Wednesday, June 23, 2010

Update

1. Berkenaan piala dunia. Sy sibuk dgn jadual pengumpulan mata setiap pasukan selepas setiap kali perlawanan. Lepas satu perlawanan, sy isi, dan pastu sekejap2 tilik, pastu tilik lagi..dan tampal kat dinding rumah. hai kalau tak kuat iman, agaknya dah jadi kaki judi, berkira2 sape akan menang, kalau yg tu menang, ape nasib yg ni..ha ha haha..teruk betul..cik abang sy tak layan sgt bola..sy yg lebih2 ajar die, cara kiraan dan susunan team2 yang kemungkinan bertemu..dan sy siap bangun pagi sbb tak nak miss certain match mcm yang libatkan brazil, atau pun penentuan jerman lawan Ghana! mendebarkan u ols..yelah..melihatkan jerman yg pernah kalah ngn serbia pastu dgn kedudukan Ghana dgn kelebihan 4 mata berbanding jerman hanya 3 awalnya...hai mcm musim pilihanraya pun ada..kalau pilihanraya nk tahu bilangan kerusi parlimen yg menang dalam satu2 negeri (bedebarla kan nk tahu sape yg akan memerintah negeri kan) ceh..

2. Setakat ni Brazil memang konfem dah masuk pusingan kedua (mestilah) mana pernah brazil tak lepas peringkat kumpulan. rekod tanpa kalah bg dua perlawanan dah kumpul 6 mata..so automatik layak sbb team lain mcm portugal 4 mata, ivory coast 1 dan korea utara 0. kalau korea utara menang ke atas icoast pun leh dpt 3 mata. kalau icost menang lak dapt 4 mata je..kalau draw lagilah.. utk pertemuan portugal lawan brazil mlm esok dh tak kisah..sbb dua pasukan ni dh konfem layak ke pusingan kedua. portugal meskipun kalau kalah ngn brazil dan katakan icoast menang atas korea utara. kedua2 pasukan ni akan berkongsi 4 mata tapi portugal dah ade kelebihan jaringan gol yg byk berbanding icoast. Kaka (pemain terbest brazil bagi sayalah) tak boleh turun dalam perlawanan menentang portugal sbb dapat kad merah dalam perlawanan lepas mase menentang icoast, memang rase rugi jugak tp mungkin kelebihan juga sbb dpt simpan dulu Kaka untuk next match (maybe chile, spain, atau switzerland) dari kumpulan H. Sungguh mendebarkan!

3. Pada pendapat saya team yg benar2 nmpak gagah sekarang adalah Argentina dengn corak permainan dan jugak rekod tanpa kalah lagi setakat ni. Tp sy tetap peminat Skuad Samba desu..

4. Kisah bil elektrik di rumah saya. Dulu kami selalu dpt free tak payar sbb bil di bawah RM20. Tp sy perasan sejak sy balik ke sini selepas berpantang hari tu tiada lagi free..bermula dgn kene RM22..hu hu mungkin sejak kami memiliki microwave panasonic itu..daripada rm22 semakin meningkat sehingga mencapai rm37..mungkin sbb bila ade anak ni lebih sikit pakai..tp overall masih lagi sikit berbanding kalau duduk rumah sndiri yang besar, biasanya mesti lebih..(maklumla nnt kalau umah sendiri, nk pasang aircond kat ruang tamu yg berkapasiti bla bla.., pasang intenet streamyx bla bla..)..

5. Muhammad Ashraf seperti biasa sangat nakal (kalau org tak penah duduk ngn dia takkan tahu the true colour of muhammad Ashraf)..suka mengemas umah yg dah tak terlarat nk simpan lagi..nasib baik umah kecik dan takde sape nk dtg bertandang (kalau tak malu la i bersepah bagai)..org kemas, die pegi kemas balik..kabinet2 dan barang atas meja tak larat nk susun cantik2..sbb akan muhammad Ashraf memang pasti akan tolong mama kemaskan. Buka kabinet dan kuarkan sume barang, buka beg kuarkan sumer isi beg..terbalikkan isibakul smpah dan sebagainya..(layan je gmbar2 ni, abaikan pemandangn latar yg tak berapa nk cantek tu)..kuali buruk yg dah tak pakai kat bawah sinki pun digodeknye...



2 comments:

Mawar said...

cutenyaaa ashraf ni,..:)

sisanizu said...

he he..walaupun penat nk mengutip dia, tp sonot tgk dia aktif..kalau dia xsihat dan xaktif,rs sedih pulak..nk suruh dia pegi la main sepahkan ape pun..janji sihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...