Monday, April 07, 2014

Rumah manis rumah II

Sudah agak lama tidak menghapdet belog. kiki.. sudah lebih sebulan sy menetap di rumah manis rumah ini. Cerita serba ringkas lah. memandangkan  tuan rumah ni pun agak pokai sudah sekarang. ini serious! haha..

Ini cerita grill saya. grill adalah dari jenis wrought iron. memandangkan makcik ni pemuja kaler putih. maka makcik request kaler wrought iron asal itu ditukar kpd putih. dan asalnya design ini tiada dlm buku tuan kedai itu. design ni adalah hanya pada pagar luar rumah saja. Maka saya dan suami request supaya design gril diseragamkan dgn gate luar itu. menurut tuan kedai grill, inilah pertama kali dlm karier beliau mendesign grill begini. dan sesudah beliau lengkapkan gril rumah saya.kelihatan beliau seperti sudah serik mahu men design grill begini. hahahah..mungkin beliau takkan buat lagi selepas ini sebab susah katanya...nak welding2 part bengkang bengkok pada gril itew.. 


Cerita plaster ceiling pulak. hehe. kalau nak tahu perkara pertama dan terawal siap ialah plaster ceiling. tp sy belum mahu letak gambar plaster ceiling ini sebelum ini. sbb sy suka sgt dgn design ini. sy yg pilih cornice dan dome tengah itu. sungguh la gembira pada waktu melihat pekerja-pekerja itu memasang plaster ceiling itu..ketika itu tiap2 hari dtg ambil gambar progress..ini juga pengalaman pertama bg kontraktor tersebut pasang plaster ceiling bercorak bungaan begini yg dibuat secara dua lapis. menurut beliau, biasanya org pasang cornice kaler, org buat selapis sahaja tanpa perlu gantung2. kalau yg berlapis begini biasanya customer pilih yg putih sahaja. itu lebih senang dipasang. katanya lah. selepas itu ramai pulak pemilik rumah lain dtg buat lawatan tgk design rumah saya.(ceh patut boleh dpt diskaun memandangkan pihak kontraktor dpt lebih byk job dari owner rumah lain. sy dgr dia dpt dlm 20 buah rumah kat kawasan tu selepas itu)
keadaan awal2. masa ni tgh siapkan kitchen cabinet
hack dinding untuk kemaskan pemasangan aircond
Pemasangan tiang utk pisahkan dapur dan ruang tamu
Tara!! ini lah dinding memisahkan ruang. Ia adalah kaca yang blur2..
tak nampak la kalau makcik tgh kalut kacau lauk kat dapur tu kononnya.
sebelah dinding tu pulak sy pasang cermin tinggi bg mencipta ilusi optik rumah luas. hiks
Family ada dtg hujung bln lepas sempena majlis kahwin sepupu
Atok datang . Perasan tak dinding itu sudah ada tingkap 5 frame ;) 
Finishing. bab pasang langsir husband saya drill dan pasangkan. jimat.

my cheeky boy. 
incik suami drill & gantung TV
sudah berlangsir dan berjam dinding. Ini family area di tingkat 2.

Ini tingkat 3. master bedroom ke2. 


nmpak tak workstation saya do sebelah itew..hiks.
disebabkan bilik ni luas, senang nak bentang2 kain untuk dijahit.

nenek, umi, maksedara dtg dari kelantan. semuanya sbb sepupu kahwin ritu.
toilet. kiki . interprem jugak gmbar toilet. ampun..ini memang diberi begini oleh developer.
ada partition utk bahagian shower. 
Ini bilik atas. tempat buku2. kebanyakan langsir saya jahit sendiri. 
famili. bersedia meraikan tetamu di majlis kahwin sepupu didewan uniten.
Sekian. Ada beberapa bilik lupa nak ambil gambar. Kesudahan dari cerita. rumah saya kosong sahaja. tiada hamparan karpet. senang juga begini. anak2 pun seronok berlari2, berbasikal bagai. sbb runag kosong. poket pun dah kering. sekarang tgh kais pagi makan pagi..kais ptg makan petang. kah kah.. tunggu nak recover balik kehidupan normal makcik...Sebenarnya saya masih belum buat apa2 majlis housewarming. Solat hajat pun saya dan husband buat sendiri2 sahaja. kami kesuntukan masa, wang dan sebagainya. saya pun tak berapa nk sihat. eh...lain entry pulak lah.

^_^.

Tuesday, February 25, 2014

Proses pindah rumah

Sebelum masuk semester baru, sy mcm ada satu perasaan. Nak tangguh sem. macam nak berehat sementara sbb letih pindah rumah. kah kah.


Beberapa minggu ni sangat meletihkan. Sebab kene urus pindah rumah. kene clearkan rumah. encik suami la paling letih kot. saya packing barang kat rumah je. tak memunggah sangat, suami tak bagi..hehe..(ye ke..;p) setiap hari dia pungggah sikit demi sedikit barang, terutama buku-buku dan pakaian. Pastu masa tu pulak, rumah baru masih berkecah, yg boleh clear dan mop lantai dulu adalah tingkat 3. sebab belum siap sepenuhnya renovation. Ya, tingkat tiga, maka memunggahla suami saya buku2 dan fail kerja beliau naik ke tingkat 3. sebab aras bawah masa tu byk belum siap. Nak tak nak, by hook or by crook kene pindah sebelum menjejak bulan Mac. sebab, kita nak pass kunci apartment kepada penyewa, janji hari rabu, 26hb iaitu hari ni, Sebelum pass kunci kene make sure rumah betul2 clear, dan siap cuci berus segala habuk2 dan mungkin daki tertinggal gara-gara perabot dah dikosongkan, mana lap dapur lagi, lap mesin basuh, cuci peti. saya tinggalkan mesin basuh, peti beberapa meja seperti meja tv, meja kopi, meja printer, rak pinggan dan dapur memasak saya yang cantik itu (kah kah). Kami dah booking dan upah cleaner apartment tu, ucop, mintak dia cucikan rumah kami bila waktu rehat atau waktu mlm, tp keje ucop pun tersekat2 sebab selagi tak betul2 clear barang2, susahla nak cuci kan. so minggu terakhir ni, setiap malam kami pegi punggah barang. Ahad dh pindah perabot besar dgn lori 3 tan. yg masih belum proses minggu2 terkahir ni adalah bahagian dapur, nak kosongkan kitchen cabinet, dgn pinggan mangkuk, periuk belanga bagai, tupperware semua, barang2 kering, mcm asam keping, gula, kicap, cuka, garam, jintan putih bla-bla..kene balut & simpan elok2 sbb barang kaca semua tu, kesian anak2 kalau kita pegi pukul 9 mlm, kul12 am baru setel dan balik rumah. huhu,, tak termasuk cerita muntah lagi. eh?
Ms ni dalam proses akhir, kemaskan barang. sepah sangat.
Ucop dah punggah sampah .bersih sikit. tp lantai berhabuk lagi, belum mop
12am
Kami start tinggal dirumah baru pada jumaat malam sabtu, ada adik & family datang waktu tu sbb nk hntar adik saya yg sorang lagi tu balik Jogja, dah habis cuti sem. Actually rumah, belum habis renovate, tp minor la, tinggal nk habiskan cornice kat ceiling di family area tingkat 2, grill dan pintu ke ruang mesin basuh tingkat 2, grill kat tingkap depan rumah, and autogate belum siap.

Sekian.

Tuesday, February 18, 2014

Saya Aishah Ayra

Assalamualaikum kawan2. hari ni saya pulak nak menulis, ya memang takpernah lg sy menulis ni..dolu dolu abe ashraf ade jugak curi peluang tulis kat belog mama kan...

Nama saya aishah Ayra. Umur 2 tahun 2 bulan. Abah selalu tanya sapa budak comel ni? saya jawab : princess..abah tanya lagi princess ni nama apa? saya pun jawab: Aishah ay-ya..huhu ..sy belum terer sepenuhnya sebut 'r'.  Tapi saya yakin saya akan berjaya tak lama lagi..

Ini saya, berhampiran kejiranan saya. baru balik dr sekolah. Roti tu sy nak makan bila smpai rumah
 Kawan-kawan tahu tak cara jalan mcm princess mcm mana, macam ni ..macam ni...mari saya tunjuk

lg menjadi gaya berjalan ni kalau pakai slipper princess. harap kawan-kawan paham
 walaupun seorang princess, kehidupan kene juga menikmati roti canai.roti canai berlaukkan gulai kambing di kedai mamak..kawan-kawan suka tak roti canai..

sy suka ajak abah g mkn roti canai mamak walau mama tak suka sangat, tp sy ngn abe ashraf suka

ini abe saya, ashraf. nak interprem jugak dlm post saya
 saya juga ada jam tangan pemberian abah, berbentuk ikan. bagi saya semua ikan adalah ikan jaws. kalau sy nmpk lauk ikan jaws, sy akan mintak dgn mama..'mama, nak ikan jaws..'

macam ni rupa jam tgn saya

ni saya bersama auntie2 saya.
malu saya, mama amik gmbar saya masa tgh syok tengok tv
Ni abe saya. abe ashraf. kata mama dgn abah, sy banyak saangat berckp. nak buat mcm mana abe saya pun mcm tu. saya tiru je..

Abe Ashraf
ok bye . Harap kawan-kawan mahupun aunties sudi berkwn ngn saya.
~Aishah Ayra

Wednesday, February 05, 2014

Perkenalkan Dapur saya..^_^

Cerita laju-laju. nak update tapi perut mcm dh lapar nak makan burger king. eh?*

Design asal rumah sy pelik sikit. mcm ni. kat tingkt bawah bersebelahan dapur ada satu bilik, digelar utility room. bilik ni terpisah dari rumah. eh? dia bersebelahan toilet yang juga terpisah dari rumah. bukanlah terpisah jauh. cumanya dia kat luar. di dapur ada satu pintu. ha, diluar pintu itulah ada satu toilet dan bilik.(mcm bilik bibik kekdahnya, terasing diluar). maknanya kalau kita kunci pintu dapur tu, org dari toilet dan utility room dah tak boleh masuk rumah..begitu.

begini keadaannya. dari kiri ke kanan. pintu dapur-pintu bilik- pintu toilet
Pandangan dari luar
So, disebabkan serabut dgn kewujudan pintu ini. sy minta org cabutkan.
buatkan bentuk arch, kemudian minta tambah dinding beserta pintu kat sebelah sinun.
pintu kayu itu adalah yg ditambah
Cantik design arch ni bila dh siap taruk tiles.
Pintu asal tersebut juga mengganggu kitchen cabinet sekiranya dibiarkan disitu. so better buang.kelihatan dlm gmbar abah tolong abe ashraf buang air kecil kat toilet rumah baru.
minta cat putihkan pintu yg ditambah itew... hehe
Keseluruhan kitchen cabinet boleh dikatakan 95% siap. jeng jeng jeng.. (maaf lah kene jeng jeng sikit sebab makcik excited sangat dapat dapur idaman makcik sejak zaman dahulu kala) org kata dapur ni jantung rumah..makcik pilih semua design dari pintu kayu nyatuh, warna dan jenis tiles utk base dia.bentuk tombol pintu dan sebagainya. design kayu nyatoh ni harga dia lain sikit dari Melamine atau 3G, 4G. tapi sbb 'Dapur impiana' makcik kan, terpaksa pejam mata sikit bab kos tu... tp warranty boleh bagi sehingga 10 tahun katanya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tara!
.
.
.

Saya sebnarnya tak kisah kalau buat kabinet atas tu 1 layer je. tp incik suami kata buat penuh sajalah..huhu




Asalnya nk tombol putih konon tp murah jenis tu katanya,jenis plastik je dia ada. kalau besi ni berat. tu pun asalnya dia nk kasi jenis pemegang panjang.nasib baiok sy sempat tengok sebelum dia tebuk pasang. so mintak tukar jenis tombol bulat ni. sbb minat.;p
Kami plan tak pasang hood lansung asalnya, tp kontraktor tu suggest pasang gak yg jenis kecik sikit tu, tapis minyak saja.
Mcm ni. xde cerobong asap tu. sy plan nk pakai induction je. ada spare satu tmpat untuk letak dapur gas single.tp tak kan guna kot.in-case je kot takde letrik atau mak mentua dtg atau sesapa yg tak biasa pakai induction nk memasak. kot je lah kan.
Bahagian belah kiri akan letak peti, dan belah kanan akan letak deep freezer saya. :). eh ini gmbar sebelum tebuk tombol.
Kebanyakan org minat design moden. kebanyakan modern style ni dia lebih kepada warna gelap sikit. saya pula minat warna cerah2. saya tak suka warna gelap. mungkin sbb rasa mcm takut gelap. apekah..hahaha.. Ini dapur saya, jd saya buat ikut citarasa saya. 

Sekian .

Wednesday, January 22, 2014

Home suwit home


Mahu perkenalkan rumah baru saya. dibeli pada 2010. ketika itu kwsn ini masih hutan yang baru diratakan. Sebenarnya rezeki juga bila berpeluang beli rumah ini. Kisahnya, kami ketika 2010 tu dah tak sabar2 nk dapatkan kunci rumah apartment yg kami beli pada 2008 (beli masa seminggu dua selepas nikah). Terasa lama benar, meskipun rumah dah siap, tp proses menunggu CF dr pihak mpkj pula memakan masa hmpir 6 bulan ketika itu. Kami asyikla ulang2 pegi site office B&G tu bertanyakan bila boleh dapat kunci rumah. Tak sabar nak duduk rumah sendiri waktu tu, sbb terasa lama benar menyewa di rumah flat lama tu. Kadar sewa flat rm350 sahaja sebulan. kami masa tu berasa tak sanggup menyewa rumah yg even lebih cantik pada kadar sewa lebih mahal. Perasaan kurang berbaloi jika sewa mahal sgt, sbb menyewa sahaja, rumah bukan milik kita pun pada akhirnya. Jadi bertahanlah duduk rumah sewa yang kurang selesa tu. pengudaraan yg tak bagus sgt, dengan keluasan 650sqft sahaja. Nak beli perabot pun simpan dalam hati sahaja. sbb takut susah nk berpindah. tido pun atas tilam buruk saja kat rumah sewa ketika tu. Nak ajak kawan dtg rumah pun segan2..haha

Bila B&G bukak site office kat bangi tu, jd kami selalu pegi jumpa Jess masa tu bertanya kunci apartment, jd bila B&G ada projek baru nak launch kat kawasan tu, kami apalagi mengintai2 pelan rumah dan model2 yg dia buat tu, pastu berkenanlah rumah teres yg masa tu belum launch, sy terus ajak husband booking. sy kuarkan duit rm1500 utk booking. lps booking, startla apply loan pung pang pung..susah jugakla nk lepas memandangkan kami bukan bergaji besar sgt pun, masa tu project tu fokus bina rumah semi-D. Ada sikit je unit terrace, dan townhouse. kami book la rumah teres. kalau ikutkan masa tu rumah semi-D sangat murah compare dgn harga sekarang. tp murah2 pun we can't afford it. nk lepas loan utk rumah teres tu pun , kene reject jugak kali pertama, re-apply balik seingt sy dua bank yang berlainan, dua kali apply. lastly after 2 months, dapat keputusan baik.dua2 loan diterima. kami pilih satu sajalah. Syukur sangat.

Jadi semasa dpt kunci apartment tu seingt saya dlm january 2011. Kami renovate la apartment ala kadar. pasang lampu kipas kalimantang. beli kipas- kipas, pasang grill besi biasa sahaja. buat juga kitchen cabinet tp separuh sahaja, tanpa hanging cabinet. Xdela bercantik mcm owner lain ada yg pasang plaster ceiling bagai. sbb fikir nnt nk pindah lagi..ha ha..renovate cikai2 pun habis byk jugak untuk apartment tu hmpir 20k juga. tambah2 bila beli perabot sikit.sofa meja makan, katil, almari. dulu takde semua tu kat rumah sewa.

Jadi tak lama lagi kami akan pindah, dekat je pun, tak smpai 1km pun pindah..sbb still dlm kawasan sama dgn rumah skang. Rumah apartment ni akan disewakan. lepas dah setel renovation rumah baru dan pindah. kene cepat supaya tidak menanggung hutang banyak,, haha..konsep dia sama je. kalau ada org jenis tak suka terikat hutang byk, bolehlah jual. tak rugi, boleh dpt harga lebih sekali ganda harga kita beli. Tapi daripada jual, sudah tentu sewakan rumah lebih berbaloi. penyewa lah yg tanggung rumah tersebut, mana tahu kot dipanjangkan umur, anak kita boleh warisi rumah tu, kotla masa depan rumah dh xmampu nk beli. kami belum iklankan lagi untuk sewakan rumah, dah ada org booking untuk Mac nanti. 

Ok ni keadaan dlm rumah baru kami sebelum renovate. design rumah sekarang pelik, dapur terbuka je. tgk ada sinki seketul kt tingkap tu. takde partition antara dapur dan ruang tamu. pastu yang lagi pelik, takde tingkap kat ruang tamu. sbb dia based on design rumah semi-D. rumah semi D takpela..bahagian sisi rumah penuh pintu sliding...takdela terkurung rumah.rumah teres mcm kami? jd terkurung pulak. 


Asalnya kami mmg dari dulu lagi menrancang nk pecahkan dinding ni utk buat tingkap. Tp timbul masalah dgn Mpkj, kami tak dibenarkan ubah struktur rumah, sbb ada kaitan dgn strata title. ini menimbulkan rasa amarah,,haha,,,pastu kami beritahu kontraktor supaya hold dulu bahagian ni,, setel renovation bahagian lain dulu, seperti kitchen cabinet, plaster ceiling , pecah kan dinding kt tingkat atas dll. berita terkini dlm minggu ni, kami dapat sedikit sinar mengenai cara nk lepas Mpkj, tunggu dan lihat dulu, mcm mana.

kitchen cabinet, concrete base
sy tak pasang hood. ganti dgn ekzos fan kat tas tingkap tu. sy merancang utk guna induction cooker.
dh beli beberapa bulan lepas. 
Saya nk buat bar counter sebnarnya,, tp ubah jd meja mkn saja tp ia bersambung terus satu level dgn dapur. hehe..nnt akan buat dinding pemisah antara dapur dan ruang tamu.

Sekian dulu. internet slow motion sikit nk masuk gambar.;)

Monday, January 20, 2014

Ada tak perasaan begini.

Perasan malas update belog. kah kah.
Ada sesetengah kawan saya kan eh tetiba belog dia jadi private. hahaha. pada pendapat saya, sy akan komen untuk bg semangat kat org dgn cara komen lah ape2 kat entry dia. saje nk berkwn2..kan seronok camtu..bukan jd silent reader saja..share lah sesama maklumat. (apekah) . mungkin juga org tu tak kisah pun nk komen ke nk apa ke.tp ade juga entry org pada firasat saya tak menarik pun nk baca smpai habis cerita biasa2 saja..hahaha..mungkin bila kerap sgt update. kengkadang cerita pegi minum milo pun cerita. eh biarlah belog memasing kan..so memasing punya citarasa sendiri. Manusia kan unik. 

Saya tahu mungkin mereka yang memprivatekan belog ingin mengelakkan diri stalker atau org tertentu atau hati sendiri yang rasa mcm eh malas lah share mende dengan orang. ada masa mcm mahu menulis untuk catatan diri sendiri untuk rujukan di masa akan datang. tapi ade kengkadang kita nk share2 berita dgn kawan tp bosan juga bila ade reader yg jd reader semata2(silent reader). haha..ok ayat dh bajet mcm retis . eh ada tau retis yg claim retis lain tiru gaya dia. pelik. padahal dah org tu wajah dia seakan2 nk buat camane..takkan kita nk halang org tu mcm ada iras dgn kita. (merapu sudah)

Mengenai rumah. kadang2 saya rasa macam tak sesuai nak cerita pasal rumah. kita excited nk pindah rumah. Tapi memang ada org yang query2 kenapa beli rumah begini,,begitu..contoh dulu masa ada satu kwn dpt tahu sy beli rumah apartment: dia kata" kenapa beli rumah mcm gini, kenapa tak beli rumah atas tanah, kan dh berkeluarga. "sedangkan itulah rumah yg mampu dibeli ketika baru nk memulakan hidup. pastu bila beli rumah yang besar sikit, memang ada la yang berkata..kenapa beli smpai 3 tingkat, eh kenapa kenapa..mcm tak larat nak naik tangga..(dah itu je rumah yg mampu dan mmg lokasi kita yg paling kita nak pada masa itu) ada juga org dlm belog kata,, eh hiduplah dgn kemampuan, beli rumah besar2, nafsu semua tu, cukuplah rumah kecik co-et ni, keluarga bukan besar sgt pun. hah ahahahaa...tipu lah saya kata kalau org tu takde impian nk duduk rumah selesa sikit. anak bukan semakin kecik, makin besar, dan bertambah ramai. takkan bila anak dah 5 org dan dah sekolah2 besar baru nk cari rumah selesa sikit. 

Ada satu kwn yg query kenapa beli rumah apartment, sbb ms tu dia dh beli rumah teres kat pinggir bandar, harga mmg jauh lebih murah tapi dr segi lokasi yang agak sunyi serta jauh sedikit dr tempat kerja. Ok, saya tak pernah persoalkan kenapa org nk beli rumah sana sinun tp semestinya kita kene hormati pilihan org lain. masing2 ada alasan tersendiri kenapa beli rumah begitu begini. tak baik query kenapa org tu beli rumah kat situ, kat sini..mungkin sbb tu ada org yg smpai kesudah tak buat housewarming(mungkin jemput sedara dekat saja) ke apa sbb mungkin juga tak sanggup dgr org persoalkan memacam..ada tau begitu..isyk isyk..

Pendapat saja. hiks. aci tak kalau kata sape nk kenal rumah jom dtg je rumah. takcerita dlm belog. takut juga ada yang kurang senang tgk org lain. dikata bermewah-mewah bagai.asyik cerita pasal rumah je. Ada sorang tu kata secara menasihat org2 lain,, buat apa lah beli rumah besar2 bukan boleh bawak mati pun. tp tidak lama kemudian dia juga renovate rumah kasi besar sikit.ye ye..tahulah,,nk bagi selesa sikit kan..hiks.begitulah org bila kene kat batang hidung sendiri baru bende tu jadi halal...kalau org lain, haram je kekdahnya..haha. seriously sy just perhatikan org2 mcm ni and buat review...bukan lah kene kat saya semua..tp memang adakan org begitu. sila berlapang dada bila org nak beli rumah ke apa....

rumah saya: buat pintu kat tingkat 2 utk buat tempat letak mesin basuh
Sekian.

Wednesday, January 15, 2014

16 Januari 2014 -2years old

Pada 16 Januari 2012, Ayra dilahirkan. hari ini genaplah usia Ayra comel mama 2 tahun Ayra seorang yang potpet lah jugak dan sangat pandai ajuk org bercakap. pandai jawab bila tanya. Kami sayang Ayra. Semoga menjadi anak yang solehah, mama dan abah doakan Ayra berjaya di dunia dan akhirat. Ayra masih menyusu badan.


MasyaAllah..
Semoga dirimu sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...