Wednesday, June 22, 2011

Kejayaan tidak datang tanpa ujian


Serahkan segalanya kepada Allah S.W.T

Kita tidak boleh membalas kembali apa yang orang buat kepada kita, Tuhan mempunyai cara tersendiri bagaimana ingin membalas setiap perbuatan mereka terhadap kita. Mungkin sebagai contoh, rezekinya akan disempitkan, hidupnya akan dalam kesusahan dan usahanya tidak mencapai kejayaan. Kita tidak mampu mengawal jumlah mereka yang berbuat jahat kepada kita, tidak dapat mengelak kejahatan yang ingin orang buat ke atas kita dan akan tetapi mereka yang berbuat jahat kepada kita tidak akan dapat mengelak balasan yang akan Allah S.W.T ke atas mereka. Serahkanlah kepada Tuhan, tugas kita teruskan bersangka baik, teruskan berperangai baik dan berkata-kata baik.

Doakannya

Ramai yang tidak setuju dengan point ini bagi mereka ini adalah mustahil bagaimana boleh mendoakan orang yang berbuat zalim, khianat dan jahat kepada kita sendiri. Maka doakanlah supaya dia berubah. Jika kita sendiri membalas perbuatan jahat orang pada kita sehinggalah berdendam, maka kita telah tertipu dengan hasad hati kita sendiri yang kan meletakkan kita dalam pemikiran negatif. Kesannya, tindakan akan menjadi negatif dan akan dikelilingi dengan suasana yang negatif. Orang yang hidupnya berfikiran negatif tidak akan bahagia, tidak pernah maju disebabkan dendam dan hasad. Tidak itu sahaja akan kerap ditimpa musibah walau sebesar zarah sekalipun, dan mendakwa semua masalah muncul adalah tidak dipinta sedangkan kita sendiri yang membina ke arah masalah tersebut. Sedikit lama-lama kan menjadi bukit begitulah juga dendam dan hati busuk, lebih banyak yang tersimpan hingga bengkak lebih sukar mencapai sesuatu dalam kehidupan.

Teruskan kehadapan

Kejayaan itu tidak pernah terduga tanpa sebarang ujian. Ada orang yang cemburu melihat kita berjaya ataupun paling simple kita mempunyai sesuatu yang lebih darinya. Tak kiralah lebih berpengaruh ke lebih hebat dan seumpamanya jika hati telah busuk maka tetap akan cemburu dan hasad dengki. Ini adalah sesuatu yang tak dapat kita nak halang, biarkan mereka dengan permainan hasad mereka, usah melayan fikiran dan mehnah orang yang sebegini kerana ia bisa menghilangkan fokus kita. Jangan pedulikan buah mulut orang, ia akan hilangkan pedoman, motivasi dan aspirasi. Sibukkanlah diri kita untuk melupakan apa yang negatif dan jangan mudah berprasangka buruk, elakkan segala yang negatif fikirkan sesuatu yang lebih menguntungkan diri.Lupakan saja kejahatan, hasad dan khianat mereka terhadap kita. Kita akan kelihatan bodoh jika melayan mereka yang bodoh berhasad dan khianat ini. Usah ingat akan mereka, bina sesuatu yang baru buktikan mereka bukan bahagian dalam hidup kita dan jangan sesekali melintaskan perkara ini dalam pemikiran kita. Pastikan hati kita bersih agar sentiasa bermotivasi dan terus ke hadapan. Jangan lawan fikiran negatif, namun penuhkanlah minda dengan aspek positif seperti kegembiraan, keseronokan, kebahagian, luangkan masa menenangkan fikiran cari kedamaian yang jauh dari mereka yang berhasad, dengki dan khianat. Semakin anyak kita lawan semakin banyaklah yang akan kita dapat apa yang kita lawan tersebut.

2 comments:

liza said...

totally agree..:..TQ for sharing
..btw,hai......:)

sisanizu said...

ye kak..thanks singgah..
hi too..he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...