Rata-rata isu yang selalu muncul dalam dada akhbar ialah kos rumah yang semakin meningkat. Anak-anak muda yang baru mendirikan rumahtangga terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi disebabkan sewa rumah yang mahal terutama dibandar2 besar. Kos sara hidup merupakan kos yang terpaksa ditanggung oleh seseorang/keluarga untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan2 untuk keselesaan hidup. Korang pernah tengok tak contoh pengiraan kos sara hidup rakyat malaysia di Lemabh Klang yang pernah org post kat fesbuk suatu ketika dahulu:
Ini berdasarkan suami sahaja bekerja. isteri adalah surirumah. Yang kelakarnya ada individu tertentu yang balas balik post ni dgn berkata " sebab itulah isteri kenela ada kerjaya, jgn nak harapkan duit suami je (merujuk pada viii-nafkah untuk isteri)"..begitu lebih kurang ayatnya, semacam memerli org yg post ni, . Org yg berkata begini selalunya org yg masih belum kahwin dan bekeluarga. sebab dari jadual ni secara realitinya ini adalah hakikat atau average gaji rata2 keluarga di Malaysia ni pada pendapat saya lah. Sbb dgn gaji rm4500 tu kira mahal dah tu. sy percaya kebanyakan rakyat malaysia ni rm4500 tu mungkin jumlah gaji suami isteri. dan nafkah utk isteri rm500 dari jadual tu kira timbal balik kalau isteri kerja pun..sudah tentu ada pula bahagian bayaran nurseri untuk jaga anak-anak ketika ibu bekerja. Belanja nurseri anak saya 2 org tu pun rm660 sebulan (baru dua setakat entry ditulis). Ini belum kira kalau anak minum susu formula dan beli pampers bagai kan. harus tambah lg kos. susu formula mahal tau, sy dgr kawan2 ckp harus habis dlm rm300-400 sebulan. bg sy setakat ni jimat bahagian tu, sbb anak menyusu badan. bagi keluarga saya belanja bulanan adalah lebih drpada jadual ni. termasuk bil telefon saya dan suami dan bil streamyx. sy tak pakai astro kat rumah... bayangkan org bayar unifi, astro sekian2..macam dah jd perkara wajib kat rumah2 sekarang internet bagai ni. org kata makin besar periuk makin besar pulak keraknya. pastu kereta dalm jadual tu rm650 sebulan.kereta apa tu..mungkin kereta sedanlah kot memandang anak ramai. Saya percaya, biasanya kalau suami isteri keluar bekerje, biasanya satu keluarga tu akan pakai dua buah kenderaan(mungkin dua kereta atau satu kereta dan satu motor).. kos kereta belum masuk minyak dan maintenance lain...anda bagaimana?. Ini terpulang pada masing2..kalau org jenis travel keje jauh yg mmg byk pakai kereta mungkin perlukan kereta yg selesa, dan pastinya lebihla fulusnya..kerete pun merupakan keperluan.
Isu beli rumah pulak. bayangkan rumah yg kami mampu beli pada thn 2010. kalau based on harga semasa tahun 2013 ni, kami dh tak mampu beli rumah kami tu..rumah apartment plak ms kami beli (2008) harga starting price developer letak tak smpai rm100k (tp ms kami beli dah tinggal beberapa unit, harga pun naik sikit RM107k), nilai dia sekarang dah cecah rm250k untuk sebuah apartment kos sederhana berkeluasan 895sqft!
Untuk pengetahuan bagi yg belum tahu, kalau nk beli rumah, harga bulanan utk bayar rumah yang nak dibeli itu mesti 1/3 dari jumlah gaji kita baru dapat kelulusan dr bank. contoh kita perlu bayar bulanan rumah dgn harga rm2200 sebulan, gaji kita mesti adalah 3x ganda dr itu. maknanya dlm rm6600. bayangkan rumah teres di kat sungai tangkas bangi ni, harganya sudah mencecah rm800k sekarang, yg bayaran bulan maybe dlm rm4k Ini utk loan 40 tahun. itu kalau usia masih muda. kalau dah berumur dah tak dibenarkan buat loan lama-lama. itu baru rumah teres, takde tanah sgt pun.. gaji kene rm12k barulah anda mampu beli rumah dgn harga itu. Jgn lupa harga rumah sentiasa meningkat dr semasa ke semasa, jd cepat2lah beli rumah bg yg belum memiliki rumah dan sudah menetap di kawasan tertentu. kalau anda masih muda, boleh lah buat loan smpai 40 tahun, kalau dh 35tahun++ , mungkin tak layak buat loan lama. mungkin lepas 25-30 tahun saja. tambahan pula, baru2 ini kerajaan ada sebut nk kurangkan tahun pinjaman belian rumah utk elakkan rakyat malaysia lama berhutang. kalau semakin pendek boleh buat loan makin mahal jugalah amaun bulanan perlu keluarkan..makin kurang mampulah agaknya nk memiliki rumah sendiri.. secala logiknya lah
Rumah Semi-D di Sungai Tangkas Bangi. saya rasa kosnya sudah cecah RM1 juta atau mungkin lebih. |
Sekian.
5 comments:
itulah. kos sara hidup yg tinggi.. hidup mengikut kemampuan diri. bagi diri su, alhamdulillah.. :-)
mmg macam ni lah kos hidup skarang, kalau isteri bekerja, kena tolak kos minyak,tol,ansuran kereta isteri @ kos pengangkutan awam,kos hantar anak ke nurseri,keperluan anak di nurseri etc.. lebih kurang je dengan tak bekerja. cuma ada kelebihan ada EPF,SOCSO & boleh ringan beban suami kot2 nak bershopping atau keluar jalan2
mmg macam ni lah kos hidup skarang, kalau isteri bekerja, kena tolak kos minyak,tol,ansuran kereta isteri @ kos pengangkutan awam,kos hantar anak ke nurseri,keperluan anak di nurseri etc.. lebih kurang je dengan tak bekerja. cuma ada kelebihan ada EPF,SOCSO & boleh ringan beban suami kot2 nak bershopping atau keluar jalan2
Su. kan..realiti hidup sekarang. itu belum kira kalau kos barang dapur naik..ki kiki..
Yana,kan..kan..kalau isteri keluar bekerja, keluaran bulanan akan bertambah. belum campur shopping keperluan anak dan suami lg.walau duit isteri sendiri...hu hu
haih.penatnya menguruskan hidup dengan kos yang mencanak naik..saya sokong isteri tak bekerja.hahaha.at least dah boleh save banyak kat situ seperti bayar nurseri etc etc..
dan kalau isteri bekerja,mungkin kebaikan dia ialah, isteri itu tidak bosan sangat di rumah..kos rasanya lagi tinggi kalu isteri bekerja.
cuma pandangan saya yang tak kawin lagi.
Post a Comment