Ya saya akan balik kampung esok. Dan...dan...akan smbung berpantang kat sana..Umi sy memujuk supaya saya balik sempena majlis nikah (sambut menantu) adik sy isnin lusa ni..sbb yelah..semua famili nk tgk baby baru...maka, esok (ahad) naik flight anak beranak pukul 7.30 malam. Selama berpantang kat sini, setiap hari en.suami masakkan masakan ikan haruan..sup, bakar..
Disebabkan tak jadi bersalin kat azzahrah, sy pegi mintak balik duit deposit RM300 tempoh hari..alhamdulillah dapat balik..Jadi duit yang simpan utk bersalin terus digunakan untuk membeli biri-biri seekor (rm500) kambing mahal sgt..hu hu.. utk cukur rambut kesyukuran dan aqiqah Aishah Ayra..buat sekali dgn majlis sambut nikah adik isnin ni..bayar upah catering sikit maybe seratus dua, tambah duit bayaran catering bahagian mjlis adik sy tu..
Bermula hari khamis lepas, sy mengambil upah bidan kat bangi ni dtg umah utk Mengurut, Bertungku dan Bertangas,,3 hari berturut-turut RM360..maybe ada bidan yg lebih murah, tp alang2 dah tanya bidan tu,,tambah2 lak sy kesuntukan masa..takkan tak mengurut langsung sebelum naik flight bagai balik kampung tu kan..kan bentan susah plak..
Pastu bila kat kampung nnt sy akan teruskan mengurut dgn Makzah (tukang urut sy yg biasa tu),,prepare duit upah utk dia sy biasa bg rm30 utk sekali mengurut + tungku..bukan mcm bangi ni mahal sgt..hu hu..maybe adalah beberapa kali mengurut nnt.. pastu sy dh tempah kak pah belakang umah tu utk memasak masakan berpantang untuk sy..memandangkan umi dan ayah keje..upah org lah senang..
nnt nk sunat Aishah ni entah kat mana dan bila..tak reti pulak sbb 1st anak pempuan kan..hu hu..
hari keempat berpantang breast mula membengkak..sy risau takut demam bengkak susu kan...so cuba nk tuam sekali baru teringat sy ade pakar yg boleh selesaikan masalah ni..he he
bila offer, mcm mengantuk disorong bantal la dia ni...
smpai tanak lepas..memang ringan breast lepas tu,,tak bengkak dah..
tp bila pakar tersebut pegi sekolah, sy terpaksa pam keluar..
Lastly, ini gambar cik Aishah Ayra sedang tidur...
Jadi, kawan-kawan sy akan berpantang di kampung.....
sekian.
7 comments:
Kngnye susu!! Bgus abg tlg hsp. Aqil xmau lnsg, siap ttp hdg kt busuk.hehe. Su sunat aisyah kt klinik je. Take care ye.cuti brp bln?
alangkah banyak duit lebih klu xjd bersalin kt hospital swasta kan..tp saya masih xtau nk bersalin kt mana..
Su,,tu lah..since dia belum betul2 wean off jd nasib baik dia masih suka menenen..erm..nnt tgklah mcm mana sal sunat tu..sy igt nk cuti dlm 2 bulan sebelum smbung belajar..tp tgklah..tak tentu
Lea, cuba lah bersalin kat gomen lak kali ni..he he...
Salam. Boleh kasi phone number tukang urut tu... saya nak bersalin bulan tiga ni... saya pun dok area bangi
to luriaz98: no phone beliau 0123166074 kak hani.
Salam, bgus x perkhidmatan kak hani tukang urut ni?
sedaplah kak hani mengurut ni. tmbah2 lak sekali ngn bertangas tu..segar rasa badan. dia jugak sediakan air mandian daun2 wangi tu..kak hani tu org utara. bertungku pakai tungku besi yg dipanaskan tu. (biasa sy org kelantan bertungku pakai batu sungai..)
call lah kalau nk try servis dia. 2 bln lepas sy ada mengurut jugak ngn dia
Post a Comment