Thursday, August 02, 2012

Kehadiran Umar dalam hidup kami

Lately, sy jarang buat post terbaru. Sbb entahla kat rumah jarang bukak laptop skang ni..

Saya ada berita terbaru sebenarnya. Mengenai pertambahan ahli keluarga. Walaupun berita ni tidaklah baru sgt. rsnya secara rasmi pertambahan ahli keluarga ini maybe dua bulan lepas kot. Sebelum tu saya nk cerita sesuatu..Sebenarnya dr mlm td, sy berasa sesuatu..saya rasa ralat semacam je..sy terima berita sedih dua kali dlm minggu ni...beberapa hari lepas mengenai pemergian baby berusia 7 bulan nama Nur Liyana. Dan mlm td sy terima berita sedih sekali lagi diberitakan pemergian baby Imran berusia 6 bulan. Hati rasa sayu..kerana saya mcm rasa sy sepatutnya pernah menyumbang sesuatu buat dua bayi ini tp tidak kesampaian,

Beberapa bulan lepas...
Saya mengalami keadaan susah hati di mana deep freezer saya yg 200 L telah hampir penuh dgn EBM (expressed Breast Milk).. stok botol habis digunakan, dan ditambah dgn liner pula berkotak2..yg merisaukan sy ketika itu ialah stok bulan Februari pun berjalan mcm siput lantaran si Ayra yg hanya minum dlm 15 Oz sahaja sepanjang ditinggalkan ditaska sedangkan hasil pam sehari adalah 30 Oz (dua kali pam). Lepas subuh 10 Oz. di tmpat kerja sekali 20 oz. sedangkan usia EBM minimum dalam deep feezer adalah 6 bln.. can be a year..tp kalau stok tak gerak..susahla kan..supply over demand..tu pun sy dh usaha bg dia 12 Oz (1 liner) tu yg defrost. plus yg fresh sikit je ..tu pun kalau dia minum lebih 12 Oz kan..sian cik ayra minum susu lama..

Lalu sy ada menanya kengkawan termasuk jugak anak susuan saya yg dulu tu Muhammad Za'im (now 3 years old) kot2 nk minum susu lagi..tp kelakarnya dia ckp dgn nada tekejut kat ibu dia " Ibu, susu apa ni? xsedaplah.." ha ha..mentang2 dah terbiasa minum air kotak manis2 duthlady tu..ibu dia pun jawab "nila susu mama Sarah yg Za'im minum dulu"...besoknya Za'im tanya ibu dia kembali "ibu, mana susu mama Sarah..?,, ibu tak bwk balik ke.." :) ha ha..

Seorang teman sy, si Hana mencadangkan sy bg pada bb yg bernama Nur Liyana tersebut kerana bb tersebut sedang sakit dan menghadapai masalah jantung dan memerlukan susu ibu. ibunya tak cukup susu nk supply buat anakanda beliau..maybe sbb penat , stress sebagainya wallahua'lam..tambahan pula Dr tidak benarkan beliau direct feeding kerana Nurliayan akan terbeban menggunakan tenaga ketika BF jd disarankan hanya menyusukan secara botol atau mcm mana (tidak pasti). Dan ketika itu bayi itu berada di Johor. Sy masa tu dlm dua juga sbb satu bb tu jauh..satu lg takut pulak terputus hubungan,, sbb tak kenal kan..tp bila tiba satu hari tu ditakdirkan Nur liyana perlu menjalani beberapa siri pembedahan dan dipindahkan ke Hospital di Ampang, sy berbincang dgn encik suami utk mendermakan susu sy pada Nur liyana. Dan bila mahu menderma susu, ibunya pada mulanya mahu..dan ingin melihat kelengkapan peti yg ada di hospital tersebut. Tetapi tidak lama kemudian beliau menolak pula..mungkin kerana beliau sudah mula memberi susu formula pd nurliyana..dan berita pemergian Nur Liyana beberapa hari lepas begitu memberi kesan pada saya..rasa sedih dan sayu,,mengenangkan rupanya Nur Liyana sudah ditakdirkan menjd bidadari syurga..terasa mcm bagusnya kalau sy pernah mnjd ibu susuan beliau..

Kemudian satu hari tu sy poskan gambar hasil pam EBM di facebook KIM (Kumpulan Ibu Menyusu) EBM sy..tidak semena2 seorang junior sekolah lama sy pm sy di fesbuk dan mengajak sy menjd ibu susuan kepada Imran, Imran juga sakit dan berada ni HUSM kubang kerian Kelantan. Sy tak tahu secara detail ttg penyakit Imran tetapi dikhabarkan beliau memang sgt memerlukan susu ibu. Bdn Imran tidak dpt menerima susu formula.. Lalu dgn cepat sy menghubungi ibu Imran di fesbuk bertanya khabar mengenai kesihatan anak beliau dan menayatakan hasrat ingin memberi susu badan. menurut junior sy yg tinggal di Shah Alam itu, keluarga Imran sanggup dtg mengambil EBM dr Kelantan semata2 utk Imran..

Tetapi mungkin bukan ditakdirkan Imran jd anak sy bilamana ibu beliau mungkin tgh kusut kerana menjaga anak yg sakit , masa tu menolak pemberian sy dgn baik. katanya dia susah hendak tinggalkan Imran sekarang memandangkan sy ni tinggal di Bangi..dan memang sedih bila Imran telah pergi mengadap Ilahi mlm td mase org tgh menunggu masa utk berbuka puasa..

Berbalik pada td. bila ibu Imran menolak, terus sy join page facebook HUMAN MILK 4 HUMAN BABIES (malaysia punya) sbb ada juga page yg negara lain..bila masuk tu kan..masyaAllah, sy kagum rupenya kesedaran menyusu badan ni agak tinggi juga di kalangan masyarakat malaysia ni. yg mengagumkan ramai dr bangsa cina jugak dlm tu..di sana mencari anak susuan...di sini memerlukan ibu susuan ..di sinun mahu menderma susu sahaja..macam2..(ada jugala tersentuh hati mengenai bayi yg kematian ibu semasa melahirkannya,,tp by tersebut tinggal di Alor Setar memerlukan susu ibu...sedihkan..) sy pun mendaftar sbg ahli dan menyatakan tujuan 'mencari anak susuan' beberapa kriteria perlu dimasukkan seperti mahu bayi muslim dan sebagainya...dan tidak lama pun selepas itu... Di hari yang sama Saudari Nor menghubungi saya..Nor ni tinggal di Putrajaya, berhasrat utk memberi susu bdn pada bayinya yg berusia 19 hari ketika itu..kata Nor susu beliau tidak keluar byk disebabkn beliau mengambil ubat sekian2 ..mungkin ada sbb sakit tertentu barangkali. sy tidak pula bertanya lanjut..sy gembira..terus esoknya Nor meminta izin utk dtg mengambil EBM di rumah sy..Nor bersalin C-zer, jd dia wakilkan suaminya dtg cari rumah saya setelah diberi alamat....

Suami sy tolong susunkan EBM bersama suami Nor. Pd kali pertama beliau dtg, beliau telah bersiap siaga membawa tong polisterin dan siap isi ais bagai..ms tu hari bekerja..si suami nor ni baru balik dr ofis..oh terharu kan..ayah bb pun menyokong usaha menyusukan anak dgn susu ibu..terharu terharu..tp kali pertama dtg tu kan sambil sesi berkenalan..tak sempat nk snap gambar ke apa..

Selang xsmpai 2 minggu, ayah bb dtg lagi ambil stok EBM..ha yg ni sempt snap gmbar..

Yg plg atas tu bg susu fresh baru pam pd hari tersebut
  Org di atas ini adalah ayah kepada baby ini:
Little Umar. Anak ke-4 saya dan suami. Adik kepada Kakak Ayra. Alhamdulillah..
Cik Aishah Ayra yg telah bertukar status menjadi kakak yg comel ;p
Cik Ayra comel sedang meneroka sekeliling rumah..
Oh ya di hari pertama kali ayah umar dtg amik EBM, ibu Imran kembali menghubungi sy menyatakan hasrat untuk mendapatkn EBM. Mungkin sudah rezeki bb Umar. dan ditakdirkan Umar lah yg jd anak sy...sy memberitahu bahawa sy hanya mahu satu anak susuan sahaja dlm satu masa..sbb takut juga xdpt jaga hubungan bila ramai sgt..Tp pemergian Imran ptg semalam memberi kesan juga pada hati dan perasaan saya..huk huk..

Sekian. Selamat berpuasa..

Sunday, July 22, 2012

Ucapan Tahniah


Hoi. Makcik bedebar!
Eh tetiba teringat yg sepatutnya kene attend panggilan interbiu post programmer kat syarikat sekian-sekian kat kelana jaya. (eh makcik kene emel mintak maaf dgn org sana).
Makcik lupo..xpolah makcik berminat ucapan tahniah yg ini..uhuks

Roseola infartum

nk update cepat. ni cerita dua minggu lepas kot..kali pertama dlm hidup cik Aishah Ayra demam kan..(beberapa hari lagi nk masuk 6 bulan )memang sy tekejut lah bila sy menyusu dlm kul 3 pagi kot..sy rs bdn dia cam panas...pastu ckp kat encik suami..dia kata tak kot..menyedapkan hati-hati..mase tu pg isnin.. tghari tu kitorang bwk g klinik..dr just bg ubat demam. dan masuk seketul kat bontot dia.. mase tu panas dlm 38++ degree. mak risau la jugak bila dia tetiba demam ni..nasib baik xde selsema dan batuk..panas je..sian..

kami gilir2 cuti jaga cik ayra.. isnin sy cuti ,,selasa en suami lak cuti..erm alhamdulillah dua hri je..rabu dh sihat dah.. 

hari rabu dh elok kan.. g nurseri bagai..pastu tetiba hari kamis mase amik kt nurseri tetiba sy tgk ade semacam rashes kat muka dia..bila blk rumah ade la kat badan dia jugak..sy pun pegi mintak tilam kt nurseri utk basuh kot2 naik gatal ulat ke apa kan..(padahal tilam tu baru jugak beli dan tak mungkin lak ade tahi ulat) nk kata dia panas, kat bilik baby tu beraircond je..dan sy tgk ayra takde mcm gatal sbb dia tak kelihatan menggaru pun..so sy pun surf kat tenet.


risau kot2 denggi ke campak ke..hu hu..bila check..kedua2 tanda2 tu takde. sbb dia langsung tak demam gak..pastu terbaca la pasal ni. Entahla mcm mana kene..maybe sbb ptg tu sy kuar jenjalan pasaraya kot..kui kui..ROSEOLA INFARTUM. ia sejenis virus yang menyerang bb tecik dan tak merbahaya pun. Bahkan sakit ni tak bleh didiagnosis dgn tepat sbb once bb pulih dr demam panas, ia naik mcm rashes tp tidak gatal. kiranya bila ruam ni naik kira dh sembuh dr sakit ni..fasa akhir..

sedikit bacaan:

Make sure the child drinks plenty of fluids in the three days that the temperature lasts. The rash isn't particularly itchy.
Children can go back to childcare when their temperature has returned to normal.

Future prospects

The disease follows the course described above. There are no known complications, and it's a self-limiting condition. Catching it once gives lifelong immunity.

Can children be vaccinated against three-day-fever?

There's no vaccine against this disease.
Sekian.



Friday, July 06, 2012

D one steak, bangi- a review

Hari ni jumaat..blk umah je terus sy ajk cik abe mkn kt luar..boring mkn kt umah je..
Ada member bgtau yg mknan kt restoran D one steak tu sedap.walau kedai tu dh lama bukak kt Bangi ni..seksyen 8 rsnyakan..kt situ.. sy belum pernah mkn kt situ..
So sy yg mengidam nk mkn spageti ni orderla spageti tomyam mcm yg tulis dlm menu.. Cik abg pulak memang tekak melayu kan..dia cari jugak dlm menu tu nasik. Nasib baik adala nasi goreng kampung.
Xlama kemudian org kedai tu dtg bgtau yg spageti tomyam xready lg..so tukar kpd spageti bolognise. So rupa dia mcm ni

Rupa dia boleh tahan..
Selepas dh masuk mulut..uh.tidaklah sedap sgt..rs kuah nya manis..dan mcm ada rs samada hangit atau mungkin terlebih masuk apa tu 'basil leave atau leave yg lain2 tu..so sy bg 2setengah bintang.ha ha boleh?..(spageti secret recipe gak yg terbaik..tp almaklumla mkcik xmampu nk mkn kt situ selalu..hu hu) sy mmg suka makan n masak spageti tp xsuka sbb mkn sensorang pg petang siang mlm. Cik abe xmkn sepah-geti ni.



Si abe ashraf yg nakal




posted from Bloggeroid

Monday, June 25, 2012

5 bulan 10 hari

Berat terkini:7kg. Berat cik Ayra naik sudah makin perlahan..










posted from Bloggeroid

Pegi penang

Last week 5 hari g penang. En suami ada kursus kt usm. Last sy pegi penang betul2 setahun yg lalu..ms tu dua kali g penang selang 2 minggu rsnya..tp ms tu xberapa nk enjoy sbb tgh mabuk pregnantkan si ayra..xsentuh pun ns kndar bagai ms tu..
So bila dtg semula thn ni kami pegi semula kedai mkn best, 'Kapitan' ..di kapitan keling kt pulau..
sini mcm2 ada..dr ns kandar yg mcm2 nama tu smpai la pizza..tp pizza versi mamak..sedap..












Kami tido kt rumah mkcik di bertam perdana kepala batas.



posted from Bloggeroid

Friday, June 08, 2012

Adik ayra

Ini saya, Aishah Ayra:

















He he...
posted from Bloggeroid

Wednesday, June 06, 2012

Sekali lagi

Sempena 29 Mei 2012 lepas, genaplah usia perkahwinan kami 4 tahun. 
Tiada apa sambutan. Tiada hadiah. seperti biasa. Hanya ucapan dari hati yg tulus ikhlas. En.suami menghantar gmbar kartun kek di 'viber' pada mlm tersebut. 

Terasa ingin menangis kalau nak mendescribe betapa bahagianya saya selama perkahwinan ini. Saya hanya mahu ucap seperti ini:

“On this our anniversary, we may not have wealth, but we do have each other and that is worth more than anything in the world.”

Saya sangat bertuah berkahwin dgn beliau. Kalau nak tahu,,sebenarnya kebanyakan kerja rumah dan uruskan anak2 hatta memasak ppun diuruskan beliau,,encik suami..Kalau hari sy rajin sy masak, kalau x dia yg masak,,dia setiap hari akan tanya..nnt kita nk makan apa hari ni? kalau sy ckp sy xnk masak hari ni..beliau akan fikirkan nk masak apa..even kalau jemput keluarga dtg ke rumah, en.,suami akan offer diri nak masak..kalau yg ringan2lah..mee goreng ke..bihun goreng ke,,,nasik lemak ke..masak kari sardin pun boleh..sup pon boleh..kalau yg heavy2 dia mintak sy masakkan lah. dia pasti akan tolong sediakan bahan.

Setiap hari beliau yg mandikan anak-anak. mandi pagi sebelum hntar nurseri. sy just setup baju bajan dan susu2 ke dalam beg. dan encik suami jugak mandikan anak bila petang maghrib..hu hu..dan dia tak pernah komplen.dia memang jenis famili man. kalau anak berak atau muntah tgh2 jalan ms nk balik kampung/perjalanan jauh,, dia lah yg pergi mandikan dan basuh apa yg patut. hu hu..sy tukang sambut je..pakaikan baju anak...

Dan jugak,,kalau hujung minggu pegi kedai/pasar beli lauk pauk barang dapur..bila balik rumah, beliaulah yg cucikan ayam, udang, sotong, kalau daging en.suami potong siap2, bersihkan dan asingkan ke dalam bekas kecik2 (utk sekali masak) dan susun dlm peti..sy xperlu minta pun ..hu hu..sy masuk bilik salin bj, pastu menyusu anak dan tido...apekah..;> masa awl2 kahwin dulu dia tak reti nk cuci sotong,,sy ajar dia potong buang mata sotong begini begitu..skang dh terer dan sume beliau setelkan.. 

Teringat masa sy mengandung sarat hari tu,,sy sgt lapar dan letih..pastu encik suami tgh tidur..pastu sy marah dan tengking dia..smbil nangis..sy kata sy lapar tersngt..cepat2 dia bingkas bangun dan g masak kat dapur..pastu siap hidang kat meja..terasa mcm bersalah sgt sbb tengking dia kan..dah mintak ampun dah ..he he..
   
Bila sy bc kita artis yg berpisah pastu yg si lelaki tu dok ungkit2 pasal bayar bil bersalin isteri..komplen itu ini..apa kalau balik 4 bulan sekali boleh lagi berperasaan mcm diri sendiri adalah ayah yg bagus ambik tahu hal anak2 walau sibuk.. dgn hanya talipon dan sms tanya khabar,,.. sepatutnya ayah yg baik adalah ayah yg melibatkan diri dalam menguruskan keluarga..anak2..jaga makan minum lapar ke tak..suapkan anak,,fikir anak lapar ke..pastu kalau demam ke apa..ade disisi..bukan lah wang ringgit dan sekadar tanya kabar boleh didiskripsikan sebagai ayah yg baik..kasihan isteri ..

Sempena ulangtahun ini, sy doakan kami bahagia hingga ke syurga..amin. I love u, Encik Mohamad Faizal. Sy tak ada nk minta lebih2..cukuplah sekadar dia ada di sisi sy. Tak de hadiah pun xpe.Sbb sy tahu apa yg sy ada hari ini adalah lebih dr mencukupi...

Terima kasih cik abang cayang.

Wednesday, May 23, 2012

Aishah Ayra 4 bulan++

Description.
Ayra..kengkadang kitorang panggil dia 'adik mek' (ha ha tak glemer okeh..ni semua sbb terbiasa sebut abg ashraf sbg 'abe awe'). Adik mek kami sgt comel (pada mata mama abah dia lah..he he..)

Adik mek seorang yg serius.. mungkin wajahnya nampak serius kalau dia dlm keadaan biasa sbb pipi dia mcm melabuh..

Dilahirkan pada 16 Jan.2012..so umur skang dah 4 bulan ++. berat terkini :6.6kg

Beliau bertubuh kecil molek saja..cuma badan dia nmpak berketul la jugak sikit..

Sebenarnya adik mek ayra ni tidak seputih abgnya..hiks..tp beliau lebih comel dr abgnya (ha ha boleh?)
Sy rasa kulit dia lg lasak berbanding abgnya..
Tak percaya bila sy kata dia lg comel? sila lihat..
Mama kata nk bg sy adik gegel pulak kat sy..: D

Baru2 ni sy menang 'pertandingan bayi sihat' dpt no.2 di acara sukan tahunan sekolah  sy
sy tgh tido..
Weight scale ni mama order khas dr luar tau utk timbang sy..kat mesia ni  payah nk cari..kalau ada pun kata mama ada kat alibaba.com je
sekian. 

Monday, May 21, 2012

Perkembangan terkini

Ouch..lama sgt tidak menulis..bukan sbb xde cerita tp malas dan kurang masa..ha..ha ..sibuk betul bunyi nyer walau hakikatnya dok rumah je..eh dok rumah byk keje tau..nama dok rumah tp tuannya g merayau..bukan merayau sebarangan byk mende sgt nk kene setel,,dengan sikap pelik bakal supervisor memacam..peliklah..isyk..isyk..eh igt senang ke nk dpt student local sambung belajar..foreigner yg byk melambak tahu?!! bukan semua geran boleh byr foreigner. Dan bila ada org local mahu sambung belajar patutnye patutnye patutnye.. (sila abiskan ayat..) mungkin beliau pensyarah baru..beliau tidak tahu betapa pensyarah lain mengejar saya (bukan bajet hot stuff tp mcm sy ckp td bukan mudah nk dpt student smbung PhD tahu..?) atau beliau masih marah saya? :p sedangkan ex-supervisor sy setiap hari bertanya bila nk sambung..dan beberapa pensyarah lain setiap hari suggest beberapa idea baru utk dijadikan modal belajar PhD..Sekian cerita PhD.

Perkembangan terkini saya: Tiada apa yg menarik.berat terkini :46kg..ha ha memang kurus. dulu sebelum kahwin, berat saya maintain 50~. Sy tak suka kurus. Tiada cara lagi dpt jadi gemuk melainkan mengandung lagi:> bila mengandung bolehla jd 60++kg. Bila lepas bersalin menyusu-menyusu-menyusu..berat pun susut..utk mengelakkan kehilangan kalsium sy makan ostematrix setiap hari tp stok dh habis, nk beli baru (Sape nk beli, ostematrix bagitau saya ;) Dulu umi sy ahli..bertahun saya guna keahlian umi saja..skang sy sendiri sajolah jd ahli..tolong umi sy jugak..

Muhammad Ashraf kan sukaaaaa sgt main game kat henfon..biasalah kan budak2..dulu masa henfon xberapa nk canggih xkisah sgt dia main..cuma jd nk marah bila bateri cepat abis..pastu ade kejadian di mana entah hape dia donlod kat henfon encik suami..tetiba bil talipon jd RM125..selalu standard kitorang suami isteri (lain2 bil) dalam rm70 gitu..pastu jugak tiap kali auntie dia dtg sibuk nak main angry bird kat henfon..siap silap tekan setting hape mende..takut rosak henfon org xpasai2..smpai kan kalau nk minta tolong dia buat apa2 kene janji bg upah main game baru nk buat..adeh..

Tambah2 bila mama dan abah dah pakai hp ade android canggih manggih ni lagi la tak suka dia dok main2 tu kan..kang tetiba donlod mende haramjadah ape pulak kan..lalu abah dia pon belikan dia mende alah ni..
Gambo terbalik laks..(okey.ini PSP)
elok2 snap ultraman tgh lawan raksasa..feveret ashraf ni..
Adik Ayra pon join sekaki..yg kelakarnya kengkadang Ayra sibuk cengkam tgn abg ashraf jugak..mcm berebut gamoknye
Sekian buat masa ni..lmbat sgt load gambar.he he..

Monday, April 23, 2012

Demam bengkak susu (mastitis) & tanderm nursing

Dlm minggu lepas sy demam bengkak susu lagi..ini kali ketiga jadi (sejak bersalin anak kedua)...1 st masa dlm pantang...sbb kurang pam susu masa balik kg hari tu...in January

pastu dlm februari bila dh balik bangi...semangatla pam susu , 4 botol x 5 Oz sehari..pastu bila mcm melambak susu dlm freezer..terus perasaan malas menjelma kembali..asal bengkak susu je panggil Ashraf (anak sulung beta ituw)..tp ye lah bila tak pump ni walau ashraf minum jugak bersama adik Ayra..dia mcm ade rase xpuas..masih ade air susu dlm B..sbb tu la ade duktus tersumbat/bertakung air susu..so kene sekali lg demam teruk menggigil mase penghujung march hari tu..selalu kalau demam mastitis, malam tu je sy teruk sikit..terasa sejuk menggigil smpai ke tulang..esoknya dh ok..tp breast la sakit...taumla 10x kali sehari ngn batu tungku..bg susu kuar dan lancar aliran susu yg tersumbat... pastu start rutin ngepam semula bila berlaku kejadian ni..pastu leka balik malas pam..sampai bulan 4 ni buleh kira ngn jari hari apa je pam..pastu kene lagi sekali bengkak susu..mula2 sakit belah kiri je..esoknya belah kanan lak...haru...demam la jadinya..oh sy tobat dah xnk malas2...takut hu hu..sy dah berikrar..tambah2 bila dgr pasal breast abscess? (kene operate tebuk bagai...) Ya Allah mintah jauh..ngeri rasa...mcm buleh rase dr cerita kak umie yg penah dua kali kene tebuk ni kes bengkak susu...

ya saya masih menyusu ashraf..tanderm nursing..kene sabar sikit..walau kengkadang geram jugak sbb lebih dr adik dia..yg bangun sekali je malam menyusu, tp abgnya bangun dua kali okeh malam2 ..tu yg kengkadang jd marah ni..lebih2 pulak..tak bagi kan dia nagis kat tepi katil..sudahnya memang terganggula tidur mlm sy sikit..hu hu..

sy ada wat research kat intenet mencari apa benefit kalau menyusu toddler ni..dah nak masuk 2 tahun 9 bulan dah umur muhammad ashraf..nk wean off hati rs berat jugak sebnarnya...tp memang baik sgt benefitnya menyusukan anak meskipun dah berapa usia beliau...kerana pakar kanak-kanak kata, kanak2 bereastfeed ni masih mandapat kelebihan dr segi antibodi tak kiralah berapa umur anak menyusu tersebut..lihat salah satu contoh website, dan ini dan beberapa lg website lain yg pernah sy terjah dulu..

Ok. Sy tidak mahu memaksa Muhammad Ashraf berenti menyusu..ikut suka dia lah nk berenti bila..walaupun kengkadang org2 disekeliling mcm lain pandangan mereka terhadap budak besar ini..tanak berenti nyusu kelihatan mcm selfish (tak bg peluang kat adik) tapi hakikatnya sy sebagai maknya yg tidak mahu melepaskan beliau..hu hu..lgpun muhammad ashraf sayang kat adik dia..kadang2 dia tolong adik mneyusu....'mama tu terlepas..' katanya (bila nenen terlepas dr mulut adik)

Potret Anak-anak:





Love u both.

Monday, April 16, 2012

3 months old

Masuk 3 bln pd 16april2012






posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...