Sunday, June 16, 2013

Ulangtahun ke..

Pada 10 jun 2013 lepas, genaplah umur sy..er ..er..tetiba mcm tak nak ckp umur berapa. kah kah kah. takde lah apa smbutan sangat. Sy pun berpuasa pada hari itu (isnin) .tp ramai amat rakan2 dan sedara ucapkan besday kat fesbuk. sy seriously sgt terharu..ada dlm 50 ucapan rasanya...mcm2 doa mereka panjatkan..terima kasih!

Tiada kek pun. dan sedih pd hari itu. . bukan lah sebab tiada smbutan. tp sy nak sgt jumpa prof ..terdelay2..minggu sebelum tu seminggu tak dpt jumpa prof sbb dia aada kene mengajar kat universitas mana tah kat indonesia. pastu pada hari itu, beliau miting miting kt jabatan dan segala mcm miting. mula2 prof kata suruh sy dtg after pukul 4..sy pun ternanti2 lah kan,,smpai pegi solat asar bagai..dh dekat kul6 dpt jumpa tu pun dlm kabin kat bilik2 student2 dia, baru ckp beberapa minit, belum setel masalah yg sy nk tanya, tetiba dtg student nk jumpa..sy agak student master by mix mode. tgh nk hntar tesis (nipis je tesisnya sy tgk,,) tp prof sit terus kat dan komen/ buat correction segala mcm ngn student tu...sampai siap. tergendala soalan sy,,smpai lah kul7.15pm..pastu prof ckp dialetih dan lapar tak mkn tghari..bebel2 sekejap prof kata nk g solat magrib dan mcm ala2 suruh sy balik je. sbb dia ada miting kul9 pulak. Saya serious sedih teramat masa tu.. Prof tak tahu yg hari tu adalah hari besday saya, dan sy berpuasa lagi ,,bukan nk kecoh puasa tp sy pun terlepas waktu berbuka.. ms sy masuk bilik student tu(pak arab) dia hidangkan biskut tawar kt sy, lastly masa kemaskan beg laptop sy mintakla sekeping biskut(utk bukak puasa) dan berjalan ke balik smbil gugur air mata. biskut terasa sgt perit nk menelan. bila pegi kat mesin beli air kat bawah tu, tgk2 tak bw purse ada kat dlm lab kat atas. sedih..sedih..sy siap mintak husband jaga anak sekejap sbb penting nk jumpa prof. bukan senang nk jumpa dia. dan sy pun tak mahu terkial2 ms miting sbb xde progress..ha ha sekian berita

Sempena umur dh byk ni. omg dh masuk 3 series ok. Alhamdulillah di atas segala rezeki yg Allah berikan setakat ni. Pada umur ini, sy ada dua org anak yg comel.
Ayra dan kawan



Thursday, June 13, 2013

Kulit sensitif

Semenjak kejadian sy pakai produk Tia *** hari tu...muka start jerawat, dan sy dh stop pakai, tp kelihatan mereka seperti seronok berkampung siap panggil sedara mara lain plak datang..penat lelah sy menjaga muka saya sudah musnah..aaaaa....nk beli collagen mkcik dh xberapa kaya. tak lama lg umah mkcik yg satu lg tu akan siap, mkcik kene menabung untuk naik rumah baru ...so biar je lah jerawat ni..biar lmbat asal selamat..sebenarnya rindu jugak kat jerawat ni..lama dh tak dtg melawat sy.. dulu ms sy kerja kat behrang, perak,,ada colleague sy tu ckp..sebenrnya ko ni lg cantik kalau ade jerawat tau..mcm penyeri muka ko ni.." kah kah..walau agak kelakar kedengaran tp dia ckp secara serius ok. tak tipu. colleague sy tu seusia ngn umi sy..
selamat berkampung kpd incik2 semua. bila upload gmbr jd terbalik.  ha ha bagus jugak
Saya sebenarnya sangat letih dgn presentation mingguan on progress project. letih letih..letih..walau pun sy kata dh dpt biasakan diri, maksud sy ialah dpt biasakan diri menjadi ayam di situ. hahahaha.. sy dlm group 8. prof sgt ramai student so dia dh bahagikan siap2 student by group. yes..prof sgt rajin nk tahu progress kami. walau dia sibuk dia akan cari jugak masa nk dgr kami present. hari dia MC pun dia nk buat jugak meeting. sy dah biasa lah kalau miting ngn prof smpai lebih dr ofis hour, smpai maghrib pon ado...student prof ni memang semua org ukm dh sedia maklum, ramai pak arab seribu lemon. ahli group sy ialah 6 org. 5 pak arab. seorang si cantik bernama siti sarah. I really tired. boleh tak break satu sem, tangguh ..kah kah ..sy nk belajar dgn tenang..sy agak down bila nk kejar org lain,,sbb sy takde basic yg kukuh. ohoi..nasib makcik 
ahli kumpulan kesayangan sy sedang gigih padamkan whiteboard utk kegunaan prof
wa chaw dulu...berharap supaya tiada hari jumaat dlm kalendar.bukan sbb tak suka hari jumaat tp jumaat ialah hr letih saya ..uhu..

Wednesday, June 05, 2013

Alamak! jururawatt.

Alkisahnya pd jumaat lepas. Sebelum balik rumah, ptg lepas miting, sy singgah  kedai makcik jual jamu kt unikeb, tujuan sebnar nk beli pantyliner herba kat situ (biasa kalau waktu pe-od di akhir-akhiran tu sy guna yg herbs ni) pastu kebetulan bersembang ngn akak penjual tu.

sy: kulit muka akak licin benar, cantik je, akak pakai apa ?
akak itu: muka adik pun ok cantik juga.
sy: takde lah,,muka akak lg cantik, glowing ,,sy tak ...(tak boleh nk perasan sbb muka akak tu lg licin berkilauan kemerahan)
akak: akak pakai set XXX (entah lupa nama) dah lama 7 tahun akak pakai. tp set ni kalau awal2 pakai kulit jd menggelupas pedih la..
sy: oh ye ke..(oh tak mau..takut ade merkuri/hidrokuinon ***)
akak: kalau adik tak nak yg pedih, menggelupas, adik buleh try pakai Tia A***** ni, tak pedih.
sy: oh boleh jd muka glowing licin merah jambu mcm muka akak ke.
akak: insya Allah. ramai org pakai ni ramai kata ok..adik amiklah set ni..harga Rmxxx. kakak yg dekat kaunter 7 dlm cimb tu pun pakai ni. elok ni
sy: betul tak menggelupas pedih ni kak? (sedang tergoda , sebab pencuci muka shaklee sy pakai mcm dh tinggal sikit dan dh nk abis...kah kah..)
akak: adik amiklah set.
sy: (kene wat keputusan cpt sbb en.suami menunggu dlm kete).. ok sy try sabun dgn foundation je lah, tak nak set.

Sy tak pernah beli produk pelik2 buatan malaysia sebnarnya. Entah kenapa pegi beli pulak. rm37 dua bahan itu. Dalam tak sampai dua hari sy pakai secara excitednye. muka berasa pedih2...oh, ada bahan berbahaya ke ? sy pun google. omg omg. ada salah satu produk dlm set dia pernah di blacklist KKM. sy pun stop pakai .setelah malam yg kedua tu. pg esoknya sy berasa something kat muka sy..mcm sakit2..argh

Dah jenis kulit sensitif, menggatal cuba produk pelik2.. bila ditilik kat cermin setelah bangun pg nk solat subuh. cer tekaaaa... ada 7 ketul jerawat buat re-union kat muka saya..tidakkkkkkkkk!!! permulaan dia, mmg rs sakit2 tempt dia naik tu. nk tunggu dia masak entah dua minggu. dalam pada nk jd masak tu...dia bermula dr satu titik dan akan membesar menjadi gunung..tidak!

menyesal tak sudah. hu hu
ini gambar Sarah connor. (kot)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...