Saturday, June 25, 2011
PENANG Part1
Wednesday, June 22, 2011
Kejayaan tidak datang tanpa ujian
Sunday, June 19, 2011
Cameron Highlands
Sekian. Besok sy akan ke Penang seminggu. insyaAllah. ade org kursus.
Thursday, June 16, 2011
Anniversary kami.

Sy ni pernah lah jadi wakil sekolah utk kuiz sains kat peringkat sekolah2 seluruh negeri Kelantan. mase tu dia pun wakil jugak. Tp kan sy serabutla tgk En. faizal ni kan sbb sy rase dia ni konon2 perasan hensem. Ade la beberapa rakan sekelas yg minat ngn dia ni termasuk deskmate i. Pastu kan dia dikenen2kan dgn rakan kelas nama N sbb hari2 g belajar Fizik kat library. mase tu dia memang scorer fizik la..sy masih tak minat.
Sehingga sy tamat belajar ijazah dulu (universiti lain2). dia masih belum tamat belajar sbb dia amik engineering mechanical kat UKM kan 4 tahun. Eh tetiba mase sy keje kat Terengganu selepas tamat belajar, tetiba dia mengurat saya. Tipon konon2 ade syiling lebih (mase jaman dulu kan org tipon pakai public je walau ade hp sbb hp mahai). Tetiba sms ckp suka sy. Mase tu sy ckp sy nk kawan mcm biasa je. pastu sy mintakla pendapat member serumah sewa tu kan. Pastu member tu kata, as long as dia semayang bang (bang*=dialek teganu maksudnya Azan) kira okla utk dpertimbangkan..oh apekah..
Kita kan bila nk pilih teman sehidup semati kadang2 terlalu idealistik. Nak calon begitu begini..dan sy macam pempuan2 lain, biasanya kita konon2 nk org alim la sikit supaya boleh bimbing kita yg serba biasa ni kan tp ciri tu mcm tak nmpak sgt kat en. F itu..kwang2x...(tp dia memang boleh pun jd imam semayang) tp bila kita semakin matang dalam hidup ni sebenarnya ciri paling penting yg diperlukan bila pilih teman hidup ialah sila pilih org yg ade wawasan hidup yg tinggi, org yg bercita2 tinggi, org yg bile kita berckp ngn dia kita rase kita boleh luah segalanya kerana komunikasi rasenya amat penting sbb kita akan hidup dgn dia kan..kita akan berckp setiap hari dgn dia kan..jgnlah pilih org yg ego, nnt buat sakit jiwa je. Pastu ciri yg penting dan terpenting ialah si dia itu kita yakin boleh membantu dlm kerja rumah ;P, responsible, boleh jaga budak2 kecik (sbb nnt dia akan jg anak)..Sebnarnya ade je org lelaki jenis taktahu dan tak nak langsung buat kerja rumah. Sy pong pernahla ade mamat tu kan,,,penah lah dia termasuk dlm checklist sy,,die penah cerita contohnya, 'sy tinggal dgn keluarga kakak sy, jd selalu jugak kakak sy kutip bj2 kotor sy dan basuh. bila sy balik dh siap berlipat atas katil' ..isyk..isyk.. Ok sila reject utk jd calon suami:p, dan penah jugak si alim bergaya yg disegani ramai tp sebenrnya tidak tahan tgk pempuan cantik, mula goyah nk mengurat padahal sudah ade calon, dgr mcm2 cerita gosip dgn si cantik ini si cantik itu, ok org begini juga tidak boleh dipercayai. sila reject..sbb tu org yg nmpak alim bagai tu bukan boleh percy sgt..pernah org begini mengendeng2 dgn sy dgn cara bg buku ilmiah dsb. ..
Sy terima en. F akhirnya..tidak lama selepas itu kami bertemu lagi buat master sesama kat UKM. tp dia siap on time la master dia..:p tak lama lepas tu kami bertunang, dan kawen.
Sy rase bertuah dpt jadi pasangan hidup encik F. Sy sayannngg encik F saya...

Tuesday, June 14, 2011
Niat yang ikhlas dan senyuman yang tulus
Sekian, peringatan untuk diri sendiri. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua dan mempermudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat. Amin.
Friday, June 10, 2011
Wean Off breastfeeding
Baiklah. Sy sedang memberhentikan secara perlahan-lahan. Bermula Selasa minggu ni tiada lagi bekalan ke taska. Boleh minum direct je. Walaupun mcm sedih, tp Muhammad Ashraf sudah besar. Dah almost 1 tahun 11 bulan.. besday beliau ialah pada 30 Julai. Tetiba nk mengingati zaman dulu-dulu mase sy membazir-bazir susu sbb tak muat peti. Saban bulan ade je stock yg terpaksa dilupuskan sbb sudah tidak muat peti.
Tapi sejak Dr M minta susu sy utk diberi pada anakanda beliau Muhammad Zaim, susu sy tidak lagi dibazirkan. Setiap hari stok disalurkan kepada beliau. Mase sy balik dr Jepun dulu pun, Dr M direct ke rumah sy memunggah semua stock. Dan bila balik dr kampung bercuti, akan terus direct hntar susu hasil pam ke rumah Dr M dulu utk disusun dlm peti besar beliau sebelum balik Bangi. Justeru bermula dr saat sy mempunyai anak susuan, anak kandung sy, Muhammad Ashraf hanya minum fresh EBM setiap hari.Sekarang di sekolah Muhammad Ashraf hanya makan dan minum air biasa2 di sekolah, air suam, air oren...bukan sy tidak pernah bg minum air soya atau air kotak dutch lady ,,tp muhammad Ashraf memang tidak gemar selain susu mama saje. Memandangkan Muhammad Ashraf sudah meningkat dewasa ^_^ jd dia pun rutin makan mcm kami2 jugak...
Sy tak paksa Muhammad Ashraf berenti tp biarlah dia berenti sendiri..kalau dia minum pun bukan byk, saje nk lepas gian je..
Semoga Muhammad Ashraf membesar menjadi anak soleh.
Tuesday, June 07, 2011
49 Days-perjalanan mencari sahabat yg ikhlas
Di kala sy ade sedikit semangt nk menulis ni kan. Sy nk cerita lah pasal drama 49 days ini. Sy dah tgk drama ini dgn jayanya beberapa minggu lalu. Drama ini mengisahkan Shin Ji Hyun yang telah terlibat dlm kemalangn jalan raya. Dia koma..Dalam pada dia koma, roh die telah bertemu dgn schedullar. Schedullar ni kononnya macam malaikat maut la. Dia akan dtg jemput mana2 org yg telah tiba waktu ajal dgn menghantar roh org tersebut naik lif utk ke dunia akhirat. Tp memandangkan Ji Hyun masih belum meninggal, tp beliau diberi peluang utk hidup dan bangkit semula dgn bersyarat. Ji Hyun perlu mencari 3 titis air mata IKHLAS daripada sahabat dan org2 yg disangka menyayanginya selain daripada ahli keluarga sendiri. Beliau diberi mase selama 49 hari. Tetapi bagi berjumpa dgn sahabat2 dan org2 tersebut, rohnya dibenarkan memasuki badan Song Yi Kyung semasa Yi Kyung sedang tidur.
Ji Hyun sangka mudah saja hendak mendapatkan air mata ikhlas org yg menangis menyayangi beliau. Tp sebenarnya dia silap. Ini kerana sebenarnya kebanyakan rakan-rakannya hanya bermuka-muka dan tidak ikhlas terhadapnya. Mereka hanya berpura-pura berkawan dgn beliau. Setelah beliau sedar 49 hari telah hampir berakhir sedangkan hanya satu sahaja air mata yg beliau dapat iaitu daripada Han Kang, iaitu lelaki yg selama ini rupenya sayangkan dia.
Best la jugak citer ni. nk lihat kesudahan, sila tonton. Citer ni agak sad ending...tp sy suka sbb mcm lain la sikit drpd drama2 sebelum ni..
Wedding Adik sy, Adam
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
mood tetiba nk nyanyi. okey. sy malas tulis blog..
Diringkaskan cerita. sebab nk muntah bila igt mase letih yg dilalui. sy tepek gmbar byk2..Ini gmbr majlis umah saya.
ade sorang adik yg kat mesir, Ishaq tidak balik.
Tuesday, May 24, 2011
master, PhD, supervisor, publications
Rasa tergerak hati nak berbicara mengenai perkara ini yang tersangat berkait antara satu sama lain iaitu master, PhD, supervisor, publications . Ini berikutan ade kisah yang agak menyentuh hati . okey word ni tak sesuai..mungkin menyentap hati kot..
Saya selama berada di Universiti ini telah menyaksikan agak byk ragam student jugakla kan..sebagai org yg bertapa kat sini, sedikit sebanyak secara tidak langsung melihat banyak babak drama la kan. Seperti kita sedia maklum kat malaysia ni, kebanyakan org yang datang sambung belajar ni byk org dari luar negara termasuk Indonesia, Bangladesh, dari Jordan, Iran, Libya, Sudan, dll negara arab..memang agak ramai la komuniti mereka ni kans..dan memang dlm byk2 ni yg selalu menimbulkan masalah ialah byknye dr negara Arab ni la kan..ini diakui beberapa org pensyarah.
Suka berdrama. terlalu serius. dan..poyo sikit sebanyak. hu hu..Ini kerana mereka (walau tak semua) tp byk yg berlagak mcm bagus. Baru tulis paper seketul dua, pastu rase diri best teramat. Once supervisor memberi cadangan supaya diletakkan nama si pensyarah2 yg ternyata lebih senior, dibangkangnya dan berkata 'no pain ,no gain..why should i put his/her name since i'm dying writing this paper. I came home late everyday,..i put much effort ..then the she/he just get it easyly...bla..bla..' bukan setakat tak puas hati pasal itu. siap memperkecilkan org tersebut, insult dgn kata2 yg bg sy sgt tidak patut. Meskipun pensyarah tersebut bukan dr bidang dia but dia pun one of the person who are almost dying jugak terlibat membawa peralatan research bagai kan..dan membina networking sedikit sebanyak..hello..please respect sikit. biarpun org tu masih muda, tp tak patut insult dia dgn begitu rupa..sudahla kerajaan malaysia bayar utk buat research ni..setakat letak nama tmbah2 utk conference paper je,,,adeh...lainla kan kalau tetiba disuruh letak nama org yg memang sedia mkluma pemalas buat research, pastu selevel je dgn kita..memang bolehla tak puas hati seketul dua...
Saya pun dah biasa letak nama pensyarah dr fakulti sana sinun, bahkan universiti lain sekian2 ...atas dasar pensyarah tersebut adalah rakan seperjuangan supervisor kita kan. (okey supervisor yg suggest) No hal lah..just put it.. Takde apa pun. Tak kesal pun. tak marah pun. langsung.
Moral of the story. Seburuk mana pun supervisor kamu (ifyou think so) we have to respect them. Tanpa supervisor siapalah pelajar kan. If u think you are better than supervisor, or anybody, tak payahla bersupervisor, buat PhD sorang2,, supervise diri sendiri ..sape nk layan kan..mcm mana nk dpt master, phd dan sebagainya kan...kita perlukan mereka since mereka sudah establish. Nama sudah terkenal bidang mereka. google saja.. .org sudah kenal..kita nak naik perlu melalui mereka ini dahulu sebelum menjadi somebody di suatu hari yg tenang..di masa akan dtg..
Sikit2,,,asyik sebut nk lari,,tukar Universiti dan sebagainya. Siap tulis macam2 dlm email, tak bersetuju dgn supervisor dan sbgnya..Dah berapa org dari kalangan mereka yg begini..
Sekian berita.
Pasal harga minyak naik, susu tepung anak naik
berbalik pada isu susu anak naik pulak. Saya tertarik komen salah sorang rakan beliau yang meberi komen " semua susu dah naik..., susu dada je belum lagi.." padahal yg tukang komen ni adalah seorang lelaki. Kelakar pulak rasa. Memang ada kebenarannya. Yelah, bg anak susu badan kan free.. at least kalau menyusu badan selama dua tahun dah cukup menjimatkan mungkin ribu riban ringgit,, xde naik2 harga...kita claim je dgn ayah2 baby ye.. :P tp kalau nk smbung dgn susu tepung selepas dua tahun pun..kita sudah jimat selama kita menyusu baby dgn susu badan sebelumnya kan...kita patut bersyukur..

Sekian cerita hari Selasa.
Thursday, May 19, 2011
Mahu bercuti.
Sy nk buat something yg best pada bulan Julai (jalan2?) sempena kelahiran anakanda kami yg disayangi tu..mcm dlm dilema nk bwk dorang mase conference kat penang nnt (but kene bayar extrala kan) rase cam maybe tak perlu membuang duit since encik suami nnt bakal bwk kami g penang gak nnt sempena melawat student dia yg tgh LI..he he..yg ni of course la without extra charge kalau g ngn en.suami itu..
Oh. sy mahu menikmati kehidupan yg best. bersama anakanda yang disayangi dan suami yang dicintai. Muhammad Ashraf dh besau..perlu menikmati zaman ini sementara masih belum mengendong bayi kecil lagi..
Sekian.
Monday, May 16, 2011
Update anakku sayang
Muhammad Ashraf sgt suka kereta. Dia ade beberapa koleksi kereta kesayangan, pemberian Auntie Fina dari UK, yg bile tekan2 boleh bercakap pulak kereta tu..sgtla cermat kan asal lepas main je terus pegi simpan dlm kotak asal kereta tersebut. Kadang2 mama ngn abah yg lebih2 main kereta mainan beliau,, tp lepas main, mama ngn abah tak simpan balik kereta beliau, maka Muhammad Ashraf akan cepat2 amik pegi simpan..ha ha..
Selain itu Muhammad Ashraf jugak ade koleksi kereta kecik2 ni yg ade 8 buah semuanya. Okey kereta ni mama beli kat downtown hari tu murah je..tal smpai sepuluh hinggit pun.. tp sbb Muhammad Ashraf agak cermat orgnye..jd mainannya tak rosak..Beliau sgtlah suka set kereta ini, di mana beliau akan bw kereta2 ini ke mana-mana,,mase lepak kat depan tv, mase nk tido kan, muhammad ashraf akan susun kereta ni atas kepala katil..mase nk makan, muhammad Ashraf akan letak kat sebelah di meja makan..lepas main, kemas semula..
Selain tu, muhammad ashraf jugak sukakan Ball..Ade beberapa ball, nnt mama tepek gmbar ball.. sgt besar okey..asal nk duduk kat sofa je..muhammad ashraf semakkan sofa dgn ball2 beliau..tak muat mama ngn abah nk duduk okey..
Muhammad Ashraf juga suka dgn dua buah buku kulit keras yg abah beli. setiap hari bawak buku mintak abah ajar baca.. Buku itu tajuknya,,'saya belajar tentang haiwan'..ade byk gmbar binatang dlm tu kan..yg lawaknya,,, bila nmpak gambar gorilla je muhammad ashraf cakap "Hantu".. ^_^
Sunday, May 15, 2011
Without words
Baiklah, sempena JGS nk datang Malaysia dan sy tak bleh jumpe dia (T_T).. mari kita mengingat semula cerita yg best lakonan beliau itu..ha ha really love this drama (You're beautiful)...i've watched a thousands times terutama part yg go minam nangis dlm hati mase wat recording lagu ini..ha ha melampau makcik kan...
JGS ialah yg berbaju hijau.
I shouldnt have done that,
I should have pretended not to know
like I didnt see it, like I couldnt see it
I shouldnt have looked at you in the first place
I should have run away,
I should have pretended I wasnt listening
like I didnt hear it, like I couldnt hear it
I shouldnt have heard your love in the first place
Without a word you made me know love
Without a word you gave me love
Because you took just a breath and ran away like this
Without a word love leaves me
Without a word love abandons me
Wondering what to say next, my lips were surprised
Because it came without a word.
Why does it hurt so much?
Why does it hurt continuously?
Except for the fact that I can’t see you anymore
And that you’re not here anymore
Otherwise it’s the same as before
Without a word you made me know love
Without a word you gave me love
Because you took just a breath and ran away like this
Without a word love leaves me
Without a word love abandons me
Wondering what to say next, my lips were surprised
My heart just melted
He's coming!! Jang Geun Suk kenapa 4 June? why why.. (ha ha ha)
Tuesday, May 10, 2011
Sunday, May 08, 2011
Sambutan Hari Ibu dan Penyusuan susu Ibu
Pertama sekali nak ucap selamat hari ibu pada semua ibu. Bergelar seorang ibu memang anugerah dari Allah yg tidak ternilai dgn harta. Lahirnya seorang bayi terasa hidup ini begitu bahagia. Tidak tahulah mcm mana ade ibu yg snggup buang anak tu kan..memang pelik dan ajaibla kan, ia seperti melawan fitrah, Namun sy percaya jika ade ibu yg sanggup buat begitu, pasti ade sesal yg tidak tertanggung dalam jiwanya selama hayatnya.
Anak ini juga merupakan satu amanah. Selain daripada tanggungjwb membesarkan anak dgn ilmu agama, perkara pertama adalah memberi asas yg baik iaitu memberi minum susu ibu sejak dari hari pertama anak kita lahir. Peranan ibu untuk menyusukan anak-anak dengan baik telah pun disentuh oleh al-Qur’an melalui ayat yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun penuh, ..".
Justeru, menyusukan anak-anak adalah salah satu bentuk kewajiban yang diperintahkan agama. Penyusuan yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut adalah merujuk air susu ibu dan bukan dengan selainnya seperti dengan susu haiwan (atau susu formula). Dalam lanjutan ayat Al-Quran yang sama turut menyatakan kalau kita tak mampu susukan anak dgn susu ibu, kita boleh minta org lain susukan anak kita dgn memberi upah tertentu. Sekarang kesedaran sudah semakin tinggi di kalangan ibu-ibu tentang kepentingan penyusuan ibu. Bagi bakal2 ibu atau yg sudah bergelar ibu kepada beberapa org anak tetapi masih belum mempunyai kesedaran tetang kepentingan penyusuan ibu, boleh tanyakan pada yg berpengalaman atau boleh layari beberapa laman web popular seperti susuibu.com yang berbincang tentang pelbagai perkara berkaitan penyusuan ibu, tentang penyimpanan stok susu perahan bagi ibu bekerja dan sebagainya. Hanya perlu google dan jgn begitu kolot mengkondem pejuang2 susu ibu, okeh. Banyak kelebihan susu ibu ni dr segi perkembangan intelek bayi, sistem antibodi dan sebagainya. Ini juga fitrah. Penyusuan susu ibu juga merupakan sebuah bukti dan lambang kasih-sayang yang agung bagi permulaan sebuah kehidupan manusia.
Okey, sy sgt bahagia menikmati saat menyusukan anak sy. .Bg ibu-ibu yg memilih utk tidak menyusukan, sy rase sedih bg pihak si bayi comel itu..Semasa menyusu, percaya atau tidak, mase tu terasa yg takde sape yang boleh pisahkan ikatan kasih syg yg Allah beri antara dua insan ni... Tak percaya? Sila lihat gaya budak ini semasa menyusu:
Sekian,renungan dan ingatan. Saya juga igin ucapkan selamat hari Ibu buat insan paling istimewa di hati saya iaitu Umi saya yg telah melahirkan, menyusukan, memberi makan pakai, memberi ilmu, dan didikan. Tiada yg setanding jasanya. Begitu juga kepada ibu mentua saya yg panggil Ma, kerana melahirkan dan membesarkan suami sy:p
Selamat Hari Ibu!!
Friday, May 06, 2011
Farewell party.
Sekian.
Thursday, May 05, 2011
My girlfriend is a gumiho
Tajuk cerita ini : my girlfriend is a gumiho ialah sebuah cerita berunsur agak fantasi, komedi dan romantik.pelakonnya adalah lee sung ki (Cha Dae Woong) dan Shin Min Ah (Gumiho) ya betul cerita berunsur komedi romantik adalah kesukaan ramai org..tapi tak tahulah juga, sebab ramai je peminat drama winter sonata (yg ini sy bg 1 bintang*) pada zaman dahulu kala tu, yg agak slow, sedih dari A smpai Z..sy tak tahan..Bagi sy cerita my girlfriend is a gumiho, sy nak bagi 3.8 bintang* ha ha..sebab cerita dia kan agak sempoi dan kurang mencabar..cerita dia best, tp sy tak dpt bg 5 bintang sebab ia cerita yg smooth sahaja..penjahat dia tak begitu jahat..tp oklah..mula2 sy tgk cerita ni,, sy pun tak jd tgk bila tgk hero dia kurang hensem..he he..tp bila lama2 tgk, memang tepat lah pemilihan hero tu dgn karakternye...ok. sudah bertukar pendapat. hensemlah jugak. sy suka cara dia berckp dan cara pemakaiannya.
Cerita ini mengisahkan gumiho ni yg terkurung sejak 500 tahun dulu. Gumiho ialah seumpama musang tetapi berekor sembilan. Ok, bila 1st tgk cerita ni ia mengingatkan sy kepada naruto..Dalam cerita naruto, dalam badan naruto terkurung musang berekor 9 yg bernama kyubi yg pada zaman dahulu kala adalah sgt ganaz menyerang kampung konoha (geng ninja daun)..lastly ia dikurung dalan bdn naruto oleh hokage (ninja paling hebat yg wujud 1 sahaja dlm satu zaman) pada waktu naruto masih bayi. Sebab itu naruto mempunyai kuasa yg luar biasa, tp boleh hilang kawalan jika tidak dpt mengawal kuasa kyubi si 'nine tailed fox' tersebut. Eh tetiba cerita pasal naruto lak..sy rase kan kisah musang berekor sembilan ni sebnarnya kisah lagenda agaknya..
Berbalik pada cerita Gumiho, dia ni secara tidak sengaja dilepaskan oleh hero cerita ni (dae wong) setelah dae wong melukis ekor sembilan pada sebuah lukisan kat sebuah kg di pergunungan. Sejak hari tu dia sentiasa mengikut dae wong ke mana je,,ke kolej bagai..okey gumiho ni sgt cantik dalam rupa manusianya..dlm cerita tak pernah tunjuk pulak rupa musang, cuma tunjuk ekor dia yg cantek tu ade sembilan. Gumiho penah selamatkan dae wong yg cedera parah dgn meminjamkan bead/manik/mutiara yg seumpama nyawa dia utk dae wong. Bead tu perlu berada dlm dae wong selama 100 hari, supaya gumiho dpt bertukar jd manusia sepenuhnya. Dlm 100 hari tu, terdapat malam2 tertentu bila bulan purnama, ekor dia akan hilang satu persatu.. Tp ade kisahla yg berlaku dlm 100 hari tu..haha sekian terima kasih.
Saya suka part yg 'nomu nomu nomu chuae'=really really really like you ..agak kiut lagi comel mcm sy ..hahahha
Drama korea sekarang sudah masuk ala2 dunia fantasi kebelakangn ni. Tgk la drama secret garden hari tu..pastu skang citer 49 days..sy rase best jugak citer 49days tu (mcm cerita goku anime dragon ball pulak siap ade schedullar bagai) hahaha..tak sabar nk tahu gane ending dia dpt dok cari air mata ikhlas tu..Sekian.
Wednesday, May 04, 2011
UKM 40 tahun. Pameran warisan.
Friday, April 29, 2011
sebab. sumpah.
So sekarang ni bila teringin nk update belog, haruslah tempek gmbar sekeping dua. Tp pc ni xde bluetooth. xleh transfer from my hp. terus terputus hasrat. Nnt sy berblog lagi eh..cik abe sudah smpai..sudah mahu pulang. Today cik abe pakai kete. Selamat berhujung minggu!
Ade org angkat sumpah hari ni. Sila ambil maklum. rujuk:sini.






