Sebenarnya memang bosan kalau asyik cerita hal belajar. tp nak tak nak mmg begitulah resam hidup seorang pelajar. mungkin kalau budak kolej yg tgh amik diploma atau degree, mcm kebanyakan masa, mende yg berlegar dalam kepala, yg disebut2 adalah assignment, group presentation, exam,, ulang2 lah sampai muntah hijau org nk dengar..tp mereka hanya ekspresikan perasaan. Org paham atau tidak perasaan itu, lain cerita. Kalau drama sekuel dalm tv pulak, asal cerita je pasal budak kolej, pakaian vogue2 ,,pastu ada masalah ngn pakwe segala bagai. saya rasa drama dalam tv ni tak berpijak di bumi nyata kot. atau adakah memang budak kolej swasta berperangai begitu? mungkin jugak ya. menurut adik saya yg belajar di kolej swasta di kuantan tu, katanya bebudak free hair yg berpakaian ala2 artis ni kebanyakan budak2 kursus fesyen. ..ok panjang pulak,merepek sudah.
Berbalik pada cerita saya. sebenarnya sejak sebulan lalu, saya sudah mula bermalasan. sebab rs mcm penat memerah otak dan mengorbankan byk ms yang sepatutnya bergurau senda dgn anak, tp harus siapkan kerja. tp tak keluar2 formula,.formula untuk menguruskan resource dalam network. resource ada byk,, dan sy cuba fokus satu dulu, iaitu bandwidth. pastu pening muntah hijau. siapa peduli? tiada siapa. saya telah berjaya siapkan satu network trafik, ada pergerakan dalam network, namun ia belum boleh membuktikan apa2 selagi belum nmpak sebarang test performance utk pengurusan resource. tak dpt nk test performance sbb formula belum ada. pastu supervisor hanya query result(end result). lepas tu coordination meeting bakal berlangsung tak lama lagi. dan geng research kat unimap tu asyik bertanya dh buat itu? dh buat ini?..Rs mcm ...titik.
Seriously. saya sebenarnya ada perasaan nak berhenti. Tapi sukarnya untuk menyebut begitu sesukar utk buat formula tersebut. Apa yang mampu dibuat adalah menelan sahaja setiap tutur kata supervisor. tak siap. tak perform, tak itu, tak ini. tp kalau nk berhenti kene cepat seblum semester baru bermula. kah kah kah.
Macam mana ya kalau berhenti, berapa kene bayar kt penaja eh.kah kah kah kah.
lala lala la la la...
Disebabkan serabut, tak dapat start jahit langsir, sbb risau...
%$#&+!~ Prof sorang lagi tu penah ckp kat saya, 'kalau xde basic dlm network communication, tak boleh survive.." rs mcm ada bunyi tembakan. hahahahah. prof jugak yg cadangkan sy buat itu..supervisor pertama saya tahu tak agaknya saya lg dasat, xde background engineering ... gila sudah saya...tak boleh, tak boleh gila..sy nk pregnant. omg
3 comments:
teruskan jela kak..
ape2 dalam dunia ni semua susah..
nak shoping pun susah muahhahahaha ;p
seluk pekasam biar sampai pangkal lengan amek terus goreng mkn dengan nasik panas2..tak gitu ??hehe..
usaha lift kejayaan..:)
memang shark. nk teruskan tp tak mahu terlibat dgn milestone project LRGS yg agak stress tu. malu la jugak kalau asyik nk present mende yg tak berapa nk capai milestone projek tu kan..hahaha MEMBOSANKAN betul tgk org show off result memasing
tarik diri dari grup tu jela kak..hehe...mesti sv tak bagi pulak ya..
Post a Comment