Thursday, June 18, 2015

Jahit Beg sandang-wordless tutorial

haha. beg ni sy jahit dah lama sgt. skarang baru teringat sy ada beg ni. dh hampir lupa. rsnya ada kot 7 bulan yg lalu. mungkin. redha je lah dgn wordless tutorial ni. kah kah. ni beg pertama sy. xberapa ada masa nk lakukan hobi hobi ni. bln puasa ni dgn baby kecik.. tak berterawikh sy. huhu..nk solat kt umah pun sukar. nk masak pun xberapa nk feel. dgn die berak nye.. nk menuyusu nya.. takpe lah..pahala juga jaga anak ni..target utama saya dpt khatam quran lagi ramadhan ni. inshaAllah amin.


































Tuesday, June 09, 2015

EBM untuk Aish

Ini adalah gambar bekalan harian muhammad Aish ke taska. Umur Aish sudah mencecah 8 bulan. 3 botol air susu ibu yg fresh bersama bubur nasik home made dan juga puri buah utk santapan petang.
Bekalan harian. 3 botol susu, 1 bekas bubur nasi dan 1 blended fruit 
actually. dah lama sy berenti mengepam di tmpat kije .
ini stok dalam areabulan jan 2015
Susu -susu ni adalah susu zaman muhammad aish kecik kecik (skang pun kecik jugak) cuma nk beritahunya dah lama saya tak pam buat stok. sy dh berjaya kurangkan sesi mengepam. so sjk beberapa bulan lepas lepas lepas..sy dah tak buat stok. sy hanya pam fresh ebm utk Aish pada waktu lepas subuh utk bekalan hari tersebut. setiap hari itulah rutin harian. Dan pada kali ini saya bernekad tidak ambil anak susuan lagi. sy kurangkan sesi pam. mula-mula sukar juga. balik dr kijer je breast bengkak sgt rs mcm nak pengsan, terus berlari ambil pam dan pam susu laju laju...lama kelamaan kerja mengepam boleh ditangguhkan ke waktu mlm sebelum tidur sebab waktu susu penuh dah semakin lewat sbb nk kurangkan sesi ngepam kekdahnya.

Bukanlah menyombong ke apa.. seksa bila susu terlebih byk.. masa dulu2 anak seblum ni. ..boleh dikatakan setiap bulan sy demam mastitis(bengkak susu) teruk sgt..sakit urat semua.. berlarutan sehingga usia ank setahun lebih br boleh control slowkan pengeluaran susu. kali ni dah tak begitu. ..
stok susu yg overallnya 13-14 oz each plastic ni dan lama memerap dlm deep freezer ni.

deep freezer tak muat. ada jugak termasuk peti yg ini.susun elok elok sikit.

Susu dlm deep freezer ni. susu thn lepas (sept-dec) ..hoho 
Dengan harapan bila tak usik bukak tutp pintu deep freezer ni susu susu ni boleh bertukar jd mutiara. ahahahhaahha..Entah apa kabar susu dlm tu. Saya harap Ayra, kakak muhammad aish boleh minum semua susu-susu ni.

Monday, May 25, 2015

Pemergian Atuk

Tribute to Atuk (iaitu ayah kepada umi)

Gambar dirakam pada Mac 2014 dihari perkahwinan cucu atuk, Hidayah
Sehingga 16 Mei 2015, saya masih ada ke empat empat atuk dan nenek sebelah ayah dan umi. 
Namun Pada 17 Mei 2015 8.50 mlm, Atuk pergi meninggalkan kami semua. Sangat terasa dgn pemergian atuk.. Atuk menghembuskan nafas terakhir ketika pertama kali Dr mula menjalankan homodialisis pada atuk kerana ingin mencuci darah di HUSM sedangkan hari sebelumnya atuk sudah agak sihat dan bersedia utk pulang ke rumah setelah 10 hari berada di hospital, masalah kekurangan oksigen dlm paru2, ada gelembung udara dlm paru2 dll.Dengan usia yang semakin tua, pelbagai masalah kesihatan muncul kerana badan sudah tdk berapa mampu untuk berfungsi dgn lebih baik seperti ketika muda.

Figura Atuk adalah paling menonjol dikalangan semua atok nenek saya..
Atok seorang yang berwawasan tinggi dan berjiwa besar,
kadang2 terlihat seperti seorang pengatur keluarga, anak-anak atuk (adik beradik umi )semua berpelajaran tinggi. Ada Doktor perubatan, ada jurutera, ada guru , pensyarah. meski pada thn 70 an dulu atuk hanya seorang kerani. tp atuk seorang berpengetahuan sgt luas mengenai bermcm perkara terutama berkaitan pendidikan. masih ku igt zaman sy kecik2 dulu bhn bacaan atuk semua adalah berbahasa inggeris. atuk seorang yg sgt bersemangat dn mementingkan kejayaan dlm setiap perkara.
Umi saya meskipun seorang guru sekolah menengah, tapi umi lulusan dari US (United states). dulu umi duduk di Carbondale. bertemu jodoh dgn ayah yang juga senior umi di sana. mereke berkahwin ketika sedang sambung ijazah. Saya pernah tinggal di sana semasa kecil. malah adik kedua saya, iaitu Adam dilahirkan di sana, US. Pakcik saya, Prof Kamal Nasharuddin, iaitu abang kepada umi, pada 5 Mei 2015 baru baru ini telah dilantik sebagai Vice Canselor Uniten, sebelum ini beliau adalah TNC akademik di Uniten. Atok sangat bangga dgn kejayaan pakcik yg ku panggil Ayah Syam ini..

Sebab atuk sgt mementingkan pendidikan. Bukan setakat anak2, tahap pendidikan dan juga halatuju kerjaya cucu-cucu seramai 26 org ni juga ada campurtangan atuk...atok mengatur cucu atok ada sebagai doktor perubatan, cucu yang itu arkitek..pharmacist sebagainya..
kami sebagai anak cucu ni kengkadang timbul rs semacam perlumbaan. untuk membuat atuk bangga dgn kejayaan kami. benar, kejayaan itu bukanlah diukur dari sudut dunia semata, juga untuk bekalan di akhirat. dikalangan cucu atok,semua watak ada. yg membuatkan atuk bangga. meski bekerja sebagai pegawai di aliran biasa tp ada kalangan cucu atuk yg al hafiz. seperti yg atuk terapkan dalam diri setiap dari kami sjk kanak2. yang ditugaskan mengimam solat dan doa di majlis2 atuk. Sy sedih teringat pada arwah atuk. sebelum ni sy malu dgn atuk, sy tak tahu sy mampu atau tidak menggenggam PhD. sekarang atuk sudah tak ada. ...terasa seperti semangat saya telah dibawa pergi..

Sarah rindu Atuk. Semoga Allah tempatkan Atuk dikalangan org yg beriman. Atuk adalah figure yang penting dalam hidup saya sebagai cucu kedua dari 26 cucu. Pada umur 82, atuk sempat melihat 16 org cicit. Semoga kita bertemu semula di Syurga, Ya Allah ampunkan lah dosa dosa kami. dosa-dosa atuk ,dosa diriku. Semoga hambamu ini meninggal dalam keadaan beriman kepadaMu. Dijauhkan dari azab kubur, dipermudahkan urusan di padang masyar dan di titian sirat. Semoga kami dapat memasuki syurgamu, Amin ya rabbal alamin..




I love you Atuk, La ila ha illallah dan alfatihah utk Atuk.

Wednesday, April 15, 2015

Catatan saya pada hari rabu

Petang hari ini adalah hari appointment saya dgn supervisor. appointment yang diatur minggu lepas. perasaan setelah jumpa supervisor adalah mahu berehat seminggu. hahahhaha. balik je dr bilik supervisor kat bangunan FKAB itu terus call soulmate saya (a.k.a inicik suami) turun ke kafe sekejap, pekena air tin sarsi A&W bersama roti seketul. sambil mengadu mengenai perbincangn dgn supervisor. begitulah tugas soulmate, teman utk berbincang segala kegundahan dan kegembiraan hati. haha..incik suami beritahu tdk boleh lama kerana dia sedang buat kerja lab..ada guna alatan lab yg tdk boleh ditinggal lama-lama..mungkin akan hangus rentung atau meletup bangunan barangkali (ok itu andaian saya sahaja..hehe) kami suami isteri berstatus pelajar di fakulti sama. huhu..

Hidup sebagai pelajar ni cabarannya dia,. lain org lain yang ditempuhi.. betul kadang2 kita sgt bermotivasi..dan ada waktu kita sgt down, stress dan seumpamanya...Kadang2 bila waktu buntu,, mula sedih dan berfikir mcm-mcm..rs mcm tak ada supervisor, tak ada kawan.. tdk ada org yg benar2 faham masalah yg kita alami.. feeling isolated atau kata bijak pandai doing phd is like doing a lonely business.. mahu buat simulation begitu begini tp ada tersekat atau stuck di satu perkara,,,yg kadang2 meleret2 hingga seminggu, dua minggu , sebulan...satu semester..hahaha... dan berusaha nk tulis paper tp tetiba terbuntu disitu tak tahu patut evaluate guna metric yg mcm mana..cam harem..(ops..hahaha)..tetiba pikir..apa aku buat ni. omg. tetiba tinggalkan yg itu dan cuba bljr software baru..kot2 boleh jd best mcm ninjago..(eh)

Kengkadang bila mcm nk cari kekuatan tu kan, sy pun baca pengalaman org yg dah dpt phd yg dikongsi dlm blog atau facebook page student masters &phd..terus boleh termenangis berkali kali baca pahit ranjau org nk dpt phd (over sangat)..rasa mcm hati berkata "i heart you .., i feel you.." konon. kah kah. kadang kadang juga masa hati mcm sebak2 sedih, whatsapp umi mintak tolong doa permudahkan (haha) ..terus umi reply "takde bende mudah kat dunia ni, sarah.." haha terus malu dgn diri sendiri. terus bukak topik sembang pasal lain. ;p  Phd je kot.. patut malu bila tak hafal penuh surah al Kahfi. atau tak khatam quran berkali kali. atau tak tahajud setiap hari...huhuhu 

Ok lepas jumpa supervisor, kesimpulannya, mahu berehat dulu..sekurang2nya hari ni..hahahahah..dah beberapa mlm tidur lewat..kul3-kul4 pagi kot.tu pun sbb Muhammad Aish bangun nangis nak menyusu..mama masuk menyusu,, tup tup terlena smpai ke subuh. dgn kertas jurnal berselerak kat luar..dgn laptop tidk simpan dgn proper. omg

Saya berharap impian saya tercapai. mahu mendalami ilmu ini. Semoga Allah mudahkan. Hasil dari jumpa supervisor,, beliau cadangkan sy beralih sedikit tajuk,, yg lain sedikit dr asal..aaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Semoga saya dapat momentum yg berdentum dentum yang kekal yg dapat accelerate studying process saya. Sebenarnya cita cita sy nak jadi surirumah yg hantar dan amik anak dari sekolah sendiri. tp surirumah yg dot dot dot. haha. ok tahun ni adalah tahun ke10 ulangtahun sy grad degree saya. harap jgn ada sesapa ajak buat reunion. hahahha

Sekian.
Begini cara supervisor melihat diri anda.
mungkin dia berkata "awk adalah student paling ayam pernah sy kenal". (omg)

Tuesday, March 31, 2015

AWK script for me

Ini script utk kira performance metric seperti berikut

AWK Script for calculating the Send, Received, Dropped Packets, Received Packets, Packet Delivery Ratio and Average end to End Delay


    BEGIN {
seqno = -1; 
droppedPackets = 0;
receivedPackets = 0;
count = 0;
}
{
#packet delivery ratio
if($4 == "AGT" && $1 == "s" && seqno < $6) {
seqno = $6;
} else if(($4 == "AGT") && ($1 == "r")) {
receivedPackets++;
} else if ($1 == "D" && $7 == "tcp" && $8 > 512){
droppedPackets++; 
}
#end-to-end delay
if($4 == "AGT" && $1 == "s") {
start_time[$6] = $2;
} else if(($7 == "tcp") && ($1 == "r")) {
end_time[$6] = $2;
} else if($1 == "D" && $7 == "tcp") {
end_time[$6] = -1;
}
}  
END { 
for(i=0; i<=seqno; i++) {
if(end_time[i] > 0) {
delay[i] = end_time[i] - start_time[i];
count++;
}
else
{
delay[i] = -1;
}
}
for(i=0; i<count; i++) {
if(delay[i] > 0) {
n_to_n_delay = n_to_n_delay + delay[i];
} 
}
n_to_n_delay = n_to_n_delay/count;
print "\n";
print "GeneratedPackets = " seqno+1;
print "ReceivedPackets = " receivedPackets;
print "Packet Delivery Ratio = " receivedPackets/(seqno+1)*100
"%";
print "Total Dropped Packets = " droppedPackets;
print "Average End-to-End Delay = " n_to_n_delay * 1000 " ms";
print "\n";
}

source: http://stackoverflow.com

Monday, March 02, 2015

Hias meja makan dan ruang tamu

Di saat menginstall sesuatu di komputer ini, timbul rasa nak update incik blog. hihi..proses hias dan ubahsuaian meja makan dan ruang tamu ni bukanlah dilakukan secara tiba-tiba tapi berdikit2 sahaja. ini berlaku semasa sy sedang menuggu untuk bersalin hari tu. Rajin pulak menjahit sarung kerusi kat meja makan ni. Tp jahit bahagian sandar je..haha malas jahit lapik duduk. nnt lagi lama nk siap (memang jenis tak sabar..;p)..

Haha ni gambo tak buang word paris ;)


Pandangan dari dapur.Tak letak karpet bawah meja sbb senang nak sapu bila anak makan makanan jatuh2 bawah meja, atas kerusi apatah lagi atas meja. Memang begitu cara anak-anak sedang membesar makan. ..hahaha



Di bawah ini pula saya dh tukarkan sarung sofa ini..huhu..asalnya sy cuba jahit ...susah giler..;p pastu give up terus g tempah. memang mahal sikit..tp takpelah 5 tahun sekali tukar ..hahahah...kain bunga tu sy beli dari tempat lain,apa tuh nama tu...elyza...sy bg kain elyza ni kat org yg jahit sarung sofa ni. dia dtg ukur. pastu sy pilih pulak kain utk body dia..sy amik kaler coklat cair...sbb fikir kot2 tahun akan dtg terasa nk tukar lagi,,tukar yg bahagian kaler bunga je..yg body tu boleh pakai lagi..:p . nipun terpkasa amik bunga kaler purple lagi memandangkan langsir dh kaler purple..takkan nk tukar langsir sekali plak. cost tu..memang langsir buleh jahit sendiri tp nk beli kain tu bukan beli dgn air liur..hehhehe..so kita maintainkan langsir tersebut.

Sarung kerusi telah bertukar

Ruang tamu memang kosong sekosongnya.. anak2 suka berlari-lari..tambah-tambah bila sepupu sepapat dia dtg memang berlari berkejaran di sini. sy biarkan begini sahaja. Besok-besok bila rajin, boleh taruk wallpaper kat dinding..hahaha..nk beli meja konsul bagai pun tangguh je..belum rasa penting ;p 



Actually ruang sebelah tangga ni adalah port tmpat simpan dan sepah mainan budak2 ni. lupa nk amik gambar..situ belum keluar keinginan untk membeli barang utk deco. hajat dihati nk beli karpet yg mcm rerumput tu sambil letak meja kopi/ kerusi panjang utk lepak2 . tp malas beli lagi. belum rasa penting. plus duit takdelah berkoyan koyan. kah kah. sy ni jenis yang ..kalau sy betul2 nakkan sesuatu sy akan terus g beli ,,sbb taknak nnt asyik pikir smpai takleh tido mlm. kalau sy belum beli tu maknanya sy belum rs betul-betul mahu. ;p



sekian.

Monday, February 23, 2015

Cara untuk adjust footer dlm MsWord

Pernahkah anda mengalami masalah ini. So ini catatan saya. Saya akan bagitahu cara untuk adjust footer (atau ubah page number setiap page) kadang kadang ia menjadi masalah besar dan tak boleh selesai dgn hanya adjust kat insert numbering biasa, terutama article/paper yang ditulis pada ready template yang ada header dan footer. Seharian pun tak habis kalau tak tahu cara yang betul, tak pasal2 tergendala kerja lain. 

Untuk selesai masalah ni, pertama sekali, klik kat hujung ayat di page.  Contoh: (lihat kusor).



Kemudian pergi pada tab Page layout-> breaks->Section Breaks->Next page
Kemudian klik pada footer. Pastikan dihujung belah kanan tidak ditulis ‘same as previous’

ada word "same as previous'
Jika ada, tgk pada tab File ,matikan ‘link to previous’ (bila tak kuning tu maksudnya dia mati/delete) dia akan tanya di pop up menu. Klik saja yes

Lihat, ia sudah clear

Kemudian barulah boleh ubah page number di bawah tu.. jika tak buat ni,, dia akan repeat /auto tukar nombor kita adjust di semua page..tak dpt nk buat continue from previous pun..even nampak mcm remeh tp ia memang menyebalkan ..hisy


hmm. harap membantu sapa-sapa yang hadapi masalah ni. 
sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...