Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Hakikat kehidupan

Ahah..
memang dlm hidup ade waktu kita sedih. ada waktu kita gembira.
Tp sebenarnya di kebanyakan masa Siti Sarah adalah seorang yg gembira.Kemuncaknya hari ni,, gembira yg entah nk ckp level berapa. Takde sebb pun untuk berasa gembira.. tiadalah kata dpt duit ke apa..tp memang gembira..dan many thanks pada rakan2 yg ucapkan kata-kata inspirasi. kata berupa begini perlu sbb manusia ni mmg perlu sentiasa di remind selalu..

Sebenarnya bila pikir..oh pg esok ada miting lg...kui kui..hidup akan diteruskan juga walau apa berlaku. Sy teringat pasal bakar kapal. kenapa kapal? sy pernah bc cerita sejarah yg amat hebat bagaimana Thariq bin ziyad membakar kapal beliau naik bersama 7000 tentera islam untuk menakluk sepanyol (andalusia). boleh bc cerita di sini. Thariq bin Ziyad telah membakar kapal-kapal mereka, ia telah memusnahkan satu-satunya jaminan keselamatan mereka (yg memungkinkan mereka berpatah balik sekiranya kalah), sehingga yang mereka miliki hanyalah iman, keyakinan dan kepasrahan atas pertolongan Allah saja. Akhirnya mereka menang menumpaskan tentera musuh seramai 25 000 org yg dipimpin Raja Roderick yg zalim. Sy berharap sy punya kekuatan begitu. Namun sy belum bakar lg kapal sy..hew hew.....tp sy fikir sy adalah lebih baik (dgn masih meneruskan belajar) drpd condition quit belajar....(monolog sendiri)

Belajar ini walaupun ia kelihatan ilmu keduniaan, belajar teknologi.. tp sebagai umat islam kita kene menguasai ilmu tak kira bidang apa sekalipun yg kita ceburi. Ia tanggungjawab kita sebagai org Islam. Kita adalah umat akhir zaman. Sebagai umat Islam kita percaya pada kedatangan dajal dan imam mahdi. Dajal ni disifatkan sebagai manusia yang cerdik, bijak, boleh meramal ms depan, suka merantau dan panjang umur. mungkin umurnya ratusan tahun. Dajal sudah ada di dunia ini cuma kita belum tahu siapakah gerangan dia ni. Dan dajal akan mempengaruhi manusia melalui teknologi dgn keadaan sekarang ini,,kita tahu kita sudah hampir dengan kiamat..Pada masa sekarang ni byk kita lihat mungkin perkara yg simple pun jd pergaduhan. Perkara yg yg berkaitan agama pun org nk pertikaikan. Perkara yg batil bila ditegakkan jd nmpak benar. Kadang2 kita tak perasan. Ms zaman kecik dulu, sy selalu igt tok guru yg mengajar dkt madrasah dkt  rumah dulu (tok guru dh meninggal ms sy matrik) selalu kata di akhir zaman nnt Dajal dtg bantu di saat manusia perlukan sesuatu yang penting contohnya tiada makanan ketika itu sedangkan manusia sgt lapar.. Ramailah org ikut Dajal kerana kurang iman di dalam hati dan menjd kafir kerana mengikut dajal yg meletakkan syarat. Justeru, ms kecik dulu sy selalu berdoa semoga tidak smpai dgn zaman/waktu Dajal keluar di mana keimanan diuji dgn hebat waktu itu. Situasi spt itu mungkin ada pada ms sekarang ni secara kecilan yg kita tak perasan. Wallahua'lam. kitalah umat akhir zaman..Justeru kita mesti menguasai ilmu,,kita tak boleh biarkan hanya org lain (tambahan pula bukan Islam) menguasai ilmu..Dajal punya tipu daya yg entah mcm mana rupa bentuknya..kalau rakan2 suka membaca terutama berkaitan teori konspirasi, kita akan lihat kehidupan kita ni dr perspektif yg berbeza..kita bukan dihidupkan di dunia ini dgn sia-sia..Di samping ilmu dunia, sudah pastilah kita perlu kukuhkan ilmu agama juga. InsyaAllah. Amin.

Kita mesti kuatkan iman dan berpegang dgn AlQuran.

Sekian.

Thursday, September 29, 2011

Perahsia ke..


Sy perahsia? Entah. Sbb tu sy ada belog dan bukan semua kengkawan sy tahu pasal cerita online sy ni...Bukan perahsia sgt..cuma sy kurang suka bercerita hal peribadi sy di fesbuk...sbb kat situ semua org ade..org yg kenal sy,,zmn sekolah, org sekampung, org rapat, org tak berapa rapat..junior, senior..stalker pong ade...means org yg jarang sembang ngn kita,,tp merayau2 nk tahu hal2 peribadi terkini life kita kan...he he....Once cerita sensasi disebut,, nnt akan meleret-leret jadinya,org tu tanya, org ni tanya.. At last, i decided to remove the comments. cerita luaran sy on jer...Ok sy mintak maaf..sbb delete beberapa komen kengkawan di fesbuk...mula-mula sy cuba berlapang dada..tp bila lama2 sy jd serabut..Ada jenis org yg segala mende cerita di fesbuk.. update wall setiap 5 minit, gaduh dgn pasangan, ucap selamat pagi,, selamat balik kerja...okey...rimas i..terus i hide org tu dari membuatkan sy nmpak post dia yg merepek setiap hari...

Do stalker exist?

Wednesday, June 22, 2011

Kejayaan tidak datang tanpa ujian


Serahkan segalanya kepada Allah S.W.T

Kita tidak boleh membalas kembali apa yang orang buat kepada kita, Tuhan mempunyai cara tersendiri bagaimana ingin membalas setiap perbuatan mereka terhadap kita. Mungkin sebagai contoh, rezekinya akan disempitkan, hidupnya akan dalam kesusahan dan usahanya tidak mencapai kejayaan. Kita tidak mampu mengawal jumlah mereka yang berbuat jahat kepada kita, tidak dapat mengelak kejahatan yang ingin orang buat ke atas kita dan akan tetapi mereka yang berbuat jahat kepada kita tidak akan dapat mengelak balasan yang akan Allah S.W.T ke atas mereka. Serahkanlah kepada Tuhan, tugas kita teruskan bersangka baik, teruskan berperangai baik dan berkata-kata baik.

Doakannya

Ramai yang tidak setuju dengan point ini bagi mereka ini adalah mustahil bagaimana boleh mendoakan orang yang berbuat zalim, khianat dan jahat kepada kita sendiri. Maka doakanlah supaya dia berubah. Jika kita sendiri membalas perbuatan jahat orang pada kita sehinggalah berdendam, maka kita telah tertipu dengan hasad hati kita sendiri yang kan meletakkan kita dalam pemikiran negatif. Kesannya, tindakan akan menjadi negatif dan akan dikelilingi dengan suasana yang negatif. Orang yang hidupnya berfikiran negatif tidak akan bahagia, tidak pernah maju disebabkan dendam dan hasad. Tidak itu sahaja akan kerap ditimpa musibah walau sebesar zarah sekalipun, dan mendakwa semua masalah muncul adalah tidak dipinta sedangkan kita sendiri yang membina ke arah masalah tersebut. Sedikit lama-lama kan menjadi bukit begitulah juga dendam dan hati busuk, lebih banyak yang tersimpan hingga bengkak lebih sukar mencapai sesuatu dalam kehidupan.

Teruskan kehadapan

Kejayaan itu tidak pernah terduga tanpa sebarang ujian. Ada orang yang cemburu melihat kita berjaya ataupun paling simple kita mempunyai sesuatu yang lebih darinya. Tak kiralah lebih berpengaruh ke lebih hebat dan seumpamanya jika hati telah busuk maka tetap akan cemburu dan hasad dengki. Ini adalah sesuatu yang tak dapat kita nak halang, biarkan mereka dengan permainan hasad mereka, usah melayan fikiran dan mehnah orang yang sebegini kerana ia bisa menghilangkan fokus kita. Jangan pedulikan buah mulut orang, ia akan hilangkan pedoman, motivasi dan aspirasi. Sibukkanlah diri kita untuk melupakan apa yang negatif dan jangan mudah berprasangka buruk, elakkan segala yang negatif fikirkan sesuatu yang lebih menguntungkan diri.Lupakan saja kejahatan, hasad dan khianat mereka terhadap kita. Kita akan kelihatan bodoh jika melayan mereka yang bodoh berhasad dan khianat ini. Usah ingat akan mereka, bina sesuatu yang baru buktikan mereka bukan bahagian dalam hidup kita dan jangan sesekali melintaskan perkara ini dalam pemikiran kita. Pastikan hati kita bersih agar sentiasa bermotivasi dan terus ke hadapan. Jangan lawan fikiran negatif, namun penuhkanlah minda dengan aspek positif seperti kegembiraan, keseronokan, kebahagian, luangkan masa menenangkan fikiran cari kedamaian yang jauh dari mereka yang berhasad, dengki dan khianat. Semakin anyak kita lawan semakin banyaklah yang akan kita dapat apa yang kita lawan tersebut.

Friday, April 15, 2011

Erti nikmat sebenar

Wahai rakan-rakan. mahu share video ini....


Semoga berjaya dlm hidup~

Tuesday, March 29, 2011

Tidak puas hati.

Ho ho..sebab rase mcm ayam. Jadi haruslah mengorbankan sedikit masa utk tulis belog. Nk puaskan hati..Isyk..isyk Dr.M memang begitu. Kenapa syg sgt dgn Encik A itu. huhu..tak puas hati..bukan sebab jeles okey.. Tp sebab Dr menangkan dia. dan menjatuhkan pride sy...Tetiba sy rase sy pulak jadi ayam sebab tak puas hati kat org itu yg biasa2 sajork.. buang karan je..hahahahahhaha ..tp nk jugak bergaduh..hnssss...

Sudahla sy handle meeting igtkan pelajar2 seliaan Dr.M. sy tempah bilik miting beberapa minggu lebih awal. sy jugak yg g cari2 projector, laptop dan pasangkan aircond bagai utk menyediakan suasana meeting. Bukan kisah sgt hal tu, tp sy tak puas hati kat org itu..yg kengkonon ape2hal dirasakan bukan tanggungjwb dia,,tanggungjwb org lain..eh hello..adekah kamu itu sudah bertukar status menjadi GABAN yg hanya konon2 wat research sajork,,yg lain2 bukan kerja kamu...kalau begitu, kenapa Abstract research kamu tulis yg dipaparkan dlm meeting itu kelihatan low class dan tidak sepadan dgn kelulusan kamu yg kononnya tahap gaban itu. Buat mcm cincai2 dan seolah2 berasa bukan kerjanya. Helllloo ..diulangi jugak, sy & ct aminah dulu siap boleh studi dan g present lagi..diulangi: 'present', nk menegaskan betapa kami buat kerja agak bersungguh mendalami kerja/research walau ia research org lain apabila disuruh Dr M. Kene wat minit meeting yg simple seketul pun riuh sekampung...

Sekian. Selepas ini, sy nk jadi lebih cantik dan disegani kerana terlalu jelita...ha ha..

Wednesday, December 01, 2010

Sikap manusia yang biasa

Ini merupakan entry pot pet yg biasa saja. Kita ni kan sebagai manusia tidak boleh lari dari perasaan dan sikap seperti: eh rasenya sy betul.. cuma tah tahap sikap tu yg berlainan. Ade yang tahap ego yg sgt tinggi, ade yg biase2 je,,ade yang memang low..tp ia ada. Sejauh mana betulnya, sy tak pasti tp Ustaz Zamri yg cakap..ala ustaz yg comel lg MantOP tu..ya sy suka sgt tgk program bersama ustaz zamri tv 9 kul 6.30 ptg. musim bercerita, musim belajar agama, belajar alquran. Tp sekarang dh takde..minggu ni dh stat program mari bertaranum dgn ustaz yg series tu..sedap dan merdu sgt budak2 tu bertaranum..sy suka tgk pelajar2nya,, paling comel sekali si Huda.

Ok tamat kisah ustaz zamri. Ustaz Zamri pernah bercerita mengenai takdir. Bahawa takdir itu boleh berubah dgn usaha yang kita lakukan serta doa yang tidak putus-putus. Diceritakan bahawa di suatu hari semasa Nabi Adam masih di syurga, nabi Adam berkomunikasi dgn Allah s.wt. ketika itu Allah tayangkan isi dunia serta umat2 manusia yang akan dtg di tangannya (kita tak perlu bayang mcm mana, kerna Allah itu bukan seperti makhluk ciptaannya yg serba lemah ini)..pastu Nabi Adam nmpak sesuatu yang bersinar2 di tangan Allah, lalu baginda bertanya :siapa tu wahai Allah, yang kelihatan bersinar2 itu? Allah menjawab:Itu ialah Nabi Daud. Pastu Allah beritahu bahawa riwayat hidup Nabi Daud pendek sahaja iaitu 40 tahun, sedangkan umur Nabi Adam adalah seribu tahun. Lalu Nabi Adam pun mahu sedekahkan umurnya sebanyak 60tahun kepada Nabi Daud.

Apabila tiba waktu ajal Nabi Adam, Malaikat maut dtg menjengahnya..(nabi sememangnya ade kelebihan mengetahui bila malaikat maut dtg). Nabi Adam diriwayatkan tekejut.. eh kenapa kamu sudah dtg sedangkan umurku masih lg berbaki 60 tahun..pastu malaikat pun jelaskan kamu sudah sedekahkan umur kamu pada Nabi Daud, lalu nabi Adam ckp:eh ye ke..?.. bukan sebab lupa tetapi sikap manusia adalah seperti secara fitrahnya begitu, kata Ustaz, sebab itu kita bersikap begitu...wallahua'lam..

Ok. back to cerita sekarang. Tp jgnla samakan sikap kita yg keji ni dgn nabi pulak. Ade sesetengah org tu kan, memang suka bersikap seolah-olah :"Sy lebih tahu dari kamu. sy lebih terer. Kamu masih muda. Kenapa kamu buat begitu.kenapa begini?" seolah-olah hanya beliau seorang sahaja yg meningkat dewasa dan matang menghadapi kehidupan ini. Org lain jgn lebih dr tahap saya..ohhhhhhhh..Sikap begini kurang seronokla..Kadang2 kita perlu akur yang org lain juga akan dewasa dgn perubahan masa dan usia..Tahulah mereka menguruskan kehidupan mereka, mengatur sendiri hidup, membuat perancangan sekian sekian, beli kereta sekian sekian beli rumah apartment sekian sekian. jgnla kita rase kita je yg bagus dan berasa sangsi dgn keupayaan org lain.

Sekian pot pet utk hari ini.

Thursday, May 27, 2010

Kalau nk pinjam barang org..

Cewah, tgk tajuk mcm gempak..tp mmg agak gempak dgn apa yg berlaku pada diriku la kan..boleh tak sy tulis kat wallpost sy di facebook mcm ni

mode marah: Get Over Yourselves. nobody cares about your secrets.


Sebenarnya sy bukan marah smpai benci kat die. Jgn salah paham. Sy cuma rasa tak puas hati dgn sikapnya itu, dan sy rase org lain pun bila berada tempat saya akan rasai perkara sama..hu hu

Bila kita nk pinjam barang org kan, kalau setakat nk pinjam nota ke, nk pnjam mende yg biasa2 memadailah kalau kita sms je pun, itu pun kalau kwn kita, tp jgn buat begini bila kita berurusan dgn kwn kepada kwn kita, atau pun org yg kita tak kenal tp kita nk pinjam barang, atau nk tumpang rumah kwn kepada kwn kita, sila telefon bg menyampaikan hajat kalau tak boleh berjumpa.

Ade seseorang tu mahu bertunang, dan die bersoksek la dgn kwn baik sy. jd kwn baik sy ceritalah sikit memandangkan org yg nk bertunang tu pun kwn serumah sy juga dulu.

kawan baik: si A tu nk bertunang tp nk wat simple2 je tanak grand2. si A tgh pikir nk pakai bj camane (tanak sewa2 kedai)

saya:Oh, kalau camtu pinjamla baju sy, sy ade baju kawen, bertunag segala (perhatian:ini boleh beri pinjam pada org rapat saje).

kawan baik: baiklah nnt sy suggest.

Setelah kawan baik suggestkan pada cik A.

Si A: oh, boleh tak 'kawan baik' tolong pinjam dgn sarah. Nnt kalau sy bekenan sy ckpla kat sarah.

Mulanya sy tak paham bila 'kawan baik' beritahu sy. So sy tak bawakla baju2 bertunag & kawen saya tu, sbb sy tunggu la, sy ingtkan si A akan ckp kat sy kalau dia nk pinjam. Rupenya si A mintak kononnya 'kawan baik' saya itu yg nk pinjam..(bajet pertunangan die nk rahsiakan dulu dr pengetahuan sy). Apekahhhhhhh..mestila kalau 'kawan baik' sy nk pinjam mestilah sy pelik lagi misteri,,dan of course la sy akan bertanya 'kawan baik' sy nk buat apa. Takkan senang2 sy nk bg tanpa tanya apa2..merepek sungguh. tetiba sy jd marah tahap 1.

Tp sy masih berbaik sangka dan memaafkan tingkah lakunya itu. Sbb sy tahu die mmg suka nk berahsia (bajet rahsia sgt). Pastula adela dlm 4 hari senyap je tanpa kabar berita. Tetiba hari selasa tu sy pun tanyala 'kawan baik ' sy, si A tu jadi ke dok pinjam baju tu?. Pastu esoknya baru si A sms sy..bunyi sms tu mcm konon,,'hajatnya nk pinjam baju sarah nk wat bertunang, tp kalau kalau sarah tak bagi takpe sempatla sy cari yg lain..' tetiba saya rase marah tahap 2. .sy ckp:boleh je..baiklah'

Pastu tetiba lak sy dgr cerita si A tak puas hati kat sy, katanya ' Sarah tu mcm tanak bg je kat saya' ...dia bagi ke tak" Mungkin dia rase sy tak layan dia. Bahawa sy septautnya buat ala2 tekejut pastu telipon ckp tahniah segala lalu buat muka seronok ckp ambikla.pinjamla bj sy ini..adeh. Sy jd marah tahap 3. Tp sy sabar je lah. Sy memang amat iklas nk bagi, malah siap offer lagi. Abis tu camane lagi. Merepek sungguh. Sekarang ni masalah sarah mcm tanak bagi ke atau die yg nk pinjam ke tak nak..kalau nk pinjam barang org buat cara nk pinjam. Ini perkara penting lagi serius. Nk pinjam baju untuk pakai di mjlis pertunangan...okey....sy bukan benci tp marah dgn perbuatannya. Sy tak kisahla nk pnjam bj sy itu..aduh.






Tuesday, May 18, 2010

Allah beri kesenangan, bersyukurlah

Saya bagi pihak penganjur nk menyampaikan pesan..(mcm penah dgr ayat camni..). Saya rase sy nk bercerita sikit.. ade org2 yg hidupnya kelihatannya sgt smooth, lepas blajar, dah kawen, pastu dpt anak, pastu keje pun dh secure suami isteri..Pastu kan suka berlagak pulak..mentang2 la taraf tak sama ngn org lain..dah rase diri sgt hebat ala2 golongan kelas A. Dan mendouble standardkan org lain..dan agak bangga menggunakan kuasa yang ada..org begini mmg wujud di mana sahaja..so sy menasihati diri sy sendiri supaya buatlah kerja kerana Allah, dan jgnlah memandang org yg berjwtan lebih rendah dgn perasaan bongkak....Rezeki itu drpd Allah jua....Semoga perasaan tawaduk itu sentiasa di hati kita..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...