Thursday, April 21, 2011

You’ve Fallen For Me

Oh, sudah tukar. Saya baru tahu tentang ni. tajuk citer festival change to You’ve Fallen For Me. comel comel comelnye shin hye...

Jung Yeon Hwa & park shin hye

You’ve Fallen For Me will be airing on June 29. sila bertenang.

Wednesday, April 20, 2011

Nk jadi superman yg buat PhD

Makcik ni kan..sejak bersara dari belajar ni kan (secara teorinye lah sebab tidak perlu tulis tesis lagik kan) ..makcik selalu didatangi beberapa kenalan pensyarah la kan ..kan kan mengajak makcik la kan, dan jugak menasihati mkcik la kan supaya smbung belajar la kan secepat mungkin kan. Macam2 tajuk depa propose..buat softwarelah. buat real time calculation itu ini lah kan memandangkan rakan mkcik bg pihak itu memberitahu rahsia mkcik yg konon2 nk balik ke dunia asal makcik dlm bidang IT..hahahaha...but truthfully, serius makcik tak kisah rahsia makcik itu dibocorkan oleh org itu...:p

Ada pensyarah A itu sedang merangka dan sedang apply grant begitu begini, kemudiannya suggest memasukkan nama mkcik as one of the researcher..okey,,mkcik tak kesah jugak..just put sajelah tandatangan mkcik yg kelihatan cantik bergaya itu kan..Ada jugak pensyarah itu kan, cuba bertnya jugakla kan..mkcik dgr2 khabarnya beliau mempunyai beberapa grant availabe tp memerlukan student la kan utk buat reseacrh secara bergaya nya kan..

Eh makcik tak berniat nk jd seorang yg konon bergaya, cuma adakalanya mkcik tertekan kalau nk kene pikir tajuk yg best kan..at last mkcik duduk tersengih saja dan mahu berehat. but.. for how long??!!.. makcik jd rasa tercabar seringgit (instead of dua posen) bila di sana sini dgr2 khabar encik sekian sekian sudah masuk trek utk smbung PhD. OMG! dan minggu ni ade lagi seorang pelajar PhD baru Dr. M mendaftar. oh..makcik ni bila pulaks..bilakah target makcik nk dpt PhD? pada umur 29 ?30?31?32 tahun?ade sape2 tak nk tolong pikir tajuk bg pihak makcik?..makcik bayar Rm50 okey tak? hahah..

Akhir sekali mkcik teringin la nk jadik superman.

superman yg lain daripada yg lain. ha ha..

Sekian.

Tuesday, April 19, 2011

Pakwe nak datang Msia? OMG!!!

Rase mcm tak tenang ni bila dgr khabar beliau nk dtg..hu hu... Khabarnya beliau akan datang pada 4th June, iaitu Fan Meeting+Show..Pakwe yg ni serba boleh, sebab boleh menyanyi dgn best, macam terngiang2 jugak word ''my precious...' dlm citer Mary Stayed Out All Night. Tp watak dia agak serabai dlm citer tu dan sy kurang suka sgt gaya dia yg sesuka hati mak tijah samsung jer pegi kiss Mary dan dtg tido umah mary mcm umah umah tumpangan dia je.. Dalam cerita Beethoven Virus dia main trumpet, dalam You're beautiful pong dia nyanyi. oh i LIKE. ade byk citer die belakon kan 'baby and me ' bagai tu kan... rasenye you're beautiful best macam nak pengsan.... hahah..mase sy g KOREA dulu rupenye citer ni tgh tayang kat tv setiap malam apa yek...ade la sy layan ct aminah tgk citer tu, tp mase tu sy tak berapa nk faham sebab tak tgk dr mula..asal keluar jenjalan je..ct aminah sibuk nk balik bilik sebab katanya citer dh nak main..

Pastu bila dah start layan citer you're beautiful, dah suka mcm nk terbang g korea balik (apekah..) ct aminah gambo dia ade tepek kat stokin tak? ho ho...style kat korea, once artis tu dh glemer tahap gaban, gambar mereka akan muncul di stokin, jd pelekat sticker dan sebagainya.....(teringat mase kat korea ct aminah asyik melekat kat kedai yg jual stokin tu nk cr gambar artis kesukaan beliau iaitu 2pm, big bang dan segala mcm..) .

ni artis kesukaan ct aminah ke?he he..
Hati mula tak tenang bile tgk gambar beliau ni. Nasib baik ct aminah sedang bercinta kipas susah mati gempak dengan Jay Park dan Top big bang tu..ha ha sy nk minat dia ni jer..oh Jang Geun Suk...please meet me..
Minat kat dia nih. tp sabo je lah...ha ha apekah..
tepek gambo seketul lagi lah ..Geun Suk datang malaysia wes....jom jom jumpa..ha haha..saya ada satu video beliau menari ngn park shin hye utk promosi garden 5, cam shopping mall gitu..memang cute terlampau la kan..mkcik ulang2 tengok..nnt di waktu tenang makcik akan tepek video tersebut di blog utk mengabadikannya okeh..ha ha..
makcik nak anak makcik muka mcm ni boleh?

Sy naaaaaak tgk jugak drama 'festival' yg dikhabarkan akan start tayang kat tv korea Jun tahun ni (tak sabar rasenye).. sy takutla akan jatuh cinta ngn shin woo..sebab beliau memang cool jugak..manalah tahu kan..ha ha ct aminah, sila jgn marah dgn aksi terlampau ni..muahahhaha..

ct aminah, sy nk suka jugak gambar ni..kalau hang marah, sy kabo ke jay park..;p
Citer festival yg insyaAllah best ;>
gandingan shinwoo (
Jung Yeon Hwa
) dan park shin hye
Sekianss..

Sunday, April 17, 2011

Its monday! bicara program realiti Mentor


Dah hari isnin. Mata macam pedih. Dada bedebar. Ni lah ciri-ciri org tak cukup tidur. Mlm td dlm kul10.30, adik sy yg kat UIA tu datang, pastu dia bawak dtg pulak cerita yg agak best utk dilayan. Memandangkan malam ahad, rancangan tv kat malaysia (yg takdak astro kat umah) ni xde yg best, tambah2 citer MERLIN dah abis. Program mentor memang sy pantang tgk. Entah nape mcm meluat dan tak suka...sejak diterbitkan saya memang anti lah.. ha ha..rasenya kalau dibuat servey rancangan paling sengal bolehlah sy letak 'rancangan realiti mentor'...terkinja2, terlompat2..isyk..isyk..xseswai. tmbah2 yg pempuan Islam. berbeza benar dgn program realiti generasi Islamik dan celik AlQuran, Akademi AlQuran. Bila tgk AQ tu rase mcm bangga ade ramai anak2 muda yg berpendirian dan mempunyai jati diri...rase bangga sgt..biar bacaan tilawah salah dan dpt markah rendah, pastu kene marah ngn ustaz (yg lawaknye ustaz letak nama 'taranum encik A' kalau salah =encik A merujuk kepada peserta yg membaca salah terseut) Tp sy rase mcm bangga sgt dgn adik2 yg gigih membetulkan bacaan. Sejuk hati ibu mengandung kan....bertuah ibu2 mereka...

Semoga generasi muda anak2 Malaysia lebih mempunyai jati diri. Hadiah dia best2,, dpt mengerjakan umrah, dpt scholarship sambung belajar kat Madinah & sebagainya..

Sy tak sokong peserta yg dr kelantan tu..he he..dia mcm ckp byk la jugak dua posen., tp still sy tabikla kat adik2 sumer dlm program tu kan... dan memang padan peserta dr Sabah tu yg menang berdasarkan prestasi yg okey setiap minggu....Ni peserta lepas yg satu2nya pempuan., nama Suhailah Zulkifli dari melaka..Jgn tak tahu, cik adik ni pandai berbahasa inggeris, arab dan korean, hokeh..dan jugak peminat kumpulan 2PM ct aminah oiii..agak selamba orgnya,,bg sy selamba dgn cara ini lebih baik drpd selamba bernyanyi bergelek kat pentas tu, mcm ape je kans.....
Suhailah Zulkifly, 22 tahun

Ni contoh2 pelajar2 'program realiti mentor yg poyo' itu- this is from my point of view.. org lain, sy tak buat servey lagi..tp memandangkan program tu dah entah musim ke berapa sekarang..maknanya ramai org malaysia suka program itu kah..?..

Peserta mentor sedang nyanyi

Sekian.

Friday, April 15, 2011

Erti nikmat sebenar

Wahai rakan-rakan. mahu share video ini....


Semoga berjaya dlm hidup~

Thursday, April 14, 2011

Report Grant

Edisi meroyan. macam complicated xtahu nk pikir nk mereka-reka kan ayat best untuk menunjukkan progress projek itu sgt best..waahhahahah..kalau sciencefund yg sy terlibat tu boleh lah buat ayat sedap2,,tepek jurnal & proceeding yg byk smpai tak muat kertas nk cerita(Kak suzi punyer jurnal la..nk harapkan i, non ado la sgt kan..) nk describe betapa majunya projek itu, macam pembangunan di Las vegas la umpamanya ..hahahha..Ni walau pun report FRGS 2 muka surat je... Tp nk cerita betapa best nye projek itu tak dapekla..since VLF2 ni kedengarannya mcm kumbang gurun je bunyinye di telinga beta. Asal wat ayat je rase mcm sumbang je bunyinya..hahaha..bagaimanakah..

Maka sebab tu la rase mcm meroyan kejap. ..haha

sekian. Teringat budak hensem yg sedang buat hape entah kt nurseri tu..rindulah

Tuesday, April 12, 2011

Makan pulut durian

Beberapa hari lalu, saya makan pulut durian. Mama wat..memang bestlah..1st time sy mkn..mase dulu2 kan sy kecik lagi, kata mama, mama makan mase sy dlm perut dulu2 ..pastu malam tu sy akan tak senang duduk dalam perut, asyik gerak je..Skang sy dah boleh rase sendiri durian ni..bestlah..sy nk suruh mama beli durian lagi..pastu mama masak pulut ngn santan..


Best betul durian ni. rase lemak2 manis...he he..i loikeee..thanks mama!

Lepas makan pulut durian, sy bukak laptop ni nak main game..

Adios~

Friday, April 08, 2011

I am not feeling good

Sy tak tahu. Sy tak suka. Sy memang tak suka mempamerkan aksi sedih-sedih ni. Tp sejak dua menjak ni sy selalu berasa sedih yg tak tahu sebab & asal usul kenapa..ha ha..mungkin sudah mereng ..tetiba rase mahu bersendiri,, rase nk pegi bercuti jauh-jauh..

Di suatu hari yag tenang, sy memandu kereta,,pastu tetiba hot fm putar lagu ape tah yg sedih la..entah nape tetiba air mata pun kuar..ha ha,,serabut serabut..benar..tiap kali lepas solat, hati rase sebak semacam jer..i dun know why. Ha ha..sila la berehat.

But..sy rase,everyone does feel this way sometimes , even if they deny it.

Sekian.

Thursday, April 07, 2011

Dalam dilema


Hati memang sgt berkobar2 nk smbung belajar. PhD okeh..tersangat..tp sy kene decide betul bidang yg akan sy pulun study itu..Mari kita go deeply pasal ini..apa yg membelenggu kepala saya ialah:
1. Saya tidak mahu lagi buat mende2 yg berkaitan ngn master sy..(ha ha apekah)..i need something new.really. Sebab apa..dulu sy degree dalam bidang kejuruteraan perisian. Sekarang sudah agak berkarat ilmu2 tersebut hingga ke tahap kura-kura melintas jalan..sekiranya sy diberi peluang untuk bergelar pensyarah di suatu hari yg tenang nnt, sy mahu kembali kepada pangkal jalan..Sebenarnya di suatu sudut di hati sy, sy macam rase tersalah jalan..haha..sape tah suruh g buat research bidang satellite & communication, ionosphere bagai ni..sy xpenah join kuliah universiti dgn silibus tersebut.
2. Sebab dua. ialah sy mahu belajar dgn tenang tanpa gangguan. Diberi kepercayaan utk PULUN research, bukan disuruh buat kerja2 administration dan sebagainya. Saya tak salahkan takdir dgn apa yg sy lalui selama ini, sbb ilmu dlm membuat kerja pejabat juga banyak faedahnya kerana kalau pun kita masuk line akademik besok2 pun pasti sgt akan melalui kerja2 begitu..Ini juga rezeki..Ini kerana bila balik bersalin, Encik ketua pun menyekat gaji bulanan sy sepanjang berpantang dua bulan...adeh..beberapa kali juga diwaktu yg lain dimarahi dgn tidak bestnye sbb sy tidak ditemui ditempat kerja beberapa ketika.. sy sering dinasihatkan dgn kata2 "bayaran perlu berbaloi dgn kerja mesti cukup jam utk dpt keberkatan' .Memang benar. Justeru hati sentiasa rase bersalah di dpn ketua, apalagi dgn Allah. (ampunkan dosa ku..)..Di masa akan dtg, sy jahu jd kamen rider yg bertugas menyelamatkan bumi sahaja.Justeru perlu benar-benar scholarship yg best..
3.Menurut kajian yg sy lakukan, tidak ramai pensyarah-pensyarah di fakulti ehem2 yg memilikigeran dan mempunyai kajian2 yg disokong secara berterusan. Sebnarnya kajian sy belum lengkap tanpa mklumat org dalam sana sendiri..(ha ha)..Mcm tak familiar pulak dgn fakulti sana..
4. Sy pernah mengadakan perbincangan terbuka dgn supervisor utama sy yg asal ketika mula2 apply UKM dulu iaitu Prof Mahamod tanpa pengetahuan bekas supervisor. Menurut beliau, tiada masalah sekiranya ingin buat PhD bawah seliaan beliau, (sy pembelot??) projek beliau begitu begini..tetiba takut plak..sy kene belajar dgn secara 'back to basic semula ke..' sebagaimana projek master itu..hu hu..
5.En. suami setiap hari menasihatkan sy menyambung belajar kerana katanya sy ni sudah tidak apa perlu dirisaukan lagi..sudah kawin, sudah ade anak, sudah beli rumah kat Bangi (amboi ckp senanglah)..isyk isyk,,,yg cik abang tu lak nape xnk smbung PhD obersi? sy nk ikut..terus encik suami bermasam muka...kerna tidak perlu dipersoalkan lagi keputusan dia yg mahu smbung PhD di UKM nnt tahun depan..
Sy mahu hidup dgn gembira.Semua org mahu hidup dgn gembira. Tp dalam wajah gembira siapa tahu kalau2 ade rase duka..serahlah pada yg Esa segala-galanya..kerana Dia Maha mengetahui hati hambanya ini...hati, tenanglah..kadang2 dlm hati kita tak boleh menipu..kita ade rasa kecewa tidak kira dgn sikap org dan sebagainya....sebab kita hanya manusia biasa, semoga Allah jauhkan dari kesedihan...amin..
Sekian.

Saturday, April 02, 2011

Beli pureen baru

Cik abe sibuk g ler hari ni, so lepas tidurkan Muhammad Ashraf, sy laksanakan misi. Sy pegi kedai D'Gift Shop kat baris kopitiam Nu'in Bangi, sebab kedai tu hntar email bagitau tgh sale selama 7 hari..saje ni tengok nk cari chairpad. Kedai ni actually masih baru, jual perhiasan Inggeris..barang dia ok la..Then, lepas tu sy terjah manjaku,,kot2 dh smpai stok botol pureen yg sy nak tu,,sekali g sane,,boleh tak rak botol pureen tu dh hmpir licin..langsung takder botol slim spt diceritak seblum ni..mcm goreng pisang panas..dan takde smpai lg stock baru.

Ok terus sy menuju kedai kedua pilihan sy iaitu kedai baru nama 'kasih ibu' kat seksyen 9 eh..(kompius bab seksyen nih okey..). Kedai ini sudah jd sgt best sbb sudah byk barang. Dulu mase sy g dua tiga kali, kedai ni masih agak baru,,so kurang barang..skang mcm sama best ngn manjaku...sgt byk botol yg sy mahu ini. Sy cuba cari yg kaler biru mcm kepunyaan Muhammad Ashraf seblum ni,, sekali ade 2 je biru,,yg lain kaler kuning, putih & pink..ha ha..sy beli patern slim ni jugaks,,tp lebih pendek..ini design baru..rase nk beli yg ini (beli ikut suka hati mama) haha..harap muhammad Ashraf tidak perasan. Patern gemuk wideneck 7Oz yg Ashraf tu ade je..tp nk jugak beli yg ini..muehehe...

Ini pureen 4oz memandangkan Ashraf minum 4Oz sekali sesi.harganya RM9 seketul.

Ini kedai 'kasih ibu'. Kedai ni dpn kedai tudung CK Rahim seberang jalan. Kalau u ols perasan
Sekian.

Friday, April 01, 2011

Dah baik

Malam td...seblum tido, sy main gurau2 lah ngn budak itu..usap2 dia..cium2 dia..bg makan nasi...pastu mase nenen nk tido tu,..sy pun bisik2 kt telinga dia smbil usap kepala, cium dahi..sy cakap berulangkali :'Muhammad Ashraf budak baik, anak soleh, pandai..jgn nangis mlm2 lg yer..'

Pastu, mlm td memang sgt magic di mana Muhammad Ashraf tak nangis sikit pun,,dia ade bgn 2 kali nk nenen,tp hanya tarik2 bj mama je..tak nangis mcm beberapa mlm dlm 2,3 minggu ni..harap2 berterusanlah..So pagi tadi dpt bangun dgn gembira tanpa rase ngntuk tahap gaban dan tanpa rase kepala pening tak cukup tido. Alhamdulillah..

Sy budak baikla mama, mama je xtahu..isyk..isyk..

Wednesday, March 30, 2011

Gajet botol susu& teat











Ashraf ni sejak kecik susah mau minum pakai botol. Tersangat.Mama ngn abahnya dulu dah belikan mcm2 jenis teat dan macam2 jenis botol..dah abes beratus. try & error kan..antara botol2 yg penah dibeli termasuk to
mmytipee, MAM, avent, pureen,MLO dan ade lagi lupe brand apa..Puting lak tak terkira jenis nye,..sgt banyak, yg lastly simpan masuk kotak..lastly dia boleh minum sikit bila pakai teat brand MAM ni. Sebab tu pencarian kami pun berakhir. Dia nk minum tak nak minum ikut suka hati dia lah..jd sejak hari tu sy pakai teat ni jers (dan tak tukar2 since dah beratus abes beli botol dan teat lain seblum ni..ha ha).ada 4 sume. sejak dh besar ni, sy hiris sket hujung teat tu kasi masuk byk susu bila sedut..;p..tp malam semalam mcm tergerak hati nk g beli teat baru lah sebab sejak beberapa bulan ni dia dh stat minum bykla dr dulu..teat yg lama pun dh jadikkuning..so ni teat brand MAM yg dibeli. ade dua ketul RM24. Teat MAM ni spesel sikit sebab dia meleper kat hujung tu.,sbb tu kot Ashraf suka yg ini je..
Dulu sy bekalkan ashraf sebotol je susu iaitu 3oz je,,tu pun tak abis..setiap hari sy bagi botol kaca ni and kengkadang gilir2 ngn botol pureen ni (BPA free jugak botol ni, murah je rm7.50 kalau tak silap). Botol kaca yg wideneck ini susah tau nk jmupa kt Msia ni, pastu kalau ade pun byk botol kaca neck biasa yg harga boleh tahan kipas susah mati gempak, Kalau takde100 agak2 tak boleh beli botol kaca. Tp kat Jepun ade segala mcm botol kaca yg murah saje..dlm plus minus 500 Yen seketul bersamaan lebih kurang RM25 satu. Tapi..sejak lebih kurang 3 bulan lalu, Cikgu Muhammad Ashraf dah terpecahkan botol kaca ini. so what to say,,sejak hari itu sy menggilirkan botol pureen yg seketul ini dan bukak semula stock botol avent (yg diberi bersama bila beli pam avent dulu tu) Botol ni avent ni tak BPA free.. Sy dah cuba bukak balik kotak botol tommytippe kot2 lah dia mahu since dia sudah besar pnjang, takkan keliru puting lagi ke ape kan...tp memang dia tak mahu... Kata cikgu taska, mereka harus menuang susu ke dalam botol pureen itu jugek..mungkin dia sudah serasi dgn puting MAM kans..

Ini botol pureen BPA free yg disebutkan itu

So sy pun dengan penuh semangat g kedai mothercare alamnda mencari botol bersesuaian yg wide neck yg boleh menggunakan teat MAM itu kan..so pada hari yg tenang itu setelah sudah hampir setahun tidak membeli gajet2 breastfeeding ni, so pon pegi belek2 botol kat kedai itu. Instead of botol Avent baru yg BPA free tu yg agak mahal (RM76, 3 bottles, yg PP) sy tersuka dgn botol mothercare ini. Since botol ini boleh match dgn teat MAM jugak, so sy beli dgn harga RM52 (setelah diberi diskaun 20%) for 3 bottles. Sy balik dgn senyuman paling lebar sebab rase seronok. Muhammad Ashraf pun tidak seseronok sy..

Tapi keputusannya agak tidak memberansangkan bila cikgu kata Ashraf tak mahu, Bila dia mintak susu, cikgu bagi botol mothercare ni kan,,dia terus geleng dan marah. Kata cikgu, agaknya dia rase ini bukan botol susu kepunyaan dia, dia igt org lain punyer....adehhh....lalu, di suatu mlm yg tenang, sy g manjaku nk g beli pampers di smping nk beli botol pureen yg sama seketul dua..

Oh, agak memberansangkan bila tgk rak-rak botol di kedai barangan bayi skang ni kans,,sudah dipenuhi dgn botol2 mcm2 brand yg BPA free sgt banyak..fewit..i like.. nmpknya saranan kerajaan supaya menggunakan botol BPA free diaplikasikan dgn bagus oleh pengeluar2 botol susu ni. Mcm berlumba2 keluarkan botol BPA free...wah seronoknya..Dan kan..sy paling excited bila tgk botol2 pigeon kaca wideneck sudah masuk Msia..nmpak benar masih pembungkusan dr Jepun since tulisan kat packaging botol ni sumer tulisan jepun. Sume ada, yg plastik BPA free,,yg glass. ..
Tapi ,,nak tahu tak yg glass bottle dijual ngn harga berapa? jeng-jeng,,mari kita lihat:

wow,,sgt expensive, RM89 u ols..

Tak mahulah sy belikan,,sudahla mahal,,lagipun Muhammad Ashraf sudah besar..So sy pun meneruskan misi sy utk membeli botol cap pureen wide neck yg 7 oz yg murah itu, kalau yg 5oz design dia cam gemuk sikit. Tp alangkah kuciwa lagi sebab pureen yg ini sudah tukar design. Botol sudah jadi kurus begini, even wide neck..So tak jadi beli, kot2 Ashraf kata ini bukan botol dia..so sy tanya encik kedai yg design yg lama tu dh xde ke..? dia ckp oh,,sekarang sgt laku botol2 BPA free so dah abes yg itu,, ni sumer stock baru masuk..design tu masih kuar lg,,cuma kene tunggu stock smpai minggu depan..oh..baiklah..

Pureen wideneck sudah jadi kurus
Hujung minggu ni nk g jenjalan kat jusco kat area bndar tun hussein on. Dah lama tak pegi..Entah nape, sy suka g jusco,,window shopping pun jadilah..he he..agak2 jusco ada nk bukak cawangan kat Bangi tak..he he

Sekian.


Tuesday, March 29, 2011

Sleepy

Dalam 2,3 minggu kebelakangan ni, Muhammad Ashraf selalu bangun mlm2 pastu nanges mcm beria-ia smpai tersedu-sedu. Mcm sesaje..isyk,,geramla jugak,,semalam paling worst, dr pukul 1, kul3, kul5 ,kul6, kul6.30am..bila bg nenen,, yelah sepanjang mlm lenguh la nk nenen jer,, nak jugak gerak2 belah lain, bila terlepas nenen dr mulut dia, mula nanges beria-ia,,semalam kene abah pulas kat paha dia,,isyk geram..geram..nak kate nk tumbuh gigi rasenye gaya nanges tu macam sesaje je, tak penah pulak dia mcm ni,,napelah agaknya., ke tak dapat tido..hasilnya beberapa minggu ni sy ade rase mcm ngantuk2 sikit siang kat UKM..macam ni..

Rasenye nk kene latih budak ini tido sendiri, tanpa nenen nenen dah..isyk isyk..Tak sabar nk tunggu hujung minggu nk betulkan apa yg tak kene ngn budak ni..nk bermanja ke ape tah, kurang kasih syg kot,,ha ha.....geram..geram..

Sekian.

Tidak puas hati.

Ho ho..sebab rase mcm ayam. Jadi haruslah mengorbankan sedikit masa utk tulis belog. Nk puaskan hati..Isyk..isyk Dr.M memang begitu. Kenapa syg sgt dgn Encik A itu. huhu..tak puas hati..bukan sebab jeles okey.. Tp sebab Dr menangkan dia. dan menjatuhkan pride sy...Tetiba sy rase sy pulak jadi ayam sebab tak puas hati kat org itu yg biasa2 sajork.. buang karan je..hahahahahhaha ..tp nk jugak bergaduh..hnssss...

Sudahla sy handle meeting igtkan pelajar2 seliaan Dr.M. sy tempah bilik miting beberapa minggu lebih awal. sy jugak yg g cari2 projector, laptop dan pasangkan aircond bagai utk menyediakan suasana meeting. Bukan kisah sgt hal tu, tp sy tak puas hati kat org itu..yg kengkonon ape2hal dirasakan bukan tanggungjwb dia,,tanggungjwb org lain..eh hello..adekah kamu itu sudah bertukar status menjadi GABAN yg hanya konon2 wat research sajork,,yg lain2 bukan kerja kamu...kalau begitu, kenapa Abstract research kamu tulis yg dipaparkan dlm meeting itu kelihatan low class dan tidak sepadan dgn kelulusan kamu yg kononnya tahap gaban itu. Buat mcm cincai2 dan seolah2 berasa bukan kerjanya. Helllloo ..diulangi jugak, sy & ct aminah dulu siap boleh studi dan g present lagi..diulangi: 'present', nk menegaskan betapa kami buat kerja agak bersungguh mendalami kerja/research walau ia research org lain apabila disuruh Dr M. Kene wat minit meeting yg simple seketul pun riuh sekampung...

Sekian. Selepas ini, sy nk jadi lebih cantik dan disegani kerana terlalu jelita...ha ha..

Sunday, March 27, 2011

Cerita saya, Muhammad Ashraf.

Ni saya, tengah berjalan nk balik umah. Sy baru balik dr sekolah..sebenarnya sy tak suka pakai seluar ni, tp mama pakaikan jugak..seluar ni mcm pempuan betul ..ade mcm renda kecik2 kat hujung kaki. Mama kata sy kena pakai sbb mama beli online ni. Abah backing sy, kata abah, nnt pakaikan kat adik sy yg pempuan besok2.Abah tak suka tgk sy pakai seluar girlish ni..


Ni buku mama saya..kalau sy tgh nenen mama mesti baca buku ni. Bila tak nenen, sy pun belek jugak buku ni, nk tgk ada cerita apa dlm ni. Muka depan buku ni ada gmbar 'bebeh'(=baby). Sy akan cium gmbar bebeh dulu...sy suka la belek2 buku ni..bila abis belek dr depan smpai belakang, sy belek lagi sekali start dr belakang pulak. Entah apa cerita dlm ni.. mcm tak best je..



Tapi kalau smpai muka surat ni, sy tahu...sy akan nyanyi mama-mama-mama- mama ..gambar ini macam dalam tv yg sy tgk tu..ade ramai org nyanyi. sebut .mama.mama-mama-mama..sy nyanyi depan mama, mula2 mama tak paham,, pastu bila tiap kali smpai muka surat ni, sy pun nyanyi lagi,,pastu mama pun ckp 'eh pandainya..' wah..mama pun cium2 pipi sy, rase mcm pipi sy disedut2 masuk dlm idung mama..apela mama ni..

Ni saya kat alamanda malam jumaat lepas. Sy tgk banyak betul meow dlm ni. Tp meow ni mcm dh mati je. Kesian..
Saya akan update lg belog ni nnt. Mama bg ..kata mama,,nnt kalau unify smpai Bangi, mama nk suruh abah beli pakej tu, nnt mesti sy boleh tulih pnjang2 lagi. ..setakat ni, smpai sini je dulu..bye

Sekian.

Saturday, March 26, 2011

Hujung minggu di UKM

I have to be here in UKM on saturday & sunday to finish the unsettled business. Wargh..I want extra saturday & Sunday pliss..pliss..

Bila sudah beres kerja, lastly, haruslah tepek gambar dua org ini yg dirindui selalu ..sy mahu g jenjalan..jom jom

Sekian.

Tuesday, March 22, 2011

Problems arise, journal

1. Dpt emel: your paper "YYYYY" has been archived as reject because you did not send the revised version in time. Adoyai!! dh emel mintak maaf senyap plaks. Lama betul Puan XY buat English editing kali ni.rasenye dh okey patutnye since dh penah hntar ke American Journal Experts..nk kene tunggu respon die gaks..harap leh setel la within this week...please please terima balik..bukan senang nk jawab komen2 yg berhelai2 tu satu persatu..

2.Jurnal satu lagi plak dpt emel cenggini:Thank you for submitting this paper to the Journal of XXX. Unfortunately we regret that we cannot consider this submission as it falls outside the editorial policy of the Journal, which focuses on the organisational, social and management issues associated with information-based technologies rather than technical issues. Your paper may be better positioned in a more technical journal such as the Journal of Computer Science whose mission is to publish original articles, reviews and short communications of a high scientific and ethical standard in computer science. Nk kene cari dalam Jurnal citation report jurnal mane yg boleh masuk.

3. Esok meeting wess. Harap ct aminah dpt join conduct meeting dan memberi pandangan bernas dua tiga das berkenaaan progress student2 Dr esok..please..please..tetiba nk nanyi lagu itu..yg dlm you are beautiful tu lah..go minam tu..

4. Cv DrM sepanjang 47 mukasurat perlu diberi perhatian. Nk kene siap April ni. Serabut sgt yg ini..Nk terkeluar bijik mata, pening, nk termuntah ngadap komputer berjam-jam. Need a break..Jom g semayang Zohor..

Sekian.

Pantai Remis.

Ni gmbar sy ngn sepupu sy g pntai remis. Mama kata, sebab tak jadi balik kampung kan, jom kita g jenjalan. Sy g jumpe Adham sepupu sy kat Shah Alam tu. Mama tak bg sy cerita banyak. Jd sy kene berenti cerita cepat2.

Sebnarnya mama tu kan hantu menulis nulis ni, kalau menulis susah nk berenti. Kata mama, bila tulis blog, mula la nk tepek gmbar sekali. Kalau tak tulis berguni2, memang tak sah. Sbb tu mama bg peluang kat sy tulis pulak..

Kami pegi pntai remis ni hari sabtu, pegi pagi umah Adham,balik Bangi dah dekat 12 tgh malam. sbb lama lepak umah Adham. Bila petang, g pntai dah la jem dalam kereta,pening sy.. lepas balik dr pntai, g sembahyang dan mandi kat masjid. Pastu mama ngn abah g window shopping kat Giant stadium shah alam.

Sekian.

Sunday, March 20, 2011

Tahniah. Adam & Azimah solemnization

18 Mac 2011 tarikh ijabkabul. Adam ialah adik selepas sy, sy anak sulung. beliau nombor 2. beliau akad nikah dgn pilihan hatinya, Azimah/Gie. Adik baru sy. Welcome sis. Sy tak balik. ok,,sy sudah sedia buat post. Sy sudah tak sedih lagi..

Adam & his wife, Gie

Ada byk reason yg menyebabkan sy tak balik. yg kemudiannya sy bersedih hati dua tiga hari...

1. Minggu lepas. En Suami buat keputusan akan balik petang Kamis. (yg mana esok pagi kul 9 mjlis akad nikah akan berlansung). So En. Suami maklumkan kpd Ma (mentua) yg kemudiannya mentua sy tidak bersetuju kerana dikhuatiri berlaku perkara tak baik memandangkan En. Suami bekerja pada hari kamis tersebut yg menyebabkannya mungkin penat. Adekah sy menantu yg kurang baik?

2. Minggu lepas jugak, ayah & umi maklumkan yg mereka akan dtg ke KL pada hari sabtu esoknya selepas akad nikah utk menghntar adik sy Ishaq yg berangkat ke Mesir. Sy yg sedang bersedih hati memikirkan sy mungkin menjadi menantu & isteri yg kurang baik ini ..berfikir mungkin tak perlu balik sbb famili nk dtg kan..

3. Sy ada bg pendpt pada en.suami utk balik naik bas atau flight. Tp flight mahai tmbah2 lak airport pengkalan chepa tu bukan belakang umah saya, mcm umah ct aminah kat teganu tu kan..kene ade sambedi dtg pick up dan hntar...yg sejauh sejam setengah perjalanan ke rumah sy

4. So En. Suami kata takyah balik sbb famili nk dtg kan,, nnt rushing lak nk balik bangi.

5. So bila famili tanya nape tak balik, sy ckp en.suami susah xdpt nk cuti. Sbnarnya dah amik cuti jumaat dan isnin. Susah cuti maksudnya kamis tu dia tak dpt cuti disebabkan ade hal yg tak dpt elak. So ditambah dgn mentua pun dh ckp mcm tu kans..rushing2 balik mlm tu kan nnt penatlah ape kan..

6. malam sebelum akad nikah mereka tu, sy masih berfikir,, rase mcm nk pinjam pintu doremon nak balik jap. mcm nk pegi beli tiket bas terus mlm tu balik bersama muhammad ashraf je ke kans..tp pikir jugak kang mcm betul plak yg sy sebnarnya 'ketua projek' yg suruh en.suami drive balik walau penat kan..pastu mkcik merajuk pegi balik ngn bas sensorang pulak. Dan jugak,,sy pun tak sanggup nk balik sensorang tnpa suami di sisi kan..ape kess..

Pastu kan..bila umi sy tetiba ckp masa hari jumaat tu yg mereka tak jadi dtg sabtu tu kan.. teruslah jd bersedih hati dan berduka lara, bermuram durja la siti sarah nik zulkifli dua tiga hari....hiba rase tak tahu nk ckp dah..dan tak tahu plak sape bersalah dlm hal ni.. kira blame diri sendiri sajelah yg paling terbaik dirasakan..pastu en.suami pun memujuklah kan..katanya mungkin ada hikmah lah kot Allah tak bagi kita balik kans...ya maybe..tambah2 lak sy memang tahu beberapa hari lalu keadaan en. suami kan kurang memuaskan.ade demam sikit...huk huk

Dan sudah tentulah sy lah tukang ambik adik sy dr stesen bas dr kampung, dan tukang hntar beliau ke KLIA dan bye-bye kan dia utk terbang ke Cairo..Ni kat bwh adalah gmbr keluarga: umi ayah, adik2 sy yg lama dan adik baru..

Dimaklumkan, sy takde dlm gmbar keluarga baru ni, xyah susah2 tilik cari wajah sy

Semua ahli keluarga ada dalam gambar ni, kecuali yg paling cantik jelita tu berada di Bangi ketika itu, entah sedang menuggu sape pun tak tahu..

Sekian berita.

Monday, March 14, 2011

Berita semasa

Berita 1. (atau lebih tepat lagi berita dulu, kini dan selamanya..)
Setiap hari dgr berita, mesti dgr pasal ni. Org2 berpiket suruh Anwar Ibrahim bagi sampel darah untuk ujian DNA. Boleh tak semua rakyat jelata, rakyat mahaen berfikir dgn tenang dan gembira.....(mase mengundi sy tak pernah pangkah keadilan okeh)...cuma mahu semua berfikir dgn tenang smbil minum secawan teh o di waktu petang..kalau kita pernah bg sampel darah kita utk digunakan pada contohnya 10 tahun dahulu..pastilah maklumat DNA tersebut masih valid kalau nk guna lagi pada hari ini. Atau DNA manusia sudah boleh berevolusi? Atau adekah..adekah..adekah..sampel darah anda yg baru diberi itu bakal ditempek pada tilam? OMG~

Pendakwa raya kes beliau plak buat permohonan supaya mahkamah paksa Anwar bg sampel DNAnya, ini kes supaya beliau buktikanlah beliau tidak bersalah, Pendakwaraya kang tugasnya membuktikan tuduhan. Tetapi kes ni adalah 'bg membuktikan pesalah yg didakwa itu adalah not guilty'. Ini sudah bertentangan dengan semangat undang-undang.ho ho ha ha..beria-ria semua rakyat itu pegi buat demonstrasi. Ha ha ha ....apekah..

Berita 2. Mengenai First Lady of Malaysia (FLOAM)
Yg ni sudah lama jugak sy perhatikan. Dulu siap ade dlm website perdana menteri.www.pmo.gov.my. Memang benar Jabatan baru sudah diwujudkan di sana..kemudian hilang pulak dlm website bila ade org pertikaikan. Tp sy agak yakin divison itu masih wujud, cuma dah didelete dlm website. Setahu saya isteri PM2 sebelum ni takde plak berperangai pelik dan kelihatan agak berkuasa seperti sekarang. Nazri Aziz sendiri ckp nih tentang bajet yg diperuntukkan utk konon2 1st lady ni. Siap ade delegasi beliau sendiri pegi buat lawatan bagai ke Riyadh, Dhaka, Muscat dan lain2 lagi. Rasenye byk tempat lagi..Beliau ada pegawai sendiri. Apekah Guna Geran Sciencefund? FRGS/ ERGS? bayar GRA2 beliau kot..hah hah..

Setahu saya, pernah baca (mase kecoh2 dulu semua sibuk nk kaji buku perundangan), bg negara Malaysia yg ade Yang Dipertuan Agong, org yg paling tepat utk dpt gelaran itu isteri YDipertuan Agong..bukan isteri PM.

Sy selalu membayangkan oh alangkah baik program 'PERMATA PINTAR' itu digunakan utk mentarbiah anak-anak kecil kita dgn didikan Al-Quran ataupun didikan moral(mcm dlm program mari mengaji bersama ustaz Zamri & Harun Din),,bukan belajar nyanyi-nyanyi smbil buat pertandingan dengan pakai bunga dan topeng bagai..yg bergalak tak igt dunia tu..alangkah ruginya..(tetiba teringat program PLKN yg rasenya lebih best kalau buat mcm program USRAH)

Berita 3:Mengenai botol BPA free.

I LIKE. sebab kesedaran rakyat marhaen tentang penggunaan botol susu ni memang sgt kurang. Main beli je, janji murah, atau janji cantik menarik dan da bomb. Tambah2 lak selalu buat susu formula taruk air panas tu (oh very dangerous okeh). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan jemaah menteri nk haramkan start 1 Mac 2012. Lama juga tu..tp xpelah,,janji rakyat sudah ade kesedaran sedikit sebanyak..


Gambar hiasan

Sekian.

Sunday, March 13, 2011

Dapur .

Niat nak tepek gambar sekeping dua. Hujung minggu ni memang me-time. hoho..sebab agak free (Mase ni la nk betul2 online shopping..)..selalunya sibuk dgn aktiviti mcm2 smpai tak sempat nk bukak laptop pon. Minggu ni jugak kelas swimming dibatalkan lak..sudah lah sy miss dah 2 minggu tmbah lagi pulak minggu ni..adeh..time kita free ni la nk cancel kelasnya..tensen. minggu depan sy mungkin balik sbb adik akad nikah kat kelantan..(mjlisnya bulan Mei nnt) sy ckp 'mungkin' sbb sy tak pasti lg dpt balik ke tak...hu hu..ade masalah sikit..ni tepek gambar dapur. Muhammad Ashraf dh bising ni nk nenen..

Ni dapur kesayangan sy yg sy beli kat senheng sdn.Bhd.

Ni plak kithen kabinet saya yg kecik je..tp ongkos nk buat ini bukan sikit..so sila hargai (sila rajin masak 4 kali ganda)Adeh..Muhammad Ashraf sudah nangis.. tak boleh me-time jugaklah kalau dia tak tido..

Sekian.

Thursday, March 10, 2011

Emosi terganggu

Saya agak emosi la bila baca ini..terutama part no.9. Sila la layan,,kalau dah penah bace xpelah..harap tak mengganggu emosi.. (adeh serabut..)

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.
kalau aku pegi la uturn balik, kat awan mane ade traffic jam nak uturn sesuke hati.. isk

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
haaa, bab ni aku malas nak comment sangat, jodoh semua di tangan Tuhan.. hehe

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.
ape ayam pun tengah tenggek atas tangga ke sampai tahi ayam pun jatuh???

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.
lepas tu ape kate basuh bilik air terus, alang-alang dah basah tu...

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.
itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.
nasi lemak agaknya ni..

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi
mcm perli aku jer nih... isk

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
aku tengok orang sprint test pon atas pokok. ape barang ni bai lu cakap gua beruk??

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
lagi malang sape yang bau tu...

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)
ni ape kejadah la orang yang forward kat aku tulis mcm ni..

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.
geli dowhhhhh

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.
korek tabung belom tentu dapat hasil, kalau hidung konfem2 ade... hahaha

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
sengal. konfirm la pon.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.
yang ni kalau laki aku buat mcm ni, aku kawin lagi satu. hahaha

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......
hek eleyh. sumpah weyh, ni bukan idea aku pon, aku ciplak je ayat orang. memang tak ade idea langsung orang ni

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
harapan yang musnah.. sape suruh g percayekan pagar!

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
banyak lagi tempat aku ingat... ape daaa.

18. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.
kalau aku nak hujan duit, senang nak shopping!!

19. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.
Jagelah kebersihan negara kita!

20. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
pastu kite guna la pulak bulu orang. yang dah terbuang-buang tu!

21. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri.
aku cincang daging depan orang tandenya ade la orang yang nak kene cincang ngan aku pastu!

22. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....
kesian orang yang tak ada tangan dah....

23. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.
macam tu ke?? patut la pun......

24. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu tak lari jugak.
betol jugak tuh....

25. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.
aku pulak keberatan nak tengok sukan angkat berat.. terbeban rasenye!

26. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.
diorang masuk sarkas la. kau ape tau!!

27. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.
kau nak gune kail sejengkal buat ape??

pst: ade rase mcm nk hantuk kepala kat dinding tak. serabutla saya

Swimming Class

Sejak bulan lepas, pada setiap minggu kami,,kami,& kami..ada join kelas..tp actually sy dah miss 2 kali kelas sbb yelah, sibuk sikit..tp belajar tetap belajar..Entah berapa lama belajar, cuma pass renang gaya katak je..tu pun bab amik nafas time renang tu tak lepas2 lagi..ni sebab tidak belajar bersungguh2 dan asyik ponteng kelas..hahahah..bila lah agaknya boleh renang gaya lebih best..Mula2 nk gelak dulu...ha ha lepas tu barulah tepek gambar...

Memang tak boleh blah gmbar ni..Ni mase 1st lesson rasenye..sekarang kami ade baju yg lebih bergaya (2 pieces kah??),,.

Sebab censored kan,,so tepek lah gambar tah pape kat situ..jgn marah kengkawan..

Sekian.

Sunday, March 06, 2011

Housewarming 2 minggu lepas

Ini adalah quick update. Sbb sy malas..ha ha ..Pada 26hb Feb lalu, kami anjurkan housewarming party....Sebnarnya mjlis ni diadakan bagi membaca surah AlBaqarah ramai-ramai..di ketuai oleh Ustaz Ismail, my brother. Ini kerana surah Al-Baqarah merupakan surah yg terbaik perlu dibacakan apabila kita naik rumah baru untuk menghalau Jin dan Syaitan sekiranya ada dalam rumah..Menurut adik sy, org Melayu sekarang ni dah jadikan adat, bila naik rumah akan baca yaasin,,sebenarnya ia kurang tepat..surah yasin juga baik tetapi lebih baik juga di susuli juga dgn Albaqarah., ada hadis sahih tentang perkara ni..Surah Albaqarah agak pnjang dlm 49 pages. So bila mjlis nk stat ku10.30 pg sabtu tu,,famili yg availabe waktu tu dlm 10 je..so kitorang membahagi baca dlm 5 pages sorang. cuma Ismail bace lebih sikit 10 pages kot. Jadi dlm 15 minit dah siap bace..Alhamdulillah..(even seblum ni kami dah pasang2kan kaset mengaji surah Albaqarah dalm rumah)..tp tp bagus kalau kita baca sendiri secara life kan..

Bagi housewarming ni, saya memang jemput keluarga sahaja. Ini bagi perkenalkan rumah kami kepada mereka yg belum pernah tahu.. Sebab keluarga sahaja yg tinggal di Bangi, shah alam, tg malim pun dh 40-50org..Pada mulanya sy nak masak nasik ayam, pastu atas nasihat en.suami katanya better kita g tempah je la,,utk mengelakkan dr penat..dan sy pun bersetuju lah memandangkan sy sendiri pun tak de periuk2 besar nk masak bebanyk ni kan..so sy g tempah nasi ayam kt belakang UKM, restoran sri melati..rm4 1 kepala..tempah buffet. Dalam pada tu sy masak juga mihun sup dan puding kastard berkuah, pastu beli tembikai, buat jugak pengat pisang. pastu mintak ct aminah gorengkan keropok (ha ha)..en suami tukang buat air oren. So inilah menunya..tetiba rase cam raye pulaks..

Ni gambo sekitar 'parti' hari itu..Sebnarnya sy xsempat amik gmbar sgt pada hari tu,,ini semua gambar2 ihsan dari my sister. Beliau sgt membantu sy menjayakan majlis..tolong di dapur potong daun saderi, siapkan taugeh, basuhkan pinggan mangkuk,,tolong kacau tepung kastard, dan sebagainya..bila ade dia ni,,boleh la en.suami sy tolong jage budak itu. sy pun boleh masak dgn tenang..Thank you ye..;p.


Ni dapur saya. Belum tunjuk lg kan kitchen cabinet siap pasang kan..ha ha ni baru nk tunjuk..mase ni tgh serabut..waktu petang stat kul 3-7ptg famili angkat seblah husband dtg..dorang agak selamba lah jugak,,byk jugak makannya (nasib baik dorang dtg memang abis makanan) siap order lg..bila smbal kicap utk mihun sup abis,,.sy pun pegi blander lada buat yg baru,..


Ni gmbar waktu petang dah dekat kul7 baru pakcik sy yg sorang ni dtg..he's a busy person,,ade meeting katanya..tgk ni boleh terlelap kat sofa lepas makan..sian ayah Syam..isyk isyk..Yg baju merah tu Ismail..yg makan entah kali ke barapa..

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...