Monday, July 22, 2013

Ashraf dan Ayra dan sekolah

Ni baru lepas present projek kat supervisor's punya colleague. Dorang datang dari UniMAP. lega la seposen dua. tadi jumpa rakan baru. baru register PhD sebulan lepas kat UniMAP. Dia akan berganding bahu dgn sy utk subproject ini. Dia...erm macam biasalah foreigner,(oklah tu since bukan pak arab..tp pak bangladeshi..hi hi..harap2 dia best..oh apekah harapan ini) letih belajar. kengkadang rs mcm nk rest setahun. utk get pregnant dan deliver baby. hahahah. hasil meeting tadi disuruh sediakan draf journal. nnt meeting coordination september nnt kene tunjuk. Kalau ikutkan next meeting tu dlm 6-8Sept. maybe buat kat Kedah kot. geng UUM yg decide. Tp kalau ikutkan dh xlama tu oii. tmbah2 bila august tu org sibuk raya. takkan nak hadap journal kan.mesti pejam celik je.. tu tak termasuk progress mesti kene jalan by that time. Adeh..dgn weekly meeting on Friday. I am sick. Sekian cerita belajar. Makcik nk cerita pasal anak2 makcik pulak.

Anakku berdua, kamulah penghibur hati mama dan abah kamu ni. penat2 belajar. bila balik rumah rs seronok sangat tgk anakanda berdua...husband sy pun kengkadang tak tidur mlm gara2 supervisor request journal secara adhoc. tp dia steady je..tak mcm bini dia.kah kah..mau kalut dua tiga hari sebelum tu lg..hahah

Anakanda Aishah Ayra 1year 6 month

Muhammad Ashraf, will turn 4 this coming 30th july2013


Layan cerita Ultraman sama2.
Saya takut. takut saya tidak berada dalam schedule. schedule utk jadikan anak2 rajin mengaji Quran. uwaa....kalau ikutkan anak2 ni kene didik dr baby lg kan. tp rasenya insyaAllah, Ashraf nnt 5 tahun sy nk hntar dia sekolah bljr yg lebih byk belajar agama. (alamak borang ke sekolah baru ..asyik lupa isi..). kita mmg begini.. harapkan sistem sokongan dari sekolah..hu hu..nk ajar kan..dia byk main. boleh hafal fatihah je..rsnya setahun dah dok tangtu..adalah dia igt sikit surah An-Nas. pastu dok asyik ulang baca doa masuk jamban. Bila sy kata 'tu doa nk masuk jamban la abe.." ashraf kata "eh bukanlah...." see dia sendiri tak pasti doa apa yg dia baca..main hafal je kat sekolah. tak dgr betul2 cikgu ajar kot.

Kat sungai tangkas ni, ada sekolah swasta islamic yg mmg bagus, iaitu sekolah rendah islam Al-Amin. Tp yuran bulanan dia kene consider dlm rm250 kot.(darjah 1-6) yelah compare sekolah biasa kan tak payah byr yuran bulanan, kalau nk kira nnt kene consider expenses utk adik2 dia yg bakal lahir nnt pastilah byk kene spend kan..kene kira semua tu. Sekolah islam al-amin ni ada prasekolah dia iaitu Tadika Khalifah Bestari, sy pernah g tgk. mmg bagus,, sistem pentadbiran pun bagus ala2 mcm sekolah agama, siap ada mudhirah (pengetua) bagai. even utk pra sekolah je pun. silibus pun terbaik. Pagi2 boleh lihat budak2 ada amali solat, amali jd imam, bilal bagai. tersusun sgt sy tgk silibus buku2 dia pun. Dulu memang nak hantar Ashraf kat sini tp dia tak terima budak umur 4 tahun, kene 5 & 6 je...tu pun kene berebut sbb ramai parents nk hntar sini. sy berkira2 agak2 sebulan kene spend dlm 370 kot utk dia, sbb kelas dia pg sampai pukul 3.30pm saja. lepas waktu sekolah kalau kita nk bg kelas tambahan mcm hafalan surah, akan ada teacher dr luar dtg. so ada tmbahan bayaran la sikit. kalau nk murah sikit. boleh bayar sikit je utk jagaan biasa. sbb yuran belajar smpai kul 3.30 tu dlm rm220, mengikut harga beberapa bulan lepas ms sy pegi. yg lebih tu tambahan sbb kita ambil lewat sikit kan.otherwise, they provide transport jugak utk hantar ke nurseri mana2 utk transit.ada byrn jugak utk itu. tp sy prefer dia stay je kat sekolah tu kot.since sekolah tu still berdekatan rumah jugak.

Semoga berjaya menjadi anak yg soleh dan solehah, yg rajin menghafal Al-Quran. yg tertanam ilmu agama di dadanya. Amin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...