Mahu perkenalkan rumah baru saya. dibeli pada 2010. ketika itu kwsn ini masih hutan yang baru diratakan. Sebenarnya rezeki juga bila berpeluang beli rumah ini. Kisahnya, kami ketika 2010 tu dah tak sabar2 nk dapatkan kunci rumah apartment yg kami beli pada 2008 (beli masa seminggu dua selepas nikah). Terasa lama benar, meskipun rumah dah siap, tp proses menunggu CF dr pihak mpkj pula memakan masa hmpir 6 bulan ketika itu. Kami asyikla ulang2 pegi site office B&G tu bertanyakan bila boleh dapat kunci rumah. Tak sabar nak duduk rumah sendiri waktu tu, sbb terasa lama benar menyewa di rumah flat lama tu. Kadar sewa flat rm350 sahaja sebulan. kami masa tu berasa tak sanggup menyewa rumah yg even lebih cantik pada kadar sewa lebih mahal. Perasaan kurang berbaloi jika sewa mahal sgt, sbb menyewa sahaja, rumah bukan milik kita pun pada akhirnya. Jadi bertahanlah duduk rumah sewa yang kurang selesa tu. pengudaraan yg tak bagus sgt, dengan keluasan 650sqft sahaja. Nak beli perabot pun simpan dalam hati sahaja. sbb takut susah nk berpindah. tido pun atas tilam buruk saja kat rumah sewa ketika tu. Nak ajak kawan dtg rumah pun segan2..haha
Bila B&G bukak site office kat bangi tu, jd kami selalu pegi jumpa Jess masa tu bertanya kunci apartment, jd bila B&G ada projek baru nak launch kat kawasan tu, kami apalagi mengintai2 pelan rumah dan model2 yg dia buat tu, pastu berkenanlah rumah teres yg masa tu belum launch, sy terus ajak husband booking. sy kuarkan duit rm1500 utk booking. lps booking, startla apply loan pung pang pung..susah jugakla nk lepas memandangkan kami bukan bergaji besar sgt pun, masa tu project tu fokus bina rumah semi-D. Ada sikit je unit terrace, dan townhouse. kami book la rumah teres. kalau ikutkan masa tu rumah semi-D sangat murah compare dgn harga sekarang. tp murah2 pun we can't afford it. nk lepas loan utk rumah teres tu pun , kene reject jugak kali pertama, re-apply balik seingt sy dua bank yang berlainan, dua kali apply. lastly after 2 months, dapat keputusan baik.dua2 loan diterima. kami pilih satu sajalah. Syukur sangat.
Jadi semasa dpt kunci apartment tu seingt saya dlm january 2011. Kami renovate la apartment ala kadar. pasang lampu kipas kalimantang. beli kipas- kipas, pasang grill besi biasa sahaja. buat juga kitchen cabinet tp separuh sahaja, tanpa hanging cabinet. Xdela bercantik mcm owner lain ada yg pasang plaster ceiling bagai. sbb fikir nnt nk pindah lagi..ha ha..renovate cikai2 pun habis byk jugak untuk apartment tu hmpir 20k juga. tambah2 bila beli perabot sikit.sofa meja makan, katil, almari. dulu takde semua tu kat rumah sewa.
Jadi tak lama lagi kami akan pindah, dekat je pun, tak smpai 1km pun pindah..sbb still dlm kawasan sama dgn rumah skang. Rumah apartment ni akan disewakan. lepas dah setel renovation rumah baru dan pindah. kene cepat supaya tidak menanggung hutang banyak,, haha..konsep dia sama je. kalau ada org jenis tak suka terikat hutang byk, bolehlah jual. tak rugi, boleh dpt harga lebih sekali ganda harga kita beli. Tapi daripada jual, sudah tentu sewakan rumah lebih berbaloi. penyewa lah yg tanggung rumah tersebut, mana tahu kot dipanjangkan umur, anak kita boleh warisi rumah tu, kotla masa depan rumah dh xmampu nk beli. kami belum iklankan lagi untuk sewakan rumah, dah ada org booking untuk Mac nanti.
Ok ni keadaan dlm rumah baru kami sebelum renovate. design rumah sekarang pelik, dapur terbuka je. tgk ada sinki seketul kt tingkap tu. takde partition antara dapur dan ruang tamu. pastu yang lagi pelik, takde tingkap kat ruang tamu. sbb dia based on design rumah semi-D. rumah semi D takpela..bahagian sisi rumah penuh pintu sliding...takdela terkurung rumah.rumah teres mcm kami? jd terkurung pulak.
Asalnya kami mmg dari dulu lagi menrancang nk pecahkan dinding ni utk buat tingkap. Tp timbul masalah dgn Mpkj, kami tak dibenarkan ubah struktur rumah, sbb ada kaitan dgn strata title. ini menimbulkan rasa amarah,,haha,,,pastu kami beritahu kontraktor supaya hold dulu bahagian ni,, setel renovation bahagian lain dulu, seperti kitchen cabinet, plaster ceiling , pecah kan dinding kt tingkat atas dll. berita terkini dlm minggu ni, kami dapat sedikit sinar mengenai cara nk lepas Mpkj, tunggu dan lihat dulu, mcm mana.
kitchen cabinet, concrete base |
sy tak pasang hood. ganti dgn ekzos fan kat tas tingkap tu. sy merancang utk guna induction cooker. dh beli beberapa bulan lepas. |