Wednesday, March 31, 2010

Jelousy

Apakah maksud entry ini. Saya pun tak berapa pasti tp sebenarnya terbit rase cemburu. (knapa ye..) he he sebenarnya sy cemburu lihat org sdg hamil/pregnant/berbadan dua dan seumpama dgnnya (apakah..) sy juga mau....adoyai,, ade beberapa rakan saya yang anak2 mereka hampir sebaya dgn Ashraf atau lebih besar beza dua tiga bulan sedang mengandung anak kedua pula. Hu hu..lalu rakan itu mengajak sy mengandung juga. katanya jomla sesama, takla malu nk bgtau org yg die mengandung lagi sbb ade geng..(adekah..) lalu sy hanya mampu diam sahaja..(jeles tau) hakikatnya sy masih belum diberi cuti (atau dgn lebih jelas lg belum period sejak mengandung an Ashraf smpai bersalin bagai, okeyyy) rakan2 yg mengandung lagi semuanya (di kalangan member sy la) bukan exclusive bf anak mereka sbb tu mereka tekejut sbb bila sy ckp sy blom period lagi..adus.. sebenrnya saya rela jika ditakdirkan sy mengandung lagi..ha ha..tp buat mase ni,,,saya biasa2 je..kalau tetiba dh takdir, sy suka la..tp sy belum capai target saya iaitu menghabiskan puasa ganti Ramadhan sy yg sebulan itu..(baru ganti 10 hari ganti dah kecoh nk ngndung lagi)..sy memang tak sedar diri..jd sabar sajelah..lgpun biarlah Ashraf umur setahun. Lepas tu bolehla berusaha gigih. sepupu sy yg umur baru 20 pun anak dh nak masuk 3. masuk bulan ni umur anak kedua die genap setahun, sedangkan dia bakal melahirkan sorang lagi anak lupa plak bulan berapa...sbb mase raya haji hari tu dah start ngndung. cis. hu hu bangga la ibunya bgtau anak dia production hebat bagai ..sebenarnya tangungjwb besau la bila keluarga makin besar ni mcm kate spiderman 'This is my gift, my curse. Who am I? I'm Spider-man' ha ha merepek.. bukan qoute yg ni la, tp yg satu lagi ""With great power comes great responsibility." he he sekian terima kasih.

Video Ashraf bermain

Ni ade video kenakalan Muhammad Ashraf. Mase ni umur 7 months..

Tuesday, March 30, 2010

Kanagawa, Asakusa, Narita-Japan


Mase kat Jepun sy sgt suka mase berjalan kat satu bandar nama Asakusa (perhatian: Asakusa ye, bukan Sawara). Kawasan ni bg sy wajib kot pengunjung mesti pegi kalau g sana, kalau nk lepak di Tokyo sila sediakan duit ribu- riban yen ye..kalau tak, g sight seeing je la..tu pon kalau ade duit nak naik tren yg manjangkau RM50 sekali naik. tak kira balik lagi..dan untuk pengetahuan, pertukaran duit Yen lebih mahal daripada US dollar okes. Sy dah bawa duit poket sebanyak RM500 dalam yen boleh dpt 13 ribu Yen. Tp rase mcm hampeh je..tak cukup siap berhutang lagi duit Dr mardina 1000 yen. sy tak beli barang sgt pun. hanya untuk Muhammad Ashraf jer lebih sikit. Pastu plus tshirt sehelai kat en.suami yang harganya 1380Y. T shirt Ashraf lagi mahai 1580Y (~RM60) sehelai..padahal biasa-biasa je yg ade tulis samurai Japan.


Nampak tak dalam gambar tu ade tgn kecik yg tak sabo2 dah nk terkam sluar tu. Sebnarnya bukan sbb tak sabo nak pakai tp mende putih tu yg mmg amat menarik perhatian Muhammad Ashraf. iaitu tag harga desu..


Ha ha botol ini botol kaca yang sy beli kat Jusco berhampiran hotel Annex di Kanagawa. Bg saya botol ini agak murah berbanding di Msia ni. Dalam 550Y..lebih kurang RM22..kalau sini maunya dekat seratus. tapi kat Msia sy takpenah jumpa lak botol kaca wide neck camni...sy tersangat suka teat die..takda jual tau kat Msia camni..dia seakan-akan teat jenama MAM yang Ashraf pakai pada botol Avent dia..leper camni


Kat rakan kt UKM sy mampu beli biskut2 jer, tu pon harganya 500Yen. okes. biskut beras mmg untuk vegetarian bolehlah dimakan. Untuk diri sy sendiri sy ade kenangan keychain tulis Asakusa, Japan itu pon 350Y. pastu fridge magnet (wajib nih) 350Y gaks. Selebihnya kos naik tren je lah. Dapat jejak kaki ke Jepun secara sponsor pun rs dh sgt bertuah. Dulu sy dan ct aminah mmg simpan impian mahu ke sana, dgn harapan dapat menang 'Hadiah Penerbitan Angkasa' terbitan kertas kerja tahun 2009 mcm yang pernah kami dapat last 2 years (yg pegi korea). Tp mmg menyedihkan bila dpt berita yg hanya jurnal dr Wayan yg menang..yg lain2 dari tempat lain kot kat Msia ni.(pertandingan tu anjuran Agensi Angkasa Negara). Tp mmg satu kejutan bila dpt join Asian Winter School kat Japan tu. Dapat pengalaman belajar teknologi dorang di samping termakbulnya cita-cita. Kursus tu diadakan di kampus Sagimahara, Kanagawa yg sejukbersalji itu (meskipun sudah masuk musim sakura luruh).


This story is about Muhammad Ashraf

Ashraf masih dalam pemulihan dari demam kali kedua .eh sebnarnya da tak demam,cuma batuk. lama jugak dia demam. Baru nak baik, demam balik. Sy tak mahu salahkan nurseri, sy perlu berlapang dada menerima ujian ni. Bila hantar nurseri anak da nak baik pun boleh demam lagi. Nurseri siap tampal notis mengenai wabak ni. Tp mungkin sbb musim jugak. Menurut pakar kanak-kanak di Pusat perubatan Azzahra yang sy jumpa dulu, katanya ramai baby warded, penuh. Smpai ade yg terpaksa g klinik kat Kajang. Bila dah smpai 40 degree kene tahan kot. Ashraf mase tu 39 degree. Tp die still aktif main2. Sy igt mase die demam hari tu sebulan seblom sy fly ke Jepun. Memang panas sangat, so sepanjang minggu tu sy tak dapat tidur sgt sbb terasa mcm bara api je mase menyusu Ashraf. Panass. So sy dan suami ambil 3 ketul Chiller pack(yg biasa guna utk mengangkut stok susu itu) dr peti ais lalu bungkus ngn tuala pastu letak jadikan bantal Ashraf, letak di belakang badan satu, satu lagi hadang kat sebelah tepi kepala. Kepala pun lap2 ngn kain basah. Masa tu kesian sgt sicomel ni, tp kelebihan Muhammad Ashraf ni die takde pulak merengek malam-malam. Demam kali kedua ni tak sepanas mase demam panas hari tu, yg ni demamnya lain iaitu sekali ngn selsema dan batuk. Yang hari tu dia tak selsema dan batuk pun. Mungkin ni dikira sebagai proses nk bina ketahanan tubuh. Kali ni sy pun terjangkit batuk gaks..tp takpe sy rela sbb sy percaya antibodi sy pasti dialirkan pada Ashraf melalui susu.sy sukaa..

Bila dia demam camni, dia dah tak lalu makan. langsung tanak makan nasi. Saya memang akan masak pure nasik blend campur ayam ke, campur ikan ke plus kentang ngn carrot atau sayur ijau. Saya tetap bekalkan walau sy tahu kemungkinan nasi tu dibuang oleh cikgu-cikgu Ashraf kat nurseri sbb dia da tak lalu makan..hu hu..sian anak mama..kadang-kadang kat rumah sy rase geram, kenapala tak mau makan langsung ni, mau je sy paksa masuk mulut die, tp sy takla wat camtu..tp kalau time mama ngn abah makan dia akan sibuk sekali nk 'menjamah' nasi dlm pinggan. So bagila peluang die makan sendiri walaupun rsnya yg masuk perut die sikit jerk..takpelaa janji ade keinginan..Sekarang ni dia asyik bergayut je, isap susu berjam-berjam dan bermacam-macam gaya. balik umah stat kol 6 menyusu smpaila kol7. Pastu sambung lagi kol7.30 -8pm. pastu 8.30-9.30. pastu kol9.45-kol12mlm. So kalau tgk tv pun smbil menyusu budak ni la..byk sungguh minum..Yg lucunya semalam sy nk bangun g solat Isyak lam kol9.30pm pastu kan dia nangis la, merengek. Pastu abah dia pujuk smbil tepuk2..then abah pun sibuk bangun nk g solat sekali. Yela nnt da nk stat ghost whisper, pastu desperate housewives, pastu supernatural (ho ho ho mlm selasa mmg malam layan tv), kitorang semayang lam bilik semayang la..pintunye tutup sikit, pastu kan smbil bising2 mulut macam ala2 nanges, Ashraf merangkak gi tolak pintu bilik smbil mulut cam minta amikkan dia..adoyai..pandai sungguh anak mama ni, dia tahu mama ngn abah ade lam bilik yang tu..hu hu..da besar dah si comel ni

Gambar yang atas yang last tu sila abaikan pandangan latar..ha ha..sekian terima kasih. Tetiba rase rajin plak nk update blog. Skang ade mase terluang sket. Ptg ni ade meeting..nk letak lagi gmbar Muhammad Ashraf tgh tido..



Wednesday, March 24, 2010

Trip to Japan & research

Beberapa hari lepas saya telah ke Jepun. Kenapa saya ke sana dan macam mana saya ke sana, biarlah rahsia (ha ha ha merepek) silalah tanya siti aminah. Saya sebenarnya berperang dengan perasaan sendiri mase dapat tahu dan dapat jemputan menghadiri Asian Winter School 2009 kat sagamihara dan Tsukuba tu. Entry penuh mengenai perjalanan ke Jepun silalah lawat blog siti Aminah. Saya malas nk cerita pulak skang ni. Saya nk cerita pasal perasaan saya. Agak berkecamuk juga mase tu. Kali ni rase lebih hard sbb Ashraf da makin besar dan suka bermanja ngn saya. Mase tu nadia ade ckp insyaAllh should be fine hu hu sbb die pun pernah berkursus induksi selama sebulan di Perlis tinggalkan damiya, anaknya tu. Dia pernah ckp gak dulu mase sy nk g Korea. Tp mase tu Ashraf kecik lagi baru 3 bulan. Mase Nad tinggalkan Damiya umurnya lebih kurang Ashraf iaitu 6 bulan. Mase malam tu dalam perjalanan ke KLIA, Ashraf menyusu dan tertidur di pangkuan saya. Mase tu sy rase sedih tapi sy baca sebanyak mungkin ayat seribu dinar dan usap2 kat kepala dia. Sy bisikkan semoga Ashraf ok. dan suka minum susu dari botol dan boleh tidur tanpa mama. Dan saat itu saya berasa yakin Ashraf pasti ok.

Alhamdulillah segalanya lancar. Abg kata, pada malam sy pergi tu dia mcm mencari mama dia pastu die ngantuk dan tertidur. hari seterusnya dah ok. minum susu mcm biasa dan meneruskan kehidupan (mcm sadis pulak ayat ni) he he..sy sebenarnya mahu mengajar Ashraf juga supaya boleh minum tanpa masalah even pakai botol. Saya mahu die minum banyak susu di nurseri setiap hari. Walaupun sy bukan kerja tetap, tp Dr mardina takkan luluskan bayaran gaji kalau tak dtg UKM. dan buat kerja2 research dia. buat jurnal untuk die segala. Dulu saya balik kampung bersalin saya langsung tak dapat bayaran selama 3 bulan. hu hu..saya percaya rezeki Allah untuk hambanya diberi melalui pelbagai cara...Saya bersyukur. Kita perlu bertanggungjawab dengan setiap amanah yang diberi. Semoga Allah bimbing kita semua.

Tuesday, March 02, 2010

Sila berbaik sangka

Kita hidup ni jumpa macam2 jenis org..ade segelintir tu jenis yang suka (tersgt suke) jg tepi kain org atau suka sibuk hal rumahtangga org. Kadang2 kita tgk org tu baik je..sy pon respek bila tgk,,rs segan pon ade,, tp bila sy tahu hakikat perangai sebenar, mmg rase tak boleh diterima akal (wujudkah manusia sebegini) ohh..Sy jenis yg tak suka nk sibuk2 pikir org tu jenis mcm mana,pandai ke die layan makan minum laki die,,(eh sibuk bagai) kalau org tu tak sibuk pasal sy, sy pon tak amik port sgt kehidupan die, tp once bila org tu mula sibuk hal sy, sy mulalah ..sy akan sibuk juga hal die...yg die sibuk pasal org, sy nk tgk sehebat mana sgt die...(apekah..) tp i've got class la..

Mari sy cerita berita sensasi kehidupan sy seharian (perlu ke cerita A to Z). Saya mempunyai kehidupan bahagia bersama suami yg tersgt penyayang, baik lg mithali (perlu ke cerita) perlu kot. Org yg paling sy percaya boleh menjaga anak sy adalah suami sy (meskipun masih baby). Buktinya sy penah kursus kat Korea selama 5 hari, dan sepanjang tempoh itu suami sy yg jaga anak kami. Sy tidak akan hntar kt org lain. (Ade setengah org hntar balik kampung). Meskipun kehidupan makin sibuk dgn kehadiran si kecil yg bila balik dr keje asyik nk bergayut minum susu direct. Sy mmg jaraaaaaaaaaaaaaaaaaang sgt mkn kat luar sbb malas nk kuar. Sy mmg masak makan malam setiap hari. Masak style cmpak2 dgn hebatnya. Bukan cincai2, tp dalam seminggu tu mesti masak ikan kari ke, gulai ayam ke, masak lemak ke, tomyam ke,ape2 lah..sy mmg pemasak. Bab masak nasi, serah kt sang suami,. Mmg dia tolong masak nasi (Periuk dan beras dh mcm dia punya). Abg sy juga cpt belajar, kalau sy tak sempat, sy mintak die tolong kacau2 kuah ke ape ke..pastu abg sy hidangkan nasi segala sementara sy siapkan si comel kami. Pada hujung minggu biasanya kami akan kuar mkn breakfast kat pasar sekali samada pg sabtu atau ahad (smbil beli barang dapur utk seminggu). eh, nape kamu nk heran kalau tahu sy mkn kt pasar setiap minggu pun.. kamu masih belum melalui alam kawens..pada hujung minggu sy akan masak extra, ade kuih ke sikit2. ni encik suami buah hati pengarang jantung sy:


Sy jugak ade budak comel yg sy amat amek berat. Sy bg yg terbaik buat anakanda sy iaitu minum susu badan secara hebatnya. Perhatian: jgn terpedaya dgn iklan susu tepung yg kononnya ade zat sekian2, ada DHA, AA bagai..sume tu mmg ade lengkap dlm susu ibu. Jgn bangga dgn beli susu yg klas A, B atau C yg mahal tahap cipan. Susu yg plg mahal kat dunia adalah susu badan dari nenen kamu. noktah. Ade org secara bergelak dgn hebatnya ckp anak sy tak cukup zat. Jgn la over bangga lak bg anak minum susu tepung tu anak die besar berganda2. Mungkin dh over supply bak kata pakar laktasi.

Monday, March 01, 2010

Sekolah Permata Bonda

Sebelum pulang bercuti Chinese New Year, sy dan cik abe telah memutuskan untuk memberentikan Muhammad Ashraf dari jagaan kak ana. Ini berikutan byk perkara yang tidak memuaskan hati sy sepnjang Ashraf dalam jagaan beliau. Sebenarnya selama Ashraf dijaga beliau, sy selalu meninjau2 pengasuh lain kalau ade di sekitar rumah kami. Dulu pernah nk hntr pada sorang mkcik yg dipanggil kak iza, tp rumah die mmg pusing 360 darjah dr rumah serta ukm. agak jauh. mcm patah balik, tambah2 lak situ selalu agak jem sket kalau waktu org balik kerja. So sy cuba servey dan call beberapa nurseri yang berhampiran umah. At last, sy call balik 'Permata Bonda' yang nak kata jauh, xla sgt, nk kata dekat tak juga..tp on the way ke UKM la..tmbahan lak nurseri ni berhampiran rumah baru kami nnt. Umah tak siap lagi..(Cik abe beli sebelum nikah lagi taw) insyaAllah raya tahun ni mungkin sempat naik umah baru kami. So bila dah masuk tengok sendiri, kami bgtau pemilik nurseri tu yg sy nk sekolahkan Ashraf kat situ ;p..Alhamdulillah mereka mahu terima. So sebelum pegi skolah, mlm tu kami tanya Ashraf ' adik dh siap ke beg sekolah ni,,asyik main jer..' lalu dia sengih je..he he he..kami siapkan beg, bakul alat mandi, tilam dia. Ni dia gambar sekolah Muhammad Ashraf

Dan ini plak rakan sebaya Ashraf. Jgn ganggu kengkawan lain ye..

Sy sunggu berpuas hati dengan jagaan dia kat sini. Teratur sikit jadual dia. Waktu makan. minum susu, waktu mandi , tidur,sumer teratur. Minum susu pun byk, penah satu hari tu boleh habis 4 botol (sukeer sgt..) sbb seblom ni kat rumah kak ana, sebotol pon xhabis.. tak tau lah apa maknanya..mungkin Ashraf ade ramai kawan2 sebaya yg masing2 ade botol susu sendiri..hik hik..tp sy rase mase die tinggal ngn kak ana mungkin kurang kerap offer die botol susu..sbb tu bila sy g amek die, selalu die nangis terkam sy mcm kelaparan.........siannnnn anakku..pastu lak selalu sy tgk kuku dan tgn dan muka dia agak comot dan hitam (mungkin kuat main) yelah..kat rumah org bukan macam nurseri yang mmg specialist jg baby..ngn kak ana tu sibuk nk masakla,,jemur kainla,, sibuk nk g tolong masak kat tadika depan rumah la..sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sy..tp kalau tak mampu bg kasih syg ckpla, ini sibuk nk minta bayar gaji awl, mintak naik gajila..sebulan RM270. tu pun mintak lebih.,,hati sy pon tak tenang setiap hari..

Skang sy rase gembira. Ashraf anak yg baik. bukan jenis bayi yg tidur berbuai bagai..Ashraf bukan jenis suka nangis..dia baik..anak sy mudah dijaga..InsyaAllah menjadi anak soleh.amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...