Wednesday, December 28, 2016

selamat tinggal 2016

setahun menyepi weh. sampai lupa password nk masuk sini. menggagau cari password.over tak.haha

Assalamualaikum semua.
buat masa ni, sy sedang bercuti panjang kat kampung. habiskan annual leave. Yerp, sy kerja tp bukan lagi ada kaitan dgn UKM walaupun cinta sy mendalam pada UKM. kah kah.

byk cerita hati. cerita peristiwa. yang tak mampu la nk cerita semua. malu kat org. kih kih. sejak dh matang ni rs mcm nk duk diam2 sudah.

kesimpulannya bila berkerjaya ada la part best dan jugak tak bestnya. bila jd surirumah pun ada part best dan ada juga part tak bestnya. pokok pangkalnya. pilihla yg mana suka dan sesuai dgn jiwa.


Sekian. haha. Susah betul hidup di zaman serba mencabar ni.
Alhamdulillah semua sihat walafiat. syukur..





Thursday, May 19, 2016

Berehat, feeling relax

Hai belog. sy rindu. ;p

wow. last sy menulis ialah pada Januari. Rasanya zaman 2016 ni, belog hampir menjadi sebuah sejarah / dh boleh jadikan tugu dalam muzium. kesiankan, kalau dalam tahun 2006 dulu (10 years ago. omg!), rasanya sy create belog ni. lamanya ya Allah. semoga usia saya bermanfaat dlm waktu tersebut.

Zaman ini dah jd zaman instagram, tweeter,.. facebook pun dah jd agak lemau &kadang2 membosankan bg saya. tapi kalau bab share tutorial menjahit dan masak resepi tu still terbaik. ramai murah hati berkongsi ilmu.. bab gosip dan merepek tu mmg menyampah sangat. peoples from all of ages, dan dari latar belakang pelbagai komen memacam di situ sini. Jadi untuk mengekalkan aura positif, kita kene ada friends/pendamping yg berkualiti. sy still nk tahu perkembangan ilmu dari prof dan rakan ilmuan di doctorate support group dll. (bunyinya seperti sy sudah dewasa dan tua.hahaaha)
Betul tak sahabat?

2016 ni adalah zaman sukar saya rasa, terutama bg rakyat malaysia. walaupun diakui ada je insan2 yg masih tak rasa terjejas pun. wat rilex je. mungkin kaya mcm Neelofa. Kerajaan cut cost, bajet situ sini. justeru, mesti ada pihak yg terkesan...huhu..

Bila stress mengenai hubungan dgn seseorang yg rsnya tak dpt nk pergi lebih jauh, maka better lupakan sahaja, sekurang2nya buat masa sementara ini. dan jika perasaan tak dpt nk match tu bergabung dgn situasi ekonomi sekali, ia ibarat irama dan lagu yg dot dot dot. maka saya ambil jarak selamat dgn differ semester. hahahahahhahaha (hadamkan statement ini). untuk tahun 2016 ini, rasanya ini kali pertama kot sy bukak laptop kalau tak silap. maknanya sy tak jeling langsung projek tersebut selama 6 bulan kot..since december 2015, truthfully, sy patah hati ;p semua hasil research tu bolehla buang ke laut china selatan.

Saya teringat zaman seronok buat research dan present papers di conference (mungkin sbb malam semalam sy lihat gmbar2 bersama seorang sahabat masa pergi present paper kat pulau jeju, korea pada 2009 dalam usb yg di plug kat TV)  hati terasa sedih secara tiba-tiba. seronoknya buat research masa tu. hahahha.. dan pagi ini saya teringat yang sy ada hntar kertas kerja ke international journal dah agak lama, iaitu pada 30 november 2015. kemudian terasa nk check status nya. so disebabkan ini, sy bukak laptop. dan hampeh nya  masih under review. itulah. itu SV sy yg suggest hntar situ walaupun hati sy tkurang berkenan. SV sy sekarang tak  macam SV masa master, SV masa master adalah seorang yg ringkas, dan bg kebebasan penuh. nk konar sana , boleh, nk terjun gaung pon boleh ;p. (masa tu pulak rs pening sikit  sbb SV super ringkas sgt, tp rupanya its good, and better..). Namun SV sekarang seorang yg perfectionist..(tp not showing the path yg kononnya yg dia hendak tersebut) tak setuju ini tak setuju itu. pastu buat bo layan. inferiority complex jadinya. so im afraid, I will end up dgn beliau pusing sana sini sampai bila2 which is waste of time....haha. anggaplah itu adalah rezeki sy yg Allah bagi. Allah temukan sy dgn org begini. bila igt balik, terus serabut.dan rabak hati. hahahhahahaha. 

Org akan ckp,.. habiskan lah, sbb requirement faculty dh nk cukup tu,pastu boleh terus tulis tesis. haha..it is not that easy. kalau berckp dgn org yg bukan postgrad student lg lah serabut. ahahhahahahah..so malas lah nk jumpa jiran. (tetiba) ..haha.

Pada pendapat saya, kalau kita jatuh tersungkur bangun semula sambung berperang adalah tak apa. Ia lumrah perjuangan jikalah cikgunya seorang yg memahami dan boleh menjadi tunjang sokongan moral buat kita. tapi kalau cikgu sendiri nk bunuh kita, bunuh semangat kita hari hari. mana lagi semangat kita nk garapkan. ini kerana dalam bidang akademik, hubungan itu akan berterusan smpai bila-bila, untuk perkembangan karier kita kemudian hari. Jadi fikirlah baik-baik. 

Actually,sy mmg berehat sambil menjahit, ambik tempahan, takla gempak, sikit sikit je sambil nk redakan hati. saya jahit dan jual gown/dress budak, jahit telekung, jahit blouse budak dan dewasa, jahit jubah yg kawan tempah, bj kurung, bj melayu budak, bj kurung kaftan budak (tetiba macam byk ) :p oh indahnya hidup begini. hahaha sekian. tapi takla kaya macam neelofa. cuma hati bahagia. 

Sekian. Selamat tinggal. Silalah buat research tu sendiri. saya blah dulu. bye. haha

Monday, January 04, 2016

Fenomena kehidupan - Learning to walk away is hard but staying to suffer is harder.

Pernahkan berlaku dlm diri siapa2 antara kita yg alami situasi seperti ini. Ada dua perkara yg biasa berlaku dlm hidup kita. pertama, kita kecewa dgn seseorang atau kita telah terkesan dr sesuatu kejadian disebabkan kesilapan org lain. kedua, kita telah mengecewakan impian kita sendiri..sesuatu yg kita ingin capai dlm kehidupan kita/atau hasrat peribadi kita, namun disebabkan keadaan yg tak mengizinkan atau boleh juga disebabkan faktor2 sekeliling yg diyakini tak dapat membantu utk kita terus menggapai impian kita. maka ada dua kekecewaan disitu. tapi sudah pasti yg paling sedih yg berganda2 adalah kita rs kita telah mengecewakan diri sendiri. Terasa luka itu sgt dlm.dan mungkin meninggalkan parut jika pun ia sembuh. Di sini perasaan sedih tidaklah dpt digambarkan dgn kata-kata. hanyalah mengadu pada pemilik alam semesta. kerana sesungguhnya Dialah yg Maha Mengetahui hati kita. Justeru, kita mengharapkan semoga ada sesuatu lebih baik untuk kita. tp hati terasa masih stranded disitu. tersekat di skala enam. Kekuatan itu perlu dibina. keyakinan itu perlu dipahatkan. Allahlah yg Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. 

Bila berfikir seperti itu, hati terasa bahagia, terasa tenang. Jika difikirkaan ujian sebegini teramatlah kecil jika dibandingkan dgn mereka yg ujian dia lebih besar dari kita. Allah sygkan kita. Terima kasih Allah di atas ingatan. Inilah warna warni kehidupan. :) Alhamdulillah. beribu nikmat yg masih perlu disyukuri. 

dalam hidup kita ada waktu kita happy, ada waktu kita sedih. 
***********************************************************************************
Pesanan pd diri sendiri. hidup ini singkat. bantu membantu lah sesama insan. tdk rugi pun layan org lain dgn baik. jgn sombong sgt.jgn skema sgt. manusia ada perasaan lah. lainlah kalau org tu bb 6 bln. mungkin kurang perasaan. ingat org happy ke setiap session tulis perkara yg mendownkan org. hahaha...abis tu,  kene telan je...

dipetik dari kata seseorang, bunyinya begini:

Sometimes walking away has nothing to do with weakness, and everything to do with strength. 
We walk away not because we want others to realize our worth and value, but because we finally realize our own... Please understand it is best to not pretend everything is ok when it clearly is not. Don't be afraid to confront issues which make us miserable. There has to be a reason...

We deserve to be happy. We all do. Sometimes we need to explore the option of walking away. No it is not giving up... It is instead courage. Walking away from what is holding you back and making you unhappy is courage. To not look back anymore is courage. Don't be afraid. Walking away consciously with the intention to be a better person in order to honour yourself from being treated than less what you deserve is the best thing you can do for yourself. Walk away everyone.. walk away from those who cannot love you... who do not appreciate you.. walk away from misery and build your future with Allah in your heart. Bloom. Go out there and bloom. Sometimes it's best to just walk away, count your loss, say a prayer and go on with your life. Time and forgiveness has a way of healing the pain and hurt that you will undoubtedly feel.

Learning to walk away is hard but staying to suffer is harder. Just pick up your courage and walk away. Don't waste time. The longer one drags on, the amount of pain accumulates. But then again... If it is really worth it... consider

not to just walk away from someone when things get tough, you find a way to stick it out and figure out what's gone wrong. But it has to be done together, sincerely...

I end with this...

Knowing when to walk away, is Wisdom. Being able to, is Courage. Walking away with Grace, and your held head high,is Dignity. -- Ritu Ghatourey

I pray we all find strength regardless

=)

Tuesday, December 15, 2015

Khabar terkini

He he..terasa lama sgt.. rs rindu sgt.. rs sedih sgt..semua bercampur baur. terasa masa begitu cepat berlalu. berlalu dan berlalu seperti dikejar hantu. rasa tdk sanggup hidup begini..berharap pengakhiran yg baik. hihi..

semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. beroleh husnul khatimah, sempat berbuat amal ibadat, amal jariah selama hayat kita. benar,,,kita tdk tahu ajal kita bila. Allah ampunkanlah kami. semoga kita semua bertemu semula di kampung kita dalam syurga abadi.. amin.. 

Marilah kita berbuat baik dan menyenangkan umi dan ayah kita. semoga beroleh keberkatan hidup kita ini. Ya Allah berikanlah kekuatan dan bantuan kepada saudara seagama kami yg ditindas di Syria, palestin dan seluruh dunia. Semoga kami kekal dalam iman sehingga akhir hayat. panjangkanlah umur kami dalam keimanan. 


Amin.

Tuesday, November 03, 2015

Bilik make over

Masih ingatkah pada bilik ini. yang beria ia buat stripes tu pada tahun lalu... masa tu tgh mengandungkan Muhammad Aish. anak ketiga itu. Oh beliau telah pun melepasi usia setahun, (1 tahun 1 bulan) tp belum berjalan lagi. dan sy belum didatangi sahabat baik sy. ini adalah sesuatu yg ganjil. haha..baiklah,,kembali kepada tajuk asal iaitu bilik make over.

Keadaan asal
Namun, dalam masa setahun lebih warna dia memudar. Maklumla pakai pewarna makanan. Ini merupakan perkara yg tidak dibuat org. ahahhahaha..tapi percayalah,,saya mendapat idea itu pun daripada blog seseorang. ;p So, jgn buat begitu ya kengkawan. kurang berbaloi mencuba perkara sepelik ini.


Beginilah keadaannya.warna belang itu pudar sepudar semangatku. Aku masih lagi gagah meneruskan perjalanan penuh onak duri ini..kah kah (xpasti apa kaitan)


Dlm sebulan lps, kami membuat keputusan untuk jadikan bilik ini sebagai workstation kami. Kene ada workstation/SOHO barulah semangat sikit buat kerja kan. proper sikit. Org lain dah lama berSOHO. kite baru nk buat elok2..seblum ni kecil kecilan je SOHO..yg selalu end up tak jd SOHO pun,,jadi tempat lepak barang. contohnya tempat letak botol susu dan pam susu. penuh meja kecik tu..maklum beranak kecik ni..botol susu dan segala gajet menyusu tu ibarat irama dan lagu dalam kehidupan ini..hmm..
semasa proses mengecat dibuat pd waktu malam
Hasil akhir. gigih makcik survey2 meja yg sesuai dgn jiwa raga beserta kos mampu milik. Pelaburan dipastikan adalah berbaloi supaya dpt menghasilkan tesis terbaik sepanjang zaman. haha..gajet2 ini dibeli secara loose..dan pastilah dari IKEA.. incik suami pasangkan..makcik nengok je,, dan jadilah meja utk dua org yg terdiri daripada org cantik dan hensem, merupakan pelajar dari UKM, inspiring futures, nurturing possibilities..eh tetiba kuar moto UKM..hahahha. meja printer itu mmg meja lama. yg dipakai seblum ni. printer pun lama jugak. ok kos utk meja dan kerusi ini. Kos ini adalah lebih kurang rm500. meja itu panjang, harga rm260,,kerusi rm 35x2. kabinet pembahagi tengah tu rm150(ada 2 partition dalam dia) kaki meja..lupa lah dalam belas2 ringgit darab 4 ketul kaki. kalau nk kaki meja cantik ala english style tu rega dia berganda2 yg kurang berbaloi. begini sudah cantik. ada juga beli rak gantung tp tak pasang pun lagi. entah knapa sy tak perasan suami saya amik rak yg lebar dan panjang..rs mcm terganggu je kalau letak atas kepala tu..(*_+) so belum decide nk pasang tang mana yg tu..  
mulanya begini
Kemudian lama kelamaan jadi begini ..meja dan kerusi dari bilik sebelah juga membanjiri bilik ini. Sebnarnya Ashraf request nk jugak meja study..tak adil katanya ada meja mama dan abah je..maka angkut meja ini ke sini tp letak pulak mesin jahit kat situ. hahhahahaha dan kotak barang seketul dua (kotak mainan bdk2 ni satu. satu lagi kotak simpan kain jahitan saya..hehehe.

keadaan sekarang
Entry ditulis sementara tunggu incik boss dtg amik. beliau dari upnm. hari ni dtg satu kete je. Selamat hari selasa u ols.
Sekian

Sunday, October 25, 2015

Formula feeding moms, usah terlalu defensif


Saya terasa nak menulis mengenai ini, Sbb di wall facebook saya ada beberapa ibu yang suka share dan post berkaitan breasfeeding VS formula feeding. seolah mereka sentiasa dikecam, atau mereka terlalu byk membaca tentang pendapat manusia di dunia siber, sehingga timbul dilema rsa bersalah itu sendiri. Atau sememangnya mereka memang dikecam setiap hari dalam real life situation, kerana formula feed baby mereka. atau tak tahulah macam mana sehingga ada sikap defensif dlm diri mereka. please lah. kenapa defensif sgt. Bukan semua ibu breastfeed bersikap menghina ibu yg tidak breastfeed. what for?. beginilah. pada pendapat saya, semuanya terpulang pd ibu masing-masing. semua ibu mahukan yg terbaik utk bayi mereka dan terbaik itu adalah subjektif bagi lain lain individu. mungkin bg ibu A, jalan ABC itu dirasakan terbaik maka dia berusaha ke arah itu. Jika ibu B rasa jalan XYZ itu terbaik maka berusahalah ke arah yg dirasakan baik itu. Saya tidak memandang isu breastfeed dan formula feed itu suatu masalah yg tersangat besar. ia terpulang pada masing-masing. Setiap org berhak pilih jalan mereka. meskipun ada ibu yg pilih jalan sama dgn kita pada awlnya, kemudian dia decide ubah jalan, saya faham itu. ada ibu yg kerjanya pegawai perubatan di hospital yg kerja 20 jam sehari. sudah pastilah masa yg dia ada untuk pam susu dan sebagainya tdk sama dgn ibu yg kerja ofis hour. atau ada sebab yg bermacam lagi yang tidak boleh dielak seperti sudah berusaha sehabis baik atau memang sengaja pilih jalan itu. Yang penting kta sebagai ibu, berikan yg apa kita rasa terbaik untuk anak kita, bkn bab bg makan je..dr segi kualti masa bersama anak dan lain lain lagi.

Akhbar hari ini mengenai seorang ibu yg terjun dari rumah tingkat 16, dikatakan stress, baru melahirkan baby. kita tak tahu apa masalah ibu itu. ada yg kata dia stress duduk rumah xboleh buat apa, ada kata dia stress bb dia nangis, dia tak mampu breastfeed baby. maka pakat2 share lah ibu ibu defensif dgn kata kata kecaman. ibu tersebut telah pergi dari dunia ini tanpa kita pasti sepastinya masalah sebenar dia. Allah yg maha mengetahui. jgn lah kita yg diluar ni yg terlebih menilai. wahai ibu-ibu yg formula feed baby atau yg mmg ada sikap cliche dgn arus semasa kini. usahlah terlalu defensif. Sebagai ibu, kitalah malaikat, kitalah hero di mata bayi kita. hayatilah perasaan indah menjadi seorang ibu. usah peduli ttg perasaan prejudis terlebih dan usah peduli sgt ttg jika kononnya berasa ada kritikan, yg mungkin hanyalah perasaan kita sahaja.

Nobody is perfect. Sekian.

Thursday, June 18, 2015

Jahit Beg sandang-wordless tutorial

haha. beg ni sy jahit dah lama sgt. skarang baru teringat sy ada beg ni. dh hampir lupa. rsnya ada kot 7 bulan yg lalu. mungkin. redha je lah dgn wordless tutorial ni. kah kah. ni beg pertama sy. xberapa ada masa nk lakukan hobi hobi ni. bln puasa ni dgn baby kecik.. tak berterawikh sy. huhu..nk solat kt umah pun sukar. nk masak pun xberapa nk feel. dgn die berak nye.. nk menuyusu nya.. takpe lah..pahala juga jaga anak ni..target utama saya dpt khatam quran lagi ramadhan ni. inshaAllah amin.


































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...