Sebelum masuk semester baru, sy mcm ada satu perasaan. Nak tangguh sem. macam nak berehat sementara sbb letih pindah rumah. kah kah.
Beberapa minggu ni sangat meletihkan. Sebab kene urus pindah rumah. kene clearkan rumah. encik suami la paling letih kot. saya packing barang kat rumah je. tak memunggah sangat, suami tak bagi..hehe..(ye ke..;p) setiap hari dia pungggah sikit demi sedikit barang, terutama buku-buku dan pakaian. Pastu masa tu pulak, rumah baru masih berkecah, yg boleh clear dan mop lantai dulu adalah tingkat 3. sebab belum siap sepenuhnya renovation. Ya, tingkat tiga, maka memunggahla suami saya buku2 dan fail kerja beliau naik ke tingkat 3. sebab aras bawah masa tu byk belum siap. Nak tak nak, by hook or by crook kene pindah sebelum menjejak bulan Mac. sebab, kita nak pass kunci apartment kepada penyewa, janji hari rabu, 26hb iaitu hari ni, Sebelum pass kunci kene make sure rumah betul2 clear, dan siap cuci berus segala habuk2 dan mungkin daki tertinggal gara-gara perabot dah dikosongkan, mana lap dapur lagi, lap mesin basuh, cuci peti. saya tinggalkan mesin basuh, peti beberapa meja seperti meja tv, meja kopi, meja printer, rak pinggan dan dapur memasak saya yang cantik itu (kah kah). Kami dah booking dan upah cleaner apartment tu, ucop, mintak dia cucikan rumah kami bila waktu rehat atau waktu mlm, tp keje ucop pun tersekat2 sebab selagi tak betul2 clear barang2, susahla nak cuci kan. so minggu terakhir ni, setiap malam kami pegi punggah barang. Ahad dh pindah perabot besar dgn lori 3 tan. yg masih belum proses minggu2 terkahir ni adalah bahagian dapur, nak kosongkan kitchen cabinet, dgn pinggan mangkuk, periuk belanga bagai, tupperware semua, barang2 kering, mcm asam keping, gula, kicap, cuka, garam, jintan putih bla-bla..kene balut & simpan elok2 sbb barang kaca semua tu, kesian anak2 kalau kita pegi pukul 9 mlm, kul12 am baru setel dan balik rumah. huhu,, tak termasuk cerita muntah lagi. eh?
Ms ni dalam proses akhir, kemaskan barang. sepah sangat. |
Ucop dah punggah sampah .bersih sikit. tp lantai berhabuk lagi, belum mop |
12am |
Kami start tinggal dirumah baru pada jumaat malam sabtu, ada adik & family datang waktu tu sbb nk hntar adik saya yg sorang lagi tu balik Jogja, dah habis cuti sem. Actually rumah, belum habis renovate, tp minor la, tinggal nk habiskan cornice kat ceiling di family area tingkat 2, grill dan pintu ke ruang mesin basuh tingkat 2, grill kat tingkap depan rumah, and autogate belum siap.
Sekian.
2 comments:
muntah? fewiiittt...sy ada tertinggal ketapi ke ni? ceciter ceciter...hehe........
apepun sy faham sgt penatnya berpindah mcm ni...betul kata hubby akk tu...bykkan rehat. jaga diri dan perut bebaik. eh?
;p;p
selamat mengemas hehehe..anyway Assalamualaikum…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer…
Post a Comment