Monday, April 22, 2013

Peringatan-

Kehidupan saya setakat ini seperti biasa. Setiap hari jumaat ada weekly presentation progress. Saya sudah semakin dapat membiasakan diri, InsyaAllah. Nak tak nak kene hadapi jugak. Jadi harus berusaha gigih setiap hari. Saya berharap sy sentiasa sihat. Bila ada hari mcm pening kepala ke apa..ter'delay'/terganggu sedikit kerja. Begitulah besarnya nikmat kesihatan. Kita mesti bersyukur pada Allah yang Maha Berkuasa.

Beberapa minggu lalu, sy ada teringat pada seorang kawan. Sebab dia dah lama sgt tak update blog. Kwn ni sy kenal melalui alam maya juga. Sy cuma tahu dia org johor. dan anaknya bernama insyirah. Saya dh lupa bila sy start follow blog dia. dh agak lama. sy suka bc blog dia sbb dia agak kelakar bila menulis. Mungkin sy start follow dia agaknya sbb ms belajar master dulu, sy dapat biasiswa NSF sama mcm dia kot,, dan dia juga pejuang susu ibu. so dia ada share pengalaman motherhood jugak di blog beliau. Last dia bercerita panjang kat blog dia dlm Jun 2012. Ms tu thn lepas blog dia byk cerita kisah sedih. Sy ada ikut kisah dia berusaha nk mengandung anak kedua,. kemudian bila dia mengandung dlm 26 minggu mcm tu dia ada masalah dgn pregnancy dia. Pnjng sgt dia cerita perjalanan dia terpaksa bermlm di wad selama 18 hari kerana dr detect bacaan air kencing dia tak normal, lebih protein/ sesuatu lebih kurang mcm tu, buah pinggang dia problem, ini dikesan ms dia mengandung anak kedua. Dr dan byk pakar2 bidang perubatan sarankan dia terminate pregnancy. Last post dia Jun thn lepas. Dia bagitahu yg dia dh terminate pregnancy dgn cara bersalin secara ceaser pada bulan Mei. Dr bgtahu yg kebarangkalian bb dia survive sgt tipis sbb bb kecik sgt kan..baru 6 blnsetengah. dan sy tertanya2 mengenai anak beliau tersebut sbb beliau tidak update berita dah 10 bulan.. Sy kemudian tergerak hati nk tgk semula last entry dia tersebut dan nak tgk ade tak komen terkini selain sy kt entry tersebut. Dia ni seorang yg jarang balas komen. Tapi alangkah terkejut sgt sy bila bc komen. last komen adalah pada november 2012 drpd kawan dia. Kwn tersebut menulis begini " penulis blog ini telah meninggalkan kita buat selama-lamanya semalam' komen tersebut bertarikh 20 November 2012.

Sy cuba mencari akaun facebook beliau tapi sukar nk jumpa sbb ada banyak org nama sama. Saya hanya dpt trace kisah terkini dia dr blog kawan dia yg komen tersebut. menurut blog kwn beliau. anak dia yang kedua itu bb boy..dan sedang membesar, tp ibunya meninggal ketika dia berumur 6 bulan. selama ibu dia hidup walau sakit kerana mengalami kegagalan buah pinggang, ibunya telah sempurnakan exclusive breastfeeding anak pramatang tersebut sehingga akhir hayat ibunya. Sy sungguh berasa terkesan dgn apa yang berlaku ni. Semoga beliau ditempatkan dikalangan org beriman. Marilah kita sedekahkan alfatihah untuk beliau.
 
Sungguh. sy berasa kehilangan, walau sy tak pernah jumpa dan kenal penulis, tp sebab selalu ikut kisah dia membuatkan diri saya berasa dekat dengan dia. penulis mcm kita juga masih muda. lg muda dr sy. Sesungguhnya mati itu pasti. Kita singgah di dunia ni hanya sementara. Semoga kita semua meninggal dalam keadaan baik dan dalam iman. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami. semoga tulisan kita dan apa yang kita buat memberi manfaat kepada org lain. Amin.blog beliau ada dlm blog list saya. nama blog =bini zakaria. Beliau seorang yang baik.

6 comments:

Fizah said...

aduhhh..sedih jugakk sy baca..terkejut dgn ayat 'penulis blog ini telah meninggal' tu..sy igt the other way around...anaknya yg tak dpt diselamatkan..semoga kita dpt husnulkhotimah ye kak? doa sesama :')

sisanizu said...

ya fizah. semoga kita semua dpt husnulkhotimah. amin ya Allah

Fatima Saiful said...

huhuhu...same mcm Fizah. Ingat anaknya yg tiada. rupanya....:(
tumpang sedey jugak...AlFatihah~!!

DYatie ABakar said...

Setiap yang hidup pasti akan mati itu kita semua tahu. Cuma kadang-kadang apabila kita mendapat tahu tentang ini dengan tiba-tiba, ada satu perasaan yang pasti sukar untuk kita gambarkan. Kan?

sisanizu said...

ya betul..perginya hamba Allah itu peringatan buat kita yg masih hidup ni.

Suliana said...

innalillah. moga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...