Wednesday, July 02, 2014

Pavlova homemade

 Semalam buat pavlova. Dah lama teringin nk buat sendiri,, rupenye senaang je..resepi berlambak tgk dlm internet, ...
resepinya begini:

Bahan-bahan
- 4 biji telur -putih telur sahaja (ambil dr dlm peti sbb senang nk asing dgn kuning dia)
- 1 sudu tepung jagung
- 1 sudu esen vanila
-1 sudu cuka makan
- gula kastor, dalam setengah cawan
- whipping cream 3/4 cawan
- buah buahan ikut suka (strawberi, anggur,kiwi)

Cara-cara dia

- panaskan oven terlebih dahulu dalam 150 darjah

Buat meringue
- putar kan putih telur tadi, (letak gula sedikit demi sedikit sehingga ia berkilat atau bertanduk.
-lepas tu boleh le masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka makan dan putar lagi sehingga bahan tadi sebati
Itu tangan suami saya ;p
meringue ni kira menjadi bila kita terbalikkan mcm ni dia tak tumpah atau jatuh 
-bila dah siap meringue ni, tempek buat bentuk bulatan kat atas 'baking paper'.nk bentuk bulat cantik, draw la bulatan pakai pinggan, lukis dgn pen. nnt terbalikkan baking paper tu kat sebelah lain untuk letak meringue. atau kalau tak kisah pasal dkwat pen tersebut letak terus kat belah yg lukisan pakai pen tu..:p
-bakar dalam satu jam @ satu jam lebih sikit dengan suhu 130 - 140 darjah. ...(bila marigue dah masak, jangan terus keluarkan dari oven, tutup suis dan buka pintu oven sikit, biarkan ia seketika di dalam oven. dalam 20 minit




Whipping cream




1.Guna 3/4 cawan sahaja (whipping cream jenis ni adalah non-diary dan dh manis, tak perlu tambah gula utk buat cream pavlova ni)
2.Putarkan whipping cream sehingga ia jadi kental...lepas tu boleh sapu ratakan ke atas merigue yang dah masak tadi,
3.lepas tu dah boleh hias dengan buah strawberi/anggur/kiwi/peach ke...

Saya tak tempek penuh crim kat atas meringue yg dh masak tu..sbb takut lembek bila simpan,, bubuh whipping cream ngn buah time nk makan ms letak dlm piring je. meringue yg dah dibakar tu simpan dlm bekas kedap udara. Ini ajaran dr yg pakar.;)..

sekian.

Tuesday, July 01, 2014

Projek jahit sarung bakul baju dan cadar

Ni saya jahit rasanya dlm bulan lepas, saje pegi jenjalan kt mines, singgah la kedai kain tewah, memandangkan duit tak berapa nk ada masa tu, lebih pada cuci mata saja asalnya tgk kain2 tu,, pastu terberkenan kain bunga2 ni murah je rm5 1 meter, terus beli dan balik jahit sarung utk bakul baju kotor saya dalam bilik..masih ada lebih kain, sy siap jahit sarung dua biji bantal kecil kepunyaan Ayra..


Rs mcm sgt kiut..hahaha
Ini pula projek menjahit cadar fitted ahad lepas. Tak silap sy beli kain ni kat nagoya di area shah Alam, kebetulan masa tu ada hal apa entah sy pegi sana..lalu menyinggah kedai kain.. pastu balik peram..rasanya tahun lepas beli kain ni..mahal jugakla kain ni,,seingat saya habis dlm rm50 beli,,entah berapa meter dan bidang berapa,,dh lupa..(mklumla dah lama sgt peram)..sy berangan nk jahit ni nk bg hadiah kat mentua kononnya,,entah jadi ke tak..sbb bila jahit, rupenya tak cukup kain utk jahit sarung bantal, apatah lagi bantal golek..haha..tp warna dia agak sweet, terus rs mcm nk pakai sendiri je la,,hahahahahaah..



Inilah upa paras cadar ini bila dipasangkan pada katil saiz queen dgn ketebalan tilam 9 inci.

sekian

Jahit telekung budak 2 tahun :)

Ini cerita mengenai aktiviti yang berlangsung sejak dua menjak ni (dah lama tak update aktiviti). Nak masuk ramadhan(sabtu baru2 ni), sy jahitkan telekung untuk Ayra berbekalkan apa yng ada kat rumah. Idea nk jahitkan dia telekung dah lama, cuma tak berkesempatan dan tak beli2 kainnya..ni intai2 kain2 yg ada kat rumah,, (asalnya kain utk bj kurung saya mix &match yg belum berjahit) dan ada riben yng memang sy beli lama dah asalnya untuk telekung saya dulu, tp tak jadi..projek bermula 9pagi..zohor siap. haha,,oklah 1st time jahit telekung budak ni..yg lama bila dok belek2 kain, smbil berpikir nk buat kedut tang situ, tang sini..hehe..sebenarnya aktiviti rajin untuk projek masak & menjahit bermula semula sejak dah tak alahan mengandung dalam 2 bulan lepas..ada je mende nk dibuat dihujung minggu..









Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...