Sunday, April 13, 2008

Its Really A Good Thing

Aku teramat-amat gembira sekarang kerana...wah... its really really really good. Mungkin master aku berakhir smpai sini. Ya Allah, terima kaseh. Ku telah temui segala jawapan. Cume yang perlu aku usahakan sekarang ialah mengolah dan mengulas segala result yang ade utk dimasukkan ke dalam thesis. Mungkin aku adalah insan kedua yang menggunakan program Ray-Tracing utk transionospheric propagation di Malaysia selepas Dr. Mardina. Is that sounds good. yeah, really.. aduh, terima kaseh Allah. Betul kate org, bermulanya research itu sgt perit, payah, rasa tidak nmpak, rs akan membuang mase, tp bile kita dh kuasai ilmu itu, ia dtg dgn mudah, dengan tidak disangka2, rupenya ianya tidaklah susah.malah senang saje. Selama ini dlm kepala ni rase mcm tak mampu. hu hu,,,akhirnya kujumpe kunci itu. tersorok di situ.

Aku maafkan segala kesilapan org terhadap aku, harapan aku moga org lain pun begitu jua. amin. aku bahagia sekarang..semoga Allah memudahkan urusanku..

ade masalah ke..

Sebenarnya nk kata tengah gembira sakan, memang jauh sekali, masalah menimbun adala, projek ni camane tah. baru dapat proses 3 data yang elok. 3 data, bunyi mcm sikit, tp nk boleh sempurna yang 3data ni Allah saja yang tahu. Hu hu mcm2,, Dr nk result difference of the delay kalau kita ubah profile dan juga TEc. Nk pikir camane nk jadikan 3 data berlainan, kemudian proses samakan TEC(total electron content) dorang ni,,mak aih,, satu tahap tu aku igt, dh ready to mix it and plot graph to see the difference. tgk2 aku termiss nak simpan value dalam fail dot mat (yakni lam matlab),, then, aku kene run again?! hu hu.. kene cari balik where it start. from 3 model para yg dh aku proses pada kedudukan 50 tec. data yg dua lagi plot dulu, but cannot complete it cos tunggu proses yg satu lagi ni, dh le nk dptkan data ni punya susah, error sana sini mase proses in matlab. Pastu masalah luaran pon ade gak, lom setel hal kawen. ayah aku tu rilek sungguh. Aku risau pasal nama lam sijil kursus kawen hari tu tak include nama alias@ ayah. kot2 nnt ade masalah mase nk akad nikah or nk proses borang mase nk nikah. tak ke haru. hantaran and cenderahati utk tetamu pun tak setel lagi, kain lapik atas pahar etc. And juga pelbagai masalah sekeliling, ya, spatutnya aku abaikan je,, kwang3x..aku seorang yg best

Wednesday, April 09, 2008

Bosan dengan media

Skang byk betul berdemonstrasi sana sini oleh org2 UMNO. Dulu PM selalu kata "demonstrasi jalanan bukan cara kita", kata menantu PM " Jgn jadi beruk2 di jalanraya"..then now it turns back. kah kah..entah hape2 la..lepas DEB, isu terbaru, pasal BABI, maka kuarla dorang ni wat demo. org luar tahu apa. org kat morib tu mesti lagi tahu. Tak tahan dengan bau busuk kawasan sekitar, sbb kandang babi tak di urus dgn betul.Bagusla MB selangor wat gitu, luluskan projek tu, lagipun itu projek swasta, kerajaan just sediakan tapak. Nnt proses urusan ni akan guna teknologi mcm di JERMAN. Babi dipelihara tempat tertutup, najis, kumbahan menatang ni dikitar semula hasilkan gas apa kenamanya tu, methene..pastu guna balik kat babi2 tuh.setahu aku lah. So takkan berlaku lagi pencemaran sungai, tanah, bau dan sbgnya. Biarla org2 cina kat selangor wat sendiri urusan khinzir tu. Apa masalahnya. Demo sana sini, bagusla UMNO, lagi senang keje Pakatan Rakyat. Dah nmpak perangai bodoh puak2 UMNO. ..hah hah,,bosannya tengok berita kat tv. meluat i tau..

Saturday, April 05, 2008

Puisi puitis

Dari dinding madrasah-A.Samad Said.

Aku tidak marah kau mencekau dinding madrasah,
Mencungkil atau mengganti langsir lebih berbunga,
Anak-anak memang merindui iklim penuh bermakna,
Tidak juga kubantah kau simini retak lantai rumah,
Memolekkan sekeliling dan mempercantik taman seada,
Anak-anak amat memerlukan kebijaksanaan orang tua,
Tapi, kau merangsang mereka mengenepi rehal,
Mengganti muqaddam dengan kamus barat yang tebal,
Memuja dunia dan mereputkan kesetiaan sebangsa;
Sanubari anak telah dicerobohi sedemikian lukanya.

Aku tidak pun membantah madrasah memiripi pejabat,
Atau dijemur sejadah pada sidaian yang lebih kuat,
Asalkan sejemaah kita masih setia menghadapi kiblat,
Selamat ke matlamat syadu membahagiakan rakyat,
Dan bertambah teguh iman sesihat dunia akhirat.
Tapi, menggelincirkan tapak, menggoyahi hati nurani,
Kebal mendindingi penyonglap, pendedahnya dihukumi,
Tidak’kan kurela otak dan hati begitu berbalah,
Apalagi pesanan semanisnya hanya dalam pura-pura.
Memang kecewaku sebaik begitu mulanya kau bersuara.

Aku impi jujur kau serahi muqaddam dan sejadah,
Menghadiah selautan pasir dan segunung batu bata,
Bersama khalayak dapatlah kita perbanyak madrasah,
Kemudiannya berkhutbah tentang bahagia lara ummah,
Pernah terjajah, merdeka, tergugat, kini terdera,
Aku ingin kita sentiasa menghargai sekolah agama,
Berfikir dan berazam selari meluhuri suci aqidah.
Apa yang kupinta demi lesterinya sanubari Islami,
Memelihara madrasah dan Jawi yang mula dilupai-
Tidakkah begitu wajarnya laku bakti penganut suci?

A.Samad Said.

Friday, April 04, 2008

Alkisah viva

Hari ni student undergrad Dr Mardina present/viva dorang punyer projek, so student yang sorang ni yg kononnya di bawah seliaan aku, hu hu present dengan tidak jayanya sehingga Dr tanya bertubi kat aku, huh seolah mcm ketidakbagusan hasil pembentangannya dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas diriku. Malu lah juga begitu. padahal sepatutnya budak2 ni mempunyai tanggungjawab ke atas projek masing-masing. So kenelah pandai juga berusaha dan mencari inisiatif, daripada pengamatan aku, die tak tau apa die kene wat, apa objectif,apa tujuan, walhal aku dh terangkan apa yang die nak tahu, dh ajar menggunakan program dan ade juga memberi data siap. Ketidaksediaan die mungkin disebabkan buat kerja last minute, masih byk dr segi teori tak kukuh. so camane.. aku bukan nk bebel ape,, aku aku rase terkilan juga lah dengan sikap Dr dalam bilik meeting td. Mungkin juga rase marah muncul secara tetiba disebabkan teman baikku hampir datang, hu hu,, PMS org puteh kata. Aku tanak la pk byk pasal Dr ni, sbb aku tau dh mmg sikap die camtu, main lepas je, pastu ok je. I know she doesnt mean that. After abes presentation, i gave her the money(RM169.03) yang aku claim beberapa hari lepas, since she will go to italy next week. Then she gave me the RM5, said that 'Nah amik la ni, upah tolong claim' Aku tolak baik-baik, takpela Dr..Then Dr kata, 'takpe, nnt i beli something untuk u kat Italy' huh huh,, selalu kalau balik dr oversea mesti ade buah tangan untuk aku. Setakat ni dr Helsinki, Tokyo, UK, switzland, eh lupe dah lagi, antara byk2 tu yg paling best lipgloss dr UK tu, i love it..ahaks

Wednesday, April 02, 2008

work hard

wat keje la makcik sarah oi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...