Monday, January 13, 2014

Cerita menjahit tudung 2 layers dan telekung

Biasa selepas cerita mende tak menarik. rasa tenang sikit sebab dh luah sikit sebanyak. jadi untuk membalance kan kehidupan siti sarah agar mengingatkan diri sendiri bahawa ada juga perkara menarik berlaku yg mengupgrade kemahiran hidup diri. kah kah. beberapa minggu lepas, sy menjahit sesuatu untuk diri sendiri iaitu tudung 2 layers. beli kain kat tewah..
hns hns..(tahan diri dr gelak tgk gmbar ni)
oo boleh tahan minah ni bergambar. sapa ni?? kah kah
Pahtu mende plg best yg sy penah buat ialah jahit telekung, sy menuntut ni. apa igt boleh pandai tgk youtube je? mmg boleh pandai bljr dr youtube, tp ada satu mcm perasaan tak puas, nk menanya cikgu jugak. kalau nk tahu,, sy ada beberapa kawan menjahit ..dorang ni mmg plan nk meniaga, jd dorang tak pernah berhenti belajar..pegi kelas,,walau dh pandai,,,sbb menurut dorang, lain cikgu mengajar lain cara,, jd dorang ni sanggup belajar byk kali benda sama asal dr cikgu berlainan. sbb mmg lain cikgu lain teknik jahit. dorang ni sanggup habiskan duit sbb nk kemaskan teknik sendiri. padahal dlm masa sama kakak2 itu sudah pernah siapkan tempahan dr org2...sy respek sungguh. sedangkan sy bljr saja2 nk jahit sendiri..untuk kepuasan. 

special sangat telekung ni, sy jahit lapisan kedua utk belah dlm tu kasi besar smpai paras renda tu. confirm tak nmpak leher . renda biasa2 je ni rm1 semeter.

jahit bahagian muka ikut saiz muka saya
Actually cikgu ajar lain sikit dan cikgu guna kain lycra. tali pengikat cikgu jahit atas mcm tu je..kalau ikut hati sy mcm tak cantik sbb tetiba jahit tali kt atas telekung, sy tukar,, pegi selit celah tu mcm dlm gmbar.Pahtu bila sendiri pakai rasa gembira tersangat. pahtu ada keinginan nk jahit telekung ayra gak ni.. tp ...pikir pasal coordination meeting bln 2 nnt terus rs serabut. Tp kengkadang berangan nk jual telekung kanak2,,buat cantik2 kaler pink pastu jual..bestnye..tak payah kau sibuk2 buat projek phd. sambung bljr asalnya nk isi masa lapang dgn berfaedah konon, sbb ms tu belum ada mesin jahit...;p

Ini saya, tp mcm malu tunjuk gambar sebenar,,mata tu tengok tang ke lain sebnarnya.  takpe.motif nk tunjuk jahitan muka telekung je...
Haha sekian.

Sunday, January 12, 2014

Cerita rawak seorang pelajar

Sebenarnya memang bosan kalau asyik cerita hal belajar. tp nak tak nak mmg begitulah resam hidup seorang pelajar. mungkin kalau budak kolej yg tgh amik diploma atau degree, mcm kebanyakan masa, mende yg berlegar dalam kepala, yg disebut2 adalah assignment, group presentation, exam,, ulang2 lah sampai muntah hijau org nk dengar..tp mereka hanya ekspresikan perasaan. Org paham atau tidak perasaan itu, lain cerita. Kalau drama sekuel dalm tv pulak, asal cerita je pasal budak kolej, pakaian vogue2 ,,pastu ada masalah ngn pakwe segala bagai.  saya rasa drama dalam tv ni tak berpijak di bumi nyata kot. atau adakah memang budak kolej swasta berperangai begitu? mungkin jugak ya. menurut adik saya yg belajar di kolej swasta di kuantan tu, katanya bebudak free hair yg berpakaian ala2 artis ni kebanyakan budak2 kursus fesyen. ..ok panjang pulak,merepek sudah.

Berbalik pada cerita saya. sebenarnya sejak sebulan lalu, saya sudah mula bermalasan. sebab rs mcm penat memerah otak dan mengorbankan byk ms yang sepatutnya bergurau senda dgn anak, tp harus siapkan kerja. tp tak keluar2 formula,.formula untuk menguruskan resource dalam network. resource ada byk,, dan sy cuba fokus satu dulu, iaitu bandwidth. pastu pening muntah hijau. siapa peduli? tiada siapa. saya telah berjaya siapkan satu network trafik, ada pergerakan dalam network, namun ia belum boleh membuktikan apa2 selagi belum nmpak sebarang test performance utk pengurusan resource. tak dpt nk test performance sbb formula belum ada. pastu supervisor hanya query result(end result).  lepas tu coordination meeting bakal berlangsung tak lama lagi.  dan geng research kat unimap tu asyik bertanya dh buat itu? dh buat ini?..Rs mcm ...titik.

Seriously. saya sebenarnya ada perasaan nak berhenti. Tapi sukarnya untuk menyebut begitu sesukar utk buat formula tersebut. Apa yang mampu dibuat adalah menelan sahaja setiap tutur kata supervisor. tak siap. tak perform, tak itu, tak ini. tp kalau nk berhenti kene cepat seblum semester baru bermula. kah kah kah.

Macam mana ya kalau berhenti, berapa kene bayar kt penaja eh.kah kah kah kah.

lala lala la la la...

Disebabkan serabut, tak dapat start jahit langsir, sbb risau...

%$#&+!~ Prof sorang lagi tu penah ckp kat saya, 'kalau xde basic dlm network communication, tak boleh survive.." rs mcm ada bunyi tembakan. hahahahah. prof jugak yg cadangkan sy buat itu..supervisor pertama saya tahu tak agaknya saya lg dasat, xde background engineering ... gila sudah saya...tak boleh, tak boleh gila..sy nk pregnant. omg

Saturday, January 11, 2014

Selamat tahun 2014

Saya sudah lama tidak update. Seakan tiada perasaan nk menulis. Semacam ada satu perasaan buat apa sy menulis..selalu fikir mcm mana kalau sy meninggal dunia. apakah perkara yg saya tulis ni berfaedah? hu hu..sy berharap dengan pertambahan umur dari tahun ke tahun mematangkan saya dan sy lebih sedar bahwa kematian itu sentiasa makin dekat. Ampunkan dosa2 kami ya Allah..amin. Saya harap kita semua meninggal dalam keadaan beriman kepada Allah. serasa takut bila mengenangkan mcm mengejar dunia je aktiviti seharian saya ni. 

Baru baru ini supervisor saya terbang ke Mekah menunaikan umrah selama 2 minggu. terasa sedikit lega di situ.(apekah) tp sekarang beliau sudah pulang dan terus email saya mengatur pertemuan. Di emel tersebut dia kata ingin bincang progress saya, dismping memforwardkan kepada saya emel mengenai Laporan kemjuan calon semester 1 2013/2014  daripada ketua program pasca siswazah. terasa sedikit ugutan di situ. kah kah..supervisor sy seorang yg sangat tertib orgnya. perlu buat sesuatu berdasarkan bukti2 kukuh dan real. tak boleh main taram tulis manis2 saja. teringat report sepanjang sy buat master dgn Prof M,,meskipun sy rajin tahap gaban, dia isi laporan tu mcm ala ala,,ayam2 je semua...contoh : kerajinan: "baik(instead of 'cemerlang' ", kekerapan jumpa penyelia:kadang2(instead of kerap) padahal hampir setiap hari kot jumpa..pendek kata semua mcm tahap B..kecuali ruangan motivasi: "tinggi"..haha..kalau tgk balik mmg rs mcm nk gigit je kertas laporan tu. tp memandangkan takpelah janji scholarship jalan. malu la jugak penaja tengok report begitu..kah kah

pertemuan sepatutnya berlaku pada Rabu lepas dgn supervisor saya, sy mohon sedikit masa kepada hari Jumaat (mcm sy pula supervisor) sbb sy perlu sediakan report, tak siap lagi. ketika selasa rabu tu anak sy pulak tak berapa sihat. kamis pulak sy jatuh sakit. demam sakit urat, dh lama sy tak kene demam begini. demam begini selalunya berlaku bila sy terkena bengkak susu. tp mungkin perubahan cuaca. sy bajet mlm kamis tu kene bangun jugak walau agak terhuyung hayang dan agak berat kepala demi utk siapkan report nk jumpa supervisor pd pg jumaat.  sehingga petang kamis sedang rs berselimut tebal di atas katil Allah bantu saya bila supervisor reschedule perjumpaan pada pagi isnin. iaitu esok. adalah masa sikit utk sy sihatkan diri baru boleh mengadap komputer di hujung minggu ini. bersama anak2 membuat kerja2 ini begitu lah..dugaan..keperluan makan minum keluarga pun perlu jugak dipikirkan. Ada satu perkara lg sy sedang sibuk sangat smpai sy rasa bermalasan sgt pasal PhD ni..sebnarnya hujung november lepas, sy sudah dpt kunci rumah baru. ketika itu kami dua2 sibuk dgn hal masing2..hujung bln disember baru boleh start kerja dgn membuat perbandingan contractor utk ubahsuai rumah. setelah compare2 dari segi quotation harga yg mereka keluarkan. kami pernah pergi beberapa home expo utk cari contraktor mcm2...

Hm..pada bulan ini genaplah umur anakanda Aishah Ayra 2 tahun 16 Januari ni. beliau masih menyusu badan, sy dah tak mengepam sekarang, tp stok EBM beberapa bulan lepas termasuk hampir setahun lalu masih ada dlm freezer. menghabiskan yg itu saja. dah tak banyak adalah 20 botol lg kot. sy pun nk kosongkan freezer sbb nk pindah nanti susah pula. Ayra pun dh besar. Alhamdulillah.

Berhujung tahun di Port Dickson
Abe Ashraf nk masuk 5 tahun, thn ni dah masuk pra sekolah Al Amin (Tadika Khalifah bestari)
Sekian.

Monday, November 18, 2013

Baju Ayra home made

Skang ni sekejap sgt kan cuti hujung minggu. Sibuk benar rsnya setiap kali tiba hujung minggu..ada je aktiviti. baru2 ni ada mjlis convocation sekolah muhammad ashraf dan mjlis naik rumah baru pakcik (adik bongsu umi saya) .Beliau beli lg umah kat denai alam, shah alam plak. sebelum ni dia stay damansara. rumah dia beli byk, disewakan. entah berapa buah rumah dah pkcik sy yg ni beli...tp kali ni katanya nak settle down kat denai alam. beso gila rumah beliau..hmm..

hmm..alangkah indahnya kalau boleh dok umah je menjahit..hahaha. mula rasa menyesal ..apasal lah sy tak beli mesin jahit ms sy duduk rumah tunggu bersalinkan ayra dulu. mungkin duit kemenangan anugerah tesis terbaik dr agensi angkasa negara (AAN) tu sy gunakan utk beli mesin jahit..(uhu..padahal ms tu pakai duit tu utk persediaan nk bersalin)..agaknya..kalau sy ada mesin jahit lebih awl, mungkin sy tak smbung belajar pun kah kah. crazy.

Ok.ini projek hari sabtu. bila start potong kain utk jahit satu percaya..mmg tak tenang selagi tak siap. haha..meroyan dah makcik..terus hari ahad pakai g mjlis2 seperti yg disebut di atas.

ms ni belum siap







ashraf pakai kain lilit pinggang kaler oren. persembahan Dikir Barat u olss..

group dikir barat. meneng persembahan hari tersebut. comel sgt
seluar ayra. lebihan jahit bj saya tempoh hari
bahagian belakang

Friday, November 15, 2013

Baju kurung special

Baju kurung ini sangat special, sbb..apa lagi jahit sendiri la..haha.. suka sangat. potong ikut keselesaan, jahit ikut keselesaan dan sebagainya. sekian. ini projek ahad lepas.



kali ni jahit bj kurung tradisional

letak getah sumer. sbb suka begini.

baru nk posing kat tempat org tetiba ada mamat kt depan berdiri dr tempat duduk.
 tekejut makcik.keh keh

Sekian.

Wednesday, October 30, 2013

Projek jahit berupaya hilangkan stress

Saya malas nk ckp banyak pasal studi. Tp sy mcm *** taksuka incik supervisor saya, Dr X. Sy sepatutnya nk belajar sambil relax..graf tekanan tu sepatutnya biasa saja. Saya kengkadang menyumpah2 dgn 'L-r-g-s milestone' kononnya tu. Dr X tu tahu nk mende cepat, tp tak bagi cadangan mcm mana flow gambaran sebenar simulation tu. semuanya dlm imaginasi sy je. nk  buat flow. kengkadang salah. pastu kene u-turn balik. sy boleh buat simulation tu tp sy perlukan masa untuk fikir jalan cerita/scenario yg berlaku dlm network tersebut. learning is a long process. bosan dgn sikap Dr X. ada pro and cons sebenarnya supervisor yg mcm Dr X ni dgn supervisor lama masa master sy, prof Y. Prof Y seorang yg sempoi dan kelihatan tidak peduli progress ko tahap mana, ms tu sy under project sciencefund. yg penting ko dpt jelaskan nape ko buat mcm ni atau mcm tu. so prof Y ni jenis letakkan sepenuh kepercayaan kepada kita. kita nk terjun gaung ke..nk apa ke...its all depend on you. Dr X ni plak, sgt concern pasal result. patutnya sudah siap. patutnya sudah siap. tp tak pulak nk guide mcm mana konon nk jd cepat tu. sy tak kisah tak guide sgt tp sy perlu masa la kan. kalau nk cepat, buatla sendiri..lalalalalala....la la

mlm hujung minggu saya menjahit. dlm kul9.30mlm -12am. bolehla menggemberikan hati. kalau ikutkan hati, nak je tangguh 1 sem. kah kah..pada pendpt sy, Dr X patut tahu, sy hanya membantu beliau buat research tersebut. boleh tak kalau merasakan yg milestone l-r-g-s tu takde kaitan dgn saya. sy pun buat PhD (sy bukan research officer pada project tersebut) dan saya ada scholarship luar. Dan sy start lewat setahun dr tarikh projek tu bermula. jadi sy sepatutnya tidak terikat dgn milestone projk itewww...oh hu hu..

ini kain yg dibeli
setelah pening amik kira ukuran.start jahit
nk mencadarkan ini
Siap! cadar ni dibuat dgn cara loose sedikit sbb mengambil kira regangan bila tilam dilipat 3 begini
ini customer saya. puas hati katanya
ini lak projek mlm sabtu

pakai.kah kah!
Tudung special edition. xde kat kedai.ada pelapik dagu juga.
Sekian

Tuesday, October 22, 2013

Lab dan workstation saya

Kalau sembang ngn geng menjahit. asal sebut je workstation mesti pikir tempat menjahit. ;p ..tinggi cita2 masing2..tapi sebenarnya workstation di sini maksudnya tempat kerja research belajar saya ni. yelah ..mcm taksesuai sebut 'ofis saya' sebab sy bukan kerja bergaji. kah kah..buat masa sekarang..malah dari dulu lagi..Saya dah suka sgt duduk kat sini. seriously ..sy mcm taknak g tempat lain. sy mcm dh jd penunggu kat situ. kah kah. 
Ini ialah lab tempat bertapa. Ini kwn2 sy..ini baru sebahagian,. ada ramai lg kawan. pd pendapat saya, di lab ni lah plg boleh menjumpai student melayu dan pempuan . lab lain kebanyakan foreigner. student pasca siswazah UKM engineering ramai foreigner okey, sangat..!
Nama lab ni ialah Satellite & Mobile Research Group (SMRG). Kawan seperjuangan dtg dr macam2 background. ada yg merupakan tutor dr UTM, tutor KuiTHO, skim UiTM pensyarah muda, skim MyPhD mcm saya dan ada juga betul2 GRA dibayar projek dan ada yg bayar2 sendiri-sendiri..

Sy bukan tak pernah mintak kerja tempat lain. ms berehat lepas dpt master. tp yg dpt panggilan tu mesti private company, pastu jauh jugak dr Bangi, (apply tp tak serious) sy kene consider tmpt kerja memandangkan sy sudah berkeluarga, bukan bujang. pernah mintak keje kontrak dlm bahagian teknologi maklumat/pengaturcaraan/network kat kementerian2 kerajaan yg kat putrajaya dan cyberjaya. tp xdpt..even mintak KONTRAK je pun. dan kawan sy pun pegawai kat sana..(kwn2 ms universiti saya ramai jd pegawai teknologi maklumat) sy suspect sbb sy letak tahap pendidikan adalah master. mungkin. Jd patut mintak dgn diploma barangkali (tp makcik takde diploma). Saya pernah keje private dulu kat Behrang, Perak selepas tamat degree, sebagai pegawai pembangunan perniagaan kat syarikat X. Kerja saya adalah membina website kampeni,maintain beberapa website sedia ada, dan buat sistem utk simpan data pelanggan yg amik kursus dengan syarikat. Sy bergandingan dgn org marketing/PR kampeni. hehe..Boss sy tu, dismping run bisness, beliau juga terbit beberapa siri buku motivasi,, best seller jugaklah kat pasaran. Disebabkan cita2 memang nk memegang ijazah sarjana. dan PhD saya pergilah sambung belajar. Dulu masa sy sekolah, saya ada target, ms umur sekian-sekian sy smbung belajar smpai PhD. ia untuk kepuasan diri semata-mata.

Sebelum ni sy pernah apply Skim pensyarah muda UiTM, dapatlah panggilan interbiu di bawah fakulti sistem komputer dan matematik. pastu saya takpergi interbiu tu. takut plak konon kalau dpt. salah seorang geng research saya dlm LRGS, di bawah skim ni, dia wat master kt UUM, dia bagitahu dia akan dihntar ke UiTM Melaka sebagai pensyarah dlm bidang Network (mcm projek kami skang). Jauh tu melaka (dia org kedah)...nasib baik dia bujang lagi. Justeru, sy mengharapkan MyPhD dari KPT. Buat masa ni gaji dari sini. sebelum ni projek bayar lagi mahal dr MyPhD bagi. tp projek tak support yuran pengajian, terpksa la daku lepaskan. sebenarnya myPhD tu tak kisah kalau saya dpt double payment, sebagai Gra projek dan MyPhD tp CRIM UKM kesah..ok..dasar universiti kedekut malaysia ..hahaha. kwn sy kat universiti lain dpt dua2 tau..UUM dan UIA. Lepas ni sy pun tak pasni nk buat apa. buat research lg kot. Post doctoral ke pulak..kah kah..takpasti. sy mcm nk jd surirumah je sambil menjahit.hahahahaha.. suami mmg support jd surirumah (tambah2 lak bila anak2 start sekolah, g hantar, g amik, g kelas tambahan, g kelas fardhu ain.. kononnya). tp kalau muhammad ashraf dan adik2nya sekolah al-amin je, sejengkal dr rumah, rsnya tak perlu risau sgt pegi balik sekolah. tp mahal jugak kos sekolah private ni. kalau beramai2 anak kat situ... hahah..kalau target keje kat USIM aci tak..hahaha

Sekian. eh gambar workstation konon-konon tu tak letak lagi..

eh malu bersepah. nmpak separuh dhla .janji boleh wat journal konon :p
ni deskmate sy, berkwn ngn die lah hari2...Aramesh, an Iranian gal
(dasat woo meja dia..researcher katakan)
kiki..im a shy person u know..;p

Monday, October 21, 2013

Anak-Anak

Ramai sedara saya iaitu sepupu sepapat dan adik ipar sy yg mana anak mereka sebaya ayra malah lebih muda dari Cik Ayra saya, sudah diberi adik. sudah lahir pun. so buat masa kini kelihatan Ayra yg ternyata berimej lebih kakak dan kelihatan matured ni belum beradik. umur pun sudah 1 tahun 9 bulan ..Maka adalah yg bertanya 'bila nk tambah?' ayra dh besar..kiki..

Memang teringin nk tambah. tp belum bersedia. rasa tak berani pun ada. Sebab...kalau ikutkan projek sy ni, next milestone kene capai adalah pada Disember ni. Pastu ada lg.in february...sampai end of product utk project should be there in July 2014. saya sekarang rasanya tak begitu mencapai sasaran. Paham2lah kalau ada bb kecil, sy takbolehla nk stay up memalam lelama..xleh la nk baham nescafe tarik setiap hari pagi petang siang mlm, pastu nk tinggal2 kalau ada kursus mcm byk benda kene pikir. encik suami pon tgh sambung. Thn dpn kitorang ada plan..tp belum sure bulan berapa akan bermula. Takutlah kalau katakan sedang mengandung sarat tak boleh fly pulak. ataupun kalau ade bb kecil, kene fikir secara hebat sikit...hu hu..hujung minggu ni husband outsation ke johor beberapa hari. hujung bln November dpn beliau akan ke German. hmm tahun depan..entahlah

see...dua beradik ini sudah besar (ni kat rumah nenek moyang mereka)

ops ..ini bj homemade for cik ayra

sy belum masuk kelas jahit bj kurung biasa,. jahit kain pun belum bljr.
so cuba2 dgn jahit bj anak dulu

baby ayra pun nk bj mcm tuan dia

Muhammad Ashraf & Cik Aishah Ayra
Sekian.

Monday, October 07, 2013

Jahit Baju Kurung Pahang

hi u ols. sabtu minggu lepas saya pegi kelas jahitan bj kurung pahang. Kelas 3 jam je. semasa kelas ni xde sorang peserta pun sempat pegang mesin (sesia i ols bersusah payah2 punggah mesin jahit kesayangan tu) sbb masing2 sibuk belajar camana nk amik ukuran dan buat pola..kali ni sy ade group. sbb kawan2 ukm ada sekali...mmg patut pun kene buat berkumpulan ni supaya tidak tersalah pengiraan utk lukis pola..rumit jugak bahhaha (camana konon nk amik tempahan ni,,kah kah..)..compare buat langsir roman blind and tudung lycra lg senang. terutama part lekuk2 kekek tu..poning makcik. apa pun layan gambor jelah. kah kah kah.

Gigih kami, maklumlah amatur..
preparation nk jahit kat leher baju..letak peniti..
setelah bersusah payah.
 jahit tanpa kelim tepi..maklom makcik tak sabo
mcm gigih pulak g kedai utk kelim pastu balik sambung jahit. baik mckcik sambung terus
cantik tak kak ton??
(abaikan tambahan tangan dan kaki anak2 makcik tu.
dorang mmg dengki, ms mkcik menjahit pun dilompat2 atas baju makcik yg belum bercantum tu.. sabo jelah..
Makcik rasa bj mkcik ni mcm terseksi pulak. padahal rasanya dh besar2 kan sikit dr pola. tp u ols tak dibenarkan komen lebih2..ni hasil kerja pertama mkcik hokey.. appreciate sikit. kah kah...Tapikan slack sikit lah sbb utk buat kain kene masuk kelas sambungannya hujung minggu ni. tak berkainlah baju kurung pahang mkcik ni. mkcik balik kampung time tu..raya haji. adios amigos lah cikgu jahit. jumpa next time lak. 

Sekian.

Thursday, October 03, 2013

Jahit Tudung Lycra

Sy pergi kursus jahit ni beberapa minggu lepas. Best sgt..potong kain ikut ukuran kita nak, sy labuhkan sikit dr pola asal, sy tambah pelapik dagu, pastu even dh labuhkan 4inci dari ukuran pola, still rs eh takdelah labuh sgt. pastu sy tambah renda pulak bg labuh lagi satu inci... syukur alhamdulillah, dpt ilmu. tunggu ada masa free skit sy buat tudung yg lain dan amik gmbar setiap step. yg ni tak menyempat nk amik gmbar setiap step. lepas balik tu setiap malam sy baiki tudung2 yg ada ikut selera saya, especially tambah sedikit pelapik dagu. selesa sikitlah rasanya bila pakai tudung begini..  lain kali sy buat tutorial..he he..sy pun takut terlupa ilmu ni. 







Mlm tu terus pakai g KLIA hntar adik nak balik Mesir. kah kah
Ini adik sy nama Muhammad Ishaq. Saya Siti Sarah (tetiba) kalau ikut sejarah Nabi Ibrahim, Muhammad Ishaq ni anak kepada isteri beliau, Siti Sarah, Nabi Ismail pula anak Siti Hajar. 

He he..sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...