Sunday, May 08, 2011

Sambutan Hari Ibu dan Penyusuan susu Ibu


Pertama sekali nak ucap selamat hari ibu pada semua ibu. Bergelar seorang ibu memang anugerah dari Allah yg tidak ternilai dgn harta. Lahirnya seorang bayi terasa hidup ini begitu bahagia. Tidak tahulah mcm mana ade ibu yg snggup buang anak tu kan..memang pelik dan ajaibla kan, ia seperti melawan fitrah, Namun sy percaya jika ade ibu yg sanggup buat begitu, pasti ade sesal yg tidak tertanggung dalam jiwanya selama hayatnya.

Anak ini juga merupakan satu amanah. Selain daripada tanggungjwb membesarkan anak dgn ilmu agama, perkara pertama adalah memberi asas yg baik iaitu memberi minum susu ibu sejak dari hari pertama anak kita lahir. Peranan ibu untuk menyusukan anak-anak dengan baik telah pun disentuh oleh al-Qur’an melalui ayat yang bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun penuh, ..".

Justeru, menyusukan anak-anak adalah salah satu bentuk kewajiban yang diperintahkan agama. Penyusuan yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut adalah merujuk air susu ibu dan bukan dengan selainnya seperti dengan susu haiwan (atau susu formula). Dalam lanjutan ayat Al-Quran yang sama turut menyatakan kalau kita tak mampu susukan anak dgn susu ibu, kita boleh minta org lain susukan anak kita dgn memberi upah tertentu. Sekarang kesedaran sudah semakin tinggi di kalangan ibu-ibu tentang kepentingan penyusuan ibu. Bagi bakal2 ibu atau yg sudah bergelar ibu kepada beberapa org anak tetapi masih belum mempunyai kesedaran tetang kepentingan penyusuan ibu, boleh tanyakan pada yg berpengalaman atau boleh layari beberapa laman web popular seperti susuibu.com yang berbincang tentang pelbagai perkara berkaitan penyusuan ibu, tentang penyimpanan stok susu perahan bagi ibu bekerja dan sebagainya. Hanya perlu google dan jgn begitu kolot mengkondem pejuang2 susu ibu, okeh. Banyak kelebihan susu ibu ni dr segi perkembangan intelek bayi, sistem antibodi dan sebagainya. Ini juga fitrah. Penyusuan susu ibu juga merupakan sebuah bukti dan lambang kasih-sayang yang agung bagi permulaan sebuah kehidupan manusia.

Gambar hiasan: saya dan anakanda ;p

Okey, sy sgt bahagia menikmati saat menyusukan anak sy. .Bg ibu-ibu yg memilih utk tidak menyusukan, sy rase sedih bg pihak si bayi comel itu..Semasa menyusu, percaya atau tidak, mase tu terasa yg takde sape yang boleh pisahkan ikatan kasih syg yg Allah beri antara dua insan ni... Tak percaya? Sila lihat gaya budak ini semasa menyusu:

Bermain2 dgn mama
Sekian,renungan dan ingatan. Saya juga igin ucapkan selamat hari Ibu buat insan paling istimewa di hati saya iaitu Umi saya yg telah melahirkan, menyusukan, memberi makan pakai, memberi ilmu, dan didikan. Tiada yg setanding jasanya. Begitu juga kepada ibu mentua saya yg panggil Ma, kerana melahirkan dan membesarkan suami sy:p

Selamat Hari Ibu!!

5 comments:

Suliana said...

selamat hari ibu sarah!!! moga sama2 kita jadi ibu mithali ye :-)

mawar said...

hehe ..anak sy juga bermain2 begitu. lubang idung saya pun habis dikorek2 dipulas2. hehe. slmat hari ibu mama Muhammad Ashraf!

sisanizu said...

Su: Ya chaiyok2..semoga Allah beri peluang pada kita utk menjadi ibu mithali..amin
mawar: ha ha nk gelak dulu..thanks mawar. kamu juga 'selamat hari ibu'..

admin said...

selamat hari ibu

sisanizu said...

tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...