, no cikgu siti, no cikgu azi, no more along, angah, nuha, hanis semua kwn lama tu (hmm tengok sekarang majoriti rupenye dh keluar dr sekolah tu, tinggal baby2 jer..hehhe),dan dia sgt suka dgn sekolah baru, kata dia 'mama abe dh xg skolah lama kan, abe gi skolah warna biru pulak' hmm sekolah dia skang warna biru dan pink sebnarnya;p he really likes his new school..tapi,,ade hari tu dia balik rumah nyanyi lagu 'I am 4 You..' Oh My.......................

Cik Aishah Ayra pulak dalam seminggu menghampiri usia setahun beliau sudah boleh berjalan. Saya sebagai ibu tersangatlah seronok tgk dia berjalan. dengan keinginan sendiri okey,, skang dh berjalan ke hulu ke hilir,, tp masih terkangkang kangkang. that's sweet. I luv you baby.

Love you kids
Sekian.


Friday, January 11, 2013

Sayangi suami anda

Sebagai ingatan kita bersama

Friday, January 04, 2013

Kisah makcik serta anak beliau

Alkisahnya makcik dah hampir ke penghujung semester pengajian untuk sem 1. Sekejap kan. Dan minggu depan adalah mendebarkan seposen dua sebab nak kene present proposal PhD makcik. Mcam proposal defense la ade evaluator bagai. Kalau dikira secara terperinci. mkcik register september. skang masuk awal januari 2013.baru 4 bulan makcik belajar sambil bermain2. eh sekejap dh dikira satu sem.

Lama la jugak dok pikir nk letak apa dlm slide presentation utk 20 minit tu. Bukan apa..nak buat slide dan nak present ,,kenela ada ilmu. Kene paham dulu baru boleh pahamkan org..ye dak..ha ha. sekian kisah student terlampau. ;p

Makcik sedang pening sebab tak mengepam susu hari ni... bengkak. hu hu..tak bawak pam sebab malas. Dahla setiap hari pikul beg laptop. kalau boleh nk meminimumkan bawa beg. So akan ada  hari yg malas bawak beg pam. Ampun...

 Mari kita skodeng cik adik comel lagi manis, buah hati makcik ni okeh.










Wednesday, December 12, 2012

Bercuti di Langkawi

Bercuti di Langkawi. ok. ni cerita basi. sy pegi ni 24-26Nov. lepas. Simpan gambar kat sini lah..tgk besok-besok..jgn jd mcm sy hilang beg dan hardisk di Bandung. dicuri oleh org tdk bertanggungjwb. byk jugak gmbar comel anak -anak sy yang sedang membesar itu hilang. 

Percutian ini dirancang dan ditempah sepenuhnya oleh encik suami saya. beliau mengajak famili abang beliau utk berlibur bersama. kami pergi berlapan termasuk anak-anak. anak saya dua. anak ipar dua org jugak. kos semua habis RM1500 perfamily (return ticket bersama anak, kos naik skyvan dr bangi ke lcct -apartment dll) tak termasuk beli barangan peribadi ms shopping kat pekan kuah. Ni kali kedua sy g langkawi. 1st time dulu masa bujang belum kahwin .pegi lawat ONL mase tu..











bersama famili ipar

sewa van pakej dgn apartment-drive sendiri


sewa apartment

sedikit rembatan kat pekan kuah



.


Thursday, December 06, 2012

Progress saya

sekian laporan..ha ha..

Saya sangat sibuk. bukan sibuk belajar tapi sibuk macam2..pegi langkawi la..pastu family dtg rumah..pastu sambung pulak keluarga mentua dtg umah..pastu bla..bla..minggu dpn famili dr segenap alam dtg lagi umah sbb ade majlis nikah sepupu kat serdang. So report progress saya jd begini..stress wey nk tulis report kat supervisor yg berada di new zealand tu. nasib baik dia kat new zealand 3 bulan..kalau beliau hantar emel kerap2 pun..kalau sy tak balas, dia mungkin tak dpt buat apa2..cuba kalau beliau di sini..harus setiap hari panggil jumpa kot. OMG. besok miting dgn co-sv. nk goreng apa ni..hu hu..(mode: harap miting batal) ;p

Tuesday, November 20, 2012

Sambung Belajar

Saya sedang sambung belajar. Ya register sebelum ke Bandung hari tu (september). Dalam 2 bulan lepas. PhD. Saya sambung dlm bidang yang saya minat. Tapi sebenarnya minat sahaja belum cukup. Perlu azam tekad yang kuat dan usaha yang gigih. Letih study sendiri. dan takde kwn nk gosip pasal projek(ha ha boleh..) Projek sy ni sebenarnya ada group. tp bayangkan semua ahli group adalah pak arab. hu hu..saya je yang paling comel lagi gigih;)

Projek yang saya buat ni kiranya saya bermula dari kosong. macam lagu najwa latif. Saya takde idea. sy perlu baca dan study perkara yang basic-basic. sbb once org bidang. sebut term tertentu sy bingung jap perlu catat dan kemudian pegi study. sampai begitu. Tapi saya akan berusaha gigih. Semoga saya berjaya. amin..

Saya suka belajar. Saya rs sy ni akan perlahan di awal trek.bila dh boleh catch up. sy akan jd laju. In Shaa Allah. Doa kan saya kawan2. sy selitkan gmbar konvokesyen ini sebagai pembakar semangat. termasuk semangat kwn2 yg masih belum sambung tu..he he.

The feeling is great~
Baru kuar dewan. Konvo MSc 2010 : Me, Fizah, Ct Aminah, Mawar
Alhamdulillah. Rs terharu dan lega.
Chaiyok!chaiyok!

Anak susuan




Dah lama kan tak menulis. saya sebenarnya bukan malas menulis atau bizi. Tp sy tahan diri dr menulis blog. eh..ha ha..sbb sy ni kalau menulis takut jd panjang.. (sbb once menulis, ade je mende smpingan g godek2 tgk mende shopping online,,blog walking..) ade-ada je kan..pastu burn masa saya yang tak berapa banyak tu (konon)  Itu sayalah..org lain mungkin tidak mcm saya. Baiklah sempena sudah sebulan tidak menulis mari update kisah seposen dua.

Minggu lepas Umar dtg lagi (anak susuan sy yg kedua). Umar sudah 5 bulan. dalam 5 bulan ni sy tak igt berapa kali dah sy bg susu utk dia. mungkin 6x kot. Umar tinggal di Putrajaya. Umar minum susu banyak. kalau xsilap saya dlm 28oz sehari. Ibu kandung Umar saya panggil Nor. Nor juga menyusu Umar. cuma kata Nor dia tdk dpt supply byk susu utk umar. katanya plg byk dlm15Oz sehari. Jadi susu saya akan top up keperluan Umar. Alhamdulillah. Last Umar datang seigt saya 3 minggu sebelumnya.

"Wah..timer kasih mama Sarah"- kata Umar comel (Umar duduk ditengah bersama Abg Ashraf dan Kakak Ayra)

Selalu asyik lupa snap gambar buat kenangan. kali ni nasib baik igt. 3 minggu sebelumnya dua kotak dpt bg kat umar. Rezeki Umar comel.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...