Wednesday, February 05, 2014

Perkenalkan Dapur saya..^_^

Cerita laju-laju. nak update tapi perut mcm dh lapar nak makan burger king. eh?*

Design asal rumah sy pelik sikit. mcm ni. kat tingkt bawah bersebelahan dapur ada satu bilik, digelar utility room. bilik ni terpisah dari rumah. eh? dia bersebelahan toilet yang juga terpisah dari rumah. bukanlah terpisah jauh. cumanya dia kat luar. di dapur ada satu pintu. ha, diluar pintu itulah ada satu toilet dan bilik.(mcm bilik bibik kekdahnya, terasing diluar). maknanya kalau kita kunci pintu dapur tu, org dari toilet dan utility room dah tak boleh masuk rumah..begitu.

begini keadaannya. dari kiri ke kanan. pintu dapur-pintu bilik- pintu toilet
Pandangan dari luar
So, disebabkan serabut dgn kewujudan pintu ini. sy minta org cabutkan.
buatkan bentuk arch, kemudian minta tambah dinding beserta pintu kat sebelah sinun.
pintu kayu itu adalah yg ditambah
Cantik design arch ni bila dh siap taruk tiles.
Pintu asal tersebut juga mengganggu kitchen cabinet sekiranya dibiarkan disitu. so better buang.kelihatan dlm gmbar abah tolong abe ashraf buang air kecil kat toilet rumah baru.
minta cat putihkan pintu yg ditambah itew... hehe
Keseluruhan kitchen cabinet boleh dikatakan 95% siap. jeng jeng jeng.. (maaf lah kene jeng jeng sikit sebab makcik excited sangat dapat dapur idaman makcik sejak zaman dahulu kala) org kata dapur ni jantung rumah..makcik pilih semua design dari pintu kayu nyatuh, warna dan jenis tiles utk base dia.bentuk tombol pintu dan sebagainya. design kayu nyatoh ni harga dia lain sikit dari Melamine atau 3G, 4G. tapi sbb 'Dapur impiana' makcik kan, terpaksa pejam mata sikit bab kos tu... tp warranty boleh bagi sehingga 10 tahun katanya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tara!
.
.
.

Saya sebnarnya tak kisah kalau buat kabinet atas tu 1 layer je. tp incik suami kata buat penuh sajalah..huhu




Asalnya nk tombol putih konon tp murah jenis tu katanya,jenis plastik je dia ada. kalau besi ni berat. tu pun asalnya dia nk kasi jenis pemegang panjang.nasib baiok sy sempat tengok sebelum dia tebuk pasang. so mintak tukar jenis tombol bulat ni. sbb minat.;p
Kami plan tak pasang hood lansung asalnya, tp kontraktor tu suggest pasang gak yg jenis kecik sikit tu, tapis minyak saja.
Mcm ni. xde cerobong asap tu. sy plan nk pakai induction je. ada spare satu tmpat untuk letak dapur gas single.tp tak kan guna kot.in-case je kot takde letrik atau mak mentua dtg atau sesapa yg tak biasa pakai induction nk memasak. kot je lah kan.
Bahagian belah kiri akan letak peti, dan belah kanan akan letak deep freezer saya. :). eh ini gmbar sebelum tebuk tombol.
Kebanyakan org minat design moden. kebanyakan modern style ni dia lebih kepada warna gelap sikit. saya pula minat warna cerah2. saya tak suka warna gelap. mungkin sbb rasa mcm takut gelap. apekah..hahaha.. Ini dapur saya, jd saya buat ikut citarasa saya. 

Sekian .

10 comments:

Suliana said...

cantik sgt dapur awak :-) jgn kasi si kenit to conteng ye. hehe..

sisanizu said...

tq su..tak conteng kot.umah duduk skang kaler putih gak pintu dapur, anak dh biasa tgk..tak heran agaknya dia..

shark said...

ok memang super cantik..atau pendek kata cantik nak mampos..sy x berapa minat dgn 3d 4d atau 10d sekalipun..
mmg minat kaler putih cenggini..
taste kita sama?

hehe ;p

sisanizu said...

Auww tq Shark sonot dgr ada kwn minat sama

Fizah said...

haha shark kemain cantik nak tuuttttt....;p

btw kak sarah...saya.adalah.speechless...

...
..
..

...
..
..

aaaaaa.........cantik sangat sampai rasa macam nak menangis tengok...

..
..
..
..



;)

bila blh dtg...??? sy selasa ada present kat ukm...

haha ;D

gurau je ;p

sisanizu said...

amboi Fizah..panjang nau komennya. Ada presentation ke selasa. ada brg org bg kat fizah kat atas meja lama fizah. sy br perasan baru2 ni. dorang ckp dh lama barang tu kt situ.

rumah sy belum 100% siap renovate la Fizah..hehe..nnt di waktu tenang sila dtg..

lynnezz said...

mmg cantik sgt dapur sarah. nampak luas sbb kaler putih kot ehh

AEISYA said...

Suke design camni....boleh email x cost total berapa kc dgn kayu nyatoh cmni
aisya.vgmc@yahoo.com

Unknown said...

Sy minat sesangt ngan kc tu.boleh emailkn harga & no hp siapa yg buat tu.haneelicious@gmail.com

Unknown said...

Awak, nyatoh ni per square feet brp ye? Berkenan sgt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...