Thursday, April 30, 2009

Saya mahu pulang

Saya mahu pulang ke kampung halaman,,(sebelum itu sy ingin berdoa semoga prof Alauddin sentiasa murah rezeki) Prof sgt baik dan charming mcm Prof Azah.. oh terima kasih..

Sy perlu fikir hadiah mjlis nikah kengkawan. oh ade senarai baru yang terlepas pandang mase tu.. hujung bulan ni ade dua lagi pasangan akan menamatkan zaman bujang selain yang disenaraikan seblom ni. mereka adalah:

1) Eton & pian
2) Ab.Mie & pasangan

Oh, kene pikir pasai hadiah lagi. Besok Dr mardina akan operate a.k.a. bersalin..semoga selamat semuanya..sy juga ingin beri hadiah istimewa buat baby baru Dr....

Ada masa kita merasa tekanan, tp kita perlu kuatkan diri dan menganggap semua perkara yang berlaku ini hanyalah satu proses kehidupan..kalau tak hidup takkan lalui semua ujian ni kan..semoga segala urusan kita di dunia ini dipermudahkan Allah.amin

Hujung minggu baru-baru ini, sy join projek cik abe sy ade wat family day kat wetland putrajaya. Penatnye rase seharian di sana, tmbah2 plak cik abe sy yg disuruh organize acara hari tu oleh project leadersnya..so sy pun termasuk sekali la sipi2 kene tolong gak secretariat wat keje untuk menjayakan acara hari tu.. Budak2 merangkap anak2 lekcere sgt suke dan seronok dpt hadiah lepas main game. Actually sume dpt hadiah. Cuma besar atau kecik je



Sunday, April 19, 2009

My weekend

Hujung minggu ni sibuk. Bukan sibuk keje tp sibuk merayau..since my younger sister dan juga wan serta atok dtg bangi ni, actually dah lama dorang kat kl ni tp stay kt umah pakcik kat damansara, 2 weeks, adik i si 'yah' tu dok sms katanya boring giler tinggal kat sana, asyik kene buli ngn sepupu sepapat yg hero kecik 3 org tu, mcm jd bibikla kononnya.. ha ha,, tak blehla nak amik dia kat sana tu, kalau dia stay umah i kat bangi ni mestila lg boring sbb rumah ni bukannya ade budak kecik, tambah2 plak umah bertingkat camni (a.k.a flatlah,,ha ha) lgpun bukannya ade kat umah kalau hari-hari keje.ckp pasal umah ni,, hu hu i peningla ngn mkcik sebelah umah ni yg suke masak 4 atau 5 kali sehari,,stat kol6.30 smpai la mlm,, dan asap masak2 dia tu akan berkumpul lam umah aku, adoi peningla,,even dh bukak sume tingkap (pepaham jela umah camni..) rajin sungguh mkcik itu dan seksa sungguh kengkadang tu, bau ikan pekasamla, ikan kering gorengla,bau gulai2,, gorengan ikan bilis yg sungguh berbau..ha ha..mase awl2 pregnant dulu, aku ajak cik abe pindah,,sbb pening bau2 yg terperangkap lam umah.. Ckp pasal pregnant, baby lam perut ni dh kuat menendang dan gerak2. Penah satu hari yg hujan lebat dan guruh, bunyi guruh berdentum tu baby pon tekejut..so die pon menendang bila bunyi guruh..ha ha..) Pasal pindah2, sabo jelah(padahal ckp2 je,,tak berniat pon nk pindah saje nk tgk reaksi cik abe..)..mengenangkan keje pindah memindah ni bukan senang, nk angkut barang2 cam peti ais, mesin basuh, tv sumer tu..tunggu jelah umah baru siap tgh thn 2010 nnt..mudah-mudahan. Kat sini kengkadang tu member2 pak arab tu ketuk pintu umah aku, sebnarnya dorang salah umah..byk sungguh pak arab student ukm tinggal kat sini...

Pg 7.30 sabtu g amek dia g senamrobik bersama ct aminah kat bangi cam biasa. Then lepak mkn nasi kerabu kat pasar bangi, then lepak umah jln 6 tgk katon keroro. pastu Nad tipon kata nk dtg umah tghari tu (dia nk menuntut ilmu dr cik abe i, memandangkan dia akan viva master dia 27hb April ni), sy bergegas pulang. Singgah umah pkcik sg tangkas amek bj mek yah. Lepas nad lepak2 kat umah bersama husband dan anaknya, damia yang comel dan agak lincah itu. mase tu dh 1.30 ptg..pastu panaskan lauk pauk yang dh masak yg ade lam peti. mkn tghahri-solat- pastu kuar ke warta beli hp mekyah yg da rosak. beli jenama sony ericson T280i..pas maghrib g alamanda pulak, pastu lepak kat dataran putrajaya..balik umah kol 12 tgk donald trump.

Esoknya lepas breakfast kat umah, g Nilai 3. Umi ade kirim beli kain desu,,singgah amik ct aminah kat jalan 6.,,hu hu berborong sakan di Nilai 3..Pada bulan Mei nanti, sgt ramai kengkawan yg akan nikah. So kepala pening pikir nk bg hadiah desu..antara membe yg akan kawens:

awal Mei :
Kak ida space (da share duit ngn geng angkasa, so setel)
Wid & zul ( tgh pikir nk bagi ape..maybe cadar kot ho ho..)

Hujung Mei:
Dayah (tak decide lagi, rasenya sesuatu yang di rumah itu, yg best sikit tuh kot)
Linda exkustem( belom decide)
Linda & ezrol ( smlm dh balut,he he..)

Rasanya tak salah sy guna balik hadiah yg sy dpt mase nikah dulu. Berlebihan pulak.. Bukan bermaksud sy tak menghargai hadiah yg diberi, sy syg brg pemberian kwn2 sy, sy cuma bg yg daripada org jauh2 dan juga sy dpt byk hadiah dr kwn2 cikgu sekolah umi dan ayah sy. Tak lupa juga kwn cekgu mentua sy. Sy sgt bersyukur. Kata umi, dgn hadiah perkahwinan sy hari tu, dh kira rezeki, kalau kira nilai sume tu rasenya dh boleh cover wang yg habis kubelanjakan untuk mjlis hari tu. Sy masih belom keje yg bleh dpt byk duit (byk mane tu?) so sy tak dpt nk bagi hadiah yang mahal sgt. Niat di hati nakla bg yg spesel wat kwn2 rapat, tp kene tgk kewangan la desu,,sy pon nk beranak ni.. ;)

Wednesday, April 15, 2009

Pc fair, Sogo, Jln TAR dan HUKM


Pada hari Jumaat minggu lepas (ha..ha misterinya), rase seronok sgt turun kl ngn amie dan dayah ke pc fair kat klcc, then membeli belah di sogo (oh bj baby sumer sgt cute dan murah-utk ahli sogo shj.)hmm membeli belah kat sogo pakai kad keahlian Sogo milik saidah.,Sy beli 2 pasang je bj kiut.tak bleh beli byk, nnt baby cepat besarla, pastu usung apa mende tu kerusi yg nk menghayun baby tuh,murah plak kat sogo,sbb seblom ni skodeng kat kedai lain sumer dlm range rm116-129 utk yg sebijik jenis tu..tp kat sogo leh dpt RM79.90..mmg best berjalan sekitar Jalan TAR. Paling penat sket mase round pc fair dlm klcc, tp seronok tgk barang2 elektronik nih..pastu ade la sorang minah tu, masuk je terus melekat kat booth Sony,,ha ha..sy beli hub utk pendrive dan cd 50 keping. pastu cuci mata tgk notebook yg sgt byk pelbagai brand..

Dalam dua minggu lepas, g melawat Dr mardina, hmm Dr bakal deliver baby lebih awl dr tarikh sepatutnye iaitu 15 Mei, diawalkan ke 30 April, sbb perlu dibedah secara ceasearan (betulke ejaan tah) sbb ade masalah plasenta duduk kat bwh..isyk semoga selamat semuanya. Dah anto draf kedua tesis, dan dah amik semalam, hehe,,mcm biasa, byk perkara perlu dibetulkan. Dr kata tanak cek last bab analisis ku itu sbb tak lengkap lagi i baiki ok ..ha ha..teruknye mkcik sarah ni..hmm dr kata nk berehat nk prepare utk operate nnt. Nnt hantar lagi lepas die bersalin,,hu hu..


Klinik Bangi

Td lepas berkontek2 ngn encik dr ATSB, sy bergegas ke klinik bangi desu untuk wat check up ibu mengandung,,patutye appointment pada 13 April, tp sy terlupa..hu hu,,igtkan 16 hb mcm biasa,,sbb sblum ni selalu on 16 hb,,skali tgk buku merah itu, rupenye da lepas pon..tp 13 tu kbetulan plak sy g jumpe dr mardina buat kali kedua di HUKM, ikut kak suzi. Kalau g klinik pg 13hb itu, mugkin sy tak berpeluang g amek draf tesis ke2 yg dh Dr check tu.Hmm..agak lewat mase smpai klinik tu dh pukul 11.30pg,,oh sy sgt takut kene marah, sbb biasanya nurse2 tu layan lmbatla kalau xikut appoinment, masih ramai org waktu tu. Mcm tu lah keadaan bila wat check dtg appoinment kol8pg, abes kol1 or 2 ptg,, hmpir separuh hari tau..Tp tak sangka lak bila dtg lewat mcm hari ni, sy dah bleh siap kol 1ptg..ho ho..dan, kene cucuk imunisasi kancing gigi lg kali ini.adoi sakitnye. sila jgn sentuh lengan kiri sy selama seminggu, okeyy..sakit.. dan tadi juga dorang letak alat doppler dgr detak jantung babyku, hmm katanya ok 142/minit (eh bulan lepas 155/minit).. baby dh pusing dgn kedudukan kepala di bawah. alhamdulillah seblom ni wat check seblum, paras hb 11.3 byk kali, pastu naik ke13.2,,tp kali ni 12.9 eh turun sikit, tp masih ok..harap semua selamat

Thursday, April 09, 2009

Kenangan

Apakah maksud menceritakan kesah lama ini..sebnarnye saya..er..sbb slalu probs mase nk upload gambo,so sy pon test la upload gambo ni leh plak masuk..nih mase acara tarik tali kat bukit merah lake town resort..seronoklah berhari kluarga di sana, join geng research NASPAC

Yang ni plak mase dlm flight balik dr Labuan bersama ct aminah lagi..
Ct aminah di hari perkahwinan ku. TQ sbb susah2 datang jauh2..sy sgt seronok housemates sume sanggup dtg dan amek cuti bekerja..terharunye

Ini adalah gambar semasa berseronok-seronok dalam lab SMRG ditemani widdy yg gitu-gitu tu..

Ini adalah gambar kat jalan 6 (nama gleme umah lama)..pada hari tu sy & ct aminah nk g equatorial hotel, ade mjlis Angkasa wat kat sana (perhatian, makanan di hotel itu adalah antara yg terbest yg penah kami rase.hmm selain makanan kat hotel kat lake town resort di perak suatu ketika dulu)..


Ini mase kami beramai-ramai berkonvoi ke Johor, sempena mjlis Nad. exhosmet kami itu yng nikah pada nov 2007. Mcm pakat pulak pakai bj kaler ni...bersama ct aminah, kakfid & dayah yg bakal nikah mei 2009 ini..

Ini gmbo mase nk balik bangi dr komferen di melaka dulu Dec 2007. Kat hotel murah berhampiran tmpat komferen di renaissance yg mahal itu..

Ini gmbar aktiviti mendaki bukit melawati/ klang gate, kakpina bawak budak2 geologi naik. kitorang pon join sekali..

Gambar ini di ambil di atas bot persendirianku. Lepas aktiviti naik bot ini, kami berdua naik pula 'jet persendirian' milik ct aminah itu (aminah altantuya ke)

****************** The End**********************


Wednesday, April 08, 2009

Tahniah YB Nizar dan S. Manikumar dan Malcolm desu

He he..tahniah buat pengundi semua di Bukit Gantang, Bukit Selambau serta Batang Ai kerana keluar mengundi calon pilihan anda. Hmm.. memang menarik pilihanraya kali ni. Yang paling menarik adalah pilihanraya pemilihan ahli parlimen Bukit Gantang desu..sbbnya Parlimen Bukit Gantang ini terdiri daripada 3 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu:
1 DUN Kuala Sepetang (N31),
2 DUN Changkat Jering
3 DUN Trong

Yang menarik di kawasan ini adalah terdapat 'ADUN Changkat Jering' menjadi ADUN Bebas apabila YB Mohd Osman Mohd Jailu yang gitu2 tu mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat. Kerusi Bukit Gantang kosong berikutan YB Roslan dikatakan meninggal dunia pada 9 Februari 2009 di Batu Gajah, Perak dipercayai kerana serangan jantung semasa sedang menunggang basikal untuk ke farmasi.

Daripada pilihanraya parlimen bukit gntang ni, kite yang diluar ni dpt lihat sape sebenarnya rakyat atau pengundi kwasan tu nak..ia seolah-olah solution secara tak lansung kepada kemelut yg melanda kat perak sana..walaupun YB Zambry selalu ditonjolkan sbg MB Perak, tp rakyat mahu siapa sebnarnya ye?........ Ia adalah simbolik kepada perlawanan antara penerimaan org kawasan parlimen Bukit Gantang samada mahukan YB Nizar atau setuju dgn tindakan YB Osman Jailu yang gitu-gitu ..hmm kesimpulan: ini adalah isyarat yg mereka dan keluarga mereka tidak setuju dgn YB Osman Jailu yg gitu-gitu...

Thursday, April 02, 2009

alahai blogspot

Sejak dua menjak ni aku perasan yg blogspot ni bermasalah bila nk upload gambar..geramla..tanak kawanla ngn blogspot..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...