Monday, June 28, 2010

Skuad samba BRAZIL

Laluan skuad ini semakin cerah. Dalam pertemuan kalah mati di pusingan kedua Brazil melawan Chile pagi tadi menang lagi malah sgt cemerlang. setakat ini rekod Brazil masih belum kalah. cuma draw 0-0 melawan portugal. Saya yakin ini bukanlah sebab kehebatan skuad Portugal, bukan sebab christiano ronaldo tp sbb dalam match kali itu..ramai pemain utama Brazil tidak diturunkan. Elano cedera. Fellipe melo pon. Kaka plak tak dapat main sbb dpt dua kali kad kuning a.k.a kad merah. sumernya berlaku ketika perlawanan dgn team Drogba iaitu ivory coast. Mereka agak ganas. Saya yakin laluan portugal tidaklah secemerlang Brazil. Sy harap Portugal kalah dalam pertemuan dgn spain. Saya tahu spain ade ramai pemain kelab yg bagus tp setakat ni spain belum benar2 menonjolkan kualiti mereka.. he he (kita tunggu dan lihat prestasi team kegemaran ct aminah itu). Mari kita lihat laluan Brazil setakat ini. Saya belum pernah miss satu pun perlawanan yg libatkan Brazil..

Brazil3:0Chile

Portugal0:0Brazil
Brazil3:1Côte d’Ivoire

Brazil2:1North Korea


Dan Brazil menang dalam game kalah mati ke atas Chile. Memang sudah dijangkakan terutama setelah Kaka dah turun. best. Elano masih cedera. sy suka gaya kaka pabila berjaya menyorong bola dan digolkan rakan sepasukan. berlari smbil mengadap bahu ke bahu antara satu sama lain..he he lebih lebih pulak saya kan..

Brazil dah boleh masuk suku akhir dan akan bertemu dgn Belanda yang menang semalam ke atas slovakia..(actually sy rase mcm pelik sikit bila Belanda disebut sebagai Netherland. (di manakah patrick kluivert..^_^) Dulu belanda disebut sebagai Holland dalam world cup..lantak korangla).

Saya dah puas hati apabila England dah tersingkir. Saya teringat muka berlagak david beckham England, sama riaknya dgn christiano ronaldo Portugal..he he..trust me. i really dun like..sy sakit hati melihat kekalahan korea utara oleh portugal. Bagi sy Team korea utara sgt bersemangat ketika perlawanan awl dorang terutama mase lawan Brazil, tp dah down mase perlawanan ngn portugal..down dan terus down ..dibelasah 0-7..hu hu..sy bukan anti portugal. sy suka Luis figo..jaguh bola sepak mereka ketika dahulu kala..bukan player2 skang..

gambar selingan: Ini dia Kaka (10) dan Luis Fabiano (9)

Dulu pemilik jersi ini adalah rivaldo (10), ronaldo (9)..ronaldinho plak jersi (11),, digelar 3-R

Saya teringat mase sy tahun 1 di KUSTEM. dalam dewan kuliah maths kot..ade seorang awek itu sedang membelek surat khabar lalu melihat gambar pemain brazil dulu iaitu Ronaldo (pemilik jersi no.9 itu)..

awek itu:" aku heranla..knape ramai org minat ronaldo ni.. tak hensem pun.. hensem jauh david beckham"

Sy memang tergelak mase tu. ha hah..adekah org begini..? org minat skill die bukan paras rupa. merepek sungguh. patutla sy ade terbaca dalam ruangan surat khabar tempoh hari kononnya die melepak kat kedai penuh dgn minah seksi layan bola baru2 ni,,tp terjerit2 mcm histeria bila christiano ronaldo bawak bola..ceh...

nota kaki: umi sy yg tak layan bola, tp beliau kenal messi. ha ha..apakah

Sunday, June 27, 2010

Mesej FIFA World Cup 2010

Tanpa disedari. FIFA world cup 2010 ini punya agenda tersendiri. Pernah dengar lagu ini..promo piala dunia yg selalu kita dgr dari televisyen. Sedap didengar rupenye begini...oh..



Sila lihat disini untuk keterangan lebih:Ustaz

Wednesday, June 23, 2010

Update

1. Berkenaan piala dunia. Sy sibuk dgn jadual pengumpulan mata setiap pasukan selepas setiap kali perlawanan. Lepas satu perlawanan, sy isi, dan pastu sekejap2 tilik, pastu tilik lagi..dan tampal kat dinding rumah. hai kalau tak kuat iman, agaknya dah jadi kaki judi, berkira2 sape akan menang, kalau yg tu menang, ape nasib yg ni..ha ha haha..teruk betul..cik abang sy tak layan sgt bola..sy yg lebih2 ajar die, cara kiraan dan susunan team2 yang kemungkinan bertemu..dan sy siap bangun pagi sbb tak nak miss certain match mcm yang libatkan brazil, atau pun penentuan jerman lawan Ghana! mendebarkan u ols..yelah..melihatkan jerman yg pernah kalah ngn serbia pastu dgn kedudukan Ghana dgn kelebihan 4 mata berbanding jerman hanya 3 awalnya...hai mcm musim pilihanraya pun ada..kalau pilihanraya nk tahu bilangan kerusi parlimen yg menang dalam satu2 negeri (bedebarla kan nk tahu sape yg akan memerintah negeri kan) ceh..

2. Setakat ni Brazil memang konfem dah masuk pusingan kedua (mestilah) mana pernah brazil tak lepas peringkat kumpulan. rekod tanpa kalah bg dua perlawanan dah kumpul 6 mata..so automatik layak sbb team lain mcm portugal 4 mata, ivory coast 1 dan korea utara 0. kalau korea utara menang ke atas icoast pun leh dpt 3 mata. kalau icost menang lak dapt 4 mata je..kalau draw lagilah.. utk pertemuan portugal lawan brazil mlm esok dh tak kisah..sbb dua pasukan ni dh konfem layak ke pusingan kedua. portugal meskipun kalau kalah ngn brazil dan katakan icoast menang atas korea utara. kedua2 pasukan ni akan berkongsi 4 mata tapi portugal dah ade kelebihan jaringan gol yg byk berbanding icoast. Kaka (pemain terbest brazil bagi sayalah) tak boleh turun dalam perlawanan menentang portugal sbb dapat kad merah dalam perlawanan lepas mase menentang icoast, memang rase rugi jugak tp mungkin kelebihan juga sbb dpt simpan dulu Kaka untuk next match (maybe chile, spain, atau switzerland) dari kumpulan H. Sungguh mendebarkan!

3. Pada pendapat saya team yg benar2 nmpak gagah sekarang adalah Argentina dengn corak permainan dan jugak rekod tanpa kalah lagi setakat ni. Tp sy tetap peminat Skuad Samba desu..

4. Kisah bil elektrik di rumah saya. Dulu kami selalu dpt free tak payar sbb bil di bawah RM20. Tp sy perasan sejak sy balik ke sini selepas berpantang hari tu tiada lagi free..bermula dgn kene RM22..hu hu mungkin sejak kami memiliki microwave panasonic itu..daripada rm22 semakin meningkat sehingga mencapai rm37..mungkin sbb bila ade anak ni lebih sikit pakai..tp overall masih lagi sikit berbanding kalau duduk rumah sndiri yang besar, biasanya mesti lebih..(maklumla nnt kalau umah sendiri, nk pasang aircond kat ruang tamu yg berkapasiti bla bla.., pasang intenet streamyx bla bla..)..

5. Muhammad Ashraf seperti biasa sangat nakal (kalau org tak penah duduk ngn dia takkan tahu the true colour of muhammad Ashraf)..suka mengemas umah yg dah tak terlarat nk simpan lagi..nasib baik umah kecik dan takde sape nk dtg bertandang (kalau tak malu la i bersepah bagai)..org kemas, die pegi kemas balik..kabinet2 dan barang atas meja tak larat nk susun cantik2..sbb akan muhammad Ashraf memang pasti akan tolong mama kemaskan. Buka kabinet dan kuarkan sume barang, buka beg kuarkan sumer isi beg..terbalikkan isibakul smpah dan sebagainya..(layan je gmbar2 ni, abaikan pemandangn latar yg tak berapa nk cantek tu)..kuali buruk yg dah tak pakai kat bawah sinki pun digodeknye...



Thursday, June 10, 2010

Sambutan hari lahir pada 10 Jun

Pada 10 Jun genaplah umur saya sekian sekian...wah dh tua rupenya saya.I gtkan makin muda ..pada hari rabu 9hb Jun sy berpuasa. Bukan apa, selalunya puasa isnin dan kamis je (puasa ganti Ramadhan yg sebulan tu..) sy tgh nk abeskan puasa ganti sbb nifas dulu. Dah 26 hari.masih berbaki 4 hari. minggu depan dh nak balik kelantan. hu hu sy tanak puasa kat kampung..so disebabkan 10 Jun pada kamis, so sy awalkan jadual puasa sy itu..he he..pd hari rabu tu my hubby da ckp,kita kuar ek mlm ni..ade nk beli barang..mase tu sy dok fikir2..encik suami ni igt ke tak besday sy ni..hu hu saspen sungguh..jgnla dia tak ingat (tp takpenah plak dia tak igt). So kuarla mlm tu. katanya nk g tanya kedai henset yg tmpat sy baiki tu..nk tanya details bila boleh siap (ala kan cina tu dh ckp amik ms seminggu sbb nk hntar kilang..nk tanya apa lagi) ehhhh..bila pegi sana encik suami bawak sy pegi kedai kek..ye haaaa..dia ckp pilih nk kek mana..sy pun dgn gembiranya pilih kek perasa kapucino..ini dia rope kek itu setelah my hubby letak lilin.. (ya,,i know..im getting older ^_^)

sebelum my hubby letak lilin encik ni pun sibuk sekali..nk bukak kotak kek.

Sy akan balik kampung esok. yey! sy dah ckp kat dr mardina 2 hari lepas..hu hu seronokkkk sgt bila dio ok je..sbb kebetulan mase tu Dr pun ade urusan kat Langkawi..dan juga bercuti bersama keluarga beliau di sana bersama anak2 dan suami..best best best

Horey! Selamat balik kampung.

Monday, June 07, 2010

Siapkan journal ASR &gambar di Genting


Saya skang ni sibuk siapkan jurnal Advance in Space Research yg seketul ni dah dpt comment dr reviewer. Jurnal yang bahasa melayu hari tu tak dibaiki2. Pastu ade yg satu antar kat Annals of Geophysics entah tak dpt feedback pun lagi. Saya nak fokus yg ASR ni sbb yng ni Dr nak saya setelkan sebelum masuk July sbb nnt Dr plak sibuk ngn lecture bila budak2 masuk sem baru. Mood sy biasa2 je..sy dan suami plan nk balik cuti kat kampung beberapa hari. Cik abe da lama apply cuti dan dah lulus pun. Saya je tak berani bersuara lagi kat Dr mardina..hu hu..risau jugak takut die marah desu..harap2 jurnal ni dapat siap minggu ni..

Saya skang ni xdpt nak gambar sinun sini sbb hari tu henset sony ericson k80i saya dah selamat masuk gulai ikan masin panas2 lagi yg sy baru siap masak. Muhammad Ashraf punye keje...sedih tau..skang dh hntar kedai dan dia hantar ke kilang sony terus untuk baiki. Rosak bahagian lens kamera. Hari tu try calling2 boleh lagi cuma bila nk tangkap gmbar lens die tak terbukak. Nmpak nyala merah je. He he..henset sy tu 2 in 1..sy suka dia sbb ni la..bab sms call tu takla penting sangat. Sbb sejak sy dah kawin ni dah takde pakwe2 lama nk contact dah:p. bak kate adik sy, 'dorang dah delete dah number kamu' ha ha..benarkah?

Saya nk jugakla tempek gambar seketul dua yg kat genting highland hari tu. mase smbutan anniversary ke 2 kahwin la kononnya...gambar2 ni adalah yang terakhir diambil sebelum ia rosak..


Bila dah petang, Ashraf dh kene tukar baju lain sbb baju dah comot dan kotor gara2 makan biskut tiger. Mase ni muka ok lagi..mase tunggu nk main game yg satu tu kene beratur panjang, sejam lebih jugak..Ashraf dah stat nk meragam sbb dia dh ngantuk, penat & dahaga susu. Silap sy tak bawak pam manual avent. Kalau tak boleh sumbat botol susu mase die dah lapar..sy bawak sebotol je pam pagi2 lepas subuh kat umah sebelum bertolak naik genting. Dah abes Ashraf minum, terpaksa isikan dengan air masak je..tp Ashraf takmau..Asalnya mmg nk bwk pam tu, pastu cancel...nyesal plak. Kalau tak, leh pam siap2 mase semayang zohor kat surau..nasib baik lah Ashraf ni baik dan tak memekik tak tentu pasal..elok2 dpt masuk gerabak ulat itu sy terus susukan Ashraf. Takpe sbb gerabak tu kecik2 dan terasing dr org2..sy naik ngn hubby dan adik ipar sy..tak smpai 5 minit Ashraf tertidur mase tgh menyusu..nyenyak gile smpai time balik, naik gondola(kete kabel) balik ke awana segala. Bila dh smpai Bangi da malam..baru die tersedar mase singgah masjid nk semayang maghrib.

Sekian. Saya nk g semayang Zohor laks.

Sunday, June 06, 2010

World Cup 2010: Siapa pasukan pilihan anda

Bercakap pasal Piala dunia....dah dekat weiiiiiiii..rase bedebar gile... dah lama tunggu. dah lama tak rase keseronokan menontonnya. Saya tak puas hati sebenarnya (sbb setiap kali piala dunia sy mcm mengharap sgt pasukan samba jadi juara). Saya mula menonton piala dunia secara bersungguh2 sejak tahun 1998 iaitu mase tingkatan 3. Mase tu bengang sangat Brazil kalah ngn Perancis. Dr segi permainan, saya rase Brazil lebih layak. Dan sy suka sgt mase Brazil menang tahun 2002. Best gile..mase tu sy igt sy masih dalam minggu orientasi kat Universiti dulu..disebabkan byk tournament waktu siang Malaysia (sbb wolrd cup kat KOrea) dan mase tu plak sy masih igt sy ponteng beberapa sesi orientasi ngn senior IT sbb nk tgk bola. Pastu kene marah. Pelikla abg2 senior tu takkan tak layan world cup. he he mungkin sbb rase tanggungjwb dorang tak tgk bola sedangkan juniornya pulak ade yg monteng..mana tak marah desu..Team yang paling saya tak suka ialah Perancis dan England (saya anti david beckham). Saya tak suka juga org yg minat team England. Saya tahu kedua2 team ini juga kuat dan ramai peminatnya., sebab tu sy tak suka lihat team ini menang..wakaka..apekah..? David beckham yg dikatakan hebat itu sebnarnya hero sepakan penalti je..he he..hello, beckham dah tak main. so bolehkah menyokong sekarang? tidak..tidak..

Pada tahun 2006 sy sibuk menontonnya di rumah pakcik sy kat sentul mase tu..dan akhirnya kapten pasukan Itali Cannavaro menjulang piala berprestij itu. Setelah beberapa tahun, sy yakin pada tahun 2010 ini kebanyakan pemain kesebelasan utama terdiri daripada org muda2..pemain lama dah tak main lagi mcm pemain2 kesukaan sy mcm ronaldo, bebeto bagio, rivaldo sumer geng veteren dos..dan tahun ni kita dah tak bleh jangka dah team mane yg improve. Tambah2 plak sy jenis yang kurang berminat ikut perlawanan kelab2..

Tp saya tetap yakin dengan team brazil walaupun byk pemain hebat dah bersara macma cafu, emerson, juninho, dida (oh sedihnye..) Saya sentiasa nk tahu sapekah pemain kesebelasan utama itu bagi wolrd cup 2010, khabarnya Dunga(Brazilian coach) akan turunkan mereka ini desu..di manakah ronaldinho sayaaaaaaaa..apekah..


penjaga gol:
Julio Cesar (Internazionale Milan)
Gomes (Tottenham)
Doni (Roma)

Wings:
Maicon (Internazionale Milan)
Daniel Alves (Barcelona)
Gilberto (Cruzeiro)
Michel Bastos (Lyon)

Defense:
Lucio (Internazionale Milan)
Juan (Roma)
Luisão (Benfica)
Thiago Silva (Milan)

Midfielders:
Gilberto Silva (Panathinaikos)
Felipe Melo (Juventus)
Josué (Wolfsburg)
Kleberson (Flamengo)
Elano (Galatasaray)
Ramires (Benfica)
Kaká (Real Madrid)
Julio Baptista (Roma)

Forward:
Luís Fabiano (Sevilla)
Robinho (Santos)
Nilmar (Villarreal)
Grafite (Wolfsburg

Tp team2 pilihan seperti portugal, jerman, itali, argentina, denmark jugak bagus..tp sebagai org asia, sy juga perlu menyokong team korea dan jepun. Malangnya Malaysia masih sibuk mengenang sejarah. Boleh tak sy kurang suka dgn iklan2 yg mcm flashback2 kehebatan malaysia ms jaman dulu2 (contohnya james wong menyumbat gol yang dalam gambar kaler itam putis). he he..

Ini pula perlawanan ikut group. Seperti biasa kita boleh katakan Group G adalah group maut yang terdiri daripada Brazil, Portugal, Korea dan Ivory Coast. Sumer hebat. Kalau mcm pemain Jerman, sy suka sikap low profile miroslav klose dan semangat ballack. Bg Portugal, sume org mcm nmpak cristiano ronaldo jers.meletak harapan tinggi pada die..padahal masih ade luis figo segala..

Group A
Group B
Group C
Group D
Group E
Group F
Group G
Group H
FRA
ARG
ALG
AUS
CMR
ITA
BRA
CHI
MEX
GRE
ENG
GER
DEN
NZL
CIV
HON
RSA
KOR
SVN
GHA
JPN
PAR
PRK
ESP
URU
NGA
USA
SRB
NED
SVK
POR
SUI

Sila bertenang sumer...Demam piala dunia akan bermula tidak lama lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..Saya harap dpt menghayatinya dengan aman..walaupun dengan Muhammad Ashraf :p

Wednesday, June 02, 2010

Ulangtahun perkahwinanku 29 Mei 2010

Saya telah hidup bersama Encik ini selama 2 tahun. Org kata mcm mana pasangan kita, mcm itulah kita. Maksudnya bukanlah semua perangai sama, tp biasanya dari segi pandangan fikiran dan tindakan. Sebab pasangan kita adalah cermin kita. Suami adalah org paling dekat dengan isteri begitu juga bagi sang suami, yang mana isteri adalah insan yang paling dekat (..dan paling berkuasa ha ha..). Saya tidak bercadang menulis panjang cuma sedikit coretan peribadi sempena ulangtahun tahun perkahwinan kami yang kedua. Ini adalah gambar di hari bahagia itu. Saya akad nikah dan bersanding pada hari sama. Tidaklah bersanding menepung tawar bagai, hanya berpelamin utk bergambar dihari bahagia. Sesungguhnya saya sgt bahagia dengan perkahwinan ini. Kadang2 kita tak tahu cinta sejati yang kita konon menunggu dan jugak tercari2 itu rupenya dah ade depan mata (ala2 ayat dalam drama). Dulu konon2 sy ni adalah kenal dgn beberapa jejaka yg cuba mencuri hati sy. Bosan bila teringat sy telah membuang mase konon2 nk mencuba boleh ngam ke tak..rupenya bakal suami sy itu dh lama ade kat depan mata. Actually sy kenal suami ini sejak sekolah lagi sekelas mase form 4 and form 5. Tp tak pernah bertegur sapa. Kami jd sedikit rapat bila smbung master sama2 di UKM ni.

Mase encik ini cuba berbaik ngn sy,, sy masih igt ayat sms itu. "Saya ada sesuatu nk bagitahu awk, sy sebenarnya sayang sgt kat awk ni, tp tak tahulah awk mcm mana.." (ayat propose jenama encik ni). Sms ini smpai pd telefon bimbit sy ketika sy tgh nyenyak tidur dan membacanya dalam mamai, ketika itu sy kerja di Terengganu. Pagi esoknya sy resah nk balas camane..sebnarnya sy kurang minat nk bersirius, jd sy jwb 'saya rase lebih manis kalau kita jadi kawan saje.." Ngeh..ngeh.. akhirnya kawen jugak ..

Bersempena ulangan hari bahagia diakadnikahkan, kami pergi bercuti di Genting Highlands, bersama anakanda tercinta, Muhammad Ashraf. Saya sangat sayang kat encik ini kerana encik ini terlalu baik, suami terbaik dan abah terbaik juga. Dulu sy suka mengungkit ckp bersedih2 kononnya sy tak sempat merasa pergi bulan madu di tempat best macam konon g Perth ke (ceh), takla mksud sy g pulau ke gitu..konon2 sy dh terlepas kenangan berbulan madu. Sedangkan saya tahu pada masa itu suami sy kekurangan wang dan tidak mampu memenuhi kehendak saya itu. Bila sy kenang semula, sy memang tak mengenang budi, sedangkan encik ini telah bersusah payah memberi kesenangan pada saya selama ini. Encik inilah yang memasakkan makanan utk sy dikala sy sakit. Saya masih igt sy sakit perut cirit birit smpai demam2 dan lembik sbb muntah, encik inilah yg menyediakan telur masak separuh supaya tenaga sy kembali. Entah berapa kali telur masak separuh terpecah, terlebih masak, terkurang masak yg encik ini sdiakan sehingga memenuhi kriteria yg saya mahu. Encik inilah yang menjaga saya bila sy lemah selepas bersalinkan anak kami. Encik ini terlalu baik dan anugerah terbaik dalam hidup saya. Saya akan berusaha menjadi isteri yang baik. Terima masih encik suami. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.

Thursday, May 27, 2010

Kalau nk pinjam barang org..

Cewah, tgk tajuk mcm gempak..tp mmg agak gempak dgn apa yg berlaku pada diriku la kan..boleh tak sy tulis kat wallpost sy di facebook mcm ni

mode marah: Get Over Yourselves. nobody cares about your secrets.


Sebenarnya sy bukan marah smpai benci kat die. Jgn salah paham. Sy cuma rasa tak puas hati dgn sikapnya itu, dan sy rase org lain pun bila berada tempat saya akan rasai perkara sama..hu hu

Bila kita nk pinjam barang org kan, kalau setakat nk pinjam nota ke, nk pnjam mende yg biasa2 memadailah kalau kita sms je pun, itu pun kalau kwn kita, tp jgn buat begini bila kita berurusan dgn kwn kepada kwn kita, atau pun org yg kita tak kenal tp kita nk pinjam barang, atau nk tumpang rumah kwn kepada kwn kita, sila telefon bg menyampaikan hajat kalau tak boleh berjumpa.

Ade seseorang tu mahu bertunang, dan die bersoksek la dgn kwn baik sy. jd kwn baik sy ceritalah sikit memandangkan org yg nk bertunang tu pun kwn serumah sy juga dulu.

kawan baik: si A tu nk bertunang tp nk wat simple2 je tanak grand2. si A tgh pikir nk pakai bj camane (tanak sewa2 kedai)

saya:Oh, kalau camtu pinjamla baju sy, sy ade baju kawen, bertunag segala (perhatian:ini boleh beri pinjam pada org rapat saje).

kawan baik: baiklah nnt sy suggest.

Setelah kawan baik suggestkan pada cik A.

Si A: oh, boleh tak 'kawan baik' tolong pinjam dgn sarah. Nnt kalau sy bekenan sy ckpla kat sarah.

Mulanya sy tak paham bila 'kawan baik' beritahu sy. So sy tak bawakla baju2 bertunag & kawen saya tu, sbb sy tunggu la, sy ingtkan si A akan ckp kat sy kalau dia nk pinjam. Rupenya si A mintak kononnya 'kawan baik' saya itu yg nk pinjam..(bajet pertunangan die nk rahsiakan dulu dr pengetahuan sy). Apekahhhhhhh..mestila kalau 'kawan baik' sy nk pinjam mestilah sy pelik lagi misteri,,dan of course la sy akan bertanya 'kawan baik' sy nk buat apa. Takkan senang2 sy nk bg tanpa tanya apa2..merepek sungguh. tetiba sy jd marah tahap 1.

Tp sy masih berbaik sangka dan memaafkan tingkah lakunya itu. Sbb sy tahu die mmg suka nk berahsia (bajet rahsia sgt). Pastula adela dlm 4 hari senyap je tanpa kabar berita. Tetiba hari selasa tu sy pun tanyala 'kawan baik ' sy, si A tu jadi ke dok pinjam baju tu?. Pastu esoknya baru si A sms sy..bunyi sms tu mcm konon,,'hajatnya nk pinjam baju sarah nk wat bertunang, tp kalau kalau sarah tak bagi takpe sempatla sy cari yg lain..' tetiba saya rase marah tahap 2. .sy ckp:boleh je..baiklah'

Pastu tetiba lak sy dgr cerita si A tak puas hati kat sy, katanya ' Sarah tu mcm tanak bg je kat saya' ...dia bagi ke tak" Mungkin dia rase sy tak layan dia. Bahawa sy septautnya buat ala2 tekejut pastu telipon ckp tahniah segala lalu buat muka seronok ckp ambikla.pinjamla bj sy ini..adeh. Sy jd marah tahap 3. Tp sy sabar je lah. Sy memang amat iklas nk bagi, malah siap offer lagi. Abis tu camane lagi. Merepek sungguh. Sekarang ni masalah sarah mcm tanak bagi ke atau die yg nk pinjam ke tak nak..kalau nk pinjam barang org buat cara nk pinjam. Ini perkara penting lagi serius. Nk pinjam baju untuk pakai di mjlis pertunangan...okey....sy bukan benci tp marah dgn perbuatannya. Sy tak kisahla nk pnjam bj sy itu..aduh.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...